Ikuti Blog ini

"Pakatan Rakyat Sedia Bertemu Najib"





Venue : Bilik Mesyuarat, Ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Pemimpin Pakatan Rakyat bermesyuarat jam 2 ptg tadi dan merumuskan bahawa mereka bersedia untuk bertemu Najib untuk membincangkan kemelut di negeri Perak. Mereka tidak mengenakan sebarang syarat. Terpulang kepada Najib untuk membuat inisiatif seterusnya.



Bila Exco Samseng UMNO/BN Buat laporan Polis

Bila Exco Samseng UMNO/BN Buat laporan Polis


Exco Haram Perak Hamidah Osman yang juga ADUN Sungai Rapat yang pernah menimbulkan kotroversi berkaitan dengan "ular" membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar yang didakwanya telah menyalahgunakan kuasa dengan menghalau tujuh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dan tiga ADUN Bebas keluar dari dewan pada persidangan DUN 7 Mei lepas.

Laporan Hamidah ini menimbulkan tafsiran yang sebaliknya bahawa sebenarnya Sivakumarlah Speaker yang masih sah sehingga sekarang.

Hamidah berkata tindakan Sivakumar jelas menunjukkan ia tidak menerima keputusan yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini yang boleh dianggap sebagai menghina kredibiliti dan integriti mahkamah.

Sedangkan pada hakikatnya Sivakumar juga pada persidangan tersebut perlu diingatkan berkali-kali mengumumkan tindakannya menghalau mereka itu atas dasar untuk menghormati Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang dilantik secara sah dalam Dewan Negeri Perak yang telah memutuskan keputusan itu.

Hamidah mendakwa Sivakumar bertindak di luar bidang kuasanya dengan menghalau 10 ADUN yang sepatutnya bersidang dan enggan memulakan persidangan walaupun mahkamah telah membuat keputusan sebelum ini. Dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di sini malam tadi.

Selain itu tindakan ADUN Pakatan Rakyat yang berdiri di hadapan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ketika baginda hendak memulakan titah perasmian persidangan itu juga dianggap oleh Hamidah menghina institusi diraja.

Sedangkan Pihak Pakatan Rakyat telah memaklumkan tindakan itu cuba diputar belit oleh BN dan sekali ini oleh Hamidah pula walaupun tujuan ADUN PR adalah untuk melaporkan apa yang berlaku di dalam Dewan kepada Raja Nazrin.

Saya suka memaklumkan dalam keadaan ADUN PR, yang berdiri lebih ramai adalah di kalangan polis yang dibawa masuk oleh BN dengan membuat benteng rantai tangan mengelelilingi pentas Diraja dan telah dititahkan DYTM Raja Nazrin untuk keluar dewan setelah mendapat sembah laporan dari DS. Nizar.- Idhamlim.






Timbalan Menteri Thai temui Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Thavon Semiam hari ini mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapat pandangan menyelesaikan konflik di selatan Thai.


Beliau berkata, pandangan Menteri Besar Kelantan supaya diadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat Islam di selatan Thailand akan digunapakai.


Malah katanya, sejak Thailand di bawah kerajaan baru diketua Abhisit Vejjajiva sudah berkurangan pertumpahan darah.


"Sepanjang empat bulan pertama tahun ini hanya lebih kurang 15 kali sahaja berlaku pertumpahan darah. Sedangkan sebelum ini berpuluh-puluh kejadian huru hara berlaku.


"Ini menunjukkan sudah ada persefahaman di antara kerajaan Thailand dengan umat Islam," katanya pada persidangan media selepas pertemuan tersebut yang diadakan di JKR 10.


Thavon juga berkata, konsep keadilan sejagat turut menjadi amalan kerajaan Thailand di mana tidak lagi memberi perhatian kepada satu kaum sahaja.


Katanya, kerajaan Thai di bawah pimpinan Abhisit amat mengambil berat keselamatan di selatan Thailand dan sentiasa berhubung dengan pimpinan masyarakat Islam di empat wilayah selatan.


Image

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak layak menjadi orang tengah menyelesaikan konflik di selatan Thailand kerana jawatannya hanya Menteri Besar sebuah kerajaan kecil.


"Tetapi untuk memberi nasihat dan pandangan saya sanggup selagi rakyat Thailand ingin menerimanya," kata beliau.


Menurutnya, konsep PAS Untuk Semua yang diamalkan di Malaysia sebenarnya seakan sama dengan hasrat kerajaan Thailand yang berada di bawah Raja Siam.


Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub dan seramai 62 delegasi yang terdiri daripada ahli parlimen, Gabenor Wilayah Selatan, pegawai kerajaan dan Jawatankuasa Keadilan Selatan Thai.


Image Menteri Besar Kelantan percaya penyelesaian masalah di selatan Thailand hanya dapat dibuat melalui meja rundingan.


Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi peluang oleh media Thailand untuk memberi ucapan kepada umat Islam di Thailand.


Beliau menasihatkan umat Islam di Thailand menjadikan keamanan sebagai asas dalam kehidupan seharian dan sentiasa berbincang dalam menyelesaikan masalah umat Islam.


DATO SERI NIZAR MELAWAT JENAZAH RAJA BAHROM!!






Dato Seri Nizar menziarahi jenazah di kediamannya

AL-FATIHAH diucapkan kepada Pihak Istana di atas Kemangkatan Raja Bahrom yang Mangkat semalam.Difahamkan Jenazah akan dikebumikan pada hari ini kerana menunggu kepulangan Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Perutusan 13 Mei Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat








Suhakam, MCA dan Gerakan mahu Dun Perak segera dibubar! Najib gagal rebut "political mileage"...



SEKALIPUN BN memperolehi perintah mahkamah yang menyebelahi mereka, tetapi keyakinan rakyat terhadap kesucian doktrin pengasingan kuasa di bawah BN semakin lumpuh. Najib telah kehilangan peluang keemasan untuk muncul mendapat political mileage dari keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu.

Ketika menegaskan perkara ini, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa menyifatkan beban ke atas Najib semakin berat dan empat kenyataan penting yang dilapotrkan media 12 Mei lalu, dengan lantang meminta pilihan raya semula di Perak.

Desakan itu datangnya dari Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman; Timbalan Presiden MCA, Dato' Dr Chua Soi Lek, Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow dan AJK Kerja Gerakan, Hsu Dar Ren.

Pengerusi Suhakam berkata; "Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia."

Abu Talib berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," kata beliau.

Beliau, yakin tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak itu.

Timbalan Presiden MCA, Setiausaha Agung Gerakan dan AJK Kerja Gerakan juga membuat kenyataan yang sama.

Menurut Husam, kalau sekutu Umno sendiri sudah bersuara dari dalam kelambu BN, menunjukkan mereka bukan sahaja mempunyai mimpi yang berbeza dalam isu ini, malah mungkin tilam yang juga berbeza.

Beliau menegaskan, keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak dapat membeli keyakinan anggota BN sendiri, apatah lagi membeli keyakinan rakyat. MCA dan Gerakan lebih jujur mengenai ketakutan mereka terhadap hukuman rakyat yang sangat dahsyat dari tingkah laku Umno di Perak.

Husam mendakwa, jika sikap keras kepala Umno berterusan, bermakna pilihanraya umum akan datang adalah masa gelap bagi BN.

"Namun, Umno masih dilamun mimpi. Jalan undang-undang yang menjerut diri walaupun kehilangan rasa hormat rakyat kepada mereka masih pilihan mereka. Keutamaan Najib bukan lagi masa depan Umno dan BN tetapi memilih untuk melayari tempoh 'honeymoon' sebagai PM baru dengan agendanya sendiri tanpa menoleh kepada realiti yang berlaku," ujar beliau.

Kata Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu lagi, gesaan Soi Lek, Chang Yeow dan Dar Ren untuk Najib bersetuju dengan pembubaran patut disuarakan dalam forum BN yang lebih efektif.

"Sudah sampai masanya juga untuk Tun M mengetuk Najib dengan tukul besinya. Muhyiddin, sebagai Timbalan Presiden Umno patut mengambil pendirian yang berbeza dari Najib dan jangan sesekali berada dalam bakul kemusnahan yang sama. Kenyataan Suhakam dan tiga pimpinan komponen BN itu sudah cukup untuk memukul Umno," tegas Husam yang juga Adun Salor, Kelantan.


Jangan gunakan mahkamah nafikan hak rakyat Perak



Kembalikan hak penentu ini kepada rakyat! Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin  nampaknya akur dengan hakikat ini. Beliau mahu rakyat menentukan siapa wajar memimpin Perak. Bagaimanapun Najib sebagai Presiden Umno nampaknya masih keberatan memulangkan hak rakyat Perak ini.

Kembalikan hak penentu ini kepada rakyat! Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin nampaknya akur dengan hakikat ini. Beliau mahu rakyat menentukan siapa wajar memimpin Perak. Bagaimanapun Najib sebagai Presiden Umno nampaknya masih keberatan memulangkan hak rakyat Perak ini.


Jangan guna mahkamah nafikan hak rakyat Perak



Jika mahkamah diberi tanggungjawab untuk meleraikan kemelut politik, maka pasti penyelesaian mutlak tidak akan tercapai. Ini kerana dalam mana-mana pertikaian politik, pasti ada pihak yang akan bangkit mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh pihak ketiga. Bagi golongan ini neraca, sentimen dan pertimbangan politik mereka tidak sama dengan proses membuat keputusan oleh mana-mana mahkamah.


Lantas, oleh kerana politik membabitkan kepentingan umum, setiap yang berkepentingan dalam sesuatu komuniti politik pasti mahu pihaknya sahaja yang menang. Dalam politik, kemenangan bererti berpengaruh dan berkuasa. Justeru itu tahap kesabaran dan kepasrahan kepada keputusan mahkamah di kalangan pelaku politik amat tipis. Maka sukarlah untuk mengandaikan penyelesaian yang dibuat oleh mahkamah akan bertahan.


Sehubungan itu, apapun keputusan mahkamah tidak mungkin akan memberi penyelesaian kekal kepada kemelut politik Perak. Ini kerana mahkamah akan hanya membicarakan setiap kes yang dibawa kepadanya menurut caragaya affidavit dipersembahkan; sudut pandang peguam pihak yang bertikai; nilai dan budi hakim, dan “kepentingan semasa” bagi masyarakat setempat.


Yang jelas akan berasa rugi atau dirugikan oleh keputusan mahkamah ialah pelaku politik dan rakyat jelata. Dalam kes Perak umpamanya, keputusan mahkamah akan menentukan masa depan rakyat negeri itu keseluruhannya. Bagaimanapun siapa yang menang dan dianggap pemimpin sah oleh mahkamah tidak semestinya dianggap atau diterima sebagai pemenang di hati rakyat jelata.


Rakyat walau betapa kerdil pun mereka di strata masyarakat, menganggap memilih pemimpin adalah hak politik mutlak mereka. Jika hak ini diserahkan kepada mahkamah, tentu mereka merasa kehilangan yang amat besar.


Apabila ini berlaku seperti di Perak, maka tahap kepercayaan mereka kepada pelaku politik tentulah rendah. Ini kerana sebagai pengundi, setiap pemilih akan merasakan bahawa mekanisme menentukan siapa boleh dan patut menjadi pemimpin adalah neraca dalam diri dan pemikiran politik mereka sendiri.


Justeru itu, jika Nizar Jamaluddin atau Zambry Abdul Kader dipilih menjadi Menteri Besar Perak, sudah pasti penyokong pihak yang diisytiharkan bukan Ketua eksekutif Perak akan mendapati sukar untuk menerima keputusan itu. Dalam hati kecil mereka tentu tersemat keyakinan bahawa dalam isu menentukan pemimpin, biarlah mereka sahaja yang patut menetapkannya.


Setiap ahli politik tentu faham akan sentimen ini, lebih-lebih lagi jika mereka menganggotai parti yang sudah berusia 63 tahun dan “yakin dengan keluhuran dan kesucian perjuangan” mereka. Sebab itu, parti seperti Umno pun mempunyai peraturan yang dilembagakan bahawa ahli parti tidak boleh membawa masalah dalaman parti ke mahkamah.


Pemikir dan pemimpin Umno insaf bahawa jika masalah parti dibawa ke mahkamah untuk diadili, sudah tentu ia boleh merosakkan imej parti, perpaduan parti dan juga harapan parti untuk terus memerintah. Hakikat yang perih ini sudah dialami sendiri oleh Umno pada 1988 apabila mahkamah memutuskan ia parti haram kerana proses pemilihan di beberapa peringkat bahagian tercemar dan tidak sah.


Malangnya, pemikiran dan doktrin politik ini hanya terpakai dan laku untuk Umno dan konco-konconya sahaja. Dalam percubaan membolot dan mempertahankan kuasa yang dirampas, rakyat Perak dikesampingkan. Ini dilakukan dengan menggunakan mahkamah. Dalam parti ahli Umno diajar jangan guna mahkamah kerana ia akan “menganiaya dan mengkhianati” kepentingan dan perjuangan parti. Namun di luar partinya, Najib Razak memimpin Umno supaya menggunakan mahkamah untuk menjarakkan rakyat dengan hak untuk menentukan pemimpin dan kerajaan mereka.


Tidak kira siapa dan pihak mana yang memulakan usaha menggarap kuasa politik Perak dengan menggunakan mahkamah, yang penting mahkamah tidak boleh mengganti kewarasan dan pertimbangan rakyat. Rakyat boleh menggunakan naluri, citarasa, kewarasan dan sentimen dalam membuat keputusan memilih pemimpin. Bagaimanapun mahkamah hanya membuat keputusan melalui proses teknikal yang jarang bersandarkan deria emosi.


Pemimpin-pemimpin politik mungkin sentiasa emosional dalam tugasan mereka membolot kuasa dan pengaruh, namun rakyat akan lebih waras dan saksama dalam pertimbangan politik mereka. Ini kerana rakyat sentiasa jujur dalam menentukan siapakah yang berhak diberikan kuasa. Ahli politik tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada kejujuran ini.


Kembalikan hak penentu ini kepada rakyat! Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin nampaknya akur dengan hakikat ini. Beliau mahu rakyat menentukan siapa wajar memimpin Perak. Bagaimanapun Najib sebagai Presiden Umno nampaknya masih keberatan memulangkan hak rakyat Perak ini. Adakah ini kerana Najib berasa bahawa tempoh beliau jadi Perdana Menteri masih terlalu singkat untuk dicemarkan dengan kekalahan besar di Perak? Atau, adakah kerana pengalaman politik yang dikumpulnya selama ini sebenarnya rapuh kerana ia dipupuk dalam “perkarangan kuasa anak seorang bekas perdana menteri”? Sebab itu agaknya pertimbangannya dalam kes Perak ini tidak marhaen…


http://www.tvantara.com



“Bubarkan DUN Terengganu Mendahului Negeri Perak” kata Dato’ Mustafa Ali



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/bubardunterengganu.jpgKUALA TERENGGANU - Sejak penubuhan kerajaan baru selepas pilihanraya umum ke 12, Mac 2008, negeri Terengganu tidak putus-putus menghadapi masalah.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata ia disebabkan terdapat dua kumpulan dalam UMNO Terengganu iaitu kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dan kumpulan yang menyokong Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

Beliau berkata perkara terakhir yang berlaku, rentetan dari pertelingkahan diantara dua kumpulan tersebut adalah penangkapan Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.

“Dato’ Ramzi ditahan oleh polis kerana disyakki terlibat dengan yang mengugut ‘bunuh’, walaupun sudah dibebaskan, tetapi beliau (Ramzi) telah dicari polis dan tidak menyerah diri sehingga ditangkap,” kata Dato’ Mustafa dalam satu sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu semalam.


Katanya kes penangkapan Ramzi adalah satu tamparan kepada Dato’ Seri Idris Jusoh dan kumpulannya kerana Ramzi merupakan bekas Setiuasaha Politik Idris.

Beliau menganggap ugutan bunuh melalui SMS yang berlaku pada 13 April lepas adalah satu ugutan yang bukan sebenar, sengaja diada-adakan dan dirancang oleh pihak tertentu.

“Pada saya, ugutan bunuh ini tidak ‘real’ (bukan sebenar) dan ‘orchestrated’ (diada-adakan dan dirancang), tapi cukup untuk mengelirukan masyarakat tentang apa yang berlaku,”jelasnya.

Beliau berkata masalah diantara dua kumpulan UMNO Terengganu yang bertelingkah tidak akan dapat diubati walaupun menjemput ‘bomoh’ dari luar.

“Tok bomoh dalam (Terengganu) semua tak layak nak selesaikan masalah, panggil tok bomoh luar, (Dato’ Seri) Hishamudin datang, saya tak fikir (dia boleh selesaikan),”katanya.

Apabila ditanya apakah saranan beliau dalam menghadapi kemelut UMNO Terengganu yang tidak akan selesai itu, beliau berkata cara yang terbaik adalah “bubar mendahului Perak”.

“Dubar Dewan (Undangan Negeri Terengganu), tak boleh nak selesai, tak boleh nak jalan, tak boleh apa, bubarlah!,”katanya.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS berkata apabila di bubarkan Dewan Undangan Negeri, UMNO akan bersatu.

Katanya masalah perpecahan UMNO boleh di selesaikan dengan pilihanraya kerana menurutnya UMNO boleh disatukan dalam menghadapi pilihanraya untuk melawan Pakatan Rakyat.

"Dato' Ahmad Said juga telah berkata,kalau ada undi tidak percaya keatasnya, dan mendapat soskongan, beliau akan membubarkan DUN Terengganu,"tambah Dato' Mustafa.



Anwar cabar Najib adakan p'raya di Perak


anwar ibrahim nizar jamaluddin lim kit siang perak ceramah in pj 130509 05
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

"Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.

Apabila beliau bertanya mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: "Najib salah". Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.

anwar ibrahim nizar jamaluddin lim kit siang perak ceramah in pj 130509 03Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan demikian dalam satu forum di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Tajuk forum tersebut bertajuk 13 Mei hingga 1 Malaysia: Masa depan pembinaan negara Malaysia, anjuran pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

'Saling bertukar MB'

Ahli panel lain ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur serta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ketibaan mereka menerima tepukan gemuruh para hadirin.

Kemelut politik antara BN dan Pakatan Rakyat semakin parah apabila jawatan menteri besar salih berganti disandang oleh wakil kedua belah pihak.

Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu juga menyaksikan berlaku kekecohan dan pergaduhan antara kedua belah pihak, termasuk insiden Speaker V Sivakumar diseret keluar DUN.

Sebelum ini, BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak selepas mendapat sokongan majoriti apabila tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.

Ekoran itu, Nizar Jamaluddin membawa kes itu ke mahkamah dan kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.

Berikutan keputusan tersebut, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan exconya mengosong pejabat dan Nizar kembali bertugas.

Bagaimanapun, Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu dan kembali bertugas semula semalam.

Mengulas lanjut mengenai kemelut di Perak itu, Anwar menyifatkan Nizar sebagai "bendahara Tun Perak yang baru".

Mengenai 13 Mei pula, Anwar yang berucap selama 15 minit berkata, selepas peristiwa tersebut, pelbagai slogan perpaduan dilaungkan - termasuk Islam Hadhari dan 1Malaysia - tetapi menurutnya tidak ada sebarang perubahan dasar.

Lim: 7 Mei 'hari memalukan'

"Malaysia tidak perlukan slogan baru, tetapi dasar dan program baru kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, program dan dasar yang diperkenalkan mestilah mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, terutamanya yang miskin dan terpinggir.

Sementara itu, Kit Siang menyifatkan tanggal 7 Mei sebagai 'hari yang memalukan; dan sebagai 13 Mei yang baru apabila SpeakerSivakumar diseret keluar daripada DUN Perak dan stesen TV dilarang menyiarkan gambar insiden tersebut.

"Tiada lagi 13 Mei, tetapi 7 Mei - hari yang memalukan," katanya, sambil menyifatkan pelik keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi - yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah - dalam masa yang singkat.

Beliau juga menyindir Zamry sebagai "3 in 1" -- Mandela-Gandhi- Zambry.

Lim juga menyelar rencana di Utusan Malaysia baru-baru ini yang berjudul "Malaysia di ambang republik".

Katanya, tulisan berunsur "hasutan, fitnah dan dusta" itu patut diheret ke mahkamah.

ADUN pelbagai latarbelakang

Sementara itu, Nizar pula berkata, 13 Mei dan politik perkauman wujud akibat warisan penjajah sebelum merdeka.

Katanya, keharmonian kaum sejak ratusan tahun di Malaya sebelum itu, antaranya melalui hubungan perdagangan, tidak mempunyai sebarang masalah.

Menteri besar Pakatan itu mendakwa, Umno menjadi penerus kepada politik perkauman penjajah.

Katanya, kerajaan Perak yang diwakili ADUN pelbagai latarbelakang kaum, jantina dan profesyen, telah berjaya menjamin keharmonian pelbagai pihak - tidak seperti yang berlaku di Terengganu.



anwar ibrahim nizar jamaluddin lim kit siang perak ceramah in pj 130509 02"Di Terengganu, semua ADUN Melayu, orang Terengganu makan nasi dagang, tetapi bergaduh tidak selesai sampai sekarang," katanya merujuk kepada konflik majoriti ADUN BN menolak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Mengulas mengenai kepelbagaian latarbelakang, beliau turut menyebut tentang terdapatnya "satu wanita dan dua lelaki lompat" sambil disambut sorakan "boo" penonton.

Katanya, konspirasi BN di Perak bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu, dengan tawaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada ADUN Pakatan supaya melompat parti.

Pemuda PAS Mohon Pemangku Sultan Perak Perkenan Bubar Dun



.PEMANGKU Sultan Perak, Raja Muda Nazrin Shah dirayu membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak secepat mungkin demi menjaga kesejahteraan rakyat yang kini 'terumbang-ambing' ekoran politik yang kian tidak stabil, lapor Roy Rasul.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, dalam menghadapi kemelut politik Perak yang kian celaru itu, jasa baik pihak istana membubarkan Dun amat diperlukan.

"Cara terbaik bubarkan saja Dun Perak itu dan saya mengharapkan Tuanku Sultan Perak terutama Raja Nazrin sendiri yang melihat bagaimana berlakunya kejadian-kejadian yang tidak dingini dalam persidangan Dun Perak pada 7 Mei lalu.

"Pada hari itu, berlakunya pergelutan dan kejadian yang sangat memalukan di mana Speaker diangkat dengan kerusinya sekali," katanya mengulas keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 12 Mei lalu, yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, setelah kemelut di Perak berlangsung lebih kurang 100 hari, jalan terbaik untuk kebaikan rakyat Perak, negeri Perak sendiri dan menjaga nama baik raja-raja maka seharusya sultan perkenan Dun Perak itu dibubarkan.

Beliau bimbang urus tadbir rakyat akan terabai dan rakyat akan menerima kesan yang sangat buruk.

Mengulas tentang keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 Mei lalu, Salahuddin sudah mengandaikan perkara tersebut akan memihak kepada Zamry.

"Semalam pun kita minta ditolak dan hari ini (12 Mei) mereka pergi ke mahkamah rayuan dan mereka akan mendapat perintah itu. Sebeb itu, kita tidak terkejut sebab mereka akan berbuat apa saja untuk menghalang kemenangan kita semalam," katanya ketika dihubungi.

Pada 12 Mei lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .