Ikuti Blog ini

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said sifatkan KDN bunuh media, tikam demokrasi


SASTERAWAN Negara, Dato' A. Samad Said menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai mencacatkan demokrasi.

Tegas beliau di saat tiga pilihan raya kecil akan diadakan tidak wajar bagi KDN untuk mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan, seolah-olah mahu menyekat maklumat tiba kepada pengundi. Ia dilakukan solah-olah dengan sengaja untuk menyekat sebarang maklumat sampai atau digunakan untuk kempen pilihan raya kecil khusuusnya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Harakah dan Suara Keadilan tegas Pak Samad merupakan saluran pengimbangan demokrasi dan amat malang bila KDN bertindak membunuh demokrasi tersebut.

"Jika tiada dua akhbar ini suara demokrasi tidak lagi dapat didengari dan ianya merugikan rakyat. Bila Harakah dan Suara Keadilan disekat bermakna pertembungan itu umpama satu pihak guna senjata manakala satu pihak lagi tidak punya apa-apa senjata dan ini sungguh tidak adil," tegas Penasihat Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) itu.

Pak Samad yang kini berusia 76 tahun, seterusnya mengesa agar KDN segera membatalkan arahan yang dikeluarkan itu dan harus memastikan agar sisa-sisa demokrasi dalam negara ini tidak terus dikuncupkan.

Beliau mengesa agar rakyat terutama pengundi di ketiga-tiga kawasan yang bakal diadakan pilihan raya kecil melihat perkembangan ini dan menilainya sebaik mungkin dalam membuat pilihan mereka nanti.



Shahrir letak jawatan kerana maruah atau tak setuju dengan Najib

Hasrat Shahrir Letak Jawatan


Kerana Maruah Atau Tak Setuju Dengan Najib?



SHAHRIR Abdul Samad (foto) membayangkan beliau akan melepaskan jawatan menteri kabinet yang disandangnya ekoran beliau tidak terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. Shahrir mengambil tindakan itu sebagai tanggungjawabnya setelah kalah dalam perebutan anggota MT semalam. Shahrir membuat kesimpulan kekalahan itu disebabkan ahli Umno merasakan beliau gagal sebagai seorang anggota Kabinet.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu memang dikenali sebagai seorang yang berprinsip, tegas dan suka membuta kejutan sejak dulu lagi.


Kalau ditengok sekali imbas wajar orang kalah dan tidak mendapat kepercayaan parti berundur dari memegang apa-apa jawatan. Soalnya apakah kekalahan itu benar beliau sudah hilang kepercayaan ahli Umno?


Bukankah di sepanang kempen perebutan jawatan kali ini hangat diperkatakan soal rasuah dalam Umno. Pemilihan kali ini tidak dapat dielakkan daripada rausah politik. Makanya sesiapa yang tidak sedia melakukan dosa dan noda itu mungkin akan kalah.


Dalam hal ini Shahrir adalan antara mereka yang membenci rasuah politik. Beliau antara pemimpin yang tidak yakin bahawa wang dapat melahirkan pemimpin yang berkalibar.


Seorang ketua Umno bahagian dari Terengganu pernah menceritakan kepada saya bagaimana Shahrir menolak wang yang disediakan oleh seorang taukeh Cina bagi membantu beliau bertanding merebut jawatan pada satu tahun lalu.


Kata ketua bahagian itu beliau sungguh terkejut dan terpaksa memulangkan wang itu kepada taukeh Cina berkenaan. Jumlah wang itu bukan sedikit, RM2 juta katanya.


Bayangkan bagaimana kalau wang itu sampai kepada perasuah politik? Tentu
ditibal dan dibungkusnya. RM2 juta bukan sedikit sudah cukup untuk membeli satu jawatan tertinggi dalam Umno.


Apakah kekalahan Shahrir semalam kerana beliau tidak bermain wang? Kalau beliau kalah disebabkan ’salamannya kosong’, beliau tidak perlu merasa malu. Kekalahan itu adalah kekalahan bermaruah. Beliau kalah bukan kerana tidak menunjukkan prestasi baik dalam kerajaan tetapi kerana implikasi lain yang tidak ada kena mengena dengan prestasi kerjanya.


Pernah saya diberi tahu oleh seorang menteri Kabinet antara menteri banyak membantu Abdullah Badawi, memberi pandangan dan mengkritik kerajaan ialah Shahrir. Beliau seorang yang ikhlas dan serius dengan tugasnya untuk membawa kebaikan. Selain Shahrir menteri lain yang terkenal sebagai kuat membantu menjayakan misi Abdullah ialah Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan, Syed Hamid Albar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim.


Mereka yang lain menurut menteri itu berkerja ala kadar sahaja kerana mereka mempunyai konflit jiwa dengan Abdullah. Mereka akan mula memecut apabila Najib Razak menjadi Perdana Menteri.



Sudah pasti kalau ahli Umno melihat kepada performance dan juga keikhlasan Shahrir dalam membantu Abdullah, Shahrir tidak perlu melepas jawatan. Sebaliknya Najib harus menolak kalau Shahrir terus dengan cadangan itu. Lainlah kalau tindakan Shahrir itu kerana beliau tidak yakin dan percaya dengan Najib sebagai perdana menteri.


Apakah itu sebenarnya sebab musabab Shahrir hendak berhenti? Cuma beliau menjadikan penolakan perwakilan itu sebagai alasan saja? Yang sebenarnya beliau tidak tergamak untuk menerima Najib sebagai ketuanya?


Seperkara lagi sekiranya tindakan Shahrir itu dikira adil dan wajar, maka menteri-menteri lain yang kalah dalam pertandingan juga harus mengambil tindakan sama. Kerana yang kalah bukan saja Shahrir tetapi masih ada segugus yang lain. Semua calon-calon ‘lesung hindik’ atau ‘lesung tumbuk’ termasuk yang menjawat jawatan menteri kalah. Mereka juga kena letak jawatan kalau formula dan tanggungjawab Shahrir itu diambil kira.


Begitu juga dengan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said yang kalah perlu meletak jawatan. Apa lagi Azalina disiasat SPRM menjelang pemilihan Umno. Menteri ‘lesung hindik’ atau ‘lesung tumbuk’ Rais Yatim dan Syed Hamid juga kena letak jawatan kerana mereka juga kalah.


Begitu juga dengan beberapa orang menteri besar, Adnan Yaacob (MB Pahang), Abdul Ghani Othmanm, (MB Johor juga kalah), Mohd Isa Sabu, (MB Perlis) dan Mohammad Hassan, (MB Negeri Sembilan) juga kalah.


Mengambil kira apa yang dirumuskan oleh Shahrir itu mereka ini juga perlu melepas jawatan masing-masing.


Juga kalau Shahrir merasakan dia perlu letak jawatan kerana merasakan dia orang Abdullah Badawi, maka menteri dan menteri besar-menteri besar itu juga perlu berbuat demikian kerana mereka juga dilabelkan sebagai orang Abdullah Badawi. Terutamanya menteri besar yang pernah membuat simbol lucah.


Bagaimana pun di sini saya yakin mereka yang kalah itu tidak akan sedia mengambil risiko seperti mana Shahrir Abdul Samad. Mereka akan menggunakan seribu alasan untuk kekal kecuali mereka akan disingkirkan oleh Najib. Kerana atas sifat orang politik susah untuk mereka meninggalkan takhta apabila sudah naik, bukan saja orang Umno orang Pas juga begitu!




BUKIT GANTANG : Mohammad Nizar Pilihan Amat Tepat

Pemilihan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April depan disifatkan sebagai pilihan terbaik.

Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kapt (B) Usaili Alias berkata, meletakkan Mohammad Nizar sebagai calon untuk pilihan raya itu adalah langkah terbaik sebagai meluahkan perasaan rakyat terhadap pentadbiran di Perak sekarang.

“Itu adalah satu langkah bagi mewakili rakyat untuk meluahkan apa yang dimahukan dan siapa pemimpin sebenar yang mereka mahukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, jika dilihat selama 11 bulan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak, banyak pembangunan yang telah dibuat.

“Sebagai contoh, PR telah menambahkan peruntukan pembangunan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebanyak RM200,000 berbanding kerajaan dahulu hanya sebanyak RM75,000 sahaja setahun.

“Ini menunjukkan kerajaan dulu tidak prihatin kepada keperluan rakyat berbanding dengan PR yang menggunakan kebijaksanaan untuk memerintah bagi memenuhi kehendak rakyat,” katanya.

Usaili berkata, pihaknya mendapat respons yang cukup baik daripada kaum lain di negeri ini dan mereka menyokong gagasan pemerintahan PR yang sememangnya membela nasib semua rakyat tidak kira bangsa.

Ketika ditanya mengenai kebanjiran calon Bebas yang akan turut bertanding pada pilihan raya itu nanti, beliau berkata, itu adalah strategi parti lawan untuk memecahbelahkan undi PR.

“Itu adalah amalan biasa parti lawan untuk memecahbelahkan undi PR bagi menyekat peluang kemenangan kepada PR.

“Mereka cukup takut dengan kekalahan sendiri sedangkan gelombang kekalahan itu telah ada pada mereka,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Belanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan berkata, peletakan Mohammad Nizar sebagai calon untuk pilihan raya berkenaan adalah hak parti itu.

“Mereka boleh meletakkan sesiapa sahaja sebagai calon dan UMNO sendiri telah bersedia untuk menghadapi sesiapa sahaja calon yang akan bertanding.

“Kami mempunyai harapan untuk menang dan berdasarkan tinjauan yang dibuat penduduk akan mengundi Barisan Nasional (BN) kerana kami meletakkan calon anak tempatan,” katanya.



Pemuda PAS Terengganu Sokong Boikot Akhbar

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/jomboikotakhbar.jpgKuala Terengganu - Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) menyokong seratus peratus saranan Mursyidul Am PAS, yang menyarankan rakyat tidak membeli akhbar harian yang didukungi UMNO/BN dalam tempoh tiga bulan.

Setiausahanya, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Ia adalah satu tindakan yangg sangat wajar untuk mengajar UMNO dan Barisan Nasional, hanya dengan memboikot akhbar-akhbar tersebut boleh menghukum dan menyedarkan UMNO/BN,”katanya kita dihubungi Buletinonline semalam.

Beliau berkata, DPPNT bersedia pada bila-bila masa mengeluarkan arahan kepada semua ahlinya agar tidak membeli dan memboikot akhbar-akhbar tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz baru-baru ini berkata, tindakan memboikot akhbar yang didukungi UMNO/BN adalah sebagai satu tindakbalas terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan Isnin lalu.

Tuan Guru juga berkata, tindakan Kementerian Hal Egwal Dalam Negeri (KDN yang diterajui pemimpin UMNO jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang.

"Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya baru-baru ini..

Rakyat pernah memboikot akhbar-akhbar media perdana pada tahun 1997 dan 1998, ekoran pemberitaan tidak tepat akhbar-akhbar tersebut terhadap krisis ekonomi dan penangkapan serta pendakwaan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Boikot terhadap akhbar-akhbar berkenaan akan mengurangkan pengedarannya, sekaligus mengurangkan keuntungan dan membawa kerugian kepada UMNO/BN yang menjadi dalang dibelakangnya,”tambah Wan Shukairi.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .