Ikuti Blog ini

UGUT BUNUH JIKA GANTUNG BENDERA PAS



MELAKA: Seorang isteri kepada seorang penduduk di Kg. Bukit Baru ini hidup dalam ketakutan apabila suaminya telah diugut bunuh oleh tiga lelaki dipercayai orang kuat UMNO di sini semalam ekoran daripada tindakan mengantung bendera PAS dihadapan rumahnya.

Tiga lelaki tersebut juga turut mengoyak bendera PAS yang digantung dihadapan rumahnya.

Berikutan daripada itu isteri beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru kerana bimbang terhadap terhadap keselamatan beliau dan suaminya.

Semasa kejadian tersebut suaminya yang dikenali sebagai Said tiada dirumah kerana bekerja. Kejadian tersebut berlaku dalam pukul 1.30 tengahari.

Dalam report tersebut, isteri beliau menyatakan salah seorang dari tiga lelaki berkenaan mengeluarkan ugutan bunuh "Mana said, aku nak jumpa dengan dia, aku dendam dengan dia, aku nak bunuh dia".


Bendera dan banner yang dipasang semula

Menurut suami beliau yang mahu dikenali sebagai Said berkata ia mungkin berpunca dari sakit hati yang keterlaluan terhadap tindakannya mengantung bendera PAS di hadapan rumahnya.

"Mereka memang terkenal adalah orang kuat UMNO disini" ujar beliau lagi.

Dun Bukit Baru ini diwakili oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Muhammad Rustam sebagai adun disini.

Waran tangkap terhadap MP Sabak Bernam


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, kerana gagal menghadiri prosiding mahkamah.

NONEAbdul Rahman adalah pengerusi Majuikan Sdn Bhd yang telah
diperintahkan membayar RM2.3 juta pada November lalu, ekoran saman Benzteel Sdn Bhd Perdagangan terhadap United Arena (M) Sdn Bhd

Ketika dihubungi, peguam plaintif, A Saha Deva berkata Abdul Rahman (kiri), sebagai salah seorang pengarah Majuikan, telah gagal menghadiri prosiding pelaksanaan.

"Para pengarah gagal hadir di mahkamah untuk menjelaskan mengapa mereka tidak membuat bayaran bagi jumlah penghakiman tersebut," kata peguam itu.

Berikutan itu, Mahkamah Tinggi mengeluarkan waran tangkap baru-baru ini dan akan diserahkan hari ini.

Saha Deva berkata bailif akan cuba menyerahkan waran tangkap itu hari ini.

Semasa berita ini ditulis, Abdul Rahman tidak ada di Parlimen.

Pada 1 Mac, Abdul Rahman dan pembantunya disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap kesalahan membuat tuntutan palsu ketika mejadi ahli dewan undangan negeri.

Mereka masing-masing dihukum enam tahun penjara dan denda RM400,000. -M'kini

Ceramah Tok Guru Nik Aziz Dan Ust Nasuruddin Daud Di Rantau Panjang





Mohd Sabu: PAS Akan Gerak 100 % Jentera Sertai BERSIH 3.0




PAS akan mengerakan seratus peratus jenteranya untuk turut serta memobalisasi Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini sebagai menyokong usaha menuntut satu perubahan yang sihat dalam sistem pilihanraya di negara ini.

Timbalan Presiden PAS Pusat Mohamed Sabu berkata keputusan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) di Parlimen baru-baru ini jelas menafikan kehendak rakyat yang inginkan perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

“Kami dari PAS sedang mengerakkan usaha memberi ransangan terhadap ahli-ahli kita untuk turut serta pada hari itu.

“Kami juga akan menggunakan Majlis Penerangan termasuk Harakah untuk memberi liputan dan perkembangan terkini dalam menjayakan perhimpunan tersebut,”jelas Mohamed.

BERSIH 3.0 yang dijadual akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka dan beberapa lokasi pusat bandar Kuala Lumpur.

Menurut Mohd Sabu, BERSIH 3.0 akan dijadikan sebagai medan perhimpunan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung tuntut lapan perkara BERSIH 2.0 yang belum dipenuhi kerajaan.

Perhimpunan dengan tema ‘Duduk dan Bantah’ ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia
.

Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada BERSIH 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.

Menyedari kebangkitan rakyat, Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan tututan rakyat itu dilaksanakan sebagai menambahbaik sistem pilihan raya.

Malangnya, menerusi laporan jawatankuasa itu hanya satu sahaja tuntutan yang dilakasanakan.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Mohamed yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata perhimpunan ini perlu dilancarkan sebagai amaran keras kepada kerajaan yang anggkuh kepada rakyatnya.

“BERSIH 3.0 ini perlu dilancarkan kerana daripada lapan tuntutan hanya satu sahaja yang diluluskan iaitu dakwat kekal.

“Bagaimana dengan daftar pemilih yang bersih, akses kepada media, ia langsung tidak ditambah baik seperti mana hyang dituntut rakyat,”
katanya..

Mohamed menambah, perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan negara masih jauh ketinggalan dalam mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara kita ketinggalan jauh dalam usaha menambahbaik sistem pilihanraya berbanding negara itu yang keluar dari kepompong diktator dengan mengamalkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

“Malangnya, kerajaan terpaksa mengunakan cara ini dengan misi utama mereka untuk kembali menawan Selangor menerusi manipulasi daftar pemilih.

“SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sepatutnya menjadi pengendali Pilihanraya bertindak menjadi agen kepada pemerintah, ini yang masalah,”
jelas beliau lagi.

Justeru katanya rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain mengadakan protes secara terbuka pada 28 April ini. -KD


PAS sedia sertai himpunan Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, 4 April: PAS hari ini menyatakan sokongan terhadap hasrat NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang akan mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini.

Sehubungan itu juga, naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, PAS juga tidak teragak-agak untuk menyertai himpunan itu kerana ia selari dengan perjuangan parti itu yang menuntut pembersihan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah katanya, ia juga selari dengan kandungan laporan minoriti yang ditolak oleh Dewan Rakyat semalam untuk dilampirkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

"Kita akan menyertai perhimpunan itu selain terus memperjuangkan kandungan laporan minoriti," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditanya pendirian parti itu terhadap pengumuman himpunan Bersih 3.0 oleh Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said pagi tadi.

Bagaimanapun pendirian rasmi PAS berhubung perkara itu dijangka akan diumumkan timbalan presidennya Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS pada satu sidang media khas (baca di atas).

Bersih 2.0 pagi tadi mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut mereka, keputusan untuk mengadakan himpunan itu dibuat ekoran pihak PSC dan kerajaan dilihat tidak mengambil serius terhadap tuduhan penipuan khususnya dalam isu pembersihan daftar pemilih.

Himpunan kali ini memilih tema 'Duduk Bantah' dan bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia
. -HD

Suntikan semangat utk Anwar dan Pakatan, amaran utk Najib dan BN

Kejayaan Suu Kyi: Suntikan semangat utk Anwar dan Pakatan, amaran utk Najib dan BNSemakin banyak berita dari Myanmar yang menunjukkan tokoh pro demokrasi Aung San Suu Kyi dan pati NLD nya memenangi beberapa pilihanraya kecil hujung minggu lalu, pembangkang di Malaysia mula meraikan apa yang mereka lihat sebagai permulaan bagi tumbangnya sebuah rejim pemerintahan di Asia Tenggara.

“Tahniah kepada suara kebebasan dan keadilan.” Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim menulis di tweetnya, antara yang awal mengucapkan tahniah kepada Suu Kyii, dimana beliau sering di bandingkan dengan sebagai 2 pejuang demokrasi terkenal di rantau ini.

Suntikan semangat baru untuk demokrasi

Samada junta tentera Myanmar akan cuba menafikan kejayaan besar NLD seperti pada tahun 1990, kejayaan besar Suu Kyii telah menjadi satu suntikan semangat kepada reformis Anwar dan gabungan Pakatan Rakyat ketika mereka siap sedia untuk pilihanraya yang mungkin melihat jatuhnya Umno-BN selepas 55 tahun pemerintahan kuku besi.

Selain dari Indonesia dan Filipina, negara2 lain di Asia Tenggara pada asasnya mengamalkan demokrasi-pseudo. Malah Singapura yang layak menjadi bangsa OECD, agak jauh ketinggalan dari segi hak demokratik dengan kerajaan nya menjaga tindakan malah pemikiran masyarakatnya secara aktif. Kebaikan nya Cuma kurang amalan rasuah dalam kerajaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Hal ini tidak berlaku pada rakan sejawat nya di Malaysia, PM Najib Razak, yang memandu negara ke arah amalan rasuah terburuk. Dengan menggunakan umpang perkauman dan agama, Najib harapkan peluang terakhirnya dengan menakut-nakutkan pengundi2 Melayu – terbesar di negara ini- untuk menolak Anwar dan Pakatan dalam pilihanraya umum yang dijangka berlangsung tahun ini.

Rasuah berleluasa di Malaysia

Seperti rakyat Myanmar, rakyat Malaysia dijangka mencari perubahan dan reform. Lebih dari RM1 trillion wang pembayar cukai sudah di bawa keluar secara haram untuk merasuah pegawai2 sejak 2000, dan pejabat Najib sendiri meramalkan negara akan bankrup pada tahun2019 jika tiada perubahan struktural dilaksanakan untuk mengurangkan hutang negara yang tinggi.

"Dari apa yang berlaku di Myanmar pada masa lepas, masih terlalu awal tapi kita berdoa dan harao pihak junta akan menghormati hasrat rakyat Myanmar dan mengiktiraf kejayaan NLD. Begitu juga dengan Malaysia. Najib melawat Myanmar minggu lepas, sejurus sebelum pilihanraya dan Malaysia juga menghantar pemerhati pilihanraya untuk memantau.Kita harap Najib juga menghormati demokrasi di negaranya sendiri dan biarkan pemerhati pilihanraya di sini dan memantau pilihanraya kita.” Timbalan Presiden PKR Tian Chua

Ada kebimbangan yang Najib, PM Malaysia yang dilabel sebagai jaguh “ cakap tak serupa bikin” oleh Washinton Post, akan mengambil langkah menipu bagi menghalang Pakatan. Ironi nya beliau menghantar pemerhati ke pilihanraya Myanmar tapi neggan membenarkan pemerhati luar negara memantau pilihanraya negara.

Malah ada yang bimbang Najib akan mencetus rusuhan seperti mengisytiharkan darurat atau pemerintahan tentera jika tewas.Setakat ini,Najib dan Umno BN enggan mengiktiraf sistem 2 parti, walaupun Pakatan membolot 5 dari 13 negeri pada 2008 dan memenangi 52% undi popular.

Kejayaan untuk rakyat

Di Myanmar, Suu Kyi menyeru rakyat supaya rakyat tenang dan tidak meraikan kejayaan tersebut kerana beliau bimbang ini akan menjadi alasan untuk junta melancarkan serangan.

Menyifatkan pengundian hujung minggu itu sebagai’ kejayaan untuk rakyat’ ,SuuKyi menyeru rakyat tenang sehingga keputusan rasmi.

“Memang biasa jika ahli-ahli dan penyokong NLD gembira ketika ini, Tapi kata-kata, kelakuan dan perbuatan yang merbahaya dan menyedihkan pihak lain dan rakyat mesti menjauhinya, Saya minta ahli2 NLD supaya memastikan kejayaan rakyat ini ialahyang bermaruah,” kata Suu Kyi, yang menjalani tahanan dirumah sejak 2 tahun yang lalu.

Junta masih menguasai Parlimen

Sementara itu, pegawai NLD mendakwa mereka sudah menang 43 dari 44 kerusi. NLD tidak bertanding di satu dari 45 kerusi itu.

“Setakat yang kami tahu dari sumber kami, calun2 NLD menang semua 44 kerusi. Saya fikir suruhanjaya pilihanraya akan mengumumkan secara rasmi tak lama lagi.” Pengurus Kempen NLD Nyan Win memberitahu Reuters.

Jika sah, kemenangan bersih ini bermakna NLD juga menang 4 kerusi di ibunegara,Naypitaw, bandar baru yang dibina oleh pihak junta dimana kebanyakan penduduk ialah kakitangan kerajaan dan anggota tentera.

Bagaimana pun, Union Solidarity dan Development Party (USDP) kekal golongan terbesar di parlimen walaupun kejayaan NLD itu sah. Pegawai USDP tidak dapat dihubungi untuk komen.
Malaysia Chronicle

Apa guna dakwat kekal jika daftar pemilih bohong



KUALA LUMPUR- Jingga 13 akan membantu segala bentuk mobilisasi sedaya upaya menggerakkan kempen-kempen di media sosial mahupun turun ke lapangan bagi memastikan seluruh kekuatan rakyat untuk Duduk Bantah terhadap penipuan dan mendesak SPR dan kerajaan Malaysia mendengar dan mengambil tindakan yang penuh bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Setiausaha Jingga 13, Vickneswaran Krishnan berkatanya, pihaknya menyambut baik langkah untuk melaksanakan satu lagi perhimpunan pilihanraya bersih dan adil, Bersih 3.0 seperti yang diumumkan dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, hari ini.

Bersih 3.0 mengumumkan perhimpunan itu pada 28 April ini, jam 2.00 petang di Dataran Merdeka dengan tema ‘Duduk Bantah’.

“Kekecewaan rakyat terhadap salah laku dan percubaan terang-terangan oleh SPR bagi mengelirukan daftar pemilih induk wajar dikecam dan diselar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ini kerana ia adalah bukti terang-terangan bahawa terdapat usaha tersusun untuk mengekalkan Umno Barisan Nasional di Putrajaya walaupun jelas gelombang rakyat sudah menolak mereka.

Justeru, katanya Jingga 13 mempersoalkan integriti Pengerusi SPR yang dilihat bersekongkol dengan penipuan tersebut dan usaha untuk membersihkan senarai daftar pemilih induk itu tidak serius dilakukan dan bantahan demi bantahan dibiarkan berlalu tanpa tindakan tegas.

“Jingga 13 juga menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya yang tidak mengendahkan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang dilangsungkan Julai lalu dan hanya membenarkan penggunaan dakwat kekal pada Pilihanraya Umum akan datang,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan adakah relevan penggunaan dakwat kekal itu jika daftar pemilih induk meragukan dengan data-data yang penuh pembohongan dan berat sebelah seperti yang didedahkan oleh Dr Ong Kian Meng dari UCSI.

“Maka menjadi kewajiban rakyat Malaysia mendesak SPR dan kerajaan Malaysia untuk mengembalikan hak rakyat mendapatkan satu pilihan raya bersih dan adil seperti yang sepatutnya,” katanya lagi. -Hrkh

Biar Foto Berbicara : Antara Najib Dan Sultan Kelantan

Jangan tiru,cara pasang bata yang salah.Harap sarung tangan je cantik
Cara pasang bata yang betul,sarung2 tangan ni tak main laa bro

Bandingkan antara keduanya

DAHSYAT - Puting Beliung Terbangkan Lori Trailer Ke Udara

Kota Dallas di Texas baru saja dilanda ribut taufan dahsyat yang berkelajuan tinggi.

Dalam sebuah video yang ditunjukkan di bawah artikel ini, terlihat angin taufan puting beliung ini menghentam sebuah lokasi di mana ia merupakan sebuah "trailer park" dan dengan dahsyatnya melemparkan trailer-trailer di lokasi tersebut ke udara.

Angin taufan atau tornado ini juga telah merosakkan sekitar tempat tinggal dan sekitar 100 pesawat yang berada di Bandar DWF telah dilaporkan mengalami kerosakan akibat ditimpa batu-batu sebesar bola baseball. Setakat ini belum ada laporan mengenai adanya yang maut.

Puluhan bumbung rumah tercabut dan menurut laporan juga, puluhan penduduk cedera. Kelihatan banyak kereta terbalik manakala trak remuk serta rosak teruk di bahu lebuh raya.

Pegawai Kanan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Meteorologi, Eric Martello, berkata dianggarkan antara enam hingga 12 puting beliung melandadi Utara Texas.










BERSIH tunjuk bagaimana pengundi boleh 'diklon'

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi "klon", yang didakwanya sebagai pengundi hantu.

Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong (kiri) menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali.

"Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia," kata pensyarah Universiti Monash itu sinis.

Empat kaedah tersebut adalah:

1. Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru;

2. Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza;

3. Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru; dan

4. Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza .

Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin "diklon" dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh "klon" bagi jenis pertama.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja.

Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


NONE

Bosan konflik punca 69 ahli keluar Umno

RANTAU PANJANG : Bosan dengan konflik yang tiada penghujung melanda Umno bahagian ini menyebabkan ramai pemimpin di peringkat akar umbi bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bagi mereka hubungan dingin Ketua Bahagian, Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail tidak mampu dipulih lagi, biar pun ada kenyataan menggambarkan keadaan sebaliknya

Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Kedap, Abdul Rashid Daud berkata, permusuhan di peringkat bahagian belum reda kerana masing-masing mahu menjadi ketua.

Katanya, situasi itu sudah merebak ke peringkat akar umbi sehingga menyebabkan aktiviti parti tidak dapat diadakan seperti biasa.

“Pemimpin Umno Rantau Panjang tidak berkesudahan bermusuhan sesama sendiri. Sedangkan PAS nampak lebih padu perjuangan mereka.

“Sebab itulah kami merasakan tidak teragak-agak dan tiada sebab tidak mahu menyokong PAS. Perjuangannya bersandarkan agama,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai PAS beramai-ramai malam tadi.

Seramai 69 ahli dan penyokong Umno dari Cawangan Kampung Dangar dan Kampung Kedap menyerah borang menyertai PAS di majlis tersebut.

Borang berkenaan diserah Wan Zaidi Wan Hanapi kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang diadakan di rumah bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Dangar, Ismail Daud.

Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang.

Sebelum ini konflik yang melanda Umno Rantau Panjang mengundang campur tangan Perhubungan Umno Kelantan. Biar ada kenyataan hubungan Abdullah dan Mohd Zain sudah pulih, namun keadaan di akar umbi menggambarkan sebaliknya.

Sementara itu di Kubang Kerian difahamkan lebih 300 bekas ahli dan penyokong Umno di bahagian terbabit dijangka menyerah borang menyertai PAS dalam masa terdekat ini. Sempena program itu diadakan ceramah perdana dihadiri Menteri Besar.- DD
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .