Ikuti Blog ini

Kes Adun Lompat dirujuk ke Mahkamah Persekutuan

IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan persoalan undang-undang membabitkan pentaksiran Perlembagaan Perak berhubung pihak mana bertanggungjawab memutuskan pengesahan kedudukan tiga kerusi bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lompat, dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.


Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian untuk memastikan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri, V Sivakumar, atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkuasa untuk memutuskan kekosongan bagi ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri itu.



Ini Rupanya Wajah Penipu Terhormat....



Sebelum ni dok dengar nama dia aja.. tak keluar pun wajahnya.. ingin benar nak kenal muka.. bukan apa pasai dia ni kira terror juga bab penipu…kisahnya ada cerita di sini .. dan juga disini Ishk.. ishk.. tengok ke air muka hensem juga…siap siap janggut sejemput, ada anak janggut sejemput macam blogger Perak Bangkit pun ada sikit.. sikit.. Jangan-jangan saudara sepupu waris Perak Bangki apa ka ni… Sebab blogger Perakbangkit pun kaki bohong nombor wahid..


Apa pun Prof tak perlu risau.. doa-doakan agar ada lagi kemati ahli parlimen ka DUN ka.. nanti dah tentu punya UMNO Celaka yang bakal diketuai oleh Najib Altantunya sure pilih Prof jadi calun… jangan bimbang.. UMNO Celaka memang suka orang macam Prof.. Tahniah kerana Prof telah menjadi asset untuk UMNO Celaka…




MB NIZAR LANCAR JENTERA PILIHANRAYA KELAB PENYOKONG PAS PERAK

Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS ; Ucapan ‘ala’ Demonstrasi Menyemarakkan ‘Makkal Sakthi’

Bukit Gantang - “Hidup Hidup, Hidup Rakyat, Makkal Makkal, Makkal Sakhti, Hancur Hancur, Hancur UMNO, Reformasi !,”laung Dato’ Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Pakatan Rakyat membuka ucapannya, selepas menyebut nama Allah dihadapan lebih 800 orang hadirin.

Kemudian beliau membaca ayat, “janganlah sekali-kali kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu disentuh oleh api neraka”

(Gambar - Nizar melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan semasa merasmikan pelanjaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS)

Bagi kaum India dan Cina yang hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS, Nizar adalah Menteri Besar negeri Perak Darul Ridzuan.

Beliau yang datang dengan kereta rasmi Menteri Besar, Toyota Camry hitam bernombor pendaftaran AGS 10 disambut sebagai ‘hero’ yang memperjuangkan hidup rakyat Perak.



“Saudara-saudara, apa yang berlaku di negeri Perak hari ini adalah satu kekejaman yang telah dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional, tanpa segan silu mereka telah merampas hak rakyat negeri Perak,”kata Nizar.

Katanya mandat yang diberi oleh rakyat negeri Perak pada pilihanraya umum ke 12 bulan Mac 2008 telah dirampas oleh UMNO pada 5 Februari, 2009.

“Ini merupakan satu perbuatan yang yang haram, seharam-haramnya, sekejam-kejamnya dan durjana, sedurjana-durjannya,”tegasnya yang meminta ahli-ahli Kelab Penyokong dari kaum India dan Cina menolak UMNO dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang diadakan nanti.

Dalam sidang media yang diadakan selepas majlis tersebut, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang berkata PAS hanya akan mengumumkan calonnya 26 Mac ini walaupun Barisan Nasional (BN) telah menamakan calonnya untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam.

Katanya PAS Perak akan bermesyuarat malam ini untuk mempertimbangkan empat nama yang sudah ditapis manakala ia akan ditimbang dan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 23 Mac depan.

Katanya empat nama yang akan dihalusi malam ini tidak termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Asmuni Awi yang telah menolak namanya daripada dicalonkan.

Ustaz Ahmad Awang turut menolak andaian langkah awal UMNO mengumumkan calon semalam memberi tekanan kepada PAS dalam soal memilih calonnya.

PAS memilih untuk mengumumkan calon lewat kerana kata beliau, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa anggota jawatankuasa pusat berada di luar negara.

"Jadi PAS pusat akan memutuskan nama calon yang sesuai pada 23 Mac dan akan diumumkan di sini tiga hari kemudian," katanya yang turut melancarkan Kempen Kutipan Dana Kelab Penyokong PAS dalam majlis yang sama.

Ketika ditanya sama ada pengumuman lewat akab menjejaskan peluang PAS kekalkan kerusinya, Ustaz Ahmad yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihaknya sudah membuat persiapan awal.

"Lagipun jentera sudahpun berjalan dan kini mengaturkan pelbagai aktiviti bagi hadapi pilihan raya kecil ini,"tambahnya.



Tun Mahathir bersuara lagi

" Semasa zaman pemerintahannya atau lebih tepat semasa beliau berkuasa atau semasa beliau ada kuasa, setiap patah cakapnya, setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya, setiap renungannya, setiap sergahnya semuanya menjadi satu arahan.

Semuanya menjadi peraturan. Semua orang-orangnya, semua penasihatnya, semua juak-juaknya, semua Kementerian, Semua Jabatan dan semua Agensi Kerajaan akan akur dan patuh kepadanya.


Kalau dia bercakap pasal Agama, cakapnya akan menjadi fatwa.Bila dia mencerca hukum hudud, kebanyakan Mufti,Penasihat Agama, Profesor-Profesor akan mencari nas dan meneliti sirah kot-kot berjumpa dengan nas untuk menyokongnya. Bila dia mempertikai kebolehan Imam Bukhari menghafal ratusan ribu hadith Nabi Muhammad SAW, kebanyakan Mufti,Penasihat Agama serta Profesor-Profesor membisukan diri, mengambil jalan 'selamat' takut membantahnya.

Bila hakim membuat keputusan berlawanan dengan kehendaknya berkaitan dengan pembangunan empangan Bakun, beliau melenting dan membantah.

Bila dia menghina Raja-Raja Melayu di dalam krisis perlembagaan, beliau membuat 'road-show' pemimpin bersama rakyat yang dinamakan Semarak di beberapa negeri, dan saban malam TV menayangkan filem melayu yang menayangkan kezaliman Raja-Raja, tiada siapa berani menegurnya. Polis diam seribu bahasa. Rakyat terutama UMNO berdiri teguh dibelakangnya.

Begitulah hebatnya Tun Mahathir. Sekarang apabila beliau telah bersara dan sudah keluar dari UMNO, dia masih ber'kata-kata' lagi. Dia masih mengkritik UMNO lagi. Dia masih memberi peringatan kepada DS Najib agar memilih kabinet yang bersih dari rasuah.

Beliau berkata perampasan kuasa UMNO dari kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak adalah tidak sah.

Siapa yang ambil peduli kata-katanya? Kenapa jadi begitu?

Oh rupa-rupanya, di dalam UMNO, apabila sesaorang tiada kuasa, tiada kedudukan, maka ia akan hilang rakan dan taulan, UMNO tidak akan silu dan segan.

Tetapi jangan lupa ia masih ada Tuhan. Kembalilah kepada ajaran Islam daripada bermegah di atas kebangsaan, agar hidup di 'SANA' nanti aman. Amin.

Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak


PERLEMBAGAAN adalah satu dokumen istimewa yang tidak harus dibaca seperti dokumen undang-undang biasa. Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas huraian Menteri Luar, Dato Seri Utama Rais Yatim, mengenai krisis di Perak Rabu lalu.

“Memang kita semua tahu bahawa peruntukan di bawah Perkara 16(2)(a) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak itu sama, patah demi patah, dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Bahkan peruntukan itu sama dengan negeri-negeri lain termasuk yang tidak mempunyai raja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Dan sebenarnya idea yang sama juga ada dalam peruntukan-peruntukan yang berkaitan di Australia dan India serta kebanyakan negara Komanwel yang kesemuanya mengkanunkan konvensyen yang berasal dan berkembang di United Kingdom,” jelas profesor undang-undang perlembagaan itu ketika diminta memberi komen.

Bagaimanapun, kata Aziz lagi, peruntukan itu tidak harus ditafsir secara harfiah atau literal kerana ia akan menimbulkan masalah.

“Rais seolah-olah membaca peruntukan tersebut seperti membaca peruntukan dalam statut atau akta biasa. Atau macam membaca perjanjian jual beli rumah (S & P agreement). Ini tidak wajar walaupun tidaklah salah,” ujarnya.

Aziz berkata Umno memaki hamun raja selepas mereka kalah di Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990 dan menuduh istana menjadi punca kekalahan mereka. selepas itu mereka cuba meminda peruntukan berkenaan.

Katanya “Mereka malah cuba hendak meminda peruntukan berkenaan dengan mewajibkan Raja-Raja mematuhi nasihat. Bagaimanapun mereka membatalkan rancangan itu apabila mereka menyedari bahawa pindaan sebegitu tidak boleh dilakukan kerana raja hanya berkewajipan menerima nasihat dari seorang yang telah dilantik menjadi menteri besar. Kalau belum dilantik apa hak Umno untuk memberi nasihat?”

Aziz menjelaskan meskipun perlembagaan menyebut ungkapan budibicara ia tidak bermaksud bahawa raja boleh melantik secara sesuka hati.

“Sebenarnya apa yang dikatakan budibicara itu hanya wujud atau timbul tatkala ada keraguan atau hung parliament. Tetapi ini amat jarang berlaku. Dalam keadaan biasa raja perlu melantik orang yang mendapat sokongan majoriti dalam dewan. Sebab itulah selama ini Presiden UMNO semacam automatik menjadi Perdana Menteri. Ini kerana ia mendapat sokongan ahli parlimen UMNO dan parti-parti komponen lain. Begitu juga di peringkat negeri di mana Perdana Menteri.

– meskipun tidak ada hak di sisi perlembagaan – memberitahu sultan siapa yang mereka mahu sebagai menteri besar atau ketua menteri,” jelas Aziz.

Kenyataan politik itulah, jelasnya, yang menyebabkan timbul tanggapan bahawa yang melantik ketua menteri dan menteri besar ialah Perdana Menteri dan bukan sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Rais sendiri ada membuat kenyataan yang membayangkan tanggapan itu tatkala Umno berhadapan dengan situasi sulit di Perlis dan Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Bagaimanapun dalam menjelaskan kemelut politik di Perak sekarang Rais mengubah temanya.
“Beliau semacam melihat kuasa sultan kuasa mutlak yang saya fikir tak begitu tepat.

Mengambilkira apa yang berlaku kita boleh berasa ragu apakah sultan sebenarnya menggunakan budibicara itu kerana kita mendapat tahu bahawa ada persaingan dalam jawatan menteri besar. Meskipun secara rasmi atau formalnya sultan melantik berdasarkan budibicara tetapi ada tanda-tanda bahawa sultan melantik orang yang ditunjuk oleh Perdana Menteri. Dan sudah pastilah Umno mempunyai mekanisme untuk memaksa semua ADUNnya menyokong calon berkenaan,” jelas pakar perlembagaan itu lagi.

Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat.

“Selagi ia tidak menghina atau melekehkan sultan apa salahnya. Apa yang menghasut ialah menimbulkan kebencian atau menghujah kenapa sistem beraja perlu dihapuskan. Apa akan jadi kepada demokrasi kita kalau kritikan tidak boleh dibuat?” soal Aziz lagi.

Beliau berkata Umno sendiri berbuat demikian. Dalam beberapa insiden tertentu, termasuk ketika krisis dengan Raja-Raja pada 1983 dan 1993, mereka lebih teruk lagi. Aziz berkata semua rakyat, baik di dalam Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, perlu diberi peluang untuk mendalami sistem kita dan sekarang adalah masanya.

“Sebab itu adalah malang jika Rais mencadangkan tindakan tegas diambil oleh Peguam Negara. Ini akan menimbulkan budaya takut di kalangan rakyat dan mereka akan terlepas peluang untuk mendengar pelbagai hujah dan perspektif,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Aziz lagi, krisis di Perak melibatkan banyak isu yang akhir-akhir ini sudah melarat kepada dewan dan speakernya.

“Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya.

Beliau berkata krisis di Perak adalah krisis politik yang paling buruk kerana ia memakan masa yang lama.

“Tidak pernah berlaku sebelum ini satu negeri mempunyai dua kerajaan,” ujarnya.
Sehingga ini telah timbul semacam pendapat sebulat suara bahawa pembubaran dewan bagi membolehkan pilihan raya adalah satu-satunya penyelesaian.

Rabu lalu Dato Param Coomaraswamy menyatakan bahawa apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi sekiranya sultan membubarkan dewan pada 5 Februari lalu. Pendapat itu turut disokong oleh Majlis Peguam dalam satu kenyataan Selasa lalu.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Ahad, Mac 08, 2009 ulasan
Pesurujaya Kehakiman Ridzuan Ibrahim boleh diseret ke Dun Perak untuk diadili, dijatuhkan hukuman kerana hina Dun Perak!

PESURUHJAYA Kehakiman Ridzuan Ibrahim boleh diseret ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak untuk diadili oleh dewan kerana menghina dewan. Demikian ditegaskan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut menyatakan bahawa hakim tersebut telah melampaui bidang kuasanya di sisi undang-undang.

Selasa lalu (3 Mac) mahkamah tinggi membenarkan permohonan Barisan Basional untuk menghalang sidang Dun.

Pendapat Karpal dipersetujui oleh Prof. Dr Abdul Aziz Bari yang berkata Perintah Mahkamah Tinggi itu bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa yang menjadi tulang belakang kepada badan kehakiman yakni DUN, pihak eksekutif yakni Menteri Besar dan Exconya serta badan kehakiman.

“Nampaknya hakim tidak mengambil kira teori ini yang meskipun tidak disebut oleh perlembagaan atau perintah tetap DUN tetapi ia menjadi roh kepada semua peruntukan yang menyatakan kedudukan dan kuasa dewan dan speaker. Begitu juga dengan kuasa DUN dan mahkamah untuk menghukum sesiapa yang menghina perintahnya,” kata Aziz lagi.

Sebelum ini Dato Param Coomaraswamy turut menyatakan kesal atas apa yang beliau lihat sebagai pelanggaran kepada doktrin pengasingan kuasa yang penting itu. Param juga berpendapat bahawa mahkamah tidak harus campur dalam soal ini dan seharusnya krisis politik di Perak itu dikembalikan kepada rakyat melalui pembubaran dewan.

Aziz berkata kedudukan dan kuasa speaker yang luas – baik di Dewan Rakyat maupun dalam Dun – adalah berasaskan kepada kedudukannya sebagai badan perundangan (legislature).
“Dari apa yang kita lihat nampaknya mahkamah tidak menghiraukan kedudukan ini dan meletakkan kedudukan speaker sama dengan kakitangan awam biasa,” tambahnya.

Beliau berkata adalah ganjil apabila mahkamah mengeluarkan perintah melarang sidang dewan kerana ia amat bertentangan dengan teori pengasingan kuasa. Kata Aziz “ini tidak pernah terjadi, baik di Malaysia atau pun di negara-negara Komanwel lain”.

Sebab itu, jelasnya, perintah itu tidak perlu dihormati dan malah hakim berkenaan boleh dihukum oleh dewan kerana menghinanya. Aziz berkata kuasa mutlak sebegini bukanlah sesuatu yang terlalu ganjil.

“Mahkamah sendiri mempunyai beberapa kuasa yang diberi untuk menjaga kehormatannya. Perdana Menteri atau Menteri Besar pun ada kuasa mutlak dalam soal perlantikan dan pemberhentian ahli-ahli kabinet mereka,” katanya lagi.



Pesta Lompat Datang Kembali..!


Macam biasa, bila dekat dengan Pilihanraya atau dalam masa kempen pilihanraya, makin banyak katak-katak bakal naik atas baruh. ini jugak akan berlaku dalam masa terdekat dan aku rasa musim ni adalah musim yang paling meriah dalam sejarah negara Malaysia.

Yang pastinya dalam UMNO ada katak, dalam Pakatan Rakyat pun ada katak. 2-2 katak bagi aku memang tak boleh pakai. kalau setakat nak buat suasana meriah, nak bagi surat khabar laku, nak bagi hit blog mencanak-canak memang banyak kali ni.

Aku dengar-dengar tak kurang dari 5 cawangan komponen Pakatan Rakyat dan jugak komponen Barisan Nasional bakal gulung tikar. yang dari Barisan Nasional lompat masuk Pakatan Rakyat, yang dari Pakatan Rakyat pulak lompat masuk Barisan Nasional.

Lepas tu 2-2 parti pulak masing-masing dok habaq yang ni hero, yang tu hero, yang haram jadah, yang ni haram jadah, yang tu memang selama ni tak dak dalam parti pun tak pa, yang ni pun sama. senang kira, 2-2 dok pakai modal sama. politik.

Dalam dok kalut-kalut lompat sana lompat sini, ada 2 benda yang aku heran sangat-sangat.

Heran no 1, tiap tahun aku dok dengar ahli UMNO lompat masuk Pakatan Rakyat. tapi jumlah ahli UMNO tak pernah kurang-kurang dari dulu. mantain... mungkin jugak dia jadi sistem barter bila ahli Pakatan Rakyat lompat masuk UMNO pulak.

Heran no 2, tiap kali ahli Pakatan Rakyat lompat masuk dalam UMNO, jumlahnya jarang kurang dari 10,000. kalau kira-kira semua sekali jumlah yang lompat, dalam komponen Pakatan Rakyat sekarang tinggal ADUN-ADUN ngan Ahli Parlimen je. yang lain semua dah keluar masuk UMNO.

Pengalaman aku masa PRU-12 lagi best. aku ingat lagi masa kempen PRU-12 hari tu, dekat Terengganu, UMNO buat majlis lompat beramai-ramai. ahli PAS masuk UMNO, dekat 10 cawangan tutup.

Berita tu masuk dalam TV3, RTM1, RTM2 dan semua media KERAjaan. aku perasan 4-5 orang dalam gambar tu... macam pernah tengok muka tu. lama lepas, baghu aku teringat. masa PRU-11 aku bertugas cover berita Pilihanraya area Pantai Timur, 4-5 orang dalam gambar yang pakat-pakat lompat tu la yang aku interview masa PRU-11 dulu.

Masa aku interview depa dulu, depa lompat dari PAS masuk UMNO jugak..!

Kah kah kah kah kah ... !!! lepas tu aku call member aku yang sama-sama bertugas dekat Terengganu dulu, tanya pasai 4-5 orang yang masuk TV tu. geng aku bagitau sebenarnya depa bukan lompat...

Depa reniew Road-Tax... ahli UMNO tiap kali PRU/PRK memang selalu depa reniew Road-Tax depa... sekali reniew dapat la RM500...

Ooooooooo... giiituuuuuu...


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .