Ikuti Blog ini

Tamparan hebat buat SPR, Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Okt lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 Sept lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

Curi Duit Kerajaan Melalui ‘Indent’ Isi Minyak Kereta



KUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj Mohd AbdulWahid Endut mendedahkan, terdapat terdapat kebocoran, ketirisan, pengkhianatan, salah guna duit dan salah guna kuasa dalam kerajaan Umno dan Barisan Nasional daripada atas hingga ke bawah.

Menurutnya, antara yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara adalah kes curi minyak yang berlaku di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu.

”Tapi yang digambarkan dengan jelas lagi oleh Ketua Audit Negara, di negeri Terngganu (adalah) kes curi minyak,

”pejabat SUK ada nombor kereta sekian-sekian, pejabat JKR pun begitu di negeri Terengganu,”katanya ketika berucapa dalam majlis ceramah sempena sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kuala Nerus, di Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.

Katanya, ditulis dalam Laporan tersebut, kapasiti tangki minyak Proton Perdana boleh diisi penuh adalah 64 liter, tetapi ia diisi sehingga 102 liter.

”Kereta Proton Perdana, penuh tangki minyak 64 liter, tapi isi hingga 10 liter, harga sampai RM102.00 sekali isi,

”maknanya lepas isi penuh (kereta Perdana) dia isi (minyak) kereta lain pula, tapi kerajaan bayar pakai ‘indent’ yang sama,”jelasnya.

Beliau berkata, terdapat satu lagi kes curi duit kerajaan melalui ‘indent’ dikesan dalam laporan itu adalah dengan cara yang tidak munasabah, iaitu mengisi minyak RM200.00 dalam masa tiga minit sahaja.

”Ada satu lagi (di) pejabat SUK pukul 3.05 isi (minyak) RM150, nombor kereta yang sama (pada pukul) 3.06, seminit kemudian isi pula RM100,

” (pada pukul) 3.07, seminit kemudian isi pula RM50, nye baham (dia curi) RM300 dalam masa 3 minit,”kata Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelam dan Timbalan Pesuruhjaya Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Katanya, itu dilaporkan Ketua Audit Negara yang berlaku di pejabat SUK, dipejabat-pejabat lain turut berlaku demikian.

Semakan yang dibuat Buletinonline perkara tersebut terdapat dibawah perkara 4.5 dibawah tajuk Penemuan Audit, pada mukasurat 51, Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Kerajaan/ Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2008, sebagaimana jadual yang dipaparkan.

Turut hadir dalam majlis ceramah tersebut adalah Naib Presiden PAS, Haji Salahudin Ayob dan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, ustaz Abu Bakar Abdullah. SM Noor

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .