Ikuti Blog ini

Sikap Bung Mokhtar yang BIADAP terhadap GMP

MENTERI Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) menerima memorandum daripada Pengerusi Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Datuk Dr Hassan Ahmad di Lobi Parlimen hari ini. Turut kelihatan Sasterawan Negara Tan Sri A. Samad Said (kanan).

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kesal dengan tindakan ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar kerana "tidak menunjukkan akhlak yang mulia" dengan menggelar pejuang bahasa sebagai "anasir".

"Sebagai seorang pemimpin yand duduk di dewan yang mulia (parlimen), beliau (Bung Mokhtar) sepatutnya berbahasa dengan cara yang baik, dengan ketinggian akhlak dan adap sopan," kata setiausaha gerakan itu, Hasni Abas.

parliament 170209 argument between bung mokthar dan gerakan memansuhkan ppsmiSehubungan itu, Hasni mendesak ahli Parlimen itu membuat permohonan maaf secara terbuka "sebagai orang yang berbudi bahasa".

Dalam kejadian kira-kira Jam 12 tengah hari tadi, Bung Mokhtar ditemui pemimpin GMP - diketuai pengerusinya, Datuk Hassan Ahmad - ekoran kenyataannya di dalam dewan hari ini yang didakwa menyifatkan pejuang bahasa sebagai "anasir".

Bung Mokhtar dipercayai mengulas tindakan GMP hadir ke Parlimen hari ini bagi menyerahkan memorandum mendesak pemansuhan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada ahli Parlimen pelbagai parti.

parliament 170209 wakil gerakan memansuhkan ppsmiKetika dihubungi petang ini, Hasni berkata, ahli-ahli parlimen lain yang ditemui mereka tidak berkelakuan sebegitu - termasuk pemimpin Umno lain - seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Menteri Pelajaran sendiri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Hasni yang berada di situ ketika kejadian itu, juga menjelaskan, dalam pertemuan ringkas hampir sepuluh minit itu, wujud ketegangan apabila kedua-dua pihak berselisih pandangan.

'Minta keluar'


Perkara itu, katanya, menyebabkan Bung Mokhtar meminta mereka keluar dari parlimen atau beliau akan memanggil pengawal bagi menghalau mereka.

Ketika kejadian, tambah Hasni, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Abu Bakar Chik dan tokoh bahasa, Ainon Mohd paling lantang ke depan berhujah dengan Bung Mokhtar.

parliament 170209 gerakan memansuhkan ppsmi pcSasterawan Negara A Samad Said, profesor matematik Shahril Mohd Zain, profesor bahasa Abdullah Hassan turut berada di situ ketika peristiwa itu berlaku.

Mengulas respons pemimpin-pemimpin BN yang menerima memorandum itu, beliau berkata: "Biasalah, mereka kata akan telitilah."

Pagi tadi, GMP menggerak kira-kira 20 aktivis bahasa dan sastera berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen, meminta mereka menyuarakan bantahan terhadap PPSMI di dalam persidangan dewan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS turut menerima memorandum tersebut di sebelah pagi bagi kali kedua selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu.


"Kerja jahat,celaka dan hina..."




KUALA LUMPUR - "Ini satu mainan politik yang sangat buruk yang berlaku dan kita lihat ada satu paten yang menyerang wakil-wakil rakyat kita, dulu di Perak, Kedah dan kini Selangor."


Demikian tegas Ketua Umum KeADILan pada sidang media di lobi Parlimen hari ini sambil menambah, "Cara ini merupakan kerja yang celaka dan jahat. Kerja menghina dan mengaibkan orang. Kalau ada bukti, silakan."



"Saya beritahu pada Eli, kita akan ikhtiar untuk pertahankan nama beliau kerana seperti anda semua maklum, Eli adalah tokoh penting di Selangor dan rekod kerjanya sangat baik sebagai wakil rakyat dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,"jelasnya mengenai isu terkini yang melibatkan Adun Bukit Lanjan,Elizabeth Wong.


Beliau turut mengecam laman web Agenda Daily yang dikatakan cuba menghina Wong dengar memaparkan gambar yang kurang sopan wakil rakyat itu dan Khalid.


"Cara ini merupakan kerja yang celaka dan jahat. Kerja menghina dan mengaibkan orang. Kalau ada bukti, silakan.


"Saya mahu tanya pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bercakap soal moral dan diketengahkan. Jika mereka konsisten, saya minta Timbalan Perdana Menteri bangun dahulu untuk menjelaskan bahawa beliau ada cukup kekuatan moral untuk menjaga moral rakyat.


"Jangan paksa kita main isu ini kerana kita tidak fikir masuk gelanggang politik untuk mengaibkan orang terutama dalam kamar sendiri," katanya yang mendakwa insiden yang menimpa Wong didalangi oleh Umno dan disokong oleh parti-parti komponen BN.


Ditanya bagaimana beliau pasti bahawa insiden itu didalangi Umno, Anwar berkata: "Buktinya Agenda Daily yang mainkan gambar Eli duduk bersendeng-sendeng dengan MB."


"Anda fikir itu bermoral? Itu jawapan saya,"tegasnya.


Sementara itu,Anwar menasihatkan Elizabeth supaya bercuti bagi menenangkan fikiran berikutan insiden gambar bogelnya yang kini tersebar.


Anwar berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada beliau bahawa Elizabeth telah diminta bercuti berikutan tekanan yang diterima oleh exco Selangor itu terutama daripada beberapa laman web berhubung insiden tersebut.


"Menteri Besar telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat mengenai kedudukan Eli (Elizabeth) dan ini saya serahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar.


"Saya faham yang Eli membuat keputusan setelah mempertimbangkan semua opsyen terutama bagi mempertahankan imej dan kredibiliti parti.


"Bagaimanapun, opsyen terbaik sekarang adalah beliau bercuti dan memikirkan semula semua opsyen yang ada dan kemudian datang balik dan berbincang dengan kita,"jelasnya.


Anwar berkata, Elizabeth telah menemuinya dan juga Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah dan beberapa pemimpin parti malam tadi di rumahnya bagi menjelaskan perkara itu.


"Kita dengar penjelasan beliau dan berasa simpati terhadap apa yang beliau tanggung berhubung usaha untuk menyerang peribadinya yang sangat jahat,"luah Anwar.


Program Lawatan MB Pakatan Rakyat Dato Seri Ir Mohammad Nizar Ke Parlimen Parit



Sokongan kaum cina di Jelapang


Ketika Perhimpunan Rakyat Di Jelapang

Pemimpin PKR Nasihat Elizabeth Wong Bercuti



PETALING JAYA - Elizabeth Wong, yang memutuskan hasrat untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan ekoran tersebarnya gambar separuh berbogel, telah dinasihatkan agar bercuti buat sementara waktu.


Menteri Besar Selangor berkata, beliau telah menasihatkan Wong agar bercuti dan mengambil rehat yang sewajarnya. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa lama Wong dinasihatkan bercuti. Nasihat yang sama diberikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen, yang turut meminta Wong mengkaji semula pendiriannya meletakkan jawatan.


Semalam Wong berkata beliau telah menjadi "mangsa kejadian" penyebaran foto atau video separuh bogelnya, yang dipercayai disebarkan oleh bekas kekasihnya. Media melaporkan bahawa bekas kekasihnya itu kini khabarnya berada di luar negara.


[Kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat, anda dinasihatkan berhati-hati dengan "bekas kekasih" atau "teman tersayang" yang sudah ditinggalkan. Ini kerana mereka bakal merosakkan masa depan politik anda jika tersilap langkah. Kes yang berlaku kepada Elizabeth ini adalah menjadi bukti kukuh bahawa "musuh dalam selimut" akan berada di mana-mana sekalipun. Tambahan pula jika mereka mendapat imbuhan yang setimpal jika perkara negatif itu didedahkan kepada umum.


Sebenarnya, skandal seperti ini banyak melibatkan puak-puak UMNO. Tunggu laporan seterusnya akan kami dedahkan
"hubungan intim" seorang Exco UMNO Pahang dengan isteri orang sekarang ini].


REAKSI wajah Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping, ketika menawarkan peletakan jawatannya sebagai Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini. Wong, 37, dipercayai berbuat demikian berikutan penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Mohd Abdul Wahid Endut angkat sumpah

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mohd Abdul Wahid Endut sah sebagai ahli Dewan Rakyat kawasan Kuala Terengganu selepas mengangkat sumpah di depan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini.


Wahid menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu selepas mengalahkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi.


WAKIL BARU... AhLI Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut menandatangani watikah pelantikan selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia


Elezabeth Wong tawar letak jawatan ADUN, Exco

DITENANGKAN... Elizabeth Wong yang juga ADUN Bukit Lanjan, Selangor ditenangkan oleh rakan-rakan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas sidang media berhubung penyebaran gambar bogel beliau di Ibu Pejabat PKR hari ini. Berikutan itu beliau menwarkan diri untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut dan akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mengatur urusan penyerahan tanggungjawab mengikut cara sepatutnya. Keputusan itu dibuat berikutan kontroversi penyebaran gambar bogel beliau yang tersebar di internet dan khidmat pesanan multimedia.
CERIA... Reaksi Elizabeth Wong di pekarangan Ibu Pejabat PKR selepas selesai mengadakan sidang media pagi tadi.


MB Selangor dijadual buat kenyataan rasmi waktu terdekat

[DIKEMAS KINI, 12.50 TENGAH HARI] PETALING JAYA: Selepas dua hari didedahkan penyebaran gambar dan video separuh bogel, Elizabeth Wong hari ini mengumumkan menawar diri untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.


Keputusan itu dijangka membuka laluan kepada pilihan raya kecil ketiga tahun ini selepas Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.


Wong mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media pukul 11.40 pagi tadi di Ibu Pejabat PKR di sini.


"Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pemilih kawasan saya, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sahabat dan masyarakat umum.


"Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan," katanya dengan nada sebak manakala penyokong-penyokongnya pula mendesak beliau menarik balik keputusannya.


"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) untuk mengaturkan penyerahaan tanggungjawab saya dengan baik.


"Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.


Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor dijadual membuat kenyataan rasmi mengenainya dalam beberapa jam lagi.


Wong, berusia 37 tahun dan masih bujang, yang memasuki dewan utama Ibu Pejabat PKR dengan ceria kelihatan sebak ketika membacakan kenyataannya.


Beberapa penyokong beliau membawa sepanduk dan poster menyatakan sokongan moral kepada beliau sambil berulang kali menggesa Wong tidak meletakkan jawatan.


Naib Presiden PKR, R. Sivarasa pula berkata, pihaknya menerima keputusan Wong dengan berat hati tetapi bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.


"Kami bersedia menghadapi pilihan raya kecil di Perak, di Kedah dan juga di sini di Selangor," kata beliau yang turut hadir pada sedia media itu.


Bagaimanapun Wong yang hanya membacakaan kenyataan satu halaman tidak mengambil sebarang soalan daripada wartawan.




SEMUA DI JEMPUT HADIR MALAM INI!






UMNO Semakin Tertekan


UMNO KIAN TERTEKAN

Tidak sukar untuk mengesan tekanan yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN .

Apabila Harakah dan Suara Keadilan dirampas , ceramah umum tidak benarkan , polis dikerah untuk menangkap pemimpin pembangkang dengan pelbagai alasan di bawah pelbagai akta pula seperti akta hasutan , akta cetak , akta polis dan lain - lain termasuk menggunakan ISA . TV pula menggila dengan laporan dan ulasan sebelah pihak .

Ini bermaksud UMNO dan BN telah kehilangan daya dan kehabisan upaya untuk berdialog dan berdepan secara intelektual berasaskan hujjah dan berpaksi pula kepada kebenaran .

Laksana Namrud a'laihi laknatullah yang pernah menggunakan kekerasan dengan menangkap dan kemudiannya melempar Nabi Allah Ibrahim as. ke dalam unggun api yang besar setelah gagal menimbulkan kekeliruan dan tewas hujjah dengan Nabi Ibrahim as.

Langkah yang sama biasa diambil oleh penguasa - penguasa zalim di sepanjang zaman . Mereka sering menggunakan mantiqul quwwah [ hujjah kekuatan ] berbanding quwwatul mantiq [ kekuatan hujjah ] .

Bayangkan betapa UMNO dan BN yang menguasai media cetak dan elektronik dalam negara malah mampu menyebarkan maklumat kepada hampir 30 juta penduduk dengan begitu pantas masih bertindak bodoh dan liar dengan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta menghalang ceramah umum anjuran PAKATAN .

Jika mereka benar - benar kuat dan yakin rakyat bersama mereka sebagaimana yang di dakwa , untuk apa mereka menggunakan kekerasan dan menjadikan polis serta pelbagai institusi bagi melindungi kepentingan mereka . Malainkan sebenarnya UMNO dan BN lemah dan kini dalam keadaan tertekan .

Trauma menghadapi keputusan pilihanraya umum ke 12 yang dialami oleh UMNO dan BN masih belum pulih sepenuhnya . Bahkan ia membuatkan UMNO dan BN mudah hilang pertimbangan dan cepat pula hilang kawalan .

Hasil kajian saintifik , mereka yang belum pulih sepenuhnya dari trauma teruk yang dialami biasanya terdedah kepada perlakuan - perlakuan ganjil malah mampu mendatangkan mudarat kepada dirinya sendiri . Mereka boleh bertindak nekad dan mengganas tanpa sebarang nilai peri kemanusiaan dalam jiwa mereka .

Saya lihat inilah yang sedang dialami oleh UMNO dan BN sebuah parti yang telah mengalami trauma yang teruk dan kini dalam proses pemulihan yang sukar . Tengku Rithaudeen sendiri pernah mencadangkan agar wanita , pemuda , putera dan puteri UMNO di bubarkan demi merawat atau memulihkan UMNO . Jika tidak , UMNO akan binasa .


posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Kes ini tak jejas Pakatan Rakyat - TG Nik Aziz


UMNO kini mengintai setiap ruang bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Setelah menyedari gagal mendapat sokongan rakyat mereka menggunakan kaedah lain, biar pun di luar normal kemanusiaan. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor di mana pihak tertentu menyebar foto-foto separuh bogel anggota Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong yang sedang tidur. Tanpa memberi peluang kepada Adun terbabit menjelaskan perkara sebenar bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo terus mendesak Elizabeth meletak jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan.

Mengulas perkembangan itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) berkata, apa yang berlaku tidak seharusnya dipersalahkan kepada anggota Exco berkenaan, mungkin beliau dijadikan mangsa penyebaran gambar peribadinya. "Kita sebenarnya tak boleh salahkan orang itu sahaja, tentu ada sebab yang berlaku," ujarnya ketika ditemui.

elizabethMedia maya hari ini melaporkan penyebaran gambar Elizabeth Wong ketika sedang tidur dalam keadaan separuh bogel. Exco terbabit dalam kenyataannya menjelaskan beliau telah dimaklumkan pada Jumaat lalu oleh wartawan yang memiliki fotonya. Katanya, penyebaran dan penerbitan foto tersebut merupakan satu serangan berniat jahat terhadap keperibadiannya dan ia merupakan pencabulan maruah. Beliau juga telah membuat laporan polis semalam.

Oleh itu, Menteri Besar Kelantan menyerahkan kepada kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kes anggota Exco berkenaan dan bukannya pihak lain. Bagaimanapun tambahnya apa yang berlaku itu tidak sedikit pun menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan ia hanya masalah peribadi. "Ia masalah peribadi saja, di mana-mana pun boleh berlaku, yang tak keluar akhbar pun banyak, tu dah nasib dia (keluar akhbar)," katanya.

Menurutnya juga di Kelantan gambar-gambar wanita yang menjadi iklan produk tertentu dipastikan menutup aurat.


Ku Duka Minta Pegawai MPD Bertaubat

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/KuDukaRayuanGaza.JPG

Lensa Kehidupan
Celakalah keatas mu zionis laknatullah...


Dungun
– Penasihat Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim (Ku Duka) berdukacita dengan pembatalan ‘permit’ penggunaan Padang Astaka Dungun pada saat-saat akhir, dan menyarankan pegawai Majlis Perbandaran Dungun (MPD) supaya bertaubat.


“Saya sungguh dukacita apabila kelulusan kita (Mampat) untuk guna Padang Astaka dibatalkan di saat akhir oleh pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD),

“Kepada pegawai-pegawai yang batalkan tempat kita (Mampat) di Padang Astaka itu saya hendak suruh (minta) dia (pegawai) bertaubat,” tegasnya ketika merasmikan Program Rayuan Gaza Palestin ‘Bantulah Mereka’ di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, baru-baru ini

Beliau berkata, Mampat dan Yayasan Amal Malaysia (Amal) menganjur program Rayuan Gaza bukan ‘berpolitik’ tetapi semata-mata mengumpul dana membantu umat Islam di Palestin.

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/Dungun2.jpgKatanya, program yang baik bagi membantu saudara se-Islam yang dizalimi di bumi Palestin ‘dihalang’ oleh orang Islam sendiri.

Oleh itu, beliau menggesa agar rakyat ‘mengajar’ pemerintah yang seumpama itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sebelum itu, beliau turut menyeru umat Islam di negara ini bersungguh-sungguh memboikot barangan dan perkhidmatan keluaran Israel.

“Boikot barang-barang yang dijual di Malaysia yang ada hubungkait dengan Israel kerana keuntungan itu akan disalurkan kepada rejim zionis yang kejam itu.

“kita (umat Islam) pulau barangan yang jelas ada kaitan langsung dengan Yahudi Zionis di Israel,”katanya.

Program Rayuan Gaza diadakan bagi mengumpul dana sumbangan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin yang diusahakan oleh lebih 30 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri Terengganu.

Pihak penganjur berjaya mengumpul sumbangan orang ramai pada majlis tersebut berjumlah melebihi RM130,000.

Hadir sama pada majlis tersebut Presiden PAS yang juga Ahli Jawatankuasa Yayasan Antarabangsa Al-Quds Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .