Ikuti Blog ini

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Penipuan Dasyat SPR: 21 Pengundi Berbeza Bangsa Dalam Sebuah Kedai, Umur Tentera 111 Thn

Keraguan daftar pemilih terus dibongkar apabila terbaru, DAP menemui bukti (a) 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai.

Selain penemuan itu, mereka juga menjumpai:
(b) seorang anggota tentera berumur 111 tahun tetapi masih lagi berkhidmat dalam tentera, (lihar imej)
(c) seorang anggota dengan dua isteri yang nama mereka sama, dan
(d) seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.

Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau seperti dipetik Roketkini berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan.

Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India.

“Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza,” katanya.

Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492.

“Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182.

“Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?” katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah ‘yang kedua’ baru sahaja mendaftar sebagai pengundi.

Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang.

“Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat,” ujarnya.

Katanya, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230.

Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941.

“Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini,” kata Loke.

Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi.

“Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai,” katanya. -Hrkh

PERUTUSAN EIDULFITRI 1432

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walillahil hamd

Sama ada kita sedar mahupun tidak, Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. Bulan istimewa ini bakal meninggalkan kita, membawa pulang kembali segala tawaran-tawaran yang pernah ditawarkannya. Kalaulah manusia dapat mendengar laungan khas di bulan Ramadhan sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi S.A.W dalam hadisnya, “Ya baghiyal khairi aqbil, wa ya baghiyas sharri aqsir”, nescaya mereka akan berlumba-lumba mendapatkan kelebihannya, dan serta merta menghentikan segala perkara keji, mungkar dan maksiat. Maka beruntunglah bagi sesiapa merebut kelebihan-kelebihan itu, dan rugilah serugi-ruginya bagi mereka yang lalai dan alpa.

Ramadhan meninggalkan sekian banyak hikmah dan pengajaran. Bermula daripada ibadah puasa dan qiamnya, hinggalah kepada peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalamnya.

Salah satu daripada peristiwa besar tersebut ialah Fathu Makkah ataupun Pembukaan Makkah yang berlaku pada tahun kelapan hijrah. Pembukaan Makkah membawa erti kemerdekaan yang sebenar. Bukan sekadar memerdekakan tanahair, tapi memerdekakan jiwa fitrah setiap manusia daripada diperhambakan sesama manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah, Tuhan semesta alam.

Benarlah kata-kata Rub’i bin ‘Amir ketika berhadapan Panglima Tentera Parsi, “Sesungguhnya Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah Tuhan Yang maha Esa, daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dan daripada kezaliman ajaran-ajaran yang lain daripada Islam kepada keadilan Islam.”

Makkah dibebaskan oleh Rasulullah S.A.W bukan daripada penjajah asing, tapi daripada penjajah tempatan. Bangsa dan bahasa tutur kata mereka adalah sama. Bezanya ialah satu mahu berhempas pulas mempertahankan jahiliah, dan satu lagi mahu menegakkan kalimah tauhid. Mungkin akan ada yang berkata Rasulullah mengkhianati bangsa dan tanahair sendiri. Menyerang dan menakluk bangsanya. Tetapi apabila bangsa dan tanahair menjadi penghalang dalam rangka menegakkan kalimah Allah, maka semua itu secara automatik menjadi musuh yang mesti diberi pengajaran.

Apalah ertinya merdeka daripada penjajah asing, tetapi kemudiannya menjadi hamba kepada “penjajah tempatan” yang sama kulit dan bahasanya. Apalah ertinya merdeka apabila penjajah sudah dihalau, tetapi pemikiran penjajah masih lagi menjadi anutan dan ajarannya masih diamalkan.

Bukan mahu memperkecilkan jasa mereka yang telah memerdekakan tanahair tercinta ini, tetapi Islam telah mengajarkan erti kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan membebaskan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam. Bukannya meruntuhkan jahiliah lama, kemudian membina jahiliah moden di atas runtuhan tersebut. Sebaliknya ialah meruntuhkan jahiliah dan membina kegemilangan Islam di atas runtuhan itu.

Semoga Allah swt menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini.

Bagi pihak PAS Puchong saya mengucapkan Selamat Menyambut Eidulfitri, maaf zahir dan batin, kepada semua umat Islam. Mudah-mudahan Allah S.W.T memberkati dan melimpahi kita semua dengan keampunan dan belas kasih daripada-Nya.

Salam hormat daripada saya;
MUHAMMAD SUFYAN ISMAIL YDP PAS PUCHONG

TV3 Kantoi! Surau Al-Musyrikin tidak wujud!

SEBELUM ini media propaganda, TV3 ada menyiarkan berita kononnya ada sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang lama yang menyebarkan agama Kristian kepada pelajarnya.

Tambah melucukan bercampur hairan, TV3 mendakwa sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (kafir) telah berhimpun di hadapan kelas tuisyen berkenaan kerana membantah tindakan kelas tuisyen itu yang didakwa kononnya menyebarkan agama Kristian kepada pelajar yang beragama Islam.

Saksikan video laporan media propaganda TV3 di bawah ini.



Oleh kerana tidak berpuas hati dengan laporan pelik dan melucukan dari TV3 ini, ReJaM© telah mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kebenarannya.

Selepas kira-kira setengah hari mencari, ReJaM© berjaya menemukan kelas tuisyen yang dilaporkan. Kelas tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti kaum Cina dan India serta pendatang asing termasuk warga Indonesia.


Di sebelah kelas tuisyen itu, tinggal seorang warga asing yang sudah mendapat taraf penduduk tetap. Beliau mendakwa tiada satu pun surau di kawasan tersebut, kerana ia merupakan kawasan yang didiami oleh Cina dan India. Malah masjid juga terletak jauh dari penempatan itu.

Di bawah ini rakaman perbualan yang sempat dirakamkan.



Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana TV3 tanpa rasa bersalah mencipta nama surau yang tidak wujud iaitu Surau Al-Musyrikin.

Sifirnya mudah, Jalan Klang Lama terletak di bawah Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Maka TV3 mahu rakyat percaya bahawa Teresa Kok cuba menyebarkan Kristian di kawasannya.

Sila gunakan akal anda sendiri, masuk akal atau tidak pelajar yang beragama Islam pergi ke kelas tuisyen di kawasan setinggan yang didiami oleh Cina, India dan warga asing untuk mempelajari agama Kristian?

Mana-mana ibu bapa beragama Islam yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen Kristian memang nak mampos! Kelas tuisyen itu sudah wujud di situ bertahun-tahun untuk anak orang-orang Cina dan India setempat yang beragama Kristian.

Milo Suam
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .