Ikuti Blog ini

Rodziah Buat Laporan Polis Terhadap Ugutan Seksual

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/_0001_0374.jpgLemparan kata,”Aku akan rogol kau, Rozdiah!”Hari ini saya membuat laporan polis terhadap ugutan rogol yang dilemparkan kepada saya ketika dalam Majlis Dialog di antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 5hb September lalu di MBSA, Shah Alam.

Adalah bukan hasrat saya untuk memanjangkan isu ini kerana fokusnya adalah isu sebenar yakni pemindahan kuil Seksyen 19, namun keputusan ini dibuat setelah hampir seminggu berlalu kerana kegusaran tentang keselamatan diri saya, keluarga serta pegawai saya makin hari makin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini.

Saya telah hadir sebagai salah seorang panel dan wakil rakyat Dun Batu Tiga bagi menyelesaikan isu pemindahan kuil, namun telah menerima kata-kata kesat dan ugutan rogol daripada mereka yang cuba menimbulkan kekecohan dalam majlis tersebut.

Antara kata-kata kesat terhadap saya yang dikenalpasti ialah;

“Jalang!”

“Rodziah mengalahkan pelacur!” “Pelacur lebih baik dari kau!”

“Babi!”

“Sundal!”

“Kau jangan bersuara, Rodziah!”

Lemparan kata,”Aku akan rogol kau, Rozdiah!”

Intimidasi ini jelas adalah untuk memburukkan nama dan menghina saya. Saya berasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir mereka ini sehingga merasakan keselamatan dan kehormatan diri saya terancam.

Kerisauan saya ialah: jika saya seorang Adun dan EXCO Kerajaan Negeri boleh dilemparkan kata-kata kesat and ugutan sebegini, apakah wanita-wanita lain akan terasa selamat menghadapi atau berurusan dengan mereka yang seperti itu?

Kekecohan yang ditimbulkan sepanjang sesi penerangan daripada Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Dato’ Bandar dan saya sendiri selaku ADUN Batu Tiga juga memperlihatkan sikap tidak hormat kepada majlis tersebut serta pemimpin kerajaan negeri.

Kelakuan liar kumpulan kecil ini telah merosakkan majlis yang bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk berdialog secara berhemah. Tindakan mereka ini jelas bukan untuk berdialog tetapi mencemarkan kerajaan negeri dan nama individu atas agenda politik tertentu.

Selain klip video, ungkapan-ungkapan tidak bermoral itu telah didengar dan disaksikan oleh ramai penduduk, wartawan, dan para petugas keselamatan MBSA yang telah hadir melihat sendiri gelagat segelintir mereka yang memporak-perandakan majlis secara sengaja.

Kedurjanaan yang menganjur keburukan, membudayakan unsur keganasan, seksisme, dan menakut-nakutkan orang lain serta merosakkan keharmonian sesama insan yang telah ditunjukkan oleh golongan tersebut wajar diperangi dan dibanteras sehingga rakyat, khususnya wanita dikembalikan nikmat rasa selamat dan aman di mana-mana saja mereka berada.


RODZIAH ISMAIL

ADUN BATU TIGA

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita

Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan

Timbalan Ketua Wanita KEADILAN

Lihat Video Klip di TV Selangor





Memahami Ihya’ Ramadhan “buka fikiran seluas langit dan bumi” oleh TGNA

tgna2

Pengertian Ramadhan Dalam Sistem Pentadbiran Kerajaan – TGNA

Berterawih di masjid, baca Quran di rumah, berzikir, pergi pejabat pun kita ingat kepada Allah. Pahala kita akan bertambah kalau kita buat kerja kerajaan di bulan Ramadhan, betul dengan Allah Taala. Dan dosa kita akan bertambah juga kalau kita buat sesuatu dalam bulan Ramadhan, bercanggah dengan Allah Taala. Dosa bertambah kerana kita macam tidak hormat kepada quddusnya Ramadhan dan quddusnya Quran. Begitu juga pahala kita akan bertambah kalau kita buat serupa, tak guna telefon kerajaan untuk kepentingan diri, tak guna internet kerajaan untuk kepentingan diri, tak guna kertas dan pensil untuk kepentingan diri. Kita jaga diri kita supaya kita sesuai betul-betul sebagaimana yang Nabi Muhammad saw buat.

Inilah benda yang saya nak terapkan dalam bulan Ramadhan kepada rakyat Kelantan khsusnya Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Demikianlah umat Islam di Kelantan telah berubah pemikirannya dalam menghayati ibadah di bulan Ramadhan, berbanding dengan di negeri-negeri lain, seperti yang diungkapkan oleh Ariffahmi, bahawa “telah berlaku satu gelombang baru dari sudut sambutan Ihya’ Ramadan di Kelantan.” Hal ini dipersetujui oleh Tok Guru, walaupun dalam masa sama beliau masih melihat ada kekurangannya Dinsman dan Kassim Muhamad

Dua petikan di atas saya ambil dari artikel tulisan Dinsman dan Kassim Muhamad hasil dari wawancara mereka bersama TGNA yang bertajuk Memahami Ihya’ Ramadhan “buka fikiran seluas langit dan bumi” dalam majalah QIADAH yang diterbitkan secara percuma oleh PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) keluaran ke empat yang akan diedarkan esok atau lusa di seluruh Negeri kelantan. Bagi yang berada di luar Kelantan boleh dapatkannya dengan menghubungi PMBK di talian 09-7474082.


Gambar kulit depan dan belakang majalah Qiadah keluaran ke empat

Gambar kulit depan dan belakang majalah Qiadah keluaran ke empat

isi kandungan Qiadah

isi kandungan Qiadah

Video Pendedahan : Bila nak tangkap "bigdog" ni?


Fitnah Anjing Gemok Gedempol : Mujahid perlu ambil tindakan undang-undang

Zakhir Mohamed , pengendali laman web Bigdog.com , bulan lepas telah membuat fitnah kepada rakyat Malaysia bahawa calon PAS di Permatang Pasir menyonglap wang RM600,000.(kemudian dinyatakan RM60,000 saja melalui update) dalam blognya, anjing gemok gedempol ini menyatakan sumber maklumatnya adalah dari Naib Pesuruh Jaya Pas Pulau Pinang , Mujahid Yusuf Rawa dan Zulkifly Lazim.[Klik Sini]

Mujahid Yusof Rawa kemudiannya bertanya Anjing Gemok Gedempol itu supaya menonjolkan dirinya dan membukrtikan dakwaan tersebut. Sudah tentu anjing gemok gedempol itu tidak dapat membuktikan apa-apa tentang dakwaannya itu sekadar menampilkan pengakuan ahli PAS Pulau Pinang. Nampak sangat kalut .Terang-terang bangang punya tukang fitnah si Anjing Gemok Gedempol ini walaupun ianya seorang peguam.
Ah!Mana boleh diamkan isu itu begitu sahaja.Mujahid tidak boleh biarkan perkara fitnah macam itu yang melibatkan namanya sendiri dengan terang-terangan. Ini bukan perkara kecil kerana ianya juga turut melibatkan marwah jemaah.

PAS bukan tidak ada peguam yang hebat-hebat.Kita tidak mahu perkara seumpama ini berulang lagi dimasa hadapan.

PAS tuntut janji SPR semak undi pos

PAS ingin bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan niat mengungkit janji lama mantan pengerusinya Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman untuk mengkaji semula prosedur undi pos.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, pada 2004, tiga parti pembangkang utama pernah berbincang dengan Abdul Rashid, antaranya membincangkan kewajaran penggunaan Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos.

"Dalam pertemuan yang lepas dengan Tan Sri, beliau akui sendiri (borang itu) tidak relevan. Beliau kata akan mengkaji semula perkara itu," katanya hari ini.

"Tetapi sehingga kini, kita tidak dengar perubahan."

Salahudin, yang juga pengarah jentera PAS pada pilihan raya DUN Bagan Pinang nanti, diminta mengulas tindakan lanjut parti itu berhubung penggunaaan Borang Lampiran 2 (foto bawah) yang boleh membawa kesan negatif kepadanya.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan amalan itu bertujuan membuat pemeriksaan terhadap pengundi-pengundi pos yang pro-Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum lalu, DUN itu mempunyai 14,192 pemilih, termasuk 4,925 orang melalui pos - yang sering dicurigai oleh pembangkang akan memenangkan calon BN.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Salahudin berkata, PAS akan menghantar surat makluman segera kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung pertemuan tersebut.

"Kalau mereka masih keberatan, oleh kerana SPR ini di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kita akan tulis surat kepada baginda," kata ahli parlimen Kubang Kerian.

Menyifatkan kira-kira 5,000 pengundi pos di DUN tersebut sebagai cabaran utama PAS, Salahudin berharap kumpulan polis dan tentera itu diberikan hak untuk mengundi dengan bebas tanpa sebarang perasaan takut.

Diminta mengulas desas-desus Umno Teluk Kemang hanya akan mencalonkan satu nama, mantan menteri besar Tan Sri Isa Samad, Salahudin hanya berkata:

"Kita alu-alukan Isa berbanding (tokoh BN) yang lain."

PAS melangkah setapak lagi dalam hubungan dengan bukan Islam

Image(Gambar:Lim turut merasai nikmat berbuka puasa di majlis itu)



TASEK GELUGOR, 11 Sept:
Sempena bulan Ramadhan yang mulia tahun ini nampaknya PAS seluruh negara bergerak setapak lagi ke depan dengan mengadakan majlis bersama-sama dengan bukan Islam di samping memberikan bantuan mana yang perlu.

Kalau di Kota Bharu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meraikan Duta Jepun ke negara ini berbuka, di Tasek Gelugor, PAS kawasan itu menyumbang bantuan untuk bukan Islam.

Majlis mereka di Mahaad Tarbiyah Islamiah Padang Menora itu turut dihadiri oleh rombongan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco Kerjaraya Utiliti (Tenaga Air dan Talikom) dan Penggangkutan (Udara, Laut dan Keretapi), Lim Hock Seng dan Exco Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh.

Masyarkat India dari Pokok Machang dan Cina dari Sungai Dua diberikan sekapit beras oleh Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man dengan diringi Lim Guan Eng dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

Image(Gambar:Salleh mewakili PAS Tasek Gelugor menghulurkan bantuan untuk seorang wanita India)

Semasa Lim dan rombongan tiba beliau disambut penuh mesra oleh Mudir Mahaad Tarbiyah Islamiah Padang Menora yang juga bekas calon PAS Parlimen Kepala Batas, Ustaz Subri Arshad serta Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd Amin.

Ratusan ahli dan penyokong PAS turun datang bersama untuk meraikan majlis berkenaan bermula dengan penyampaian sumbangan, berbuka puasa dan majlis tazkirah yang disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman.

Pesuruhrjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man dalam ucapanya berkata, kini tugasnya semakin berat apabila memenangi pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Namun beliau bertekad akan mempergunakan kesempatan itu untuk berkhidmat sebaik mungkin demi rakyat di Permatang Pasir.

"Buat masa ini saya masih diberikan beberapa taklimat khusus pembangunan Negeri Pulau Pinang oleh beberapa agensi kerajaan. Biasalah baru diamanahkan mestilah mereka membekalkan kita pengetahuan tentang kerajaan, " ujarnya.

Hafaz al Quran adalah profesional - Lim Guan Eng

Sementara itu, Ketua Menteri dalam ucapan ringkasnya menegaskan, Umno rasa cemas apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memperuntukan bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dulunya dihentikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bukan itu sahaja malahan kerajaan negeri juga mengiktiraf para Huffaz sebanding dengan profesional lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lainya.

"Semua itu tidak pernah terfikir oleh Kerajaan BN. Bila kita laksanakan bantuan pada pada Huffaz, Umno mula cemburu dengan menabur fitnah yang berbagai, " terangnya.

Program tersebut juga dihadiri oleh wakil jentera PAS dari Kedah, Haji Fauzi Tahir yang membantu jentera Parlimen Tasek Gelugor yang ditugaskan di Unit Peti Undi (UPU) Permatang Ara ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos lepas.

MAHLIGAI DI PARLIMEN PEKAN :RAKYAT DIDAHULUKAN...


Gambar ini bukan diambil dari parlimen atau Dun yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Gambar ini adalah rumah seorang rakyat dalam parlimen yang wakilnya adalah Perdana Menteri 1Malaysia di Parlimen Pekan.


Apa yang lebih menyedihkan Mohamad Hassan, 62 yang tinggal di Kampung Peramu pinggi sungai Pahang hanya mampu berbuka puasa dengan air masak sahaja kerana tidak ada juadah untuk dijamah. Juadah berbuka dengan nasi berlauk ayam atau daging mungkin satu hidangan impian kepada dia kerana jika dapat makan nasi sekali pun, ia tidak lebih sekadar berlauk ikan yang ditangkap sendiri atau pemberian orang ramai.

Keperitan dan kemalaratan hidup itu telah dilalui lebih 20 tahun lalu tetapi kesempitan dan kemiskinannya tidak pernah menjadi penghalang untuk meninggalkan ibadah puasa.

HAKIM SAHKAN ARTIKEL 72: ZAMBRY KENA GANTUNG, NIZAR MENTERI BESAR SAH

http://img.nattawat.org/images/mb9qncdhrpldyf9d4dfq.jpg


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN.

Malah DPPN Pk amat bersetuju bahawa Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 ‘Exco’nya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut. Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 ‘Exco’nya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

DPPN Pk juga amat berkeyakinan bahawa Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak. DPPN Pk meragui keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, DPPN Pk amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.


MOHD NUR AMIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Gerak Senyap ADUN N16 YB Dr Syed Azman Bertapak.

KUALA TERENGGANU: Gerak senyap ADUN Batu Burok N16, YB Dr Syed telah dikesan perisik SinarHairan. YB Dr Syed Azman dikesan telah bergerak secara senyap bersama pembantunya dari rumah ke rumah di DUN Batu Burok untuk menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada warga miskin yang kurang bernasib baik untuk meringankan beban dan memeriahkan sambutan hariraya mereka.

Rata-rata penduduk yang menerima bantuan peribadi yang disampaikan sendiri dari rumah ke rumah ini yang rata-ratanya tidak mendapat wang ehsan yang hanya diberikan kepada segelintir rakyat Terengganu oleh kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said.

Bantuan yang disampaikan YB Dr Syed Azman ini walau pun menurut katanya "tak payah war-war" patut dipuji kerana kebelakangan ini, sesetengah wakil rakyat kita bila dah berjawatan wakil rakyat, kadang-kadang telefon pun susah nak diangkat.

Syed Azman juga sebelum ini pada setiap malam yang bebeza disetiap masjid dan surau telah membawa penceramah daripada Palestine untuk menyampaikan tazkirah mereka mengenai penderitaan yang mereka alami dalam menempuh hidup berhadapan dengan maut sepanjang masa. rakyat tem,apatan juga turut sama menyumbangkan wang bantuan untuk meringankan beban mereka di Palestine.

Syabas diucapkan kepada YB Dr Syed Azman yang secara peribadi bersemuka menyampaikan bantuan untuk warga tempatan. Semuga langkah ini dituruti YB yang lain kerana bila mengundi nanti orang-orang inilah juga yang kita nak mintak satu undi setiap seorang. Luangkanlah sedikit masa untuk mereka kerana kelak mereka akan luangkan juga masa mereka untuk mengundi kita nanti.

TG Nik Aziz sifatkan orang tolak Islam 'macam setinggan'




KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang yang menolak dasar Islam dan memperjuangkan dasar kebangsaan sebagai 'setinggan di bumi ini'.

Katanya, sebagai hamba Allah manusia ini tidak boleh buat akidah kerana apabila manusia menolak Islam dia sudah bertaraf setinggan dan Pas sendiri Pas tidak membuat sebarang akidah.

Menurut TG Nik Aziz, UMNO dianggap sebagai tinggal tanpa izin di atas bumi Allah kerana mereka mencipta dasar yang tidak selaras dengan dasar Islam

“Kalau hukum dunia, setinggan ini perlu dirobohkan, dihalang. Pas satu sahaja yang dibuatnya iaitu meniru keputusan yang dibuat oleh Allah mengenai akidah. Pas tidak ada hak untuk membuat akidahnya sendiri. Jadi Islam ini bukan pandai-pandai buatan Pas.

“Bila UMNO buat akidah yang bernama akidah UMNO, dia sudah buat benda palsu. Tapi kalau pun kita ada dasar iaitu dasar parti dan dasar parti kita itu mesti selaras dengan akidah Islam. Dasar parti yang selaras dengan akidah Islam tidak akan menimbulkan masalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta Pas supaya tidak sepatutnya mempertikai dan mempersoalkan akidah orang UMNO kerana mereka juga sebenarnya adalah orang Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, mana-mana dasar yang tidak selaras dengan akidah Islam maka dasar itu hendaklah ditolak.

“Sebab itu saya selalu menegur UMNO supaya mengubah dasar kepada dasar Islam. Dasar Islam itulah yang selaras dengan akidah Islam.

“Percubaan untuk mengajak saya berbincang atau berunding sebab itu saya jawab nak runding apa, ini perkara lama. Kalau runding soal royalti saya setuju la. Setiap orang mukmin itu aktivitinya ialah 'lillah', berdasarkan kepada syahadah," katanya.

Pemimpi Islam PAS..Pemimpin Islam UMNO

SIK, (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini. Cuba kita lihat siapa Pemimpin Islam yang sebenar.

PEMIMPIN PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS)

tok guru

http://www.rumah.ws/gambar/Buku/BIDADARI_DARI_TIMUR.jpg

isteri tok guru

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqPlLxiZ02gwzBUGGUGEj48sGgOtDTGg_7udj9su6Ev_fgnp5toxyCx3dO-HQ3j4Zj5wpyImrZw_bYqxn4QNSiYinEAWcTDLbgFJ7-iCjL6zGDhWtEd-c8e696SaBs7QmYU-F35KK06JQ/s320/nik+abduh.JPG

anak tok guru


PEMIMPIN PARTI UMNO (ISLAM)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgczhIPilo9iGqdqqijjAOVajJ1JCLmXfaxD7256JcmQypxKWjUlD4lnZxRh7uuVWNoux2BAPgQNog66rFT8pVaoPMkyApd6CbW7AeZpbNklAu6ofUpvCc2tVYnu_VhBSzoIHT6TtTOaGCF/s400/najib.jpg
najib

http://kerajaanrakyat.com/wp-content/uploads/rosmah11-298x3001-248x250.jpg
isteri najib

http://hornbillunleashed.files.wordpress.com/2009/08/datin-sri-rosmah-mansor.jpg

rosmah a.k.a Bik Mama




anak pemimpin UMNO

Tak Dok Sebab Demo Nak Lawan Kawe!

Usaha memburukkan imej YB Dato Seri Nizar Jamaluddin..



-kenyataan dari Dato Seri Nizar Jamaluddin-

Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!
YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .