Ikuti Blog ini

NAJIB KATA TIDAK, SPR KATA ADA?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menafikan dakwaan PAS bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersekongkol untuk menyediakan 'pengundi hantu' menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Beliau sekeras-kerasnya menolak dakwaan PAS yang dibuat pagi ini.

"Tiada pengundi hantu", kata beliau selepas merasmikan Seminar kesedaran Alam Sekitar di sini hari ini.

Kata beliau, pembangkang tidak pernah mengatakan tentang kewujudan pengundi hantu jika mereka memenangi mana-mana pilihan raya.

Ketika ditanya tentang dakwaan PAS bahawa Pejabat Pendaftaran Negara Terengganu dibuka sehingga 10 malam, Najib berkata: "tidak, tidak, tidak." [sumber asal]

Manakala [Bernama] pula melaporkan :

SPR Dan JPN Lanjut Waktu Operasi Untuk Kuala Terengganu

Tempoh operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilanjutkan sehingga ke sebelah malam sejak 21 Disember lepas untuk memudahkan pengundi bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu menyemak maklumat mengenai daftar pemilih serta tempat mengundi.

Pengarah Pilihan Raya Terengganu Mohd Noor Daud berkata operasi biasa SPR dari 8 pagi sehingga 5 petang dilanjutkan sehingga ke pukul 12 tengah malam bagi tujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di kawasan itu.

Beliau berkata SPR menerima lebih 200 panggilan dari pengundi kawasan itu yang ingin menyemak status pendaftaran pemilih mereka sejak tempoh operasinya dilanjutkan.

Sementara itu, jurucakap JPN Terengganu pula berkata pihaknya melanjutkan operasi sehingga ke pukul 10 malam bagi memudahkan SPR membuat semakan terhadap daftar pemilih.

"Kami masih beroperasi seperti biasa iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang. Pukul 5 petang hingga 10 malam itu untuk kami 'standby' bagi memudahkan SPR menyemak daftar pemilih seseorang selepas menerima panggilan pengundi yang ingin menyemaknya," katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat keraguan mengenai daftar pemilih, SPR akan meminta JPN menyemak dari segi tarikh lahir, nama, alamat dan nombor kad pengenalan individu tersebut secara online.

Mengenai dakwaan bahawa jabatan itu akan mengeluarkan Mykad sementara menggunakan nama orang yang sudah meninggal dunia untuk pilihan raya kecil itu, katanya jabatan itu tidak mengeluarkan sebarang pengenalan diri dengan sewenang-wenangnya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dalam satu persidangan media sebelum ini mendakwa SPR dan JPN bersekongkol untuk mewujudkan pengundi hantu dengan menggunakan nama mereka yang sudah meninggal dunia pada hari pengundian nanti.




AWAS - Buletin KUALA Palsu!


KUALA TERENGGANU, 14 Jan - Musuh politik PAS meneruskan agenda jahat mereka dengan mengeluarkan 'buletin KUALA palsu' yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.


Dalam sidang akhbarnya hari ini, Pengarah Operasi Pilihanraya Kuala Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong menunjukkan bukti kejahatan pihak tertentu yang ingin mengaburi mata pengundi dengan mencetak Buletin KUALA, risalah rasmi PAS.


Buletin KUALA edisi 3 telah dicetak dan disebarkan oleh mereka dengan isinya yang jelas mengutuk pembangkang dan menipu rakyat.


Antara perbezaan buletin palsu dengan yang asal adalah:

1- Tiada tanda pangkah (X) di tepi logo PAS di penjuru atas risalah tersebut.
2- Isi dalam risalah tersebut berbeza daripada risalah asal.
3- Jarak antara huruf-huruf perkataan 'KUALA' dekat antara satu sama lain.
4- Tajuk, isi dan gambar yang terdapat dalam buletin itu jelas memfitnah dan mencemarkan nama baik pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

** isi muka surat dalam yang betul **

** isi muka surat dalam yang palsu **

Harapan kami agar berita ini disebarkan sesegera mungkin dan walau siapa pun yang membuat angkara ini akan menerima pembalasan yang sewajarnya daripada Allah SWT.

** isi muka surat belakang yang betul **

** isi muka surat belakang yang palsu **

Awas! sesi pembohongan dari pihak ini yang pasti akan diteruskan sepanjang kempen pilihan raya ini. Rakyat akan dihalang dari mendapatkan maklumat dan informasi yang benar dan telus.


Hari penamaan calon pemilihan kampus UM tegang, polis ditempatkan


SEMANGAT... Sebahagian penyokong kumpulan pro-Mahasiswa berkumpul sambil membawa sepanduk dan poster pada proses penamaan calon hari ini.

PETALING JAYA: Kehangatan pilihan raya bukan sahaja dirasai di Terengganu, malah menarik tumpuan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) hari ini - hari penamaan calon dengan anggota polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.


Difahamkan ini kali pertama anggota pasukan keselamatan ditempatkan pada pilihan raya kampus UM.


Proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus UM pagi tadi gamat dengan kehadiran penyokong kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa dengan sorakan dan perang lidah menghangatkan suasana sekitar pusat penamaan calon yang diadakan di Kompleks Perdana Siswa.


Himpunan penyokong kedua-dua pihak yang berada di antara bangunan Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Kompleks Perdana Siswa itu turut dikawal oleh kira-kira 10 anggota polis bersama pasukan keselamatan UM dan juga sebilangan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) bagi mengelakkan sebarang kekecohan berlaku.


Jumlah penyokong yang sama banyak iaitu kira-kira 150 orang bagi setiap kumpulan dibezakan dengan kumpulan pro-mahasiswa berpakaian serba oren manakala penyokong pro-aspirasi tampil dengan serba hitam.


Mulai penggal ini kumpulan pro-aspirasi dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa.


Pada pilihan raya kampus penggal ini, yang akan berlangsung 19 Januari ini, 41 kerusi dipertandingkan iaitu sembilan bagi kerusi umum dan 32 bagi kerusi fakulti.


Menerusi pemilihan penggal lalu, kumpulan pro-mahasiswa berjaya memenangi 11 kerusi.


Dengan menggunakan tema "Hope and Change", kumpulan pro-Mahasiswa ingin menafikan majoriti dua pertiga kumpulan Penggerak Mahasiswa yang telah mengusai Um selama 5 penggal berturut-turut.


BERITA TERDAHULU


Pilihan raya kampus UM mula hari ini, peluang proaspirasi tipis


PETALING JAYA: Peluang calon wakil proaspirasi dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya (UM) untuk mempertahankan penguasaan majoriti seperti penggal lalu dijangka tipis ekoran kebangkitan kumpulan promahasiswa untuk mengusai gelanggang.


Salah seorang mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM yang enggan dikenali berkata, situasi sedemikian berlaku terutamanya selepas pembangkang menguasai Selangor pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.


"Saya akui kebangkitan calon-calon promahasiswa pada pemilihan kali ini adalah kesan daripada pilihan raya umum yang lepas," katanya.




POLITIK ADALAH PERNIAGAAN UMNO & BN




Calon PAS bakal menang - Puteri Umno


SEORANG petugas dari Puteri Umno yang datang dari Selangor mengakui PAS akan menang pada pilihanraya kecil ini.

"Walau apa pun usaha yang dilakukan oleh BN terutama Umno untuk memenangkan calon mereka namun, mereka terpaksa akur untuk bakal menerima kekalahan di tangan calon PAS pada 17 Januari nanti".Beliau yang sendiri datang menemui petugas Muslimat PAS awal pagi tadi beberapa kali menyatakan PAS bakal menang di Kuala Terengganu.

Beliau yang juga bekas PR kepada Azalina Othman Said menyatakan demikian berikutan usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka untuk menarik undi masih kurang berhasil.Kenyataan Puteri Umno yang sebelum ini sentiasa mengekori pergerakan Muslimat PAS ke lokasi-lokasi kempen ini akhirnya datang ke penempatan Muslimat PAS dan membuat beberapa pengakuan yang begitu mengejutkan.

"Alhamdullillah, mungkin inilah pertolongan Allah kepada kami di atas doa dan pengharapan yang kami sandarkan hanya kepadaNya. Sepanjang tempoh kempen ini, setiap malam kami buat solat hajat, baca Yaasin dan bermunajat kepada Allah menghadapi sesi serangan mereka,"Namun, kami akan terus mendoakan agar mereka dapat menerima kebenaran atau sekurang-kurangnya tidak mengacau gerak kerja kami sepanjang tempoh kempen ini," ujar seorang petugas Muslimat yang begitu bersyukur dengan perkembangan tersebut.Namun begitu, pihak kami difahamkan gerak kerja kempen Muslimat ini masih lagi diganggu sekumpulan penggerak Umno yang terdiri daripada Wanita, Puteri dan Pemuda terutama menghalang laluan kempen petugas.

Terdahulu, tindakan mereka menghalang berdiri di tangga dan tidak memberi laluan kepada petugas PAS. Menurut maklumat tambahan, pihak BN juga akan mencetuskan provokasi di lokasi-lokasi kempen petugas pakatan rakyat dan akan menyalahkan pihak pakatan rakyat atas berlakunya kejadian tersebut. - sumber PAS.






Isu Razali buatkan BN terdesak










Serangan PAS terhadap calon BN yang didakwa meminggirkan bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Razali Ismail di peringkat bahagian Kuala Terengganu nampaknya membuahkan hasil.

kuala terengganu by election wan farid interview 130109 03Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sebagai ketua bahagian itu selama dua penggal, dituduh tidak memberikan ruang kepada allahyarham, waktu itu ahli parlimen Kuala Terengganu, untuk mendapat sebarang kedudukan dalam Umno.

Anggota-anggota keluarga Razali dikatakan tidak senang dengan perkembangan itu dan suara-suara mereka berkumandang dalam kalangan Umno, termasuk para penyokong BN yang akan membuang undi, Sabtu ini.

PAS mendakwa Razali seorang ahli politik Umno yang baik, bersih dan profesional dalam tugasnya tetapi tidak dihargai oleh parti itu.


Susulan serangan tersebut, BN mengambil langkah drastik mendekati keluarga Razali dan cuba menampilkan imej bahawa ia tidak mengabaikan sumbangan tokoh besar pendidikan itu yang mula dibawa ke Dewan Rakyat sejak pilihanraya umum 2004.

Malam tadi timbalan perdana menteri dan juga ketua jentera BN dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu menghadiri majlis tahlil arwah di rumah keluarga Razali di Lorong Kenanga dalam DUN Batu Burok.

kuala terengganu by election najib visit razali house 140109 hishammuddinand najibDatuk Seri Mohd Najib Razak diiringi oleh Menteri Pelajaran dan juga Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam majlis tersebut.

Calonnya sendiri Wan Ahmad Farid bagaimanapun tidak hadir di majlis tersebut


Analisis : Pensyarah ramal PAS menang majoriti 2,000 undi


UNDILAH PAKATAN RAKYAT / PAS !
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - PAS dijangka memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan kira-kira 2,000 undi majoriti.


Analisis demikian dikemukakan oleh seorang profesor Jabatan Sains Politik sebuah institusi pengajian Tinggi Awam.


Menurutnya, undi Melayu masih kekal iaitu diperolehi sama rata antara calon PAS dan BN namun berdasarkan perkembangan terbaru, terdapat kira-kira lima hingga lapan peratus pengundi yang tiada arah atau atas pagar yang bertukar status kepada 'silent voters'.


"Mereka ini pada kebiasaannya akan menyokong pembangkang yakni Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi.


Jelasnya, pengundi Cina pula akan memberikan sokongan kepada PAS disebabkan mereka terkesan dengan diskriminasi BN.


"Apatah lagi dengan isu penutupan markaz DAP di kampung Cina baru-baru ini menambahkan lagi kebencian terhadap Umno-BN," ujarnya.


Tambahnya, isu terbesar yang membuatkan pengundi Cina begitu benci pada BN adalah tindakan Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang menyatakan bahawa bangsa Cina adalah golongan pendatang.


Katanya lagi, isu tersebut telah digunakan habis-habisan oleh pihak PAS yang menyebabkan pengundi Cina merasa didiskriminasi oleh BN.


SAHABAT ! : PECUTAN AKHIR UNTUK KEMENANGAN


Berbaki tidak berapa hari untuk detik penentuan antara menang dan kalah dalam pertandingan 3 penjuru [ PR + BN + Bebas ] pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu .

Hati semakin berdebar biarpun harapan dan keyakinan bahawa kemenangan pastinya akan berpihak kepada PAKATAN .

Mana tidaknya , Pengalaman menyertai pilihanraya kecil di Malaysia , inilah pilihanraya kecil yang cukup dahsyat . Kuala Terengganu bukan sahaja di"anugerah"kan RM 408 juta tetapi mereka mengerahkan hampir 10 ribu anggota polis "mengepong" Kuala Terengganu .

Bagai berada dalam suasana darurat atau zon peperangan , pilihanraya kecil kali ini sememangnya sangat berbeza dan luar biasa . Pelbagai spekulasi telah didengar dan bermacam maklumat telah diterima bahkan aneka karenah telah disaksi . Segalanya mengundang resah , apakah PAS yang mewakili PAKATAN kali ini mampu mencapai kemenangan ?

Kedengaran berita bagaimana sebahagian anggota polis ini telah dibekalkan ic untuk mengundi di Kuala Terengganu , maklumat diterima bagaimana anggota polis mengiringi beberapa buah bas yang didalamnya penumpang berpakaian biasa ... siapakah mereka ? dan turut disaksikan bagaimana hampir setiap simpang dan lorong diletakkan anggota polis berkawal malah road block terdapat di mana - mana . Bagai berada dalam zon perang !

Menang kalah dalam pilihanraya bukanlah bermakna perjuangan kita selesai . Kalau menang ertinya cabaran kian mencabar dan kalau kalah ertinya perjuangan masih jauh . Bahkan memahami Islam sebagai dasar perjuangan maka tentunya tiada erti kekalahan malah perjuangan ini senantiasa menang . Samaada menang dengan nilai duniawi atau menang dengan nilai ukhrawi .

Pun begitu , kita diajar untuk berjuang tanpa lengah dan keluhan demi mencari ruang buat sinar perjuangan suci ini .

Ayuh sahabat ! lakukan pecutan akhir dengan segala upaya dan daya yang masih bersisa . Saya sedia memahami betapa sahabat yang telah bersengkang mata dan mengorban harta . Bertahanlah sahabatku ..... semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan luar biasa buat kita semua untuk memikul tugas besar membawa Islam ke muka dunia .

Usah dihirau segala halangan dan jangan dikira segala rintangan , pandang ke hadapan dengan penuh harapan membawa amanah ummah yang mendambakan perubahan .

Insyaallah . esok [ 15 hb January 2009 / khamis ] jam 8. 30 malam di Markaz Besar Pemuda PAS Pusat [ simpang Empat Kubang Jambu Durian Burung Kuala Terengganu ] akan diadakan solat hajat perdana untuk pembebasan ummat Islam di Palestine dan kemenangan PAS dalam pilihanraya P.036 serta Pentas Pemuda yang menampilkan pidato tokoh pimpinan Pemuda PAKATAN .

Kepada sahabat yang tidak berkesempatan untuk berkampung di Kuala Terengganu saya sangat berharap agar kalian dapatlah mengadakan solat hajat dan titipkan doa kemenangan buat perjuangan ini serta jangan lupa salurkan bantuan kewangan saudara guna membiayai aktiviti amal Islami dan gerakan dakwah jangka pendek yang kita lakukan di Kuala Terengganu tanpa menafikan dakwah jangka panjang yang kita lakukan di seluruh negara pada sepanjang masa.
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi


SAHABAT ! : PECUTAN AKHIR UNTUK KEMENANGAN


Berbaki tidak berapa hari untuk detik penentuan antara menang dan kalah dalam pertandingan 3 penjuru [ PR + BN + Bebas ] pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu .

Hati semakin berdebar biarpun harapan dan keyakinan bahawa kemenangan pastinya akan berpihak kepada PAKATAN .

Mana tidaknya , Pengalaman menyertai pilihanraya kecil di Malaysia , inilah pilihanraya kecil yang cukup dahsyat . Kuala Terengganu bukan sahaja di"anugerah"kan RM 408 juta tetapi mereka mengerahkan hampir 10 ribu anggota polis "mengepong" Kuala Terengganu .

Bagai berada dalam suasana darurat atau zon peperangan , pilihanraya kecil kali ini sememangnya sangat berbeza dan luar biasa . Pelbagai spekulasi telah didengar dan bermacam maklumat telah diterima bahkan aneka karenah telah disaksi . Segalanya mengundang resah , apakah PAS yang mewakili PAKATAN kali ini mampu mencapai kemenangan ?

Kedengaran berita bagaimana sebahagian anggota polis ini telah dibekalkan ic untuk mengundi di Kuala Terengganu , maklumat diterima bagaimana anggota polis mengiringi beberapa buah bas yang didalamnya penumpang berpakaian biasa ... siapakah mereka ? dan turut disaksikan bagaimana hampir setiap simpang dan lorong diletakkan anggota polis berkawal malah road block terdapat di mana - mana . Bagai berada dalam zon perang !

Menang kalah dalam pilihanraya bukanlah bermakna perjuangan kita selesai . Kalau menang ertinya cabaran kian mencabar dan kalau kalah ertinya perjuangan masih jauh . Bahkan memahami Islam sebagai dasar perjuangan maka tentunya tiada erti kekalahan malah perjuangan ini senantiasa menang . Samaada menang dengan nilai duniawi atau menang dengan nilai ukhrawi .

Pun begitu , kita diajar untuk berjuang tanpa lengah dan keluhan demi mencari ruang buat sinar perjuangan suci ini .

Ayuh sahabat ! lakukan pecutan akhir dengan segala upaya dan daya yang masih bersisa . Saya sedia memahami betapa sahabat yang telah bersengkang mata dan mengorban harta . Bertahanlah sahabatku ..... semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan luar biasa buat kita semua untuk memikul tugas besar membawa Islam ke muka dunia .

Usah dihirau segala halangan dan jangan dikira segala rintangan , pandang ke hadapan dengan penuh harapan membawa amanah ummah yang mendambakan perubahan .

Insyaallah . esok [ 15 hb January 2009 / khamis ] jam 8. 30 malam di Markaz Besar Pemuda PAS Pusat [ simpang Empat Kubang Jambu Durian Burung Kuala Terengganu ] akan diadakan solat hajat perdana untuk pembebasan ummat Islam di Palestine dan kemenangan PAS dalam pilihanraya P.036 serta Pentas Pemuda yang menampilkan pidato tokoh pimpinan Pemuda PAKATAN .

Kepada sahabat yang tidak berkesempatan untuk berkampung di Kuala Terengganu saya sangat berharap agar kalian dapatlah mengadakan solat hajat dan titipkan doa kemenangan buat perjuangan ini serta jangan lupa salurkan bantuan kewangan saudara guna membiayai aktiviti amal Islami dan gerakan dakwah jangka pendek yang kita lakukan di Kuala Terengganu tanpa menafikan dakwah jangka panjang yang kita lakukan di seluruh negara pada sepanjang masa.

posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi


Sokongan bukan Islam luar biasa - Haji Wahid

iklan_2tvpas2.jpg



iklan2_tvpas.jpg








KUALA TERENGGANU - Sebelum ini banyak pihak mengandaikan kira-kira 8,000 pengundi Cina menjadi penentu pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini. namun fakta itu kini cuba dilupakan.


Tentunya ada sesuatu yang mengejutkan berlaku sehingga media massa tidak lagi memainkan undi kaum Cina menjadi penentu, sebagaimana pernah diuar-uarkan sebelum ini.


Menjelang hari-hari terakhir kempen, nampaknya calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh terpaksa bergantung kepada faktor lain termasuk polis yang pernah berada di bawahnya sebelum ini.


Kehadiran berulang kali pemimpin-pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, manakala pemimpin KeADILan, Tian Chua dan ramai lagi menyebabkan kampung yang didiami kaum Cina semakin mesra dengan calon PAS.


Penempatan tersebut termasuk Kampung Tiong dan Kampung Cina Inilah hakikat yang berlaku sekarang dan tidak dapat lagi dinafikan media kerajaan.


Mengulas perkembangan itu, Adun Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga memberitahu beliau begitu terharu dengan sokongan masyarakat bukan Islam terutamanya kaum Cina sekarang.


"Pertama kali saya bertanding pada pilihan raya kecil di Dun Bandar pada 1986, ketika saya datang menemui mereka di pasar, ramai yang enggan ditemui. Mereka tidak melayan kehadiran saya.


"Namun sekarang Alhamdulillah berlaku perubahan yang cukup luar biasa. Ketika saya berkunjung ke perkampungan mereka dengan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat sambutan cukup menarik.


"Malah ramai yang datang menemui saya dan menyatakan sokongan," katanya juga calon PAS pilihan raya kecil Kuala Terengganu ketika ditemui di rumahnya kelmarin.


Beliau baru pulang daripada berkempen kelihatan keletihan, namun masih sempat lagi berkongsi maklumat apa yang berlaku.


Abdul Wahid berkata, perubahan momentum sokongan rakyat bukan Islam dapat dilihat dengan jelas sekarang.


Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof berkata, situasi pilihan raya umum Mac tahun lalu kelihatan masih kekal di Terengganu sekarang, serupa dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh sebelum ini.


Katanya, biar pun kerajaan telah menurunkan harga minyak, namun tekanan hidup masih berlaku kerana barangan barangan keperluan kekal tinggi.


Dan ditambah pula dengan harga bahan komoditi merudum teruk kebelakangan ini.


-+
"Berdasar kepada situasi tersebut menyebabkan peluang calon PAS semakin cerah dan ditambah pula dengan masalah dalaman Umno Terengganu yang belum reda.


KT: Bilik Gerakan DAP Diarah Tutup - BN tertekan


KUALA TERENGGANU - Setelah melihat sokongan pengundi Cina yang mendapat sambutan luar biasa, Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan tertekan sehingga memaksa mereka 'menutup' bilik gerakan DAP yang terletak di Kampung Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Kejadian tersebut berlaku pada 12 Januari lalu, apabila bilik gerakan tersebut yang terletak di No.44, Jalan kampung Cina diarahkan pimpinan BN kerajaan negeri Terengganu ditutup.


Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, pihaknya telah mengadakan perjanjian dengan pemilik bilik tersebut untuk dijadikan markas DAP bermula dari 6 sehingga 17 Januari ini.


"Saya sendiri telah menyelesaikan sewa yang berjumlah RM3500 kepada pemiliknya, namun kami hanya sempat menggunakannya selama seminggu sahaja setelah diarah keluar oleh tuan punya premis," ujarnya.


Bagaimanapun pihaknya yakin dengan insiden tersebut akan menambahkan lagi rasa benci pengundi cina kepada Umno-BN.


"Bagi saya, ini bukan masanya untuk bertegang dengan pihak lawan. Kita keluar dengan lunak dan mendapat simpati daripada masyarakat Cina setempat yang menyaksikan sendiri tindakan kerajaan negeri yang tidak 'fair-play' ini.


"Kenapa semasa kami mohon sewa stadium untuk pengisytiharan calon dibenarkan dan yang ini dihalau keluar pula?" ujarnya lagi.


Ini menunjukkan BN berada dalam keadaan yang sangat tertekan dengan sokongan pengundi setelah mereka dapat menilai sendiri sekatan oleh kerajaan Umno-BN terhadap kemudahan yang ada, katanya.


"Hal ini sekaligus akan menguatkan lagi sokongan para pengundi cina secara tidak langsung," katanya lagi.

Ahli Umno bakal sertai PAS beramai-ramai di Kubang Kerian

INGIN JADI AHLI PAS (KLIK IMEJ DI BAWAH)

KOTA BHARU - Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) berhempas pulas mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu, sebaliknya rakan mereka di sini pula mengisytiharkan meninggalkan parti itu.


Hari ini seramai enam bekas Ketua Cawangan Umno di bahagian Kubang Kerian menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS kawasan itu, Dato' Husam Musa.


Hadir sama pada majlis bersejarah itu Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.


Mereka yang menyertai PAS iaitu bekas ahli jawatankuasa Umno Kubang Kerian yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Parit Barat, Mohd Noor Mustafa, Naib Ketua Cawangan Pasir Tumboh, Mohd Basir Mohd Zain, bekas Ketua Cawangan Taman Tiong, Ismail Daud.


Selain itu anggota jawatankuasa Cawangan Padang Enggang, Zahari Yaacob, ahli di cawangan Taman Tiong, Abdullah Kadir dan Mohamed Yusoff, bekas ketua cawangan Umno Pengkalan Patah.Image


Ismail Daud yang menjadi ahli Umno lebih 40 tahun berkata, Umno bukan lagi menjadi landasan kepada perjuangan orang Islam dan Melayu.


"Umno kini sudah hilang maruah. Kami merasakan Umno sudah hancur setelah menjalani pemilihan Umno peringkat cawangan Julai lalu. Rayuan kami terhadap penyelewengan yang berlaku tidak diendahkan pemimpin peringkat tertinggi," ujar beliau.


Mohd Basir Mohd Zain berkata, Umno sering mempermainkan hukum hudud seolah-olah memperlihatkan kejahilan mereka.


Menurutnya Umno yang menguasai negara ini sepatutnya melaksanakan hukum hudud dan bukannya mempersalahkan PAS yang hanya berkuasa di peringkat negeri.


"Saya amat tercabar apabila pemimpin Umno mempermainkan hukum Allah dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekarang, sedangkan mereka tahu tanggungjawab itu di bawah bidang kerajaan pusat," ujar beliau.


Mohd Noor Mustafa memberitahu lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno termasuk pemimpin peringkat bahagian akan menyertai PAS selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu.


Sementara itu, Husam berkata, Umno Kubang Kerian dan Kelantan kini sedang dilanda masalah dalaman terutamanya selepas pilihan raya umum ke-12 dan pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini.


"Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menyertai PAS. Ini memberi gambaran jelas akan reputasi Umno di kalangan ahli mereka sendiri telah tercemar," ujarnya.


Beliau juga berkata, mereka yang menyertai PAS itu akan dibawa membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini.


UMNO beli pengundi dengan lori tanah

UMNO dan BN perlu membuktikan keikhlasan mereka memerintah negeri dan negara ini bukan mengumpankan rakyat dengan projek-projek mee segera sehingga ke larut malam sehinggakan ada projek yang di jalankan itu tidak menepati spesifikasi yang sepatutnya, hal ini di tegaskan oleh penceramah Hj Abd Halim Tausah (gambar) yang juga AJK PAS Kawasan Besut.


Beliau yang hadir bersama-sama dengan kontijen DUN Jertih & Perak yang telah berkampung di UPU Gong Tok Nasek Kuala Terengganu dalam kempen PRK Kuala Terengganu.

Hal ini terbukti apabila pada hari ini telah dilihat bukan sahaja lori-lori yang datang membawa batu-batu untuk di buat jalan sehingga ke larut malam, bahkan yang lebih di kesalkan ialah proses penebangan pokok untuk di buat jalan di lakukan sehingga ke waktu maghrib, seolah-olah UMNO/BN baru memerintah dalam masa seminggu ini.

Dengan mengharapkan agar pihak pengundi memikirkan sikap dan tindakan yang di lakukan oleh pihak kerajaan BN ini seolah-olah memandang ringan dan rendah terhadap pengundi Kuala Terengganu yang menganggap pengundi-pengundi tersebut sebagai boleh di beli dengan jalan-jalan raya serta wang ringgit.

Namun di harapkan pengundi-pengundi Kuala Terengganu menyedari akan sikap dan tingkah laku kerajaan ini dan memberikan pengajaran yang sewajarnya kepada mereka dalam pilihanraya 17 Jan ini.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .