Ikuti Blog ini

Isu Exco - Kerajaan Perak gesa BPR dan media mohon maaf dalam 24 jam


Kerajaan negeri Perak semalam memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran penyiaran laporan yang telah mencemarkan nama baik dua anggota Exconya.

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang media bersama selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan bahawa kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang dengan meminta ganti rugi daripada pihak terbabit yang telah membuat dan menyiarkan laporan mencemarkan nama baik dua anggota Exco berkenaan.

Mohammad Nizar berkata dua anggota Exco kerajaan negeri Perak yang telah dibebaskan daripada tahanan reman tidak perlu digantung tugas.

Katanya penggantungan tugas kedua-dua Exco itu tidak perlu kerana dakwaan mereka terbabit dalam kes berkenaan tidak dibuktikan.

Beliau berkata tidak ada peraturan dalam perkhidmatan kerajaan yang menetapkan mereka yang ditahan reman berhubung sesuatu kes perlu digantung tugas sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Hadir sama di sidang media itu ialah Exco Kanan kerajaan negeri Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Nga Kor Ming serta kedua-dua Exco terbabit.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .