Ikuti Blog ini

Pak Samad usul demo anti-PPSMI

gmp protest 310108 samad saidDatuk A Samad Said akan mengutarakan cadangan berdemonstrasi sekali lagi bagi mendesak pemansuhan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam satu mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) hujung minggu ini.

"Ya, memang cadangan asalnya dari mulut saya. Saya akan lontarkan saja," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini petang ini.

"Kalau dituntut (berdemo) dan atas sebab-sebab yang munasabah dan luhur, apa salahnya."

gmp protest 310108 samad saidBeliau, juga popular dengan panggilan Pak Samad, diminta menjelaskan cadangannya agar perhimpunan besar diadakan bagi kali kedua sebaik sahaja pengumuman Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memansuhkan dasar itu mulai 2012 awal bulan lalu.

Pak Samad menambah, terpulanglah kepada ahli jawatankuasa GMP untuk memutuskannya kerana beliau hanya bertindak sebagai penasihat gabungan NGO dan parti pembangkang itu.

Ditanya tujuan mesyuarat itu diadakan, beliau berkata:



"Mesyuarat ini diadakan ekoran perkembangan baru PPSMI yang pada mulanya dikatakan akan dimansuhkan pada 2012, nampaknya mula ditarik-tarik (dilengahkan) ke 2014, atas alasan untuk menghabiskan apa yang telah dimulakan.

"Saya memang tidak berapa senang atas alasan itu."

Beliau juga berkata, jika kerajaan mahu, dasar itu boleh dimansuhkan dalam tempoh enam bulan sahaja, seperti mula-mula diperkenalkan pada 2003.

Pada 7 Mac lalu, A Samad dan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad mengetuai ribuan penunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan mereka terhadap dasar itu.

Walaupun dilarang polis, dengan berpakaian putih, penunjuk perasaan berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong.

Pada hari PPSMI diumumkan bakal dimansuhkan mulai 2012, sasterawan negara itu mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan keputusan disifatkannya "bukan memansuhkan terus PPSMI tetapi menangguhkan PPSMI."

Beliau dipetik berkata "demonstrasi jalan raya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya."

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," A Samad dilaporkan berkata dalam satu wawancara.

90 pemimpin Pakatan berbengkel esok

PETALING JAYA, 12 Ogos (Hrkh): Selepas berdepan dengan pelbagai isu dalaman dan serangan besar-besaran dari Barisan Nasional (BN), 90 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat akan berhimpun dalam satu bengkel esok.

Bengkel Memperkukuhkan Pakatan Rakyat ini akan diadakan di sebuah hotel dekat sini dan dijangka akan membincangkan secara mendalam cabaran yang dihadapi oleh parti itu.

Menurut satu kenyataan media Pakatan, satu sidang media akan diadakan sempena seminar itu di Tropicana Golf Club, Petaling Jaya.

Dalam bengkel ini, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dijangka akan menyampaikan ucaputama masing-masing.

Antara topik yang akan dibincangkan dalam bengkel adalah dasar-dasar utama Pakatan Rakyat, kejayaan dan penambahbaikan dalam Pakatan Rakyat.

Sejak kebelakangan ini, Umno dan Barisan Nasional memperhebatkan serangannya ke atas Pakatan. Antaranya dengan menggunakan jentera kerajaan khasnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia hanya terhenti sekejap apabila matinya pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor.

Namun selepas itu, serangan kembali menjadi-jadi. Kemuncaknya adalah kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang BN ingin mengambil Selangor kembali.

Antara puncanya, kekuatan kewangan yang ada kepada Selangor ketika negara sedang menghadapi kegawatan ekonomi yang dikira teruk. Hingga kini, laporan suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih belum dikeluarkan walaupun Ogos sudah berada di pertengahan.

Menuju ke arah itu, pelbagai pendekatan diambil. Antaranya melaga-lagakan pimpinan PAS Selangor dengan pimpinan DAP dan PKR.

Yang terbaru isu penjualan arak dan isu penghinaan terhadap Islam yang semacam direka-reka terhadap pemimpin DAP.

ImageKetua Pemuda DAP, Loke Siew Fook (gambar), antara mangsa fitnah ini.

"Saya tidak pernah menghasilkan sebarang tulisan yang menghina kerabat diraja, kaum Melayu ataupun Islam sepanjang hidup saya.

"Saya dengan tegas menafikan tuduhan bahawa saya ada menulis artikel untuk menghina Sultan Perak, Raja Nazrin.

"Saya tiada sebarang pengetahuan tentang apa jua kandungan dalam blog http://sjsandteam.worldpress.com. Satu-satunya blog saya ialah lokesiewfook.blogspot.com," kata beliau.

Ekoran itu, dia telah membuat laporan polis untuk menafikan penglibatan beliau dalam penerbitan artikel hasutan sedemikian.

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi juga menjadi mangsa fitnah apabila satu surat atas nama beliau diedarkan kepada para peniaga di sekitar kawasan perhimpunan Mansuh ISA 1 Ogos lepas.

Surat itu menyebut PAS dan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) sedia menanggung segala kerugian akibat perhimpunan Mansuh ISA itu.

Yang peliknya, surat yang bertarikh 4 Ogos itu ditandatangani oleh Nasruddin dalam keadaan beliau masih lagi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Surat yang dipercayai palsu ini telah disiarkan di muka depan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang editornya adalah penyokong tegar Tun Dr Mahathir, bekas perdana menteri.

Dalam pada menangani serangan dari BN, Pakatan juga dipercayai akan menangani perbezaan pendapat sesama sendiri dalam bengkel ini.

Antaranya masalah pemimpin PAS dan DAP ekoran isu arak di Selangor, kenyataan Jeff Ooi terhadap JIM di Pulau Pinang dan juga kaedah menangani masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

PAS umum calon pada 14 Ogos

BERA - Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak.

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos dan penamaan calon pula pada 17 Ogos.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan penyandangnya Dato' Hamdan Abdul Rahman, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 31 Julai lalu.

Dalam pilihan raya lalu, Hamdan berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib bulan lalu.

Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun 1999. Pada 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.

Salahuddin mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.

"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegasnya.

Siapa Calon PAS Di Permtg Pasir?

Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu, lapor harakahdaily.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Siasah pula melaporkan PAS Pulau Pinang menyenarai lima nama utama untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.



PERMATANG PAUH, 11 Ogos: PAS Pulau Pinang menyenarai lima nama utama untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.

(Gambar: Salleh Man)

Mereka adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sendiri, Ustaz Mohd Salleh Man, timbalannya yang juga AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Turut dicalonkan adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang yang baru dilantik, Rosidi Hussain, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah dan bekas pegawai peribadi kepada Mohd Hamdan, Shamsul Kamal Sahpie.

Kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) N11, Permatang Pasir yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh akan sekali lagi menjadi kubu peperangan sengit antara PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan Umno yang mewakili Barisan Nasional(BN) dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 Ogos yang akan datang.

(Gambar: Mohamad Sabu)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh penamaan calon manakala 25 Ogos pula sebagai hari pengundian yang kedua-duanya jatuh di bulan Ramadhan.

PAS telah mempertahankan kerusi ini selama tiga penggal berturut-turut sejak 1999 itu tidak mudah untuk digugat oleh Umno walaupun sebelum 1999 ia pernah menjadi milik dan kubu kuat mereka.

(Gambar: Rosidi)

Dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu PAS berjaya mempertahankan kerusinya bagi kali ketiga melalui Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman apabila berjaya memperolehi sebanyak 11,004 undi setelah berjaya menewaskan calon Umno yang hanya meraih sebanyak 5,571 undi.

(Gambar: Mohd Yusni)

Dun Permatang Pasir mempunyai seramai 20,350 pengundi. 72.0 peratus adalah pengundi Melayu. 25.7 peratus terdiri daripada pengundi Cina dan 1.2 peratus adalah pengundi India.

Isteri Noordin yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya..



isteri Noordin, yang hanya dikenali sebagai Rahmah, yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya kerana struktur wajahnya berbeza sama sekali dengan Noordin.

Isteri Noordin, yang hanya dikenali sebagai Rahmah, yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya kerana struktur wajahnya berbeza sama sekali dengan Noordin.

Keluarga tidak yakin lelaki ditembak mati adalah Noordin

Isteri: Dia bukan suaminya kerana struktur wajah berbeza

JAKARTA: Keluarga Noordin Mohammad Top yang berada di Johor tidak yakin lelaki yang mati ditembak polis Indonesia di sebuah rumah di Temanggung, Jawa Tengah pada 8 Ogos adalah Noordin, lelaki paling dikehendaki di Indonesia.

Setelah melihat foto yang disebar oleh pihak berkuasa, keluarga Noordin bertambah yakin bahawa lelaki yang mati ditembak selepas 17 jam dikepung itu bukan Noordin.

“Menurut keterangan dari keluarga, mereka yakin yang ia bukan gambar Noordin,” kata Badarudin Ismail, lelaki yang dipetik oleh laman web detik.com sebagai jurucakap keluarga Noordin.

Katanya isteri Noordin, yang hanya dikenali sebagai Rahmah, yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya kerana struktur wajahnya berbeza sama sekali dengan Noordin.

Sabtu lepas polis Indonesia menembak mati seorang lelaki yang sehingga kini masih belum dapat dipastikan sekiranya dia adalah Noordin, lelaki paling dikehendaki di Indonesia kerana dikatakan menjadi dalang dan pakar bom yang disyaki terbabit dalam kejadian pengeboman Hotel J.W.Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.

Sementara itu sehingga malam ini polis belum mengeluarkan kenyataan mengenai sejauh mana proses pengesahan DNA jenazah lelaki itu sudah dijalankan.

Laman web itu melaporkan yang polis akan membandingkan DNA jenazah lelaki yang mati ditembak itu dengan DNA dari air liur anak lelaki Noordin yang sudah diambil polis Indonesia di Johor baru-baru ini.

“Jika DNA jenazah dengan DNA air liur itu padan, nanti isteri dan ketiga-tiga anak Noordin akan ke Indonesia,” kata Badarudin yang enggan menyatakan hubungannya dengan keluarga Noordin.BERNAMA

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .