Ikuti Blog ini
Harakah Edisi Baru dua kali seminggu bakal temui pembaca 15 Ogos ini ,Jumaat, Ogos 01, 2008 at 1.8.08,
SIDANG Editorial Harakah nampaknya giat memperkemaskan muka surat dan reka bentuk baru Harakah dua kali seminggu yang bakal dilancarkan selepas Ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS Ke-54 di Ipoh, Perak Ogos ini.
Tenaga utama editorial, Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman, Pengarang, Taufek Yahya, Pengarang Berita, Tarmizi Mohd Jam (saya), Pengarang Rencana, Roslan Abdul Hamid dan Pengarang Harakhdaily, Rashidi Hassan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk terbitan edisi baru ini.
Insya-Allah akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang pada 15 Ogos 2008, Jumaat di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh tempat berlangsungnya Muktamar PAS Ke-54 kelak.
"Seminar Harakah Dua Kali Seminggu" yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara minggu lalu telah memperkukuhkan motivasi dan semangat bekerja kolektif sidang editorial. Ia dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah, Dato' Mustapha Ali.
Turut hadir Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamaruddin Jaafar dan Penasihat Editorial Harakah, Mahfuz Omar bersama semua wartawan Pusat dan negeri.
Pak Lah LANGGAR lagi Fatwa Mufti (Edisi 2008) , at 1.8.08,
Sumber: Utusan Melayu
Perdana Menteri beri penghormatan Hari Pahlawan
PENGHORMATAN... Abdullah Ahmad Badawi diiringi pegawai tertinggi pasukan keselamatan berjalan untuk menyempurnakan Majlis Kalungan Bunga Sempena Hari Pahlawan di Tugu Negara, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena Hari Pahlawan 2008 sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air.
Perdana Menteri mendahului acara peletakan kalungan bunga di hadapan Tugu Negara yang disusuli Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Turut berbuat demikian ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin
FATWA TENTANG PERLETAKAN KALUNGAN BUNGA
FATWA MUFTI PAHANG
- Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan " Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan"
So, korang.. Fikir-fikirkanlah
Halal, haram bidang politik perlu diutamakan - Nik Aziz , at 1.8.08,
KOTA BHARU: Umat Islam hanya mengambil kisah soal halal dan haram berkaitan makanan sahaja, sedangkan aspek pemerintahan negara mereka tidak dihiraukan.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada umat Islam yang mengasingkan amalan agama daripada politik.
“Inilah perkara yang lebih penting berbanding mengawal soal halal atau haram dalam aspek makanan sahaja.
“Ini kerana sesetengah anggota masyarakat hari ini mudah termakan dengan ajaran politik lain, agama lain,” katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.
Oleh itu kata beliau kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh memberi kefahaman kepada rakyat supaya memahami soal halal dan haram dalam kehidupan harian.
Beliau juga berkata, produk halal keluaran Kelantan mempunyai peluang dipasarkan ke peringkat global.
Beliau juga berharap akan lahir pedagang bertaraf Siti Khadijah dan Imam Abu Hanifah di kalangan rakyat Kelantan suatu masa nanti.
“Mengambil kira dengan gelaran sebagai Serambi Mekah, memudahkan orang ramai yakin dengan produk halal dikeluarkan di Kelantan,” katanya.
Persiapan Muktamar PAS ke-54 di peringkat akhir, Perak janjikan kejutan , at 1.8.08,
IPOH, 1 Ogos - Persiapan PAS Perak bagi menganjurkan Muktamar PAS ke-54 yang akan diadakan di Bandaraya Ipoh bermula 13 Ogos ini di peringkat akhir, dan muktamar kali ini menjanjikan kejutan.
Petugas-petugas yang ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak kini semakin sibuk dengan persiapan di peringkat akhir menjelang Mukmatar PAS kali ke-54.
Tinjauan yang dibuat hari ini menunjukkan beberapa orang petugas masing-masing sedang menyiapkan kerja-kerja di peringkat akhir termasuk menyerahkan borang jemputan; menyelaraskan penempatan perwakilan, gerai-gerai jualan dan menguruskan kain-kain rentang promosi MUktamar ke-54 ini.
Muktamar yang akan bermula pada 14 Ogos ini dijangka akan menjanjikan satu kelainan kerana kali pertama diadakan di Perak, kata Pegawai Penerangan PAS Perak, Zainal Ariff yang ditemui di sini hari ini.
Ujar beliau, segala persiapan sudah dilaksanakan sejak sebulan lalu dengan kerjasama PAS Pusat terutamanya, Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaffar dan kakitangan Pejabat Agung PAS.
"Kini semakin sibuk dengan semuanya di peringkat akhir, kita jangkakan lebih 50,000 akan mengunjungi Ipoh sempena Muktamar ke-54 ini,
"Sebagai anak Perak, saya berbangga dengan pengajuran ini terutama ia adalah pertama kali diadakan selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Eksekutif PAS Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad memaklumkan mesyuarat jawatankuasa telah diadakan hampir setiap hari sejak dua bulan lalu bagi memastiklan persiapan berjalan lancar.
"Kami merasa bimbang sebab menjadi tuan rumah untuk pertama kalinya, dan kami ingin melakukan yang terbaik," ujar beliau.
Dalam kesibukan pegawai-pegawai PAS Perak menyiapkan kerja mereka, kedatangan krew Harakahdaily tetap dilayan dengan baik yang membuatkan penulis tersentuh dengan layanan mereka.
Muktamar kali ini akan menghidangkan pelbagai program buat pengunjung antaranya KOnsert Keseninan Islam yang membariskan beberapa artis seperti Amy Search; Zuar XPDC dan kumpulan nasyid, Saff-One.
Di samping itu pengunjung juga akan disajikan dengan program Nostalgia Forum Perdana, gerai jualan dan ceramah-ceramah umum.
Untuk rekod Muktamar Dewan Pemuda dan Muktamar Penuh akan diadakan di Stadium Indera Mulia dan beberapa venue lain termasuk MUktamar Dewan Muslimat di Hotel Hill City; sementara Muktamar Dewan Ulama di Dewan Perbandaran Ipoh.
Keluarga Bahagia Dato' Seri Anwar Ibrahim , at 1.8.08,
‘ Keluarga bahagia’ sidang akhbar itu sendiri sudah cukup untuk membuat siapa saja terasa macam mimpi betulkah seorang insan yang sebegini dituduh buat begitu.Dibelakangi dua orang anaknya Nurul Izzah dan Nurul Nuha – dan dengan wajah tersenyum riang Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Datuk seri Anwar Ibrahim membuka satu lagi babak baru dalam drama dakwaan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.Senarionya macam tak ada apa-apa."Nak dakwa apa.Mereka tidak ada apa untuk dakwa saya.Mereka dah pergi memancing hampir sebulan sekarang dan belum tangkap seekor ikan pun.Mungkin mereka akan tangkap sebiji buah kelapa dan sangka itu seekor ikan,”katanya merujuk kepada cakap-cakap beliau akan ditahan bila-bila masa saja sekarang atas dakwaan meliwat Saiful Bukhri Azlan.
Tuan Guru Haji Hadi : Perdana Menteri Malaysia yang ke 6? , at 1.8.08,
Bila melihat ketokohan dan pendirian TGHH yang begitu mantap dan berwibawa dalam sebuah sidang akhbar yang menyatakan pendirian parti PAS, maka telah terserlah kehebatan pimpinan yang amat dinanti oleh pelbagai kaum bahawa di Malaysia telah muncul seorang yang amat boleh diharapkan untuk menerajui negara ke arah kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian yang selama ini dinanti-nantikan!
Sememangnya ketokohan dan keperibadian TGHH, amat dikagumi, bukan sahaja di kalangan masyarakat melayu malah kaum India , Cina dan pelbagai lagi.
Kita rindukan kepimpinan adil sepertimana zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan sebenarnya roh jiwa kepimpinan tersebut telah ada pada diri TGHH, TGNA dan En Anwar Ibrahim. Jika ketiga-tiga tonggak ini bergabung nescaya akan dapat memacu Malaysia ke arah yang diimpikan oleh rakyat jelata.
Lihat sahaja rumah TGHH. Walaupun bergelar Menteri Besar dahulu dan sekarang sekadar wakil rakyat, namun bila melihatkan teratak usang beliau, hati rasa amat tersentuh. Inilah permata pemimpin yang dicari telah berada di depan mata. Cuma mata-mata hati yang terbuka dapat melihat keadaan ini.
Jika ditakdirkan PR dapat menguasai Malaysia seperti yang diwar -warkan Anwar, dan ditawarkan kepada TGHH, nescaya akan diitolak oleh beliau kerana memimpin rakyat adalah satu amanah yang teramat besar.
Apakah anda fikir TGHH adalah orang yang layak?"
Langgan:
Catatan (Atom)