Ikuti Blog ini

Lompat Parti…Rakan Pakatan perlu contohi PAS


Kemelut lompat parti agak reda sedikit. Mengikut apa yang diperkatan oleh Ketua BBC Perak YB Khalid Adham Lim Abdullah (Harakah Bil 1416) bahawa ketiga-tiga Adun lompat sekarang berada dalam keadaan tertekan. Walaupun mereka mendapat wang yang berjuta-juta. Tapi maruah mereka telah hilang di mata rakyat. Bahkan bagi Adun yang beragama Islam, mereka menanggung kemurkaan Allah SWT atas sebab mengkhianati amanah rakyat.


Ini semua kehinaan yang ditanggung atas dunia. Mungkin dengan sebab ini, Adun dan ahli Parlimen PR lebih rela letak jawatan dari lompat parti. itupun kalaulah Yang Berhormat daripada PR mendapat ugutan dari BN.


PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang diasaskan semenjak tahun 1951 telah mempunyai pengalaman berdepan dengan Adun yang mengkhianati parti. Lompat parti inilah yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan pada tahun 1961.


Ekoran daripada itu, PAS sentiasa meletakkan syarat yang ketat untuk menjadi calon. Antaranya seseorang calon itu hendaklah mempunyai akhlak Islam yang jitu, tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil. Selepas lulus tapisan yang pertama ini di peringkat Majlis Syura Ulamak. Barulah seseorang calon itu ditapis mengikut kesesuaian politik di kawasan masing-masing.


Ini bermakna akhlak seorang calon di jadikan asas utama. Bukannya kehebatannya berpolitik semata-mata. Kalau seorang ahli politik yang handal tetapi korup akhlaknya akan menyebabkan berlakunya gejala yang tidak sihat seperti lompat parti dan seangkatan dengannya.


Menjadi calon Pembangkang besar cabaran dan dugaannya. Calon pembangkang bukan sekadar letih ketika pilihanraya semata-mata. Bukan sekadar peribadi diteropong ketika pilihanraya. Bahkan apabila seseorang calon menyatakan persetujuan untuk bertanding, ketika itulah, musuh-musuh datang mengintip segala tindak tanduk dan tingkah laku. Apatah lagi jika kawasan yang ditandingi itu menang.


Semenjak dulu lagi, Adun Pembangkang bukan sahaja dinafikan peruntukan tahunan Adun. Bahkan diperlakukan oleh kerajaan BN seperti bukan seorang Adun. Contohnya apa yang dilaporkan oleh Adun PAS di Pahang yang telah dinafikan hak untuk menghadiri program rasmi kerajaan di kawasan beliau sendiri.


Kini, apabila BN menghadapi zaman gelapnya. Tekanan semakin bertambah. BN telah menggunakan politik Gengster (menurut Mursyidul Am PAS) dengan menggunakan teknik ugut, culik dan beli.


Alhamdulillah dalam segala isu yang berlaku. Tidak kedengaran pula terdapat Adun dan Ahli Parlimen PAS lompat parti atau diugut. PAS pernah menempa sejarah gemilang apabila kesemua Adun PAS di Kelantan berjaya dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Ketika itu (2004-2008), Kerajaan PAS hanya memerintah dengan majoriti 1 kerusi. Ketika itu, terdapat Adun-adun PAS cuba ditawarkan untuk khianat kepada PAS dengan harga RM 5 juta (5,000,000.00). alhamdulillah, hasil tarbiyyah dan keteguhan perjuangan. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah.

Inilah keberkesanan daripada prinsip perjuangan yang jelas dan kriteria calon yang ketat berdasarkan kepada pandangan Islam. Dalam isu ini, penulis tidak berniat untuk memperlekehkan rakan-rakan dalam PR. Cuma rakan Pakatan perlu mengambil contoh daripada keteguhan Yang berhormat dari galangan PAS. kemungkinan rakan Pakatan perlu mengambil contoh bagaimana cara PAS meluluskan seseorang calon untuk bertanding.


Apapun penulis turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Adun Bukit Lanjan yang telah diaibkan dengan begitu rupa. Penulis cukup memuji tindakan beliau untuk meletak jawatan supaya parti dan PR tidak terjejas daripada isu ini. Letak jawatan lebih bermaruah daripada lompat parti.


Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi Dibidas

PAS menyelar kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Wan Teh yang berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah, demikian harakahdaily melaporkan.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mempertikaikan tindakan mufti tersebut yang membuat kenyataan kerana mahu menjaga periuk nasi dan tidak berlaku adil.

Beliau juga menegaskan mufti tersebut sepatutnya mempertahankan Yang Dipetuan Agung ketika baginda dihina oleh penyokong Umno semasa krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008.

"Kenapa ketika pemimpin dan penyokong Umno menghina Sultan yang juga Yang Dipertuan Agong, Wan zahidi berdiam diri?

"Apakah beliau hanya nampak apa yang dilakukan oleh sebelah pihak sahaja tetapi 'buta' bila pemimpin dan penyokong Umno lakukan?" soal Kamaruddin.

Beliau seterusnya menegaskan, apa yang dilakukan oleh rakyat Perak adalah semata-mata kerana mempertahankan perlembagaan Perak dan mereka tidak menulis 'banner' memaki Sultan sebaliknya mahu Sultan Perak bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.

Bandingkan bagaimana UMNO dan Pakatan Rakyat
berbahasa kepada Sultan-sultan


UMNO membinatangkan DYMM Yang Dipetuan Agong

Pakatan Rakyat memohon kepada Sultan Perak

Jelas Kamaruddin lagi, apa yang dilakukan oleh Sultan Terengganu ketika memilih Menteri Besar adalah mengikut perlembagaan tetapi pemimpin dan penyokong Umno enggan menerima sesuatu keputusan yang dibuat berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.

"Kerana itu seharusnya Wan Zahidi selaku mufti melihat perkara ini dengan jelas dan membuat kenyataan dengan bijak bukan kenyataan kerana mengikut telunjuk pemimpin tertentu," tegas Kamaruddin.

Mufti Wilayah itu dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama baru-baru ini berkata, perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Ekoran daripada kenyataan tersebut ramai pihak yang meminta agar Wan zahidi berlaku adil ketika menaqalkan hukum dari kitab Allah dan kitab-kitab yang muktabar, jangan terlalu hendak menjaga kedudukan sehingga sanggup mengenepikan beberapa prinsip asas dalam Islam.



Majlis Doa Selamat Perpisahan di Kediaman Rasmi


Satu majlis doa selamat telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. Walaupun makluman mengenainya agak suntuk, ramai yang hadir untuk bersama-sama menjayakannya.

Majlis Doa selamat diketuai oleh Ust Ahmad Awang bersama dengan pimpinan yang lain seperti Ust Misbahul Munir, Drs Khalil Idham Lim, Ust Norazli Musa, YB Zainuddin, Tuan Haji Ismail Yusof serta MB Nizar sendiri.


Selesai doa selamat, ucapan oleh pimpinan buat hadirin dimulai dengan pengerusi majlis iaitu Ust Misbahul Munir.



Beliau menceritakan bagaimana keadaan di Pejabat Menteri Besar yang kini sunyi dan murung tanpa kunjungan orang ramai yang sepatutnya berduyun-duyun memberikan tahniah dan kunjungan hormat kepada MB yang baru dilantik. Keadaan tidak lagi seceria semasa MB Nizar dipejabat MB.

Ust. Misbah juga mendedahkan maklumat bahawa pejabat Menteri Besar telah ditukar karpet dan perabutnya. Sedangkan semasa kita masuk dulu kita berjimat dengan mengguna perabut yang sedia ada.



Drs Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong pula membacakan beberapa petikan daripada perlembagaan negeri Perak yang ternyata menyebelahi tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat. Begitu juga tindakan Speaker Dun Perak, Sivakumar yang mengikut bidang kuasa yang ada padanya dan tidak boleh dicabar dimana-mana mahkamah di Malaysia.

Beliau juga memberitahu bahawa akan membuat satu lagi laporan polis terhadap laman web umno yang menggunakan perkataan berbaur ugutan seperti 'akan mengnyahkan speaker dun perak, sivakumar'. Perkataan 'nyah' yang digunakan boleh membawa maksud membunuh sepertimana yang terdapat didalam kamus dewan.



Pengarah pilihanraya PKR Perak, Tuan Haji Ismail Yusof pula menegaskan bahawa perjuangan yang ditempuh oleh MB Nizar dan Pakatan Rakyat hari ini adalah satu perjuangan diantara yang hak dan bathil. Pilihanraya kecil Bukit Gantang pula menurut beliau bukanlah hanya semata-mata kerana rebutan kerusi parlimen tersebut tetapi lebih kepada suara rakyat Perak yang akan mengadili perbuatan khianat adun lompat dan juga umno/bn.


YB Zainuddin pula menceritakan pengalaman bersama MB Nizar ke mahkamah di Kuala Lumpur untuk kes saman terhadap Zambry. Bagaimana 12 peguam mewakili MB Nizar telah berhujah dengan bijaksana manakala peguam bela Zambry yang diwakili oleh hanya seorang iaitu penasihat undang-undang negeri Perak, hanya terkedu tiada terkata.

Beliau juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan membela hak rakyat dengan menggunakan saluran yang betul menerusi undang-undang dan perlembagaan.



Ust Ahmad Awang menjelaskan bahawa PR tidak berbalah dengan istana kerana kita mendokong perlembagaan negeri. Umno/bn telah meracuni fikiran rakyat dengan mengatakan bahawa MB Nizar menderhaka kepada Sultan Perak. Masalah menderhaka tidak timbul sama sekali, ianya hanyalah permainan umno/bn bagi memburukkan PR pada fikiran rakyat.




Maklumat serta penerangan yang diberikan pada hari ini hendaklah disebar-luaskan oleh mereka-mereka yang hadir hari ini kepada rakyat agar mereka menerima laporan yang tepat terhadap apa yang berlaku di Perak ini, demikian kata MB Nizar didalam ucapannya.
Beliau juga tidak mahu rakyat Perak mengambil tindakan sendiri serta membelakangi undang-undang. Biarlah pimpinan PR menggunakan segala ruang perundangan yang sedia ada bagi menangani permasalahan yang melanda negeri Perak hari ini.


Beliau juga menegaskan sekali lagi bahawa tindakannya berpindah ke kediaman yang lain bukanlah tanda mengalah sebaliknya sebagai memenuhi surat tuntutan daripada pejabat pentadbiran SUK yang memberi tempoh sehingga 27/2/2009 untuk beliau mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar.


Selesai majlis, jamuan makan disediakan kepada hadirin dan disudahi dengan solat Zohor berjemaah.
Orang ramai bersalaman dengan MB Nizar.

MB Nizar bersama ibu tercinta.

MB Nizar menjawab soalan para wartawan yang hadir.


Speaker ikut peraturan.


Berikut adalah petikan dari Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak untuk kita teliti bersama sebagai penerangan dan hujah kepada musuh kita yang setiap hari memutar belit isu ini sejak speaker Dun Perak, V. Sivakumar bersama jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan mengenakan tidakan mengagnatung Zamry selama 18 bulan dan 6 ADUN lain selama 12 bulan.

Putar belit yang disebarkan dalam pelbagai media mesti dijawab dan disebarkan oleh semua penyokong PR yang mendapatkan maklumat ini.

72. (1) Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan kebebasan, mengandungi Tuan Speaker sebagai pengerusi dan enam ahli yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap penggal Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa , hak-hak dan kebebasan Dewan. Adalah menjadi kewajipan Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada Dewan.

(2) Bila Dewan tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Dwan. Tuan Speaker, jika berpuas hati bahawa pada zahirnya telah dilakukan kesalahan itu, bolehlah diserahkannya perkara itu kepada Jawatankuasa ini dan Jawatankuasa ini hendaklah melaporkan kepada Dewan berkenaan dengannya.

(3) Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Dewan dari masa ke semasa.

78.(3) Sesuatu penyata atau penyata khas bersama dengan minit prosiding sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan minit apa-apa keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa itu hendaklah dibawa ke Dewan oleh Pengerusi atau ahli8 lain yang diwakilkan oleh jawankuasa itu dan hendaklah diperintahkan dibentang di meja Dewan dan dicetak dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat.

89. Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap itu atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu adalah muktamad dan Tuan Speaker dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

Kes Rampasan Kuasa Di Perak, Majlis Peguam Gesa Supaya Pilihanraya Kecil Diadakan Segera Bagi Mengembalikan Keyakinan Rakyat !!



KUALA LUMPUR - Majlis Peguam yang mewakil lebih 12,000 peguam di Malaysia menyatakan pendirian dalam isu di Perak iaitu PILIHANRAYA PERLU DIBUAT dan suara rakyat perlu di dengar. Disertakan sekali kenyataan media oleh Presiden Majlis Peguam di sini. Baca tulisan Dato' Ambiga Sreenevasan :- The situation in Perak today once again raises many Constitutional issues.There are some overriding principles that operate in such situations. One is the doctrine of separation of powers, which means that the Judiciary cannot interfere in the workings (proceedings) of Parliament or the State Legislative Assemblies (Article 72 of the Federal Constitution), as they have the privilege of regulating their own internal affairs and procedure. The doctrine of separation of powers also means that there should be no Executive influence in the workings of Parliament and State Legislative Assemblies. We say this as it has been reported that there are attempts to lodge police reports against the Speaker of the Perak State Assembly, which would violate these provisions. The other principle is that the Speaker has wide powers, which in this case will be set out in the relevant Standing Orders. (SPEAKER ADA KUASA YANG LUAS)

Apart from these overarching principles, one will have to study the Perak Constitution and Standing Orders to resolve if the correct procedure was followed in the recent suspension of Datuk Dr Zambry Abd Kadir and his six executive council members. One legal view is that the Speaker and the Committee of Special Privileges have the powers that they have exercised; another is that the matter referred to the Committee of Special Privileges must be placed before the State Assembly before it can take effect. Regardless of whether the correct procedure was followed by the Speaker and the Committee of Special Privileges, under Article 72 of the Federal Constitution their conduct and the validity of their proceedings may nevertheless be outside the jurisdiction of the courts. (PERLEMBAGAAN MENYATAKAN BAHAWA KUASA SPEAKER TAK BOLEH DICABAR DI MAHKAMAH) While we wrestle with these constitutional and legal issues, there is a reality on the ground that we must face. The legal actions are not the first and are unlikely to be the last. This is not desirable and does not provide an effective and definitive solution. Going back to the people of Perak will. We urge the parties involved to seriously consider doing so, not only in the interest of the people of Perak but also in the interest of stability and the nation as a whole. (SEMUA PIHAK DIGESA HORMATI KEHENDAK RAKYAT PERAK (buatlah pilihanraya) dan JAGALAH KESTABILAN) - http://www.malaysianbar.org.my/

[Dengan penjelasan daripada pihak Majlis Peguam sendiri, maka ternyata dalam isu Perak ini sememangnya terdapap banyak kesalahan dari sudut undang-undang dan perlembagaan negara. Justeru itu sokongan Majlis Peguam ini jelas sekali melambangkan kedangkalan kerajaan dalam menangani isu seperti ini. Mereka melakukan "rampasan kuasa" mengikut hawa nafsu dan perasaan dengan membelakangkan undang-undang. Dengan kenyataan ini juga ternyata bahawa kini segala yang berlaku di Perak sememangnya tidak direstui oleh rakyat, bahkan juga oleh mereka yang arif tentang undang-undang. Justeru itulah kita tidak hairan langsung bila semakin ramai pemimpin UMNO dan puak-puak mereka yang mengutuk serta membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri atas kesalahan menggantung MB dan Exco BN di Perak. Ini kerana semua mereka itu tidak arif soal undang-undang jika dibandingkan dengan Majlis Peguam sebenarnya].



'Ini manusia tak boleh digertak,' kata Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya menggunakan wang kerajaan untuk penyelenggaraan kereta miliknya adalah "satu gertakan".

"Saya guna kereta saya (untuk keperluan peribadi), kerajaan negeri tak payah bayar (penyelenggaraan).

"Ini manusia tak boleh digertak," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 hadirin di majlis makan malam sempena ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat di padang berhadapan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam tadi.

Majlis anjuran PKR Selangor dan Kuala Lumpur turut dihadiri perwakilan asing termasuk daripada Australia dan India yang bertujuan untuk mengutip dana parti.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Syed Husin Ali (timbalan presiden); Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah (Naib Presiden), Tian Chua (Ketua Penerangan) serta kepimpinan PKR negeri.

Sebelum ini menteri besar Selangor itu didakwa menggunakan wang kerajaan untuk menyelenggara kereta peribadinya.

Susulan itu, Gerakan Anti-Korupsi dan Pemuda Umno, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan wang kerajaan negeri.

Semalam dilaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut didakwa menyalahgunakan wang kerajaan untuk membeli 46 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada surau dan masjid di parlimen tersebut.

Mengulas dakwaan tersebut, beliau menyifatkan BN cemburu dan dengki dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang mentadbir dengan baik dengan program merakyatkan ekonomi rakyat.

"Pentadbiran PR lebih baik BN yang sudah memerintah negara selama 51 tahun.

"Kita bekerja dengan baik daripada meraka (BN). Kita lebih baik dengan mereka," katanya.

Katanya, BN hanya bermimpi untuk menguasai Selangor kerana mimpi mereka itu "hanya satu igauan atau tinggal mimpi sahaja".

Ini kerana, tambah Khalid, kerajaan Pakatan Rakyat telah mantap di Selangor dan tidak boleh dipecahkan.

"Sokongan rakyat jelas kepada Pakatan Rakyat kerana pengurusan yang cekap, telus dan bertanggunjawab. Rakyat tahu siapa yang lebih baik (mentadbir)," katanya.

Beliau juga menyifatkan pemimpin BN sudah kehabisan dan kekeringan idea kerana cuba meniru Selangor sewaktu mengisytiharkan slogan "merakyatkan pembangunan di Terengganu" sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akhir bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersama dengan pemimpin Pakatan tidak akan menyerah kalah dengan serangan dan gangguan daripada kerajaan BN.

"Kamu boleh mengganggu kami, tetapi tidak sesekali untuk kami mengaku kalah," katanya sambil disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh hadirin yang hadir.

Dalam majlis tersebut, Anwar yang ketua pembangkang menjelaskan ugutan, gangguan dan tawaran BN untuk memancing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee untuk melompat ke parti tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang berucap kira-kira 30 minit, turut mempersoal SPRM 'memilih bulu' bagi menyiasat dakwaan rasuah dilaporkan kepada meraka.

Beliau mendakwa tiada siasatan lanjutan terhadap penerimaan komisen pembelian kapal selam yang didakwanya membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Sebaliknya, kata beliau, SPRM segera mengambil tindakan terhadap Khalid Ibrahim yang didakwa menggunakan wang kerajaan Selangor untuk membeli 46 ekor lembu untuk diserahkan kepada penduduk di Bandar Tun Razak.

Semalam, Pengerusi SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa suruhanjaya itu, mempunyai bukti yang kukuh bahawa menteri besar Selangor menyelewang wang kerajaan negeri.

"Apa ingat rakyat ini lembu?" kata Anwar - yang memakai baju batik merah - dengan nada marah.

Dalam majlis itu juga, Anwar juga menempelak BN yang mengamalkan 'politik menculik' dua orang wakil rakyat PKR - Jamaluddin (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) - untuk membolehkan meraka merampas kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

"Sekiranya percaya dengan mahkamah, jangan cuba berselindung di belakang istana.

"Serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan, siapa yang berhak memerintah negeri Perak," katanya.

Mengulas lanjut perkara tersebut, beliau menempelak Umno dan BN yang menjuarai untuk bercakap soal moral.

"Poorah!... Bagi wakil rakyat yang menipu rakyat, ingat hari ini kamu selamat, (suatu hari) nanti rakyat akan tanam dan kuburkan kamu," katanya dengan nada marah.

Sementara itu, majlis makan itu turut diserikan dengan tarian kebudayaan Melayu, Cina dan India daripada penari-penari dari Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), persembahan orkestra dan nyanyian lagu kantonis daripada seorang penyanyi Melayu.

Penganjur juga turut memasang tiga layar putih berukuran 3x3 meter untuk tayang video '308: Tsunami' antara lain memaparkan gambar lautan perhimpunan 'Protes' yang berlangsung November dua tahun lalu serta visual rakaman video V.K Lingam.


Raja Katak Lupa Diri


Crawling by
Raja Katak Ibrahim Ali
Tiada prinsip dan harga diri
Lompat sana lompat sini
Akhirnya dia tak berparti

Konon perasan Melayu sejati
Sanggup berjuang sanggup mati
Ini strategi menonjolkan diri
Untuk dapatkan publisiti

Kalau bercakap gah sekali
Macam tak de siapa ler lagi
PAS dipuji UMNO dibenci
Nak mengendeng satu kerusi

PRU 12 peluang diberi
Bertanding atas PAS punya kerusi
Rakyat pangkah memberi undi
Sehingga dapat menjadi YB

Sekarang Brahim dah lupa diri
Besar kepala kawan dikhianati
Memang dasar orang tak mengasi
Tak tahu mengenang budi

Dulunya kawan kini dia musuhi
PAS ditempelak juga dicaci
Pemimpin PAS meluat sekali
Tengok gelagat raja Katak ini

Kalau begini mu boleh pergi
Kosongkan kerusi mari mengundi
Tapi ini tak mungkin terjadi
Tunggulah PRU13 nanti.....

Jangan beri muka lagi
Katak ini tak boleh dipercayai
Pilih calon parti sendiri
Parti tak rugi tak sakit hati

PAS Kelantan saran Ibrahim Ali letak jawatan

KOTA BHARU - Anggota Parlimen Kawasan Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, disarankan supaya melepaskan jawatannya sebagai anggota parlimen berikutan kenyataannya sebelum ini yang lantang serta tidak menampakkan beliau setia kawan dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam PAS serta Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kenyataan dan tindakan anggota parlimen terbabit tidak menggambarkan sama ada beliau di pihak Pakatan Rakyat, apa lagi PAS, walaupun beliau bertanding atas tiket PAS.

"Kenyataannya memperlihatkan seolah-olah beliau sahaja yang betul bahkan jelas menampakkan beliau benar-benar bebas tidak memihak pada mana-mana parti," ujarnya.

Contohnya semalam, kata beliau lagi, jelas memperlihatkan Ibrahim bertikam lidah serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat seperti anjing, bangsat dan beruk.

Menurutnya, sekiranya Anggota Parlimen itu bermaruah, seharusnya beliau melepaskan jawatannya.

Beliau juga turut menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu "tidak mengenang budi" dan menggesanya meletakkan jawatan.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," kata beliau semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Takiyuddin, yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan berkata, ahli parlimen bebas itu meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum Mac tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasannya pernah menolak cadangan itu.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya seperti yang dilaporkan.

Mengenai kemungkinan Ibrahim menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.

"Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata kemungkinan Penyelia Parlimen Kawasan berkenaan akan diwujudkan untuk menyelesaikan masaalah rakyat.

Tegasnya, PAS negeri sering menerima aduan dari rakyat di kawasan itu berhubung masaalah mereka yang banyak tidak diselesaikan oleh wakil rakyat terbabit.

Cubaan Dakwa MB Selangor Dan Kes Elizabeth Adalah Satu Strategi Jahat Najib Untuk Melakukan Rampasan Kuasa Di Negeri Itu Pula !!



Kes yang berlaku di Selangor sekarang modus operandi tetap sama. Menjatuhkan kerajaan Pakatan Selangor dengan cara memohon restu Sultan Selangor memecat MB Selangor sama seperti kaedah MB Perak dipecat. Bezanya, rombongan UMNO akan menemui Sultan Selangor memecat MB Selangor kerana beliau terlibat dengan rasuah dan salahgunakuasa. Tidak mustahil MB Selangor akan dipenjarakan sementara menunggu perbicaraannya.Keadaan menjadi kecoh dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat akan ditahan di bawah ISA sehinggalah mereka bersetuju menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan negeri yang baru. Ketika ini juga UMNO mengharapkan Pakatan Rakyat Selangor berpecah dan berselisih-faham di dalam soal memilih MB. Dr.Hassan Ali akan diajak oleh UMNO menyertainya melalui pujukan daripada pihak istana dengan suapan jawatan MB Selangor.


Akhirnya Selangor tumbang ke tangan UMNO-BN walaupun mempunyai majoriti 16 kerusi ADUN. Langkah terbaik ketika ini ialah kawalan ketat terhadap kesemua ADUN,EXCO dan MB Selangor. Jika boleh, percepatkan tarikh persidangan DUN Selangor dan dedahkan segera penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo.Atau dedahkan melalui blog-blog dengan segera. Andainya tiada pilihan dan tekanan cukup kuat,bubar sahaja DUN Selangor dan adakan pilihanraya seluruh Selangor. Najib memerlukan Selangor dan Perak sebagai modalnya menjelang pemilihan UMNO Mac depan. Ketika ini beliau telah membentuk kemnya sendiri di Pahang iaitu, Shakar Shamsuddin bakal menjadi MB Pahang, Ismail Said (MP Kuala Krau), Ismail Sabri (MP Bera), Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) dan Jamaluddin Jarjis (MP Rompin) akan dinaikkan menjadi menteri penuh dan Zahid Hamidi bakal menjadi Timbalan Presiden UMNO setelah Najib menjadi PM dan akan berlaku rombakan kabinet sekali lagi ketika itu.


Karier politik khairiy pula bolehlah dikatakan berakhir kerana Najib lebih cenderung menyokong Mukhriz sebagai Ketua Pemuda. Kehadiran sepupunya Hishamuddin dan dua pupunya Shahrir Samad juga akan menguatkan kedudukan Najib di dalam kabinet. Penasihat Najib, Dr Mahathir cukup risau dan telah menjangkakan peralihan kuasa tidak akan berlaku kerana orang-orang kanan Khairiy di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri sedang berikhtiar untuk menghalang peralihan kuasa daripada berlaku. Rombakan kabinet dan perbicaraan semula kes Altantunya boleh menenggelamkan karier politik Najib. Paling tidak pun Najib akan diarahkan meletakkan jawatan TPM dan Menteri Kewangan dan dipersalahkan kerana kegawatan politik yang berlaku di Perak dan pelan pemulihan ekonominya juga gagal kerana matawang ringgit jatuh jika dibandingkan dengan dolar. Begitu juga dengan kadar pengangguran dan indeks komposit BSKL yang jatuh.

[Sesungguhnya kini, nampak benar Najib Razak sudah semakin kemaruk untuk berkuasa. Bermula dengan Perak, kemudian Kedah dan kini mereka mula merangka strategi untuk "merampas kuasa" di Selangor pula. Kami tetap dengan ulasan terdahulu bahawa kes yang melibatkan Exco Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong adalah satu "agenda khas" puak-puak UMNO untuk memulakan usaha tersebut. Tidak syak lagi, mereka akan memulakan gerakan ini satu persatu untuk melemahkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Apakah Anwar Ibrahim harus berdiam diri dengan usaha jahat ini. Sesuatu perlu dilakukan mulai sekarang, jika tidak kami yakin 100% apa yang terjadi di Perak akan merebak ke Selangor].



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .