Ikuti Blog ini

Kearah Malaysia Yang Sejahtera


Kearah Malaysia Yang Sejahtera

Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan

Sambutan hari kemerdekaan diambang Ramadhan, tolong hormati umat Islam

Lebih kurang seminggu lagi Negara Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-51. Seperti biasa pelbagai aktiviti akan diadakan bagi meraikan sambutan ini. Yang paling meriah sudah tentulah bandaraya-bandaraya utama seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Apa yang paling mendukacitakan sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun akan dicemari dengan aktiviti-aktiviti maksiat yang dilakukan oleh remaja dan warga asing. Persembahan bunga api yang menelan berjuta-juta ringgit akan pasti mewarnai malam tersebut.


Pada tahun ini, sambutan 31 Ogos sehari sebelum menjelang Ramadhan Al-mubarak, bulan yang sangat mulia bagi umat Islam. Sudah tentu umat Islam akan rasa terhina jika diambang ramadhan diisi dengan program-program maksiat. Apatah lagi golongan yang mengimarahkan program maksiat ialah ialah anak-anak muda Islam. Sungguh memalukan.

Oleh yang demikian, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kepada kerajaan menghentikan sebarang program yang membuka pintu maksiat ketika di ambang Ramadhan. Jika kerajaan betul-betul serius dan prihatin dengan masalah umat Islam hentikan sambutan yang berunsurkan maksiat.

Jika pemimpin-pemimpin UMNO prihatin dengan masalah yang melanda umat Islam, pastikan malam 31 Ogos bersih dari unsur kemaksiatan. Bukan hanya berdegah-degah konon nak berbincang masalah umat Islam dan Melayu, tetapi membiarkan pemuda pemudi tenggelam arus kemaksiatan. Ia bukan saja menghina umat Islam tapi pejuang-pejuang kemerdekaan yang berusaha membebaskan melayu daripada penjajah.

Penganjur dijangka akan terus menganjurkan XPDC dakwah pada malam tersebut seperti tahun-tahun sebelum ini. Pemuda Wilayah akan terus komited dalam usaha menyedarkan rakyat terutamanya umat Islam yang semakin lupa dengan perkara-perkara halal dan haram. Pemuda-pemuda kawasan telah diarahkan bersedia untuk turun bersama-sama membanteras kemaksiatan.

Pemuda Selangor juga dijangka akan bersama-sama turun membanteras maksiat pada malam merdeka tersebut.

Agenda Di Sebalik Penurunan Minyak



Dalam kita sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, hari ini kerajaan telah mengumumkan penurunan harga minyak untuk mengatasi masalah inflasi. Bukannya saya tidak bersetuju dengan apa yang kerajaan umumkan, tapi disaat-saat genting untuk PRK Permatang Pauh saya rasa masanya bukan sesuai dalam keadaan ini.

Ianya semacam rasuah kepada pengundi Permatang Pauh supaya mengundi UMNO / BN. Kalau kerajaan BN nak turunkan minyak, kenapa baru sekarang baru nak turunkan. Sedangkan negara lain dah lama turunkan minyak sejak penurunan harga minyak di pasaran dunia.

Walaupun turun, tapi ianya tidak dapat menurunkan sangat harga barangan di pasaran kerana penurunannya hanya 0.08 sen untuk diesel dan 0.22 sen untuk petrol. Jauh sekali dengan kenaikan yang dibuat oleh Pak Lah 1.00 untuk diesel dan 0.78 sen untuk petrol baru-baru ini. Bijak juga kerajaan pimpinan BN, naikkan banyak harga minyak dan turunkan sedikit sahaja asalkan masih ada untung untuk kroni-kroni.

Tapi saya harap ianya tidak mengaburi mata pengundi Permatang Pauh untuk mengundi BN. Jangan gadaikan maruah semata-mata kerana kebendaan yang ditawarkan oleh kerajaan pimpinan BN.

Dalam pada itu, saya amat kesal apa yang berlaku di Permatang Pauh sebagaimana yang dilaporkan oleh PKR, di mana seramai 900 orang yang namanya tersenarai dan telah mmbuang undi pada pilihan raya ke 12 baru-baru ini mendapati nama mereka tercicir dan hilang daripada buku daftar pemilih terbaru.

Semacam ada yang tidak kena dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mungkin betul apa yang diperkatakan selama ini SPR tidak bebas dari kongkongan mereka yang berkuasa dalam kerajaan pimpinan BN. Nampak sangat SPR ni jahat, mana mungkin senarai nama pengundi yang telah membuang undi pada PRU 12 boleh dibuang dengan sewenang-wenangnya.

Pada pengundi PRK Permatang Pauh, harapan saya supaya semua pengundi dapat menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Jangan biarkan titik permulaan kita ke Putrajaya ini disia-siakan.

Umno-Bn wajar dimuziumkan - Azmin Ali


PERMATANG PAUH, 23 Ogos - Umno dan Barisan Nasional (BN) wajar dimuziumkan selepas pilihan raya kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali.

Sambungnya, parti itu tidak relevan lagi sebagai sebuah parti untuk memperjuangkan nasib bangsa ekoran acap kali memainkan api perkauman bila terdesak.

"Muziumkan saja Umno-BN selepas pilihan raya kecil nanti. Orang Islam tidak rugi kehilangan parti yang ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj kerana pengasasnya juga meninggal bukan dalam Umno," ujarnya ketika berpidato di hadapan 5,000 masyarakat cina Seberang Jaya semalam.

Orang Melayu boleh memilih parti lain seperti KeADILan dan PAS untuk meneruskan wadah perjuangan mereka, katanya.

Nasib Umno-BN sekarang ini bagaikan 'telur di hujung tanduk' setelah rakyat menolak parti itu dalam pilihan raya umum ke-12 bulan Mac lalu, sambungnya.

Katanya, kini Umno cuba menghidupkan peluang dengan meminta insan PAS untuk mengaitkan percaturan baru memimpin negara demi umat Melayu yang semakin terhakis.

"Mereka buat lupa siapa pengkhianat Melayu sebenarnya. Adakah orang PAS, KeADILan atau DAP yang membunuh tulisan jawi, mengkoporatkan institusi pengajian tinggi dan seumpamanya," ujar beliau.

Program makan malam itu turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jelas Azmin, walaupun calon BN, Dato' Arif Shah Omar mahir berbahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris, namun tidak bermakna beliau boleh memimpin dengan baik disebabkan beliau berada dalam kelompok parti yang berpenyakit.

Anwar juga katanya, walaupun tidak sefasih Ariff berbahasa Mandarin tetapi beliau mempunyai mutu pentadbiran yang baik untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus mundur.

"Buat apa fasih berbahasa Mandarin atau Tamil tetapi gagal mengurus tadbir negara ke mercu kejayaan yang lebih tinggi. Terutamanya meningkatkan sosio ekonomi negara selari dengan negara di dunia di samping tidak mengabaikan rakyat tempatan," tegasnya.

Masalah perkhidmatan pengangkutan awam, kemana RM 4 bilion??

Pada penghujung tahun lepas, kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dengan alasan menjimatkan 4 Bilion subsidi rakyat bagi mempertingkatkan mutu sistem pengangkutan awam.

Walaubagaimanapun baru-baru ini Pak Lah kecewa dengan sistem perkhidmatan rel negara apabila menaiki sendiri train komuter daripada Serdang ke KL Sentral.

Kemana perginya subsidi yang di jimatkan tersebut? Kenapa sudah hampir setahun perkhidmatan masih mengecewakan?. Atau adakah 4 bilion itu hanya untuk membiayai jentera BN dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini. Persoalan ini juga telah dikemukakan oleh Zulkifli Sulong kepada Shabery Chik dalam program debat Anwar-Shabery anjuran Agenda Daily, tapi tidak dijawab.

2 hari lepas, Pak Lah berjalan-jalan menaiki komuter kononnya beliau prihatin kepada masalah rakyat. Beliau menyatakan kekecewaannya kepada sistem perkhidmatan rel ibukota, dan meminta supaya perkhidmatan ini dibaiki segera.

Hari ini, tanpa angin dan ribut Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat tiba-tiba menegaskan bahawa sistem perkhidmatan ‘LRT bukan di bawah saya’. Malah beliau menyatakan bahawa LRT terletak di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat di bawah milik kerajaan (GLC) dibawah Kementrian Kewangan. Kementrian Kewangan pula di bawah siapa kalau bukan di bawah Pak Lah.

Walaubagaimanapun terima kasih kepada Pak Lah kerana sanggup melihat sendiri masalah sistem pengangkutan ini. Diharapkan selepas ini, ada perubahan yang lebih baik, bukan hanya lakonan bagi memujuk warga ibukota yang sebahagian besarnya telah menolak BN pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas.

Pada pilihanraya yang lepas BN hanya mampu mendapat 3 kerusi diwilayah persekutuan termasuk parlimen Labuan.

Pengalaman Anwar sangat berharga untuk perintah Malaysia - Mahfuz



PERMATANG PAUH, 23 ogos - Pengalaman Dato'Seri Anwar Ibrahim yang pernah mentadbir negara sebelum ini amat berharga untuk memerintah selepas Pakatan Rakyat dalam mengambil alih pentadbiran negara.

Demikian Kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam satu ceramahnya di Permatang Pauh semalam.Turut serta dalam ceramah sempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh itu ialah, Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengarah Strategi Pilihan Raya KeADILan, Saifuddin Nasution.

Bercakap lanjut kepada para pengundi, Mahfuz melahirkan rasa kesal kepada kempen berupa fitnah yang dilemparkan kepada anwar malah kempen serupa itu memalukan rakyat.

Kempen ini sekaligus katanya cuba menidakkan kebolehan Anwar yang menjadi kerisauan kepada jentera Umno-BN yang sudah tiada modal untuk berkempen.

Kempen sedemikian rupa ujarnya hanya untuk menjatuhkan anwar tatkala isu kelemahan perdana menteri membelengu kerajaan.

Isu fitnah Saiful Bukhari Azlan yang mengaku diliwat Anwar dimainkan malah ianya menjadi isu utama kepada BN untuk berkempen walhal ianya semata-mata fitnah, katanya.

Kempen dengan menggunakan isu liwat ini katanya hanya mencemar nama negara malah memberi kesan berat kepada maruah negara sedangkan ia semata-mata fitnah yang direka bagi menjatuhkan Anwar, katanya.

Sementara itu Saifuddin pula menyatakan bahawa isu perkauman dan liwat sering dimainkan oleh jentera kempen BN.

BN menyatakan seolah-olah Pakatan Rakyat tidak berjiwa Melayu dengan berbaik-baik dengan kaum Cina dan India sedangkan Umno-BN adalah parti yang merosakkan perpaduan di negara ini dengan memainkan isu perkauman, katanya.

Saifuddin turut mendedahkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kini sedang menjalani pembedahan kerana masalah jantung, dan beliau menganggap ia satu pembalasan kepada orang yang menganiaya Anwar.

"Polis boleh tahan Anwar, Najib Tun Razak boleh serang Anwar, Abdullah Ahmad Badawi boleh serang Anwar, tetapi saya percaya rakyat dan pengundi di Permatang Pauh ada kuasa untuk mengubah semuanya untuk mengundi Anwar bagi satu perubahan," katanya.

Di akhir ceramah, para penonton diminta untuk melaungkan kata-kata keramat merdeka beberapa kali.

Pemimpin Parti Gerakan Menyertai Pakatan Rakyat

Beliau yang kini berada di Pulau Pinang secara terbuka menyifatkan DSAI sepatutnya meneraju negara dan meminta rakyat memberikan sokongan padu kepada Anwar.

Dr. Tan Kee Kwang yang kini berada di Pulau Pinang secara terbuka menyifatkan DSAI sepatutnya meneraju negara dan meminta rakyat memberikan sokongan padu kepada Anwar.Berikutan itu beliau telah digantung keahliannya, bersedia menerima keputusan pecat oleh Barisan Nasional.

Lagi Pemimpin Parti Gerakan: Menyertai Kempen DSAI di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, Yayasan Aman - Seorang lagi pemimpin Parti Gerakan Rakyat (Gerakan-BN), Dr. Tan Kee Kwang merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan kini menyertai kempen pilihanraya menyokong perjuangan DSAI terhadap ekonomi negera.

Beliau yang kini berada di Pulau Pinang secara terbuka menyifatkan DSAI sepatutnya meneraju negara dan meminta rakyat memberikan sokongan padu kepada Anwar.

Berikutan itu beliau telah digantung keahliannya, bersedia menerima keputusan pecat oleh Barisan Nasional.

Sebelum itu, pimpinan tertinggi parti itu juag, Dato’ Dr. Toh Kin Woon juga menyatakan sokongan terbuka beliau secara sendiri dan melepaskan jawatan tersebut kelmarin.

Pemimpin Parti Gerakan telah menyatakan ketidak percayaan anggotanya kepada BN, menunjukan BN semakin khusut untuk di pulihkan lagi.

http://permatangpauh.com

Pelbagai Kaum Menyambut Gembira DSAI Di Permatang Pauh

Program Bersama Masyarakat India Cina , Ruby Restr, Solok Tuna, Semalam

Isu Exco - Kerajaan Perak gesa BPR dan media mohon maaf dalam 24 jam


Kerajaan negeri Perak semalam memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran penyiaran laporan yang telah mencemarkan nama baik dua anggota Exconya.

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang media bersama selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan bahawa kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang dengan meminta ganti rugi daripada pihak terbabit yang telah membuat dan menyiarkan laporan mencemarkan nama baik dua anggota Exco berkenaan.

Mohammad Nizar berkata dua anggota Exco kerajaan negeri Perak yang telah dibebaskan daripada tahanan reman tidak perlu digantung tugas.

Katanya penggantungan tugas kedua-dua Exco itu tidak perlu kerana dakwaan mereka terbabit dalam kes berkenaan tidak dibuktikan.

Beliau berkata tidak ada peraturan dalam perkhidmatan kerajaan yang menetapkan mereka yang ditahan reman berhubung sesuatu kes perlu digantung tugas sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Hadir sama di sidang media itu ialah Exco Kanan kerajaan negeri Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Nga Kor Ming serta kedua-dua Exco terbabit.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .