Ikuti Blog ini

Mahkamah Batal Keputusan UNIMAP Gantung Pelajar


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memutuskan bahawa tindakan Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang menjatuhkan hukuman gantung pengajian 66 hari, denda RM100 dan amaran keras terhadap seorang mahasiswanya, Mohd Izuwan Zaini adalah tidak sah dan terbatal.

Selain itu, mahkamah juga memutuskan bahawa Kaedah-kaedah Universiti (Tatatertib Pelajar-pelajar) Unimap 2009 adalah ultra vires Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Hakim Tuan Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) juga memutuskan kos diberikan kepada pelajar itu sebanyak RM5,000.00

Pemohon iaitu Mohd Izuwan Zaini telah menamakan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Unimap sebagai responden pertama dan Unimap sebagai responden kedua.

Pemohon telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Mei 2012 di mana pemohon telah diwakili oleh peguam Mohd Fikah dan Nasar Khan dari Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners manakala responden-responden diwakili oleh Peguam Khairul Azam Aziz.

Ketika mengulas lanjut perkara ini, Ahmad Zamri Bin Asa’ad Khuzaimi menegaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham) menyambut baik keputusan mahkamah ini dan berikrar akan terus komited untuk memperjuangkan nasib mahasiswa yang ditindas di kampus-kampus di seluruh negara.

Menurutnya lagi, keputusan ini juga memberikan impak yang sangat besar kepada seluruh mahasiswa oleh kerana mereka seringkali menjadi mangsa Jawatankuasa Tatatertib Universiti dalam banyak perkara terutama yang melibatkan politik.

Justeru beliau menyeru agar mahasiswa tidak bimbang untuk berpartisipasi selagi mana mematuhi batas-batas tertentu.

Terdahulu, pemohon telah dituduh dan disabitkan atas kesalahan menganjurkan satu perhimpunan melibatkan pelajar-pelajar dari pelbagai institusi awam dan swasta atas nama Gabungan Mahasiswa ”Watch 13” pada 13 Februari 2012.

Ia bertujuan memberikan kesedaran kepada umum tentang kepentingan pilihanraya selain menyeru masyarakat untuk turun mengundi dalam pilihanraya umum ke 13.

Tindakan pemohon tersebut telah dianggap sebagai mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada universiti atau yang memudaratkan kepentingan universiti oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti berkenaan.

Dengan keputusan ini bermakna tindakan Unimap tersebut adalah tidak sah, terbatal dan bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti itu sendiri.

Keputusan ini juga memberikan mesej yang jelas bahawa mahasiswa tidak patut dikongkong kebebasan mereka untuk menyuarakan pendapat dan untuk berpersatuan kerana hak-hak tersebut adalah dijamin sepenuhnya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi negara.


[MENARIK] Analisis Kemenangan Pro-M UKM 2012




Pro-mahasiswa menguasai sekali lagi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) untuk sesi 2012-2013.

Seakan mengia gelaran kumpulan mereka 'Gabungan Mahasiswa UKM' , kumpulan yang mengaku memperjuangkan suara mahasiswa yang tulen mendapat sokongan 2/3 kerusi dalam pilihanraya kampus (PRK) atau nama rasminya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012-2013.

Setelah sepenggal PRK ditangguhkan, kali ini kedua-dua pihak; Aspirasi dan GMUKM tampil membawa muka-muka baru yang diangkat sebagai calon-calon 'winable' mereka.

Ironinya dalam PRK kali ini kumpulan Aspirasi selaku 'jaguh kolej' mungkin 'terlupa' untuk menyediakan 7 orang calon untuk mencukupkan bilangan calon-calon mereka sekaligus memberikan kemenangan percuma tanpa bertanding kepada kumpulan GMUKM yang bersiap sedia memenangi kerusi sekali lagi pada tahun ini.

Calon-calon yang 'terlupa disiapkan' termasuk di kerusi-kerusi;

Umum Tahun 3/4
Fakulti Perubatan Tahun 1/2
Fakulti Sains & Teknologi Tahun 1/2
Fakulti Ekonomi & Pengurusan 3/4
Fakulti Pengajian Islam
Fakulti Pendidikan
Fakulti Farmasi

Ini menyebabkan kumpulan GMUKM semakin yakin dengan persiapan longgar 'kumpulan anak emas pengetua kolej' yang sekadar berharap 'ada sinar di hujung jalan'.

Salah seorang calon Umum 3/4 Mohamad Afiq Ammar Tulus dalam responnya di Malaysiakini, “Secara jujurnya, sedikit sedih bila lima kerusi dah hilang awal. Tapi saya percaya calon lain mampu beri kemenangan yang berpihak pada kami.

" Secara analitiknya sememangnya kemenangan GMUKM sudah dapat dijangka oleh penulis sendiri seusai tamat tempoh bantahan pada hari Penamaan Calon 21 September lalu. Mungkin juga Mohamad Afiq Ammar sendiri dalam nada menginspirasi calon-calon mereka walhal diri sendiri sudah menjangkakan kekalahan teruk pada PRK kali ini.

CCC, PAH minoriti, tidak menyumbang

Kumpulan mahasiswa Cina dan India pula semakin merosot pengaruhnya di bawah naungan kumpulan Aspirasi yang didominasi kumpulan TSB yang ultra-Melayu . Buktinya Chinese Community Council (CCC) dan Pertubuhan Agama Hindu (PAH) UKM gagal mendapat sokongan di kalangan mahasiswa dengan hanya seorang calon siswi Aspirasi berbangsa Cina yang memenangi kerusi.

Itu pun di kerusi fakulti tahun 3/4.

Ini juga menyaksikan seramai empat orang siswa wakil CCC dan seorang dari PAH ditolak oleh majoriti mahasiswa UKM.

Bagi penulis sekali imbas, ia nampak lebih kepada sentimen perkauman yang masih gagal dikawal oleh kempen-kempen sepanjang PRK.

Calon-calon CCC dan PAH kelihatan pada kebanyakan masa berkempen dalam kelompok mereka sendiri termasuk di kelas-kelas dan kawasan umum. Malah, sebuah risalah tertulis " KAMI MINORITI tetapi kami mewakili MAJORITI mahasiswa " seakan-akan mengiakan telahan awal CCC dan PAH tidak mendapat bantuan sokongan penyokong Aspirasi dan bakal ditolak dengan teruk dalam sesi pemilihan kali ini.

Kepada kepimpinan Aspirasi sewajarnya melihat perkara ini amat perlu dibincangkan secara serius jika tidak mahu CCC dan PAH 'melompat parti' dalam pemilihan MPP akan datang. Kepada kepimpinan GMUKM pula harus mengambil kesempatan kemenangan yang dianugerahkan ini untuk lebih toleransi dan berbaik-baik dengan kepimpinan PAH dan CCC demi 'politik nilai' yang dilaung-laung sebelum ini.

CyberTrooper UMNO tidak membantu PRK

Kelibat jentera media maya yang diketuai Tun Faisal bin Ismail yang merupakan Ketua Unit Biro Media Baru UMNO yang mengasaskan MyMahasiswa dan PemikirPolitik.blogspot juga gagal menarik perhatian mahasiswa. Biarpun terdapat beberapa polemik yang ditimbulkan menjelang hari pembuangan undi di UKM, kerja keras daripada jentera cybertrooper yang memfokuskan UKM dan UM masih gagal memberi kesan.

Polemik-polemik yang ditimbulkan pula didapati sukar difahami khususnya bagi mahasiswa tahun satu yang baru beberapa hari menjengah kampus besar kedua-dua Universiti, mengakibatkan undi tetap dibuang ke kotak calon pro-mahasiswa.

Penulis juga melihat Ops 20/20 yang digagaskan tetapi kemudiannya bocor tak bertampal akhirnya terpaksa dilupakan dan dibakulsampah oleh pengasasnya yang juga bekas aktivis TSB UKM.

Mungkin ada eloknya pemimpin bergelar Datuk itu kini kembali mengatur dengan 'orang-orang baru' ; bukan 'jentera pencen' yang berpenghuni di JPPel itu.

GMUKM perlu bermuhasabah

Penulis menginsafi firman Allah di dalam surah Al-Nasr (Pertolongan); Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai.

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Kepimpinan GMUKM yang rata-rata berimejkan pendokong Islam; ustaz dan ustazah (boleh dikatakan kesemuanya menganggotai ISIUKM- sebuah badan dakwah di UKM) sudah semestinya amat rapat dengan ayat di atas, sewajarnya turut bersama-sama menginsafi bahawa kemenangan yang dikurniakan bukan milik mutlak mereka. Di penghujung ayat Al-Nasr di atas turut mengingatkan bahawa 'ucapkanlah tasbih dan mintalah ampun' buat peringatan semua calon yang memenangi PRK baru-baru ini.

Kepimpinan GMUKM juga kini wajar berani membawakan suara-suara mahasiswa setelah sepenggal 'bereksperimen' di bawah kepimpinan LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi dalam kabinet PMUKM sesi 2010-2011. Biarkan nista daripada pihak pentadbiran Universiti ataupun tindak-tanduk kurang senang masyarakat politik di luar sana yang cemburu akan kemenangan kalian kali ini. Datuk-datuk atau datin-datin itu sudah bisa bergaji puluhan ribu sebulan, tidak akan mengerti apa erti 'perjuangan mahasiswa'.

Seharusnya kalian GMUKM yang memimpin PMUKM sekali lagi penggal ini membuktikan benar kata Pak Ungku Aziz; "Belajar sambil mencabar, pelajaran tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak kan maju tanpa pemimpin berpengalaman dan terpelajar" Sokongan mahasiswa yang dijelmakan oleh pengundi-pengundi yang juga rakan-rakan mahasiswa kalian wajar diinterpretasi sebagai amanat yang wajib ditunaikan sedaya mungkin.

Jumlah pungutan yang agak besar di kolej-kolej kediaman bersaiz sederhana seperti di Kolej Aminudin Baki (KAB), Kolej Antarabangsa Ibu Zain (KAIZ) dan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) khususnya bagi kerusi-kerusi Umum wajar dilihat jentera sebagai satu sokongan padu mahasiswa kepada GMUKM.

Kepergian kempen-kempen GMUKM di kolej berkapasiti besar iaitu Kolej Pendeta Za'ba(KPZ) dan Kolej Keris Mas (KKM) sebelum ini wajar dinilai semula walaupun kedua-dua kolej juga turut menyumbang undi yang besar kepada kemenangan calon-calon GMUKM.

Di samping itu Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) dan Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) juga sewajarnya mendapat perhatian yang agak penting oleh kepimpinan GMUKM dan PMUKM selepas ini, apabila terdapat kemerosotan dari segi peratus mengundi calon-calon GMUKM dan peratus keluar mengundi sendiri di kedua-dua kolej besar tersebut.

Aspirasi, GMUKM perlu bersatu

Biarpun agak kontroversi di akhir kalam ini, penulis selaku pemerhati bebas yang baru melangkah ke alam pelajar siswazah kini amat mengharapkan akan ada penyatuan di antara kumpulan Aspirasi dan GMUKM. Biarpun bukan secara ideologi perjuangan di dalam kampus, penulis melihatkan akan perlunya ahli-ahli dan kepimpinan kedua-dua kumpulan untuk bersama-sama mengatur aktiviti luar kampus seperti pertandingan futsal atau paintball di atas kapasiti kumpulan masing-masing.

Memetik kata-kata salah seorang pensyarah kelas penulis yang berjenaka mencadangkan agar kedua-dua jentera kumpulan mengadakan pertandingan memancing di Tasik Fakulti Kejuruteraan UKM, penulis melihat ada benarnya maksud kata-kata pensyarah tersebut yang mengimpikan anak muridnya menolak fahaman sempit dalam berpolitik untuk bersatu menggapai maksud sebenar 'politik nilai'.

Rahmann Setpol

Dana PRU13: Tuan Guru Nik Aziz lelong tongkat


KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan akan melelong tongkat yang sering digunakan walau ke mana sahaja bagi membantu dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Tongkat yang berwarna gelap yang digunakan sejak sekian lama itu diharap dapat membantu menjana tabung PRU13.

Pengumuman mengejut itu dibuat pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan sesi kedua di Dataran Ilmu di sini.

Selepas pengumuman itu, Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan tongkat yang menjadi penemannya itu kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu kepada PAS Pusat.

Tuan Guru seterusnya berkata, sebelum ini wakil PAS Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana yang dimaksudkan,” katanya.

Tindakan Tuan Guru yang mengumumkan perkara itu, membuatkan orang ramai yang hadir untuk mendengar kuliah bangun untuk melihat secara dekat peristiwa bersejarah itu. -Hrkh

Khalid Ibrahim: Dari penjual kelapa salai ke MB Selangor



Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.

Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa perkerja.

Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.

Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.

Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.

Peristiwa kebakaran rumah kelapa salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatannya.

Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.

Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa.

Ini atas kejayaan mengetuai operasi ‘dawn raid’ di Bursa Saham London dengan ‘membawa pulang’ syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).

Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan ‘dawn raid’, anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.

Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’.

Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini.

Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tips-tips berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.

Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.

Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.
“Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.
“Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik,” katanya kepada media Selangorku selepas pelancaran buku tersebut.
Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan dan ia boleh didapati di kedai-kedai terkemuka.- KD

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen




Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 
Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional. 
Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;
1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;

Nama pelik abjad istimewa 'apostrophe' 
2. Cubaan UPPSPR untuk mendapatkan nama sebenar pemilik no kad pengenalan '781220135703' yang juga penama abjad istimewa 'apostrophe', dalam laman web yang disediakan JPN menemui jalan buntu apabila laman asal sistem pencarian telah diubah. Sistem carian kad pengenalan sebelum ini yang beralamat URL "http://www.jpn.gov.my/semakic/" - memaparkan nama dan status apabila dimasukkan nombor kad pengenalan tetapi URL laman tersebut gagal ditembus. Lihat contoh carian di bawah, ia adalah carian pada bulan Ogos 2011 ketika menemui nama pelik yang mempunyai 2 nombor kad pengenalan;

Sistem carian yang lama mempunyai ruangan nama
Alamat URL sistem carian yang lama gagal ditembus

3. Namun demikian, UPPSPR mendapati JPN telah menukar sistem carian baru di alamat URL "http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/" yang tidak memaparkan nama pemilik kad pengenalan setelah nombor KP dimasukkan. Perubahan yang dilakukan JPN seolah-olah dirancang untuk menggagalkan sebarang usaha untuk mengesan penipuan SPR. Ia jelas satu langkah ke belakang apabila saki baki ketelusan sebelum ini dinafikan sama sekali. Lihat laman yang diperbaharui dalam gambar di bawah;
Laman baru, apabila dimasukkan nombor IC, hanya tertulis status permohonan
4. Perkembangan ini sangat membimbangkan selain menggambarkan sebuah kerjasama hebat telah terjalin di antara SPR dan JPN untuk mengambus penipuan pilihanraya. 
Justeru itu, SAMM mendesak agar JPN tampil menjawab apakah alasan dan tujuan mengubah sistem carian daripada yang lebih telus terperinci seperti sebelum ini kepada sistem carian yang menyembunyikan nama pemegang kad pengenalan.
SAMM melihat penemuan terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' membuktikan SPR tidak pernah berusaha membersihkan senarai pengundi sepertimana yang dituntut sejak tahun 2006. Ribuan nama pelik yang tidak dijustifikasi malah disusahkan lagi pencariannya dalam sistem carian JPN, berpuluh ribu nombor KP yang ada dalam senarai pengundi SPR tetapi tiada dalam sistem pangkalan data JPN, beratus ribu pengundi berada dalam kategori satu alamat diduduki ratusan pengundi pelbagai bangsa, semua ini masih tidak dibersihkan lagi oleh SPR dan tiada usaha konstruktif ke arah pembersihan senarai pengundi.
Apalagi yang boleh diharapkan dari SPR yang semakin hari semakin mengarut? Desakkan terhadap timbalan dan pengerusi SPR yang dikenalpasti sebagai ahli Umno supaya segera meletakkan jawatan tidak diendahkan. Jawatan tertinggi SPR sepatutnya diserah kepada individu lebih layak yang tidak menyertai mana-mana parti politik.
SAMM juga melihat SPR sebagai badan yang tiada kredibiliti lagi selain tidak berintegriti dalam memastikan ketelusan menjalankan kerja-kerja pengurusan pilihanraya. Rakyat yang mengimpikan demokrasi sudah hilang kepercayaan terhadap SPR. 
Dengan ini, SAMM mendesak keras agar SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum parlimen dibubarkan. SAMM menyeru rakyat seluruh negara, NGO dan NGI bersama bergerak mendesak SPR dibubarkan. Tekanan hebat harus diberikan kepada SPR supaya menyerahkan tanggungjawab menjaga perihal pilihanraya kepada badan lain yang lebih profesional dan punya integriti dalam menjalankan tanggungjawab.
Ayuh semua, gerakan mendesak SPR dibubarkan sebelum parlimen Malaysia dibubar harus diperhebat demi menjamin demokrasi dan masa depan negara.

Sekian


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
email: edyesdotcom@gmail.com

Sah!! Bob Lokman Tidak Akan Bertanding PRU13


PASIR PUTEH - “Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia,” demikian luah Bob Lokman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.“Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat."Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.

Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini.“Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas.

"Saya berharap lebih ramai rakan artis menyertai Pas pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.Beliau mengakui menghadapi pelbagai cabaran selepas menyertai Pas, namun dianggap lumrah kerana bertekad menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan ALLAH SWT, seperti dicatat dalam blog beliau, 'Demi ALLAH'.Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak dan penulis lirik juga berkata, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan.“Saya sudah lama bergelumang dalam bidang ini dan saya mengakui secara jujur bahawa hiburan memudaratkan, tidak perlu beri alasan kerana seni,” katanya. ~sinar

Dr M masih mahu anaknya jadi PM?

Seperti yang dijangka, UMNO telah menggunakan Minggu Orientasi Pelajar untuk pelajar baru di semua IPTA seluruh negara untuk menyebarkan propogandanya. Setiap tahun pemimpin Umno akan masuk ke kolej-kolej dan memberi syarahan yang bermotifkan untuk meyakinkan pelajar baru ini bahawa mereka harus terus percaya dan menyokong Umno-BN demi kebaikkan ‘Bangsa, Agama dan Negara!’

Seperti juga tahun-tahun sebelum ini, tiada bezanya tahun ini. Kalau ada pun perbezaan, mungkin terdapat lebih banyak yang digembar-gemburkan pada tahun ini. Semakin tinggi kita daki, semakin curang kita jatuh. Umno pun akan mendapat nasib yang sama. Walaupun kebanyakkan pelajar baru ini pemalu dan santun, ramai yang menunjukkan muka bosan dan kurang senang dengan ucapan panjang lebar yang disampaikan oleh orang Umno demi agenda mereka.



Setiap tetamu terhormat ini diminta untuk memberi ucapan, Ada di antara yang langsung tidak menyembunyikan agenda ada juga yang menggunakan psiklogi. Namun, dalam era di mana komunikasi adalah menerusi sms, email, ruangan chat dan sebagainya, rakyat muda kita ini nampaknya bukanlah naïf seperti yang disangka. Jangan sangka semua akan menelan mentah-mentah apa yang kamu beri kepada mereka.

Ramai di antara anak muda yang sangat arif dengan dunia media sosial ini menyeringai sepanjang ceramah membosankan yang sebenarnya hanya mempunyai satu tujuan iaitu semua haruslah menyokong Umno-BN dan sekiranya tidak, negara akan hancur di tangan pembangkang penyangak. Mungkin pada seorang lelaki dewasa, penceramah BN ini bercakap kosong, Pelajar juga nampaknya kurang berminat, Ramai yang penat dan tidak kurang juga yang tertidur.

Mempersembahkan Anak bongsu

Hakikatnya, ramai dikalangan pelajar yang hanya berminat untuk belajar dan bukanlah ucapan berbaur politik atau menyibuk dengan isu ekonomi- sekurang-kurangnya sebelum mereka memulakan semester satu di universiti. Ramai yang berasa bertanggungjawab untuk belajar kerana orang tua mereka telah berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mereka meneruskan pelajaran di peringkat universiti. Mereka hany mahu belajar dan habis belajar dengan cepat supaya mereka boleh bergraduat dan mencari pekerjaan.

Tetapi pihak Umno yang kurang sensitif itu menggunakan minggu orientasi untuk mendapatkan peluang terakhir membasuh minda pelajar atau menarik mereka daripada agenda hitam pihak pembangkang- bergantung kepada pihak mana anda berada.

Salah seorang daripada pemberi ucapan paling kontroversi pada tahun ini adalah Mukhriz Mahathir – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan anak bongsu bekas perdana menteri Mahathir Mohamad. Mukhriz telah dijemput untuk berucap kepada pelajar baru di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada khamis lepas, 6 September dan beliau telah mencetuskan kegemparan di sana.

Mukhriz bukan cuba memaparkan situasi ekonomi yang indah tetapi malangnya penjelasan beliau lemah dan bercanggah. Beliau mendakwa bahawa kita berada pada jalan yang betul kerana pengurusan kewangan yang bijak tanpa bergantung dengan peminjaman luar negara yang besar.

“Kerajaan mempunyai RM800 billion dalam pinjaman. Dan hanya 17% daripadanya adalah peminjaman luar negara. Selebihnya adalah daripada institusi pinjaman dalam negara,” The Edge melaporkan beliau sebagai berkata.

Kejutan Muflis

Muhkriz cuba menyakinkan bahawa terdapat perbezaan di antara pinjaman luar dengan dalam namun hakikatnya, pinjaman adalah pinjaman. Kerajaan kita hanya kurang 2% daripada pinjaman maksimum yang dibenarkan oleh perlembagaan. Hanya disebabkan ini sahaja menunjukkan bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bapanya tidak boleh kita capai.

Mukhriz memburukkan lagi keadaan dengan membuat kenyataan terbodoh yang boleh dibuat oleh seorang menteri. Bagi yang lebih kritikal pemikirannya dalam audien, Mukhriz dilihat sebagai seorang yang bodoh, naïf dan kurang cerdik berbanding ahli-ahli Umno berpengaruh yang lain.

“Kita tidak perlu risau jika negara akan muflis atau tidak sekiranya kita terus memberi bantuan kepada rakyat. Ini kerana wang yang ada itu adalah lahir daripada pengurusan kewangan yang bijak dan pemungutan cukai yang efektif,” ujar Mukhriz yang berusia 46 tahun itu.

PM masa hadapan? Selamatkan Malaysia, hentikan Mukhriz!

Jangan risau jika Malaysia jatuh muflis! Dan bayangkan bapanya mahu dia menjadi PM selepas Najib!

Sudah tentulah tentangan rakyat terhadap cita-cita Mahathir ini kuat sehinggakan dia terpaksa memperlahankan kempennya untuk menjadikan Mukhriz PM. Sungguhpun begitu, terdapat ura-ura bahawa ada perjanjian dikalangan elit Umno untuk menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah jika Umno-BN mendapat semula negeri itu.

Mukhriz juga gagal menyatakan bagaimana Umno-BN akan membayar balik pinjaman itu- 800 billion bukanlah satu nilai yang kecil. Untuk seorang Timbalan Menteri Perdagangan, beliau sebenarnya tiada langsung idea bagaimana hendak menurunkan nilai hutang ini kepada nilai yang lebih mudah diurus.

Ada yang lebih arif mengenai kewangan dalam audien juga terkejut apabila Mukhriz telah dengan tidak sengaja mengeluarkan satu maklumat baru. Setakat ini, akhbar telah melaporkan hutang negara adalah dalam RM560 billion tetapi sekarang Mukhriz telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlahnya adalah RM800 billion!

Kitaran jahat dan Professor Kangkong!

Mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab akan risau jika negara dijangkan akan muflis. Tarikh akhir 2019 yang disebut oleh Idris Jala dan Koh Tsu Koon bukanlah satu gurauan dan ia mungkin akan lebih cepat daripada yang dijangka akibat daripada perbelanjaan tidak bertanggungjawab yang dilakukan dalam bujet 2010, 2011 dan 2012. Nampak gayanya Bujet 2013 juga akan meninggalkan satu lubang yang besar dalam perbendaharaan negara yang hanya akan ditutup oleh hutang.

Wang seharusnya sampai kepada rakyat dengan melalui aktiviti ekonomi yang berkesan dan bukannya apa yang dilakukan oleh pemimpin BN sekarang. Pelan-pelan untuk berbelanja dan projek-projek besar dibentangkan dan negara berhutang lagi tetapi wang masuk itu dikeluarkan dengan sekelip mata dan seminit kemudian ia dimasukkan semula dan diberi kepada rakyat.

Sekiranya pengurusan kewangan yang baik dilaksanakan, rakyat Malaysia akan stabil dari segi kewangan dan mereka tidak akan memerlukan bantuan kewangan! Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan minyak. Kita tidak mungkin menjadi miskin dan jika ia berlaku, ia adalah disebabkan oleh pengurusan kewangan yang teruj dan penipuan.

Jadi untuk mereka yang mempunyai keistimewaan seperti Mukhriz, yang punyai bunglo besar yang sering menjadi topik perbualan di kota-kota, beliau sepatutnya tutup mulut kalau tidak tahu menahu mengenai perihal ekonomi.

Sekiranya beliau cuba untuk mengasah bakat memberi ucapan, beliau harus praktis dihadapan cermin dan bukannya dihadapan pelajar universiti dan memperbodohkan mereka dan juga rakyat Malaysia dengan kenyataan dan andaian bodoh beliau.

Kita juga terfikir, apakah pendapat Naib Canselor UUM Prof Dr Mustafa Ishak yang juga berada dalam audien tentang ucapan Mukhriz? Tolonglah jangan biarkan anak bongsu seorang ahli politik kejan merosakkan standad dan reputasi universiti anda.

Tunjukkan bahawa UUM mempunyai standad untuk menganalisis dakwaan ini-sama ada benar atau tidak fakta yang diucapkan oleh mana-mana pemimpin dalam atau luar negara. Dengan kata lain, jangan biarkan UUM diperkotak-katikkan dan dihujani oleh “Professor Kangkong’!

Malaysia Chronicle

FOTO Khairul Fahmi (apek) support R tersebar


Tengok neh Foto Khairul Fahmi (apek) support ℛ.. anda bagaimana?

Sifat Sifat melayu Umno

Melayu Umno suka berdusta, suka mencabuli perjanjian dan perangai hasad dengki serta berdendam terhadap Kerajaan Melayu Kelantan.

Mereka berperangai sererti orang munafik dengan menipu bangsa melayu. Kenapa saya kata mereka menipu bangsa melayu? Kerana mereka selalu mendabik dada konon Umnolah membela melayu tetapi pada hakikatnya mereka [Umno] telah menipu melayu di Kelantan dengan menafikan atau mencabuli perjanjian royalti minyak.

Bukankah kalau dihitung peratus atau nisbah penduduk jelas menunjukan Kelantan di huni hampir 95% orang melayu. Dengan sikap Umno yang merampas wang royalti dari kerajaan yang dipilih oleh majoriti orang melayu Kelantan bukankah ini menujukan umno telah mengkianat orang melayu.

Dengan ini jelas sifat kemunafikan Parti Umno dalam meperjuangkan hak orang melayu dengan menidakan hak yang sahih mengikut perjanjian.

Umno sudah tak releven untuk bangsa Melayu...
Umno hanya releven pada kroni serta anak bini....
Maka dengan itu Umno patut kita tewaskan pada PRU13 ini.
Kita pakat tukar pemerintah yang baru demi kesejateraan kita.

OKU Ikrar Bantu PR Tawan Putrajaya




Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berikrar untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Lontaran ini disuarakan oleh Ketua Penggerak Kempen OKU Bangkit 2012, Mohammad Faizal Che Yusof dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, kempen ini merupakan satu mekanisme bagi mengetengahkan permasalahan OKU agar lebih diberikan perhatian oleh semua pihak.

“Diharapkan parti politik akan peka mengenai OKU dalam menifesto pilihanraya akan datang.

Kita bersedia untuk membantu PR memenangi Putrajaya InsyaAllah,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan perlu memberikan elaun kecacatan kepada OKU secara menyeluruh tanpa mengikut jenis kecacatan dan gaji pekerja OKU.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan tambahan kewangan kepada OKU yang bekerja sehingga mencapai pendapatan RM1,500 sebulan dan RM150 kepada OKU yang tinggal di rumah.

“Pembangunan OKU perlu dibuat secara menyeluruh. Satu portfolio OKU perlu dimartabatkan di peringkat kementerian di persekutuan dan exco di peringkat negerim.

“Kita harapkan dalam Bajet 2013 ada sesuatu untuk OKU,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya akan terus mendokong segala usaha pembangunan kepada golongan OKU di seluruh Malaysia.

Katanya, penubuhan sekateriat ini juga merupakan langkah awal bagi membantu kemenangan PR bagi membangunkan OKU kelak.

“Pihak kami akan mengikhtiarkan sebuah pusat khidmat atau sehenti OKU nasional bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih signifikan kepada OKU termasuk kajian berkaitan OKU, advokasi, perancangan dan perlaksanaan pembangunan.

“Meskipun belum memerintah, kami akan mengikhtiarkan yang terbaik untuk mereka,” katanya. -selangorku
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .