Ikuti Blog ini

Isu Kerugian Felda : Ahmad Maslan Meng'Khinzir' Buta Nak Saman Orang

Ahmad Maslan dah gila saman..mengkhinzir buta mahu saman orang..ini tak lain kerana nak tipu masyarakat Felda sekali lagi..

Saman: Abdul Wahid anggap Ahmad ‘bodoh’

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) menyifatkan Datuk Ahmad Maslan sebagai ‘bodoh’ kerana mahu menyamannya berhubung isu Felda.

Bagi Abdul Wahid, kenyataannya di Dewan Rakyat yang mendakwa Felda sebagai ‘peneroka tanah haram’ tidak boleh disaman sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri

di Jabatan Perdana Menteri itu yang disiarkan Malaysiakini tengah hari tadi.

"Dia ini mungkin ‘bodoh’, macam mana nak saman saya. Saya buat kenyataan itu di Dewan Rakyat," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sekejap tadi.

Menurutnya, apa jua kenyataan dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, menurut undang-undang tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Tambahnya lagi, Ahmad sendiri pada Isnin lepas telahpun memberi respons apabila beliau mendakwa Felda sebagai peneroka tanah haram.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Ahmad supaya bertindak secara lebih bijak dengan merujuk kenyataanya itu pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kelak.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, Ahmad mungkin menggelabah apabila beliau mendedahkan fakta di sebalik tindakan kerajaan Terengganu menolak bayaran premium yang ditawarkan oleh Felda ke atas sejumlah tanah yang telahpun dimajukan di negeri itu di Dewan Rakyat.

Puncanya, menurut beliau, ekoran keengganan Felda menempatkan lebih tiga ribu peneroka lagi di atas 14,791.23 hektar tanah yang dimajukan mereka.

Keengganan Felda itu, menurut beliau, disebabkan terlalu mementingkan keuntungan korporat hatta mengetepikan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan di Dewan Rakyat tentang keluasan sebenar tanah yang dimajukan oleh Felda tanpa penyertaan peneroka serta jumlah premium yang belum dibayar kepada para peneroka terbabit.

Kalau Ahmad tidak menggelabah pun, katanya lagi, kenyataan timbalan menteri itu hari ini mungkin sekadar mahu menutup kelemahan dalam urus tadbir Felda apabila isu tersebut mulai menjadi perhatian umum.

"Sekarang ini, dia mungkin menggelabah apabila isu (Felda) ini timbul, dia menggelabah nampaknya, kalau tak, dia mungkin nak tutup kelemahan Felda," ujar beliau dalam nada berseloroh.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad supaya segera bertindak menyamannya kerana membangkitkan isu yang kian menggamit sesitiviti para peneroka di Terengganu.

"Kalau dia nak saman, saman. Saman segera saya, dia lawan kita dan kita bersama rakyat akan lawan dia," tegas beliau.

Selain Wahid, Malaysiakini melaporkan, Ahmad turut bercadang menyaman Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat), Tan Kee Kwong (Majlis Pimpinan Pusat PKR), Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang) serta Zaid Dzulkarnain Talib (Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan).

Dalam suatu kenyataan, Ahmad berkata, pihaknya bersama-sama Felda telahpun melantik peguam dan melalui dua kali sesi perbincangan.

Namun, Ahmad tidak pula memberitahu bilakah Felda mahu memfailkan saman terhadap mereka.

Ini tak nak saman ke wahai Ahmad Mas Saman..

Isu tunai Felda susut timbul prasangka

2010/06/25

KUALA LUMPUR: Isu kemerosotan simpanan tunai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.45 bilion pada 2009 menimbulkan pelbagai prasangka ke atas penyalahgunaan wang kepunyaan lembaga itu.

Bimbang ia bakal memberi impak kepada Felda, Pengerusi Eksekutif, Puncak Niaga Holding Berhad yang juga generasi kedua Felda, Tan Sri Rozali Ismail, mencadangkan supaya pendekatan lebih pragmatik diambil dalam menangani isu berkenaan.

Katanya, langkah itu perlu kerana kejayaan dicapai Felda dalam memacu pembangunan Malaysia menerusi program ‘land reforms’ dan program khusus bagi peneroka di seluruh 317 rancangan tanah serta pembangunan generasi baru mengharumkan nama negara.

"Felda seharusnya diberi peluang memberi penjelasan dan rasionalisasi akaun kewangannya sebelum tohmahan dibuat ke atas lembaga itu.

"Kita perlu sedar bahawa Felda mempunyai dua peranan utama, perniagaan dan pembangunan sosial. "Ada kalanya kedua-duanya tidak selari, namun peranan Felda dalam bidang perniagaannya dalam sektor pertanian menjadikan pengeluar utama komoditi dan mengeluarkan peneroka dari perangkap kemiskinan," katanya, semalam.

Menurutnya, sesebuah syarikat atau organisasi tidak dapat lari daripada hakikat bahawa tidak semua pelaburan yang dibuat akan mendapat pulangan segera kerana ada di antaranya mengambil masa panjang.

(sumber)

ROTI CANAI TAHI AYAM HARAM DIMAKAN

12 Rejab 1431 H
Oleh: ENTAHLER TAH

Buatlah pilihan sendiri.

Nak yang bersih atau nak yang kotor. Nak yang halal atau nak yang haram.Roti telur ke , Mee goreng telur ke , Char Kuey Teow ke dan macam-macam lagi makanan yang ada telur ayam.

Cuba tengok-tengok , yang menjual makanan ni , basuh atau tidak telor ayam.Cuba beli pula telur di kedai atau pasaraya. Memang banyak tahi ayam pelbagai warna yang dah kering dan keras melekat pada kulit telur.

Kalau nak juga makan telur ayam dengan tahi-tahinya sekali, apa boleh buat dah selera rakyat Malaysia macam tu, tak pentingkan kebersihan. Yang penting SEDAAAAP.


INI GAMBAR ROTI TELUR


INI GAMBAR TELUR SEDANG DIKUTIP


INI GAMBAR PENIAGA YANG TAK BASUH TELUR AYAM


INI GAMBAR PENIAGA YANG PENTINGKAN KEBERSIHAN. TELUR AYAM CANTIK SELEPAS DI BASUH


INI GAMBAR TELUR AYAM YANG BANYAK TAHI PADA KULITNYA. MACAM-MACAM WARNA TAHI, HITAM, HIJAU PEKAT


INI GAMBAR AYAM BERAK KAPUR


INI GAMBAR ROTI TELUR TADI.

SEDAP TAK ?

Felda hilang RM8 bilion bukannya RM2.7 bilion

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Datuk Husam Musa mendakwa, rezab tunai Felda telah susut sebanyak RM8 bilion sejak diambil alih Datuk Seri Najib Razak bukannya 2.7 bilion sebagaimana didakwa Datuk Ahmad Maslan.

Ini kerana, susut rezab bukannya jumlah yang ada pada tahun 2004 tolak jumlah yang ada sekarang kerana dalam tempoh tersebut Felda mempunyai pendapatan dan ia hilang bersama dengan kemersosotan yang berlaku.

Husam yang juga Exco pembangunan ekonomi Kelantan itu berhujjah:

a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.

"Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?" soalnya.

Menurut Husam, kenyataan Ahmad Maslan seakan antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.

"Mustahil!!" kata Husam (gambar) kerana dalam tempoh tersebut, Felda juga menerima hasilnya dan hasil itu turut hilang dan hanya tinggal RM1.35 bilion sahaja pada akhir tahun 2009.

AJK PAS pusat itu berkata, "maklumat tepat yang saya perolehi, antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi!"

Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;

a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta

Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!

Jumlah ini, kata Husam, perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!

Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion

"Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM8 billion!" tegas Husam dalam blognya.


Perbelanjaan Felda



Husam juga mempertikaikan perbelanjaan yang dibuat Felda sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan.

"Mengenai perbelanjaan pula, perhatikan semula kenyataan Ahmad Maslan di atas. Senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut;

"RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters."


a. RM 2 Billion untuk tanam semula
b. RM 603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedah
c. RM 253 juta untuk program kemiskinan di Sabah
d. RM 662 juta untuk menara baru ibu pejabat Felda

"Pertama : Menara Felda masih dalam pembinaan. Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.

Kedua: RM 2 billion untuk Tanam Semula.

"Kenapa guna rezab tunai Felda?" soal Husam.

Beliau bertanya, bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula? Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM4 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir satu billion dan tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda.

"Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah?" soal beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau membuat kesimpulan, kedua-dua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah.

"Bermakna, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut," katanya.

Beliau juga berkata, jumlah yang tidak kecil. Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar.

"Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?" soalnya lagi.

Husam juga bertanya, bila Datuk Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?

Setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM300 juta dan RM500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan?

Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar? soal Husam.

Dengan RM300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM 800 juta itu tadi?

"Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!" kata Husam memberikan amaran.

"Tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga kita boleh kuasai.

"Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM 688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!" katanya.

Beliau juga mempersoalkan, apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau?) dari India itu tidak dketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat FELDA sendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan.

Kesimpulannya, kata beliau, semuanya misteri! dan ada "Lubang besar di Felda?" dan "Bagaimana kita rakyat biasa boleh membongkar misteri ini?" -Hrkh

JOM RAMAI2 KE PROGRAM KASEH II ESOK 26 JUN 2010


MARILAH KITA SAMA-SAMA MENJAYAKANNYA

Kerajaan 1Malaysia Yang Kartun Haramkan Kartun '1Funny Malaysia'

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam buku terbitan Malaysiakini oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selain buku '1Funny Malaysia', yang diterbitkan oleh Kinibooks yang merupakan anak syarikat Malaysiakini, dua lagi komik Zunar - Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - turut diharamkan.

Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.

"Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya.

Bagaimanapun, Mahmood tidak menyebut mengenai satu lagi buku terbitan Malaysiakini - 'Where is Justice?' - yang telah dirampas bersama dengan '1Funny Malaysia' dari kedai buku empat bulan lalu.

'1Funny Malaysia' merupakan kompilasi kartun Zunar, manakala buku 'Where is Justice' adalah mengenai kematian atau kekejaman dalam tahanan polis dengan fokus terhadap empat kes besar - Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu, dan Anwar Ibrahim

Di bawah akta tersebut, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. -mk

Dengan buku kartun pun kerajaan 1Malaysia Najib begitu trauma sampai diharamkan buku berkenaan.

Benar-benar kerajaan UMNO BN dah takut... kartun pun dah disangka real, sehingga dikatakan boleh mengubah pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.

Jika demikian, tak cukup kuatlah kerajaan Najib jika kritikan dengan buku kartun pun diharamkan.

Lagipun, ingat bagus sangat kepimpinan dan dasar kerajaan yang ada kini sampai tak boleh dikritik dan ditegur? Teguran dengan lukisan kartun dah kira baik daripada rakyat gulingkan kerajaan dengan peti undi nanti. -GB

Himpunan 100 ribu bantah judi kehendak rakyat - GMJ

KUALA LUMPUR: "Perhimpunan ini kehendak semua rakyat,” kata Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Mohd Azmi Abdul Hamid selepas memohon permit untuk himpunan 100 ribu rakyat bantah judi pada 3 Julai ini.

Beliau mengetuai GMJ ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memohon permit itu. Hadir sama ialah Setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat dan AJK GMJ, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Himpunan besar-besaran 3 Julai ini menghimpunkan semua bangsa dan agama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan termasuk judi bola sempena Piala Dunia 2010.

Mereka dijangka berkumpul bermula jam 2 petang di beberapa tempat termasuk di Masjid Jamek, Masjid Negara dan pusat membeli belah Sogo sebelum bercantum dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut GMJ, peserta himpunan disaran memakai pakaian sukan atau jersi bolasepak piala dunia sebagai menyatakan bantahan terhadap kelulusan lesen judi tersebut.

Mereka juga dibawa oleh Ketua Cawangan Khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri untuk diambil keterangan kira-kira 30 minit berhubung himpunan tersebut.

Pada sidang media selepas itu Cikgu Azmi berkata, GMJ mengharapkan respons positif pihak polis berhubung permohonan yang telah dibuat.

"Kami harap ada kerjasama positif membenarkan kita mengadakan himpunan aman menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Ditanya jika permohonan tersebut ditolak, beliau berkata wakil-wakil GMJ akan tetap berada di tempat-tempat yang ditetapkan pada hari tersebut.

"Perhimpunan ini kehendak semua rakyat. Wakil kami tetap akan berada di Masjid Negara, terpulang kepada orang ramai sama ada mahu menyertai atau tidak," katanya. -Hrkh

Kebajikan Rakyat Menjadi Keutamaan Kerajaan Pakatan Rakyat Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/yahyadhppperak.JPGMARANG - Negara menghadapi masalah ekonomi dan sosial yang semakin berat dengan beban hutang luar negara yang semakin besar dan kebajikan rakyat yang semakin terabai.

Sedang pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional pandai bercakap kononnya mereka juara rakyat, bercakap mahu membantu rakyat, sebaliknya hanyalah mengumpulkan harta dan mengayakan peribadi masing-masing.
“Pemimpin Barisan Nasional pandai bercakap, nak bantu rakyat, tetapi apabila lihat bila kita pergi rumah mereka seperti mahligai, (punya) kereta yang banyak,”kata Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.

Berdasarkan scenario itu, beliau mengajak semua rakyat membuat perubahan sebagaimana yang telah berlaku di negara-negara lain yang lebih maju.

“Di Negara-negara luar (yang lebih maju) rakyat mahu membuat perubahan, maka kita juga mahu di sini (Negara ini) berlaku (demikian),

“(mereka berubah) apabila rakyat tidak berpuas hati melihat kepimpinan yang tidak berlaku adil, banyak menzalimi rakyat dan bercakap kosong,”ujarnya dihadapan lebih 40 orang ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (FHPP) dari Parit Buntar Perak, di Pusat Khidmat Parlimen Marang, disini Rabu 23 Jun.

Rombongan DHPP kaum Tionghua dan India itu dalam rangka lawatan ke Pantai Timur sambil menziarahi pemimpin PAS di negeri Terengganu dan Kelantan.

Haji Yahaya selaku Yang DiPertua PAS Marang meraikan para tetamu tersebut, mewakili Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan PAS Terengganu, berkata, sekiranya diberi mandat dan dapat memerintah Terengganu semula, kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu akan mengutamakan golongan miskin tanpa mengira bangsa dan ugama.

“Sekiranya kita dapat semula (menjadi) kerajaan, sebagaimana yang kita buat dulu, kepentingan kerajaan adalah rakyat yang majoritinya masih perlu dibantu,

“tak kira mereka itu orang Cina, orang Melayu orang India, asalkan mereka miskin, (dan) mereka-mereka yang betul-betul perlu dibantu, (mereka) menjadi keutamaan,”jelasnya.

Beliau berharap, anggota rombongan yang hadir dapat menyampaikan pengalaman mereka kepada kawan-kawan dan orang lain, bagaimana sebenarnya usaha yang bersungguh-sungguh PAS dalam membina perpaduan antara rakyat berbilang kaum.


Turut hadir dalam majlis keraian tersebut adalah Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing dan Ketua Lujnah Perpaduan Nasional Kawasan Marang, Mohd Nasir. -BO


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .