Ikuti Blog ini

Gabungan Pakatan Rakyat Yang Mantap….

mu3

mu2

mu5

mu4

manek urai 4

mu6

mu8

Pakatan Rakyat Diambang Kemenangan Untuk Menerajui Malaysia




CERAMAH MAJLIS PENGISYTIHARAN CALON




26 JUN 2009 | Manek Urai Lama

Klik untuk mainkan video
Klik imej untuk mainkan video


YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz

Downloa


Klik untuk mainkan video
Klik imej untuk mainkan video


YB Dato' Seri Hj Abd Hadi Awang

Download

Klik untuk mainkan video
Klik imej untuk mainkan video


YB Lim Kit Siang

Download

Klik untuk mainkan video
Klik imej untuk mainkan video


YB Dato' Hj Husam Musa

Download

Klik untuk mainkan video
Klik imej untuk mainkan video


YB Saifuddin Nasution

Download




Haji Fauzi mendapat sokongan peringkat akar umbi

manek urai 2

manek urai

Pakatan Rakyat Akan Menguburkan BN Di Manek Urai


KUALA KRAI - Pemilihan Haji Mohd Fauzi Abdullah sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai dibuat berdasar kepada sistem Kajian Awal Pilihan Raya (KAP) terhadap senarai calon daripada peringkat akar umbi dan cawangan.

Bendahari PAS Kuala Krai itu menduduki tempat pertama daripada senarai nama yang dikemukakan setiap cawangan kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, terdapat banyak nama yang dicadangkan cawangan kepada Badan Perhubungan PAS negeri sebelum dipertimbangkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ke PAS pusat.

Katanya, ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi akur sesiapa pun yang dicalonkan pimpinan negeri bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai ini.

"Malah semua jentera di peringkat cawangan telah bersetuju mematuhi arahan negeri dan meneruskan kempen. Saya berpendapat Haji Fauzi tidak jauh beza dengan arwah Paksu Wil," katanya ketika ditemui selepas pengisytiharan calon tersebut di Manek Urai Lama malam tadi.

Timbalan Ketua Muslimat PAS negeri, Hajah Wan Ubaidah Omar berkata, pemilihan Haji Fauzi amat bertepatan kerana beliau merupakan orang yang dikenali ramai di Manek Urai dan Kuala Krai.

Katanya, walaupun beliau tidak mendapat pendidikan tinggi, namun kepatuhannya terhadap parti dan sikapnya yang mudah mesra dengan orang ramai menjadi kriteria utama.

"Dewan Muslimat PAS negeri akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS mendapat sokongan dan berharap akan meningkatkan majoriti pada pilihan raya kecil nanti," ujarnya.

Wan Ubaidah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Dewan Muslimat negeri sudah berada di setiap peti undi berkempen dari rumah ke rumah sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, Pemuda negeri berikrar meneruskan agenda memenangkan calon PAS tanpa memikirkan siapa calon yang dipilih pimpinan negeri.

"Dewan Pemuda PAS negeri mengucapkan tahniah kepada Haji Fauzi yang juga Bendahari PAS Kuala Krai yang telah diberi kepercayaan meneruskan kesinambungan Allahyarham Paksu Wil membela nasib rakyat di Dun Manek Urai," ujar beliau.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .