Oleh: Bekas Profesor, KL.
Harap semua pihak di kalangan Pakatan Rakyat berhati-hati. Hari demi hari kita mula melihat perancangan licik Umno-BN. Bermula di Perak, Kedah dan kita sedang mengalir pelbagai karenah di Selangor.
Hanya satu yang boleh dijangka. Seperti yang disebut Najib, kini semua muncung senjata Umno-BN sedang terarah ke Selangor, lubuk hasil termewah buat Umno-BN.
Pimpinan PR diharap jangan masuk perangkap mereka. Berhati-hatilah selalu. Undangan Najib untuk berbincang nampaknya helah terbaru yang dicipta oleh Umno-BN.
Dan pastinya ini bukanlah yang terakhir, saya percaya akan makin banyak lagi tipu daya dan muslihat yang cuba serta akan dibuat oleh mereka.
Sentiasa berbincanglah selalu di kalangan pimpinan PR. Tidak salah dan rendah martabat kita jika kita sentiasa bermesyuarah sesama sendiri dalam PR demi memastikan ikatan PR makin kukuh.
Moga dengan ikatan yang kukuh ini, PR akan peroleh kemenangan lebih gemilang dalam PRU-13 kelak.