Ikuti Blog ini

Bagan Pinang: Salahudin pengarah, Pakatan serah PAS pilih calon


KUALA LUMPUR, 9 Sept: Selepas PAS melantik Naib Presidennya, Salahudin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Telok Kemang, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pula memutuskan PAS akan bertanding di kerusi itu.

Keputusan melantik Salahudin dibuat oleh Lajnah Politik PAS yang bersidang di sini Isnin lepas. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Di Seremban, keputusan memberi mandat kepada PAS untuk meletakkan calon di situ dibuat dalam mesyuarat bersama PAS, PKR dan DAP.

Dalam sidang media bersama mereka, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohd Omar memaklumkan keputusan itu.

Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Ketua Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Pengerusi DAP negeri yang juga Anggota Parlimen Rasah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook.

Datuk Kamarul yang juga anggota Parlimen Telok Kemang berkata, PKR akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang dipilih oleh PAS.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Telok Kemang meminta agar calon PKR diletakkan dalam pilihan raya kecil itu.

Image(Gambar: Tokoh-tokoh penting di Bagan Pinang. Dari kiri Isa (Ketua Umno Bahagian), Ramli Ismail (YDP PAS), Husam (AJK PAS) dan Zulkefli (PJ PAS Negeri)

Dalam pilihanraya umum tahun lepas, Azman Mohd Nor, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. Majoriti kemenangan adalah 2,333.

Halangan besar calon Pakatan dalam pilihanraya ini adalah undi Pos yang melebibihi 5,000 orang atau kira-kira 30 peratus dari pengundi kawasan ini.

Sementara itu, PAS Negeri Sembilan dikatakan mempunyai empat nama untuk menjadi calon di sini.

Mereka adalah Zulkefli sendiri di samping bekas Pesuruhajaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob, Ketua Dewan Ulama negeri, Kassim Tahir dan bekas calon dalam pilihan raya lalu, Ramli Ismail. Ramli adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang.

Di pihak Barisan Nasional pula, nama bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad disebut-sebut bakal menjadi calon.

Namun menurut satu sumber lain, bagi meringankan tekanan kepada calon yang mempunyai rekod tidak baik itu, nama anak beliau Mohd Najib disebut-sebut sebagai ganti.

Keputusan untuk menyerahkan kepada Umno Telok Kemang yang dipimpin Mohd Isa untuk membuat keputusan menamakan calon di situ dibuat oleh Datuk Seri Mohamad Hassan, MB Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Lawak Khairy Jamaluddin bila jadi Pak Lawak







Khairy ni lebih baik jadi pak lawak, orang suka tengok dia berlakon.. Kalo jadi Ahli politik orang pakat maki je. Tapi bagus jugak kritikan yang diberikan, pedas, dan terkena batang hidung sendiri. Penuh dengan sindiran dan maksud tersirat. Buat orang berfikir. :) . Syabas to producer http://www.15malaysia.com

SAH ZAMBRY HARAM!!!

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Ketika menolak permohonan itu dengan kos, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

“Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah,” katanya-. mStar

Mengikut artikal 72 Perlembagaan Persekutuan tiada mahkamah yang berkuasa merombak atau membincangkan mana-mana keputusan yang telah di buat oleh mana-mana keputusan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia, dengan ini pemecatan Oleh Sivakumar tehadap MB Zambry dan enam Exconya adalah sah dan berkuatkuasa sehingga tamat tempuh pecat

Oleh itu apa-apa tugas yang di jalankan oleh Zamry boleh di bawa kemuka pengadilan kerana bertugas tanpa kebenaran dan tidak sah.

Sya : Aku suka nak umumkan bahawasanya ZAMBRY dan semua EXCO Kerajaan Negeri PERAK la ni semuanya HARAm se HARAm -HARAmnya..Siapa kata AKu tak kata tapi MAHKAMAH yang KATA..!!!!

Gambar wirawan lembu...senyum girang happy sungguh





Tengok gambar lembu tu tengok yang kena tuduh...sama tak senyuman diorang...betul la sama tapi tak serupa.

Berikut senarai nama-nama lembu yang ditangkap dalam perhimpunan dan didakwa atas akta hasutan:-

1.Mohd Azmir Mohd Zain,
2.Ahmad Suhairy Zakaria
3.Mohd Hilmi Ni
4.Ibrahim Sabri
5.Ahmad Mahayuddin Abd Manaf
6.Eyzva Ezhar Ramly.

Lagi enam ekor lembu yang dituduh dengan tuduhan berhimpun secara haram di depan SUK


1.Jainudin Md Yusuff
2.Mohd Jurit Ramli
3.Mohammad Nordin Zakaria
4.Jamil Mohamad Isa
5.Rahimuddin Md Harun a
6.Azhari Shaari.

Mari kita periksa tengok samada diorang ni orang PAS, orang PKR atau lembu UMNO.
Bangga dengan perangai setan di bulan puasa bulan mulia ini.



"Aku berdoa ... jangan la mangkuk ni maki 'P***mak* pada Hakim...Amin !!!"

Pemuda PAS Persoal RM 16 juta untuk 19 atlet mengejar 1 pingat emas Olimpik


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mempersoalkan keperluan Kerajaan Malaysia yang membelanjakan RM 16 Juta bagi tempoh 2009 hingga 2012 untuk menjayakan program "Road to London 2012" yang bertujuan mencari pingat emas pertama Malaysia daripada Sukan Olimpik di London pada 2012.


Dalam tempoh berkenaan, secara puratanya Kerajaan akan membelanjakan RM 5.3 juta setahun bagi 19 atlet yang dipilih dari empat acara sukan iaitu badminton, memanah, berbasikal dan terjun.

DPPP tidak menolak jika perbelanjaan itu mempunyai asas yang kuat untuk kebaikkan rakyat diseluruh negara. Tapi berbaloikah RM 16 juta demi seketul pingat emas olimpik yang berharga kurang dari RM 1 ribu.

Menurut laman web WikiAnswer, seketul pingat emas secara puratanya mempunyai berat sekitar 250 gram dengan kandungan sebenarnya adalah 244 gram perak dan 6 gram emas yang disadur dipermukaannya. Harga antarabangsa pada akhir 2008 hanyalah sekitar USD 300 sahaja.

Mungkin Kerajaan Malaysia tidak memandang kepada nilai pingat emas itu, tetapi lebih terdorong oleh semangat 'Malaysia Boleh' di mana Kerajaan mengharapkan kemahsyuran negara diperingkat antarabangsa dalam dunia sukan olimpik.

Tetapi berbaloikah kemahsyuran yang dikejar itu, walhal ianya hanyalah satu catatan sejarah yang belum pasti memberikan impak politik dan moral yang besar kepada negara dan dunia sukan. Malah kemahsyuran itu juga pastinya tidak lama, sama seperti misi-misi 'Malaysia Boleh' sebelum ini.

Sewajarnya Kerajaan melihat kembali proses pembinaan atlit negara dulu dan sekarang. Dimana pada era Allahyarham Moktar Dahari seluruh negara melihat atlit kita sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk negara walaupun mereka tidak diberikan ganjaran yang besar seperti hari ini.

Berdasarkan pengalaman itu, DPPP menyedari bahawa kejayaan atlit kita dahulu banyak didorong oleh motivatisi diri sendiri dan bukannya dengan pembaziran yang melampau. Mereka juga menghabiskan masa berlatih dalam negara dan hanya keluar negara jika ada pertandingan.

Sewajarnya budget sebesar itu dipergunakan untuk atlit negara menyertai lebih banyak pertandingan diluar negara, dan bukannya sekadar berlatih sahaja. Dengan lebih banyak pertandingan yang disertai maka mereka akan merasai lebih banyak pengalaman dan motivasi diri akan meningkat. Dalam masa yang sama, kita juga boleh memecahkan anggapan rakyat bahawa atlit kita hanyalah sekadar 'jaguh kampung'

DPPP tidak menolak dunia sukan, kerana ianya adalah keperluan jasmaniah yang penting, khususnya dalam memupuk generasi yang cergas dan sihat tetapi, Kerajaan harus beringat demi kebaikan semua pihak terutamanya dalam suasana kegawatan ekonomi ini.

DPPP mengucapkan tahniah dan terima kasih pada semua atlit yang berusaha keras bagi mengharumkan nama negara selama ini. Sama ada mereka mendapat pingat atau tidak, DPPP yakin bahawa mereka sudah berusaha sebaiknya ke arah itu.

Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Awas, tipu helah Umno-BN!


Oleh: Bekas Profesor, KL.

Harap semua pihak di kalangan Pakatan Rakyat berhati-hati. Hari demi hari kita mula melihat perancangan licik Umno-BN. Bermula di Perak, Kedah dan kita sedang mengalir pelbagai karenah di Selangor.

Hanya satu yang boleh dijangka. Seperti yang disebut Najib, kini semua muncung senjata Umno-BN sedang terarah ke Selangor, lubuk hasil termewah buat Umno-BN.

Pimpinan PR diharap jangan masuk perangkap mereka. Berhati-hatilah selalu. Undangan Najib untuk berbincang nampaknya helah terbaru yang dicipta oleh Umno-BN.

Dan pastinya ini bukanlah yang terakhir, saya percaya akan makin banyak lagi tipu daya dan muslihat yang cuba serta akan dibuat oleh mereka.

Sentiasa berbincanglah selalu di kalangan pimpinan PR. Tidak salah dan rendah martabat kita jika kita sentiasa bermesyuarah sesama sendiri dalam PR demi memastikan ikatan PR makin kukuh.

Moga dengan ikatan yang kukuh ini, PR akan peroleh kemenangan lebih gemilang dalam PRU-13 kelak.

Terima Kasih Sajelah, Saya Tak Minat - TGNA


Sebagaimana dijangka, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sikapnya, tidak sedia berbincang dengan Umno.

Bagi beliau, ia isu lama dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

PAS, katanya, tetap dengan prinsipnya tidak akan bersetuju untuk mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi parti itu tetap dengan apa yang ada padanya sekarang.


Kenyataan itu ditegaskan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya petang semalam sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Najib menyuarakan hasrat tersebut di dalam ucapannya pada satu majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai petang sebelumnya.

Pada majlis yang sama Najib turut mengumumkan kerajaan pusat telah meluluskan projek pembangunan kawasan Manek Urai sebanyak RM8.9 juta sebagai menepati janji pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lepas.

Antara projek yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Manek Urai sampai sekarang ialah janji Barisan Nasional akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

Namun Nik Aziz, masih meragui keikhlasan Umno. Baginya, sekiranya Umno benar-benar ingin jaga Islam lebih baik Umno terus bertindak menukar dasar partinya supaya keikhlasan itu terbukti pada seluruh rakyat.

Bagaimanapun beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat menyediakan peruntukan pembangunan bagi Dun Manek Urai, dan berharap peruntukan itu akan terus dikesinambungkan kerana ia memang menjadi tanggungjawabnya.

Di Kuala Lumpur, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyifatkan tawaran Najib untuk sekian kalinya kerana Umno sekarang sedang tersepit.

Umno perlukan PAS untuk menyokongnya selepas terperangkap dalam isu perkauman yang diciptanya sendiri, kata Salahudin.

HIKAYAT SEMBAH DERHAKA THE MOVIE




Sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak.


Meskipun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip “matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan.Dalam video ini kita lihat apa itu sembah derhaka dan siapa yang derhaka ?Walau isu ini dah lama tetapi kita kena refresh balik minda kita supaya kita tidak ditipu oleh sejarah dikemudian hari....



Takziah Kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu

DUNGUN – PAS Mengucapkan takziah kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 Terengganu Ustaz Satiful Bahari Mamat atas kemalangan menimpa beliau sekeluarga. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani turut mengucapkan takziah kepada keluarga

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/p6merah1.jpg Wan Rozami Wan Abdul Latif dan Zaradi b. Su, yang turut diduga dengan ujian dari Allah itu

”Kita (PAS) ucap takziah (kepada keluarga) dan sedekah al-Fatehah kepada (ketiga-tiga) anak-anak yang meninggal dunia (kerana lemas),”katanya ketika ditemui di Kampung Pinang Merah, dekat sini semalam.

Ketua Cawangan PAS kampung tersebut, Wan Mohd Adib Wan Zin berkata, empat orang anak-anak tersebut telah bermain di sungai Paka, berhampiran kampung itu kira-kira pada waktu Asr’ petang semalam.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/p6merah2.jpg”Apabila, barangkali, ketiga-tiga kawannya telah lemas, anak Ustaz Satiful yang kecil telah berlari ke masjid untuk memberitahu para jamaah yang baru selesai solat Asr’,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Beliau berkata, setelah itu, para jamaah masjid dan orang kampung segera menjalankan usaha mencari dan menyelamat dengan dibantu oleh Kelab Penyelam Terengganu (Terengganu Divers Club) serta kerjasama pihak keselamatan Polis dan Bomba, yang turut menghulurkan bantuan.

Katanya ketiga-ketiga anak-anak yang terlibat adalah rakan sebaya dan sekampung serta belajar disekolah yang sama, iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.

Menurutnya, mereka adalah Wan Mohamad Wajihidun Wan Rozaimi, 10 tahun, Muhammad Saifuddin Satiful Bahari, 10 tahun dan Sharif Hidayat Zaradi, 9 tahun.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/solatjenazah.jpg”Mayat pertama yang ditemui kira-kira jam 8.50 iaitu anak Ustaz Satiful (gambar atas kanan) dan dalam setengah jam kemudian, anak saudara kita Wan Rozaimi pula dapat ditemui,”jelasnya.

Jenazah kedua-dua anak tersebut telah disempurnakan kira-kira jam 1.30 pagi hari ini (9 September) dengan solat jenazah di imamkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib.

Kira-kira 50 orang jamaah turut menunaikan solat jenazah itu yang turut dihadiri adalah Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.

Sehingga kedua-dua jenazah tersebut disempurnakan sepenuhnya kira-kira jam 2.00 pagi, rakan mereka Sharif Hidayat Zaradi yang masih hilang dan belum ditemui.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .