Ikuti Blog ini
Pengalaman Gua Melihat Karomah Seorang Alim. , at 21.6.11,
Gua selalu mendengar cerita-cerita tentang 'Karamah' beliau, tetapi bagi gua ianya hanyalah sebagai berita dari penyokong fanatik beliau. Untuk segelintir lu yang kurang tahu tentang apa itu 'Karomah', maka gua story sikit kat lu. Gua pun bukan tahu sangat walau pun gua banyak membaca tentang Karomah-Karomah orang alim seperti Sheikh Abdul Kadir Jailani, Tok Kenali, Tokku Paloh, Tuan Tulis dan ramai lagi.
Karomah ialah suatu perkara yang luar biasa di mana akal kita pun tidak boleh memikirkannya kerana ia cukup luar biasa. Karomah hanya diberikan kepada orang-orang alim atau ahli sufi sebagaimana Allah s.w.t. memberikan Mukjizat kepada Rasul-Rasul Nya dan sebesar-besar Mukjizat ialah Al-Quran yang diturunkan kepada kekasih Nya Rasulullah s.a.w. Sepertimana Allah s.w.t. berfirman, "TidakKU jadikan alam ini melainkan kerana kasihKU terhadap Nur Muhammad.
Dengan kekuasaan Allah s.w.t. kepada hambanya, gua telah ditunjukkan di hadapan mata gua sendiri kehebatan TG Haji Hadi dan cerita ini gua kongsikan bersama lu all. Pada satu malam di mana giliran TG Haji Hadi mengajar kuliah agama di kampung orang tua gua. Kebiasaaannya gua akan ke masjid untuk mendengar kuliah agama dan solat bersama-sama dengan TG Haji Hadi.
Nak jadikan cerita, kebetulan hari itu gua keberatan untuk ke masjid dan gua hanya duduk kat lambor (beranda) rumah ajer. Kuliah TG Haji Hadi boleh didengar melalui pembesar suara dan kebetulan pula rumah gua hanya 40 meter sahaja dari masjid. Selepas solat Maghrib kuliah pun bermula, gua dapat mendengarnya dengan jelas.
Semua orang yang berada didalam masjid tidak mengetahui apa yang berlaku. Selepas kuliah yang disampaikan oleh TG Haji Hadi hampir selesai, elektrik kembali pulih dengan izin Allah s.w.t. Ketika itulah gua terpegun dan tidak semena-menannya bulu roma gua naik menegak kerana melihat sendiri keajaiban yang Allah s.w.t. tunjukkan kepada gua.
Keesokan paginya gua story kat orang-orang tua yang berada dalam masjid apa yang berlaku, mereka semua terkejut dan mengucap panjang mendengar cerita gua. Gua rasa inilah keajaiban yang hanya sekali dalam seumur hidup, gua dapat menyaksikan 'Karomah' seorang alim. Gua memang banyak mendengar Karomah TG Nik Aziz dan TG Hadi Hadi tetapi inilah pertama kali gua melihat di hadapan gua dalam keadaan sedar dan waras. Gua ada tanya kat ustaz-ustaz dan mereka kata gua dikira bertuah melihatnya.
Kalau Rosmah ker, pemimpin Umno ker, Perkosa ker, Pukida ker dan yang sewaktu dengannya, gua boleh kata hari-hari dengar dan lihat KARAMamah mereka, malah lebih hebat lagi. Pagi ada kat Malaysia, petang dah ada kat Qatar, sampai Qatar tangan kosong, tiba-tiba RM300,000 jatuh dari siling. Pergi New York dengan tangan kosong, bila balik penuh barang 2 kontena. Pagi ada kat Seri Perdana, malam dah ada kat hotel bajet USD 30,000 satu malam. Inilah sebahagian KARAMamah yang dimiliki oleh Rosmah, belum lagi yang lain-lain. Kalau nak story KARAMamah mereka semua, gua kena karang buku 20 jilid.
Catatan oleh Gerakan Anti Najib/Rosmah
PAS rombak kepimpinan bagi rampas Terengganu , at 21.6.11,
Sejak tumbangnya PAS di negeri paling kaya di Malaysia pada 2004, parti itu dilihat agak tempang dan tidak dapat menyaingi pengaruh Umno yang juga tidak sepi dengan pelbagai masalah dalaman.
Walaupun meraih kejayaan mengejutkan dengan merampas 28 daripada 32 kerusi DUN pada 1999, PAS Terengganu hari ini boleh diibaratkan "orang buta yang kehilangan tongkatnya".
Pada pilihan raya umum 2004, PAS hanya menang di empat kerusi DUN. Semasa 'tsunami politik' melanda empat tahun kemudian, parti itu hanya menambah dua kerusi, sedangkan BN tumbang di empat negeri dan terus gagal di Kelantan.
Berdasarkan senario itu, jelas PAS Terengganu cukup lesu dan pemimpin yang ada tidak lagi boleh disandarkan bagi merampas semula negeri berkenaan.
Justeru, selaras dengan perubahan pada muktamar parti itu awal bulan ini, PAS Terengganu dilihat menjadikan perkara itu sebagai pertimbangan utama dengan membariskan pemimpin yang lebih muda sekitar 40 hingga 50 tahun.
Kejar bola
Kabinet yang dibentuk pada 18 Jun lalu itu menyaksikan beberapa pemimpin baru cuba diketengahkan bagi mengimbangi dominasi hampir 20 tahun pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Harun Taib dan Datuk Wan Mutalib Wan Embong.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut yang baru dilantik ke jawatan itu mengakui bahawa bahawa pemimpin kanan - yang rata-rata berumur lebih 60 tahun - kini tidak lagi berada di barisan hadapan bagi mendepani pilihan raya.
Ia susulan rungutan akar umbi PAS bahawa pemimpin senior berkenaan tidak mampu lagi menarik sokongan golongan muda yang merupakan penentu dalam setiap pilihan raya.
"Saya hendak yang muda-muda sedikit, seperti pasukan bola sepak ada yang nak berlari kejar bola, nak berebut bola (mesti anak muda)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dalam rombakan Sabtu lalu, Mohd Abdul Wahid menamakan Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal) sebagai timbalan pesuruhjaya. Seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga dilantik.
Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha dan dibantu oleh tiga penolong setiausaha - Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.
M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri.
Di samping itu, tujuh ahli jawatankuasa yang dilantik antara mereka Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex- officio) dan dua pemeriksa kira-kira.
Dalam rombakan itu juga daripada lima jawatan tertinggi perhubungan negeri itu, hanya Abu Bakar dilantik semula sebagai anggota jawatankuasa PAS negeri, manakala Abdul Hadi yang juga presiden PAS hanya dilantik sebagai penasihat.
Pemimpin lama yang tidak dilantik menganggotai pasukan baru negeri itu termasuklah Mustafa, Harun dan Wan Mutalib.
Kecuali Satiful Bahri Mamat yang merupakan pengasas sekolah pensendirian agama, Mohd Abdul Wahid dan barisan pemimpin penting dalam kabinetnya berlatarbelakang profesional dengan kebanyakannya usahawan dan doktor.
Mohd Abdul Wahid sendiri terlibat dalam projek pertanian dan penternakan ayam.
Ahli jawatankuasa yang dilantik pertama kali adalah Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman dan Dr Mohd Khazani Abdullah - yang dikatakan amat rapat dengan Abdul Hadi.
Pemerhati politik berpandangan perubahan pucuk kepimpinan PAS boleh disamakan dengan pendekatan BN pasca pilihan raya 1999 yang terpaksa mengetengah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai teraju utamanya setelah bekas menteri besar Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad disingkirkan.
Lebih bertenaga
Mohd Abdul Wahid bagaimanapun menyifatkan kabinetnya sebagai gabung jalin antara golongan ulama muda, aktivis dan profesional.
Malah, jawatankuasanya turut dianggotai golongan profesional, termasuk tiga orang orang doktor perubatan.
"Saya nampak muka-muka baru ini lebih bertenaga untuk buat kerja," katanya.
Beliau juga menafikan mengetepikan peranan pemimpin senior yang pernah berada dalam kepimpinan PAS Terengganu sejak sekian lama.
"(Pemimpin) yang senior, kita tidak tinggal. Mereka kekal tetapi tidak dalam barisan hadapan... Yang senior (kita beri tugas) dari segi taktik atau menjadi penasihat," katanya.
Tegasnya, tanggapan golongan itu diketepikan tidak benar kerana ada antara mereka mahu memberi tumpuan kepada tugas di peringkat pusat dan ada yang mahu memberikan tumpuan kepada urusan peribadi.
"Tidak (ketepi), tidak mereka semua bekerja... Mereka datang ke program. Tidak timbul kita mengetepikan mereka," katanya.
Menurut Abdul Wahid, perubahan pucuk kepimpinan negeri itu "proses yang normal" kerana di negeri lain, termasuk Kedah dan Perak turut mengambil pendekatan yang sama.
Sehubungan itu, Abdul Wahid yang juga ahli parlimen Kuala Terangganu berkata sebahagian 'muka baru' itu pernah lama dalam kepimpinan negeri dan perlu diketengahkan ke depan.
Walaupun kepimpinan Abdul Wahid ini belum teruji, namun jika strateginya mantap tidak mustahil BN ditumbangkan, lebih-lebih lagi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said belum berjaya mententeramkan gelora politik Umno di negeri itu. -M'kini
Saman Ekor: Kerajaan Degil Tak Patuh Undang-undang, Harapan BN Kalah PRU Jelas , at 21.6.11,
PDRM Tidak Bercadang Batal Senarai Hitam Pesalah Saman Ekor - Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang membatalkan tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan, terutamanya yang terlibat dengan kesalahan trafik di bawah saman ekor.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata sehingga 30 April lepas sebanyak 11,814,008 saman ekor atau Notis Saman POL 170A masih belum dijelaskan lagi.
"Walau bagaimanapun tindakan menyenarai hitam ini ditangguhkan buat sementara waktu kerana PDRM bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Peguam Negara sedang mengemas kini prosedur berkaitan dengan tindakan tersebut," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada sidang Dewan Rakyat di sini, Selasa.
Sim ingin tahu jumlah tunggakan saman ekor yang masih belum dijelaskan serta adakah benar tindakan menyenarai hitam telah dibatalkan dan sama ada kementerian bercadang menghadapkan Orang Kena Saman (OKS) yang belum menjelaskan saman ke mahkamah.
Hishamuddin berkata, bagi pesalah trafik OKS, mereka boleh menyelesaikan saman masing-masing sama ada dengan membayar kompaun atau melalui perbicaraan di mahkamah. Beliau berkata, dalam hal tersebut, tindakan yang dilaksanakan oleh PDRM terhadap pesalah trafik adalah lebih bersifat prosedural dengan pendekatan awal iaitu melalui khidmat nasihat bagi menyemai budaya pemanduan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya kepada pengguna.
Hishammuddin berkata, pendekatan itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai tampil untuk menyelesaikan saman mereka di pusat pembayaran saman seperti ibu pejabat polis daerah (IPD), pejabat pos, kaunter PDRM di pusat beli-belah terpilih serta portal iaitu www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.
"Sekiranya OKS enggan menyelesaikan notis ini, PDRM akan menjalankan operasi mencari dan mengesan pemilik yang melakukan kesalahan untuk menyerahkan saman POL 257 dengan turut menyatakan tarikh serta masa untuk mereka hadir ke mahkamah, bagi mencari pertuduhan,"katanya. - BERNAMA
Mengikut peruntukan undang-undang: seseorang individu tidak boleh dianggap bersalah, selain dibuktikan dalam mahkamah.
"Perlembagaan jelas mengatakan, tindakan tidak boleh diambil ke atas individu sebelum dibuktikan bersalah dalam mahkamah termasuk menahan cukai jalan mengikut peruntukan undang-undang negara ini.
Anda mengharapkan rakyat saja yang mematuhi undang-undang sedangkan PDRM dan kerajaan sendiri tidak mematuhinya? -GB
Saman Ekor: Fahami isu sebenar
Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang tidak menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.
Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.
Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, Kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.
Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.
Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?
Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini “Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil”. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.
Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?
Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!
Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?
a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.
Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?
Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.
Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.
Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.
Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?
Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???
b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Ada dua (2) isu di sini :
a) Pembuktian bersalah; dan
b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.
Pembuktian salah.
Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?
Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?
Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?
JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai “perkara yang belum selesai”. Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.
Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.
c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.
Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.
Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa “perkara yang belum selesai” yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.
Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.
Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.
Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH , at 21.6.11,
Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.
Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.
Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.
Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.
MAP: Jayakan BERSIH, heret Ibrahim ikut Akta Hasutan , at 21.6.11,
Timbalan Presiden MAP, Zulkifly Ibrahim (kiri) berkata perhimpunan aman itu dibenarkan oleh perlembagaan negara.
Merujuk kepada perhimpunan BERSIH 1 sebelum ini, beliau berkata tiada kekecohan ketenteraman awam dan perhimpunan itu berjalan dengan baik dengan memorandum berkenaan berjaya diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
“Kepada pihak berkuasa, terutama polis yang menguatkuasakan undang-undang, hendaklah menghormati dan melaksanakan seksyen 27 Akta Polis, mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang bertujuan menjayakan objektif kebebasan bersuara dan bukannya menghalang kebebasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Menurut Zulkifly, adalah tidak wajar bagi bagi Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang pada 15 Jun lalu mengugut rakyat bahawa tangkapan pencegahan akan dibuat sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 diteruskan.
Katanya, Perkara 10 dalam perlembagaan jelas menunjukkan jaminan terhadap hak asasi warganegara untuk berhimpunan secara aman.
Agenda buat kekacauan
Mengulas kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi bermesyuarat dengan BERSIH, Zulkifly berkata ia sangat dialu-alukan.
Justeru, katanya tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor hendaklah diterima.
“Tuntutan ini sebenarya sudah disuarakan sejak sekian lama. Oleh kerana SPR tidak menghiraukan tuntutan ini, BERSIH melanjutkan perhimpunan ini sebagai manifestasi kegagalan SPR melaksanakan proses demokrasi di negara ini,” katanya.
Dalam pada itu, MAP kata Zulkifly membidas sikap presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengarahkan ahlinya menghalang perhimpunan BERSIH.
“Ini adalah satu agenda untuk membuat kekacauan di negara ini.
“Amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan bersifat perkauman, menghasut dan berbahaya,” katanya.
Sehubungan itu, Zulkifly bersetuju dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada negara.
Katanya, Ibrahim perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana sebelum ini banyak kenyataannya terlalu berbaur perkauman yang tinggi.
“Kenyataan dan tindakan ini jelas menimbulkan satu ancaman kepada keselamatan negara,” katanya.
PERKASA perlu belajar
Tambahnya, MAP menyaran PERKASA supaya belajar memahami perlembagaan persekutuan yang membenarkan perhimpunan dan kebebasan bersuara.
Beliau berkata tindakan Pemuda Umno pula kononnya untuk mempertahan SPR merupakan suatu tindakan yang dangkal.
“Pemuda Umno jangan terus mewarisi sikap pemimpin dan ahli-ahli Umno yang sentiasa mempertahankan kemungkaran dan penyelewengan.
“Sebaliknya Khairy dan pemuda Umno hendaklah menunjukkan sikap yang berani menegur kelemahan kerajaan termasuk SPR sekiranya pemuda Umno berhasrat menjadi pemimpin pelapis di negara ini,” katanya.
Menurut Zulkifly, semua NGO yang membuat laporan polis untuk menyekat perhimpunan BERSIH juga hendaklah mempunyai kematangan dalam tindakan mereka.
“NGO-NGO berkenaan jangan menjadi budak suruhan kepada Umno dan pemerintah sebaliknya secara terbuka mereka wajar menghormati hak asasi warga negara Malaysia untuk berhimpun secara aman.
“Semua pihak diseru supaya menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 ini dengan semangat muafakat dan menunjukkan sikap bertamadun demi rakyat dan kelangsungan maruah negara di mata dunia,” katanya. -M'kini
Himpunan Bersih: BN Dah Panik Tak Tentu Pasal , at 21.6.11,
Himpunan Bersih: Pemimpin BN lekas panik
Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan.
Sebenarnya, sesuatu perhimpunan aman yang dianjurkan bertujuan untuk mendesak dilakukan perubahan dalam sistem pilihan raya dalam sebuah demokrasi tidak harus menjadi satu isu atau dihebohkan tetapi berbeza pula apa yang berlaku di Malaysia.
Di negara ini, agak menghairankan kerana berita mengenai cadangan untuk menganjurkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mencetuskan rasa panik di hati sanubari para pemimpin parti yang memerintah.
Sejak Bersih bercadang diadakan perhimpunan aman itu pada 9 Julai bagi mendesak supaya dilakukan reformasi dalam sistem pilihan raya agar lebih bebas dan adil, sehari pun tidak sunyi dengan kenyataan-kenyataan daripada para pemimpin yang meluahkan rasa bimbang mereka.
Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan amaran bahawa negara akan ditimpa ketidakstabilan ekonomi dan politik.
Sayap pelampau rasis Umno pula, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), juga ingin menganjurkan perhimpunan pada hari yang sama yang bertujuan untuk menghalang Himpunan Bersih.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengugut untuk menahan para peserta dan pada masa yang sama beratus-ratus laporan dibuat kepada polis oleh Umno dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokongnya bagi menentang Himpunan Bersih itu.
Terbaru, ketika beliau berucap pada mesyuarat agung Umno di Beaufort, Sabah pada 18 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin mendakwa parti pembangkang yang mendalangi Himpunan Bersih itu mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Terdahulu, Bersih menjemput semua parti politik termasuk BN dan Pakatan Rakyat dan NGO serta para aktivis untuk menyertai gerakan rakyat ini yang bertujuan untuk memulihkan intergriti sistem pilihan raya di Malaysia, yang telah sekian lama korup dan memihak kepada parti yang memerintah. Ketika mana Pakatan Rakyat menyahut cabaran ini, BN sebaliknya menolak.
Rasional BN pelik
Muhyiddin menyangkal usaha Bersih ini dengan mendakwa kemenangan pembangkang yang signifikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sebagai bukti sistem pilihan raya itu dijalankan dengan adil.
Beliau bertanya, “jika pilihan raya lalu tidak adil dan saksama, macam mana mereka (pembangkang) boleh mencapai kemenangan?
“Jika mereka menang mereka diam dan jika mereka kalah, mereka mendakwa berlaku ketidakadilan. Saya fikir motif mereka ialah untuk mencari jalan pintas ke Putrajaya,” katanya.
Mengambil contoh kemenangan pembangkang sebagai bukti sistem pilihan raya adalah adil sudah menjadi jawapan yang standard untuk menepis segala salah guna kuasa BN yang semakin meruncing.
Tetapi hujah sedemikian tidak logik dan kelakar kerana sama ada sesuatu pilihan raya itu adil harus ditentukan oleh cara bagaimana pilihan raya itu dikendalikan.
Faktor-faktor seperti kehadiran atau ketidakhadiran suruhanjaya pilihan raya yang berkecuali dan sama ada wujud atau tidak wujud ‘padang permainan yang sama rata.’ Ia tidak boleh diukur dengan cara, sama ada seseorang calon itu menang atau kalah.
Pilihan raya di Malaysia dimanipulasi dengan tidak adil sehingga membuat kita tidak teragak-agak untuk membuat kesimpulan bahawa Pakatan Rakyat mampu menyapu bersih bagi meraih kemenangan pada PRU 2008 jika sekiranya pilihan raya dijalankan dengan adil dan saksama, memandangkan pecahan undi popular adalah seimbang iaitu pada nisbah 50-50.
Sistem pilihan raya yang tempang
Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak sebagai komponen dan agen BN?
Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila keseluruhan media massa di negara ini dikawal (kecuali Internet) dan berkhidmat sebagai alat propaganda BN?
Sejak PRU 2008, pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung mendapati BN berleluasa melakukan amalan rasuah, yang dicetuskan sendiri tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam dua PRK, Hulu Selangor dan Sibu.
Lebih mengejutkan ketika mana klip video tentang tawaran rasuah dipertonton di seluruh dunia melalui You Tube, hakim Azhar Mohamed menolak petisyen untuk membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor atas alasan “tidak cukup bukti.”
Walaupun mahkamah melarang sebarang bentuk rasuah yang dibuat secara terbuka oleh para pemimpin parti pemerintah, pintu rasuah tetap dibuka dengan luas, dan salah guna kuasa berleluasa untuk memberi kelebihan kepada BN.
Inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, di mana BN menyapu bersih bagi meraih kemenangan menerusi dua strategi, ugut dan rasuah.
Usaha Bersih harus dipuji
Berdasarkan keadaan ini, usaha Bersih harus dipuji dan masa untuk menganjurkan perhimpunan ini adalah bertepatan sekali di mana sebuah petisyen akan diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong bagi menyelamat sistem pilihan raya kita daripada dicemuh oleh masyarakat dunia.
Di antara tuntutan Bersih ialah, melarang sebarang bentuk beli undi,memulihkan kebebasan dan sikap berkecuali badan-badan penguatkuasa pilihan raya, akses kepada media, menyemak semula sistem undi pos dan membersihkan senarai daftar pemilih yang penuh dengan penipuan dan pengundi hantu.
Melihat dari cadangan-cadangan ini yang dituntut ini maka langkah Bersih ini tidaklah menjadi ancaman kepada kepentingan negara.
Tetapi ia merupakan suatu usaha untuk menyelamatkan demokrasi dan memulihkan keadilan dan kesaksamaan di mana kita dapati selama ini institusi-institusi kerajaan diperalatkan bagi mengekalkan pemerintahan autokratik mereka.
Berhubung keengganan pihak polis untuk mengeluarkan permit untuk perhimpunan itu, kita ingin menasihatkan pihak polis bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan aman itu.
Kebebasan untuk berhimpun adalah hak perlembagaan yang dijamin kepada setiap warga negara dan peranan polis ialah untuk memastikan keamanan sepanjang perhimpunan itu dijalankan.
Sebarang percubaan daripada pihak polis atau mana-mana pihak untuk menghalang perhimpunan aman ini, yang mempunyai niat yang baik, dianggap sebagai percubaan untuk mencabul perlembagaan dan tidak dapat diterima oleh rakyat.
Kita harus sedar bahawa rakyat Malaysia tidak akan berkompromi dalam usaha untuk mendapatkan hak tentang pilihan raya yang bebas dan adil serta hak kebebasan untuk berhimpun. -FMT
Dr Rani yakin saf baru mampu pertahan Selangor , at 21.6.11,
SHAH ALAM, 21 Jun: PAS Selangor yakin dengan saf kepimpinan sesi 2011-2013 mampu menggerakkan kerja kuat hasil gabungan mantap semua golongan dalam usaha mendepani PRU 13 tidak lama lagi.
Menurut Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman, mereka terdiri dari kalangan ulamak, profesional dalam banyak bidang kepakaran, korporat dan aktivis masyarakat menjadi tenaga penggerak PAS Selangor.
Katanya, dengan kebolehan dan kelebihan yang ada pada setiap mereka yang dilantik bakal menyemarakkan lagi usaha keras PAS negeri dalam mempertahankan Negeri Selangor kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Dr Rani berkata demikian dalam sidang media pertama khas membentangkan senarai kepimpinan PAS negeri di Pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini, pagi tadi.
“Pemilihan mereka kali ini adalah berdasarkan kehendak dan sokongan sebulat suara daripada seluruh PAS Kawasan dalam Negeri Selangor.
“Dalam hal ini, tidak timbul pecat atau tidak suka kepada seseorang tetapi kehendak ramai mengatasi persoalan peribadi, apatah lagi dalam PAS tidak ada seorang pun melobi untuk dapatkan jawatan,” tegasnya.
Beliau yang juga Adun Meru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor untuk sesi 2011/2013 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada 12 Jun lalu di Ibu Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dalam majlis tadi, Dr Rani menyanjung tinggi segala jasa dan bakti mantan pesuruhjaya, Dr Hasan Ali yang berusaha menaikkan imej PAS Selangor selama lapan tahun berturut-turut sebelum ini.
“Demi Allah, Dr Hasan adalah mentor saya dalam hal ini, beliau banyak berjasa dan saya menyambung usaha-usaha beliau dengan sokongan sahabat-sahabat semua,” jelasnya.
Senarai Jawatankuasa PAS Selangor sesi 2011/2013 membariskan Pesuruhjaya dipegang oleh Dr Abd Rani Osman, Tiga Timbalan Pesuruhjaya (Haji Ir Iskandar Abdul Samad, Ustaz Solehin Muhyi dan Khalid Samad), Setiausaha (Peguam Khairuddin Osman), Bendahari (Ir Izham Hashim), Ketua Penerangan (Saari Sungib), Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri (Jaafar Shamsuddin).
Tujuh AJK tambahan yang dilantik terdiri daripada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Dr Hajah Halimah Ali, Noraini Husin, Sani Hamzan, Ahmad Mohamad, Ustazah Mariam Abdul Rasyid dan Abdul Rahman Sadikin.
Timbalan Pesuruhjaya, Khalid ketika dihubungi berkata, ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberi dan mengharapkan kerjasasama semua pihak dalam menjayakan cita-cita besar perjuangan.
“Kita hendaklah bersatu hadapi Umno, rapatkan saf dalam semua masa apatah lagi menjelang pilihan raya yang semakin dekat, Selangor mesti dipertahankan, kami perlu tumpu untuk membina kekuatan parti khususnya mendapatkan usaha mendapatkan sokongan Melayu, PAS ganti Umno.
“Terkandung dalam saranan agar rapatkan saf; lupakan perselisihan lama dan tumpu kepada tugas dan tanggungjawab untuk perkasakan parti dan kuburkan Perkasa/Umno,” mesej beliau dari Arab Saudi.
Sementara itu, Khairuddin ketika menjawab soalan berkata, PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya bagi menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai depan.
Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang agar rakyat jangan bimbang menyertai himpunan itu kerana ia sah di sisi Perlembagaan Malaysia yang membenarkan himpunan aman.
Khairuddin juga berkata, dalam minggu ini semua PAS kawasan seluruh Selangor akan membuat lapuran polis terhadap kenyataan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang menyatakan 9 Julai akan berlaku ‘perang’ jika Bersih teruskan hasrat untuk berhimpun.
“Kenyataan itu sangat melampau dan tidak bertanggungjawab, pihak berkuasa mesti menyiasat dan segera bertindak,” tegasnya. -Hrkh
PAS anjur pertandingan video BERSIH , at 21.6.11,
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video BERSIH 2.0 untuk mempromosikan perhimpunan itu yang diadakan pada 9 Julai ini di ibu negara.
Sehubungan itu, mereka menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan itu yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 bagi tempat pertama, RM200 (kedua) dan RM100 bagi tempat ketiga.
Ketua penerangannya Herman Samsudeen berkata pihaknya menetapkan sembilan syarat pertandingan berhubung pembikinan video BERSIH 2.0.
Syarat-syarat tersebut adalah:
- Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit
- Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat
- Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih
- Memasukkan maklumat tarikh dan tempat himpunan BERSIH 2011
- Memasukkan maklumat lapan tuntutan BERSIH
- Muzik atau petikan suara atau ucapan sebagai latar digalakan (Keutamaan kepada ucapan pemimpin PAS)
- Penggunaan ayat al-Quran atau Hadis digalakan
- Setiap video dikehendaki meletakan nama pencipta dan nama “Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan" sebagai penerbit.
- Video yang dicipta hendaklah tidak menyentuh sensitiviti atau menghina mana-mana kaum, agama, individu atau parti.
"Video yang telah siap hendaklah dimuatnaik ke laman web Youtube mengunakan akaun peserta," katanya sambil menambah mereka digalakkan mempromosikan video itu untuk mendapatkan rating penonton.
Menurutnya lagi, penilaian terhadap video itu dibuat berdasarkan kepada pematuhan syarat pertandingan, mesej yang disampaikan, susunan jalan cerita, kualiti gambar, komen serta jumlah penonton dalam Youtube.
"Peserta yang telah memuatnaik video mereka hendaklah menghantar link video berkenaan di Youtube ke email - hermansamsudeen@gmail dengan tajuk "Pertandingan Video" dan menyertakan nama peserta, nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit," katanya.
Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 18 Julai manakala keputusan tiga video terbaik akan diumumkan pada 25 Julai ini melalui dalam blog DPPWP dan email kepada pemenang. -M'kini
BERSIH: Masa Untuk Bercakap Sudah Berlalu , at 21.6.11,
Masa untuk bincang sudah lalu, Bersih beritahu SPR
KUALA LUMPUR, 21 Jun — Bersih 2.0 menyambut baik kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan perbincangan mengenai pembaharuan pilihan raya tetapi menegaskan sudah terlambat untuk berbincang lagi ekoran penyalahgunaan yang jelas dan ketidakinginan kerajaan untuk memperbaiki sistem sedia ada.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataannya malam tadi.
“Ini ekoran laporan-laporan terbaru mengenai penyalahgunaan yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak dan menjelang pilihan raya umum (ke-13),” kata beliau.
Bekas presiden Majlis Peguam itu memberitahu SPR ada mengesyorkan beberapa pendekatan dalam pembaharuan dalam pelaksanaan undi pos, tetapi idea-idea itu tidak jauh ke mana pun.
Ambiga juga memberitahu The Malaysian Insider, idea-idea itu mesti dibentangkan di Parlimen untuk dikuatkuasakan.
Justeru beliau menggesa agar SPR demi kepentingan awam mendedahkan idea-idea pembaharuan yang mereka syorkan kepada pentadbrian Najib, tetapi telah diketepikan.
Ambiga juga mengecam suruhanjaya itu yang mendakwa bahawa Bersih 2.0 bukan sebuah badan yang bebas, sedangkan pada masa yang sama ia juga tidak menggambarkan bahawa SPR seharusnya bertindak sebagai agensi yang tidak memihak mana-mana pihak.
“Tidak kisah dari mana syor-syor pembaharuan ini datang, sama ada kerajaan, pembangkang, NGO atau mana-mana warganegara. Mereka seharusnya mempertimbangkan kesemua syor berdasarkan merit,” katanya.
Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 dengan syarat Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak diadakan.
“Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai “rubber stamp” atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.
“Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin,” katanya.
Aziz meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.
Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.
“Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.
“Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama,” katanya. -TMI
Mereka (Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR) akan tetap dipertanggungjawabkan di atas segala salahlaku yang mereka lakukan yang menyebabkan pilihanraya diadakan senget sebelah.
Terlkalu banyak bukti penyelewengan dilakukan oleh SPR sekalipun mereka menafikan.
Enam tuntutan BERSIH 2.0 adalah:
1. Pendaftaran pengundi automatik
2. Penggunaan dakwat kekal
3. Penghapusan undi pos
4. Kebebasan media.
5. Masa berkempen minima 21 hari
6. Jentera kerajaan tidak digunakan untuk berkempen
Sekarang, terima dan laksanakan tuntutan tersebut terlebih dahulu, kemudian baru boleh ajak bercakap. Bercakap bagaimana mahu melaksanakannya. Rakyat tidak semudah itu untuk diperdayakan lagi. -GB
Kabinet baru PAS Kelantan, Kedah dan Perak. , at 21.6.11,
Nampak gayanya memang kebanyakkan negeri memasukkan muka baru dari kalangan orang muda untuk menguatkan 'kabinet pilihanraya' masing masing.
Kat bawah ni aku senaraikan 'kabinet perang' PAS negeri Kelantan, Kedah dan Perak.
Perhubungan PAS Kelantan
Pesuruhjaya : YAB TG Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tim. Pesuruhjaya 1 : YB Ustaz Ahmad Yakob
Tim. Pesuruhjaya 2 : YB Husam Musa
Tim. Pesuruhjaya 3 : YB Mohd Amar Abdullah
Setiausaha Perhubungan : YB Zulkifli Mamat
Bendahari : YB Hanifa Ahmad
Ketua Penerangan : YB Dr Mohamad Fadzli Hassan
Pengarah pilihanraya : Wan Nik Wan Yussof
Ketua Dewan Ulamak PAS :
Ketua Dewan Pemuda :
Ketua Dewan Muslimat :
Penolong Setiausaha 1 : Mohd Nasir Che Daud
Penolong Setiausaha 2 : Mohd Asri Mohd Zain
AJK Perhubungan : Ahmad Fadhli Shaari, YB Takiyuddin Hassan, YB Anuar Tan, Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong dan Dr Johari Mat
Kabinet PAS Kelantan tak banyak berubah. Dengan kekalnya Ust Ahmad Yakob sebagai TPJ1 mungkin sebagai hint dari TG Nik Aziz sebagai calon Menteri Besar Kelantan akan datang. Yang berubahnya cuma diperingkat 'pegawai' seperti Setiausaha dan Pengarah Pilihanraya untuk menghadapi PRU13.
Perhubungan PAS Kedah
Pesuruhjaya: Ustaz Hj Azizan Razak
Tim. Pesuruhjaya 1 : Ir. Phahrolrazi Zawawi
Tim. Pesuruhjaya 2 : Dr. Ismail Salleh
Tim. Pesuruhjaya 3 : Ustaz Md Isa Shafie
Setiausaha : Ustaz Musodak Hj Ahmad
Bendahari : Ir Amiruddin Hamzah
Ketua Penerangan : Mohamad Sanusi Md Nor
Pengarah Pilihanraya : Hj Muhamad Yusof Husin
Ketua Dewan Ulamak PAS : Sheikh Mohamad Abdullah
Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Ahmad Yahya
Ketua Dewan Muslimat : Ustazah Siti Aishah Ghazali
Penolong Setiausaha 1 : Aizat Zakaria
PAS Kedah berubah banyak. Mahfuz dan Ust Taib digugurkan dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya. Macam tu jugak jawatan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan diganti dengan orang lain. Cuma Pak Chop saja bertukar jawatan, dari Setiausaha kepada pengarah Pilihanraya. Harap-harapnya Ust Musodak (gambar) Setiausaha Perhubungan yang baru dapat memperbaiki beberapa kelemahan yang ada terutama sekali berkaitan hubungan dengan kawasan-kawasan.
Perhubungan PAS Perak
Pesuruhjaya : Ustaz Abu Bakar Husain
Tim. Pesuruhjaya 1 : Ir. Nizar Jamaluddin
Tim. Pesuruhjaya 2 : Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki
Tim. Pesuruhjaya 3 : Haji Razman Zakaria
Setiausaha Perhubungan : Dr. Muhaimin Sulam
Bendahari : Haji Osman Maseri
Ketua Penerangan : Ustaz Nuri Amin Endut
Pengarah pilihanraya : Haji Asmuni Awi
Ketua Dewan Ulamak PAS : Ust Shuib Din
Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Zawawi
Ketua Dewan Muslimat : Dr. Najihah
Penolong Setiausaha 1 : Ismad Sahril
Penolong Setiausaha 2 : Puan Mazidah
AJK Perhubungan : Haji Zainuddin Yusuf, Ust Sidik Noor, Azhar Rafie, K Y Tiang, Mohd Zamri Ibrahim, Khairul Anuar Ismail dan Puan Rosaini Ali
Kabinet baru PAS Perak berubah banyak dan nampak macam semakin mantab terutama sekali dengan kemasukkan semula Dr. Muhaimin Sulam (gambar) sebagai setiausaha, aku yakin gerakkerja akan jadi lebih tersusun dan terancang.
Aku cukup setuju Hj Asmuni dikekalkan walaupun ramai yang tak berapa suka cara dia bekerja. Pada aku PAS Perak memang memerlukan cara kerja Hj Asmuni untuk pastikan kerja-kerja pilihanraya terutamanya di peringkat kawasan berjalan seperti yang dirancangkan..
Berkaitan
- Kabinet Perang Pas Terengganu dan Melaka?
Kuala Terengganu Selepas Dilanda Ribut Taufan , at 21.6.11,
Gambar: SEBUAH kereta Perodua Kelisa di timpa sebatang pokok di Pantai Batu Buruk akibat dilanda ribut kuat. Foto: Aswadi Alias (19/06/2011)
Wakil rakyatnya, Datuk Rahin Mohd Said berkata, bilangan rumah yang terbabit dalam kejadian pukul 9 malam itu mungkin meningkat kerana bancian belum diselesaikan.
Katanya, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan bumbung serta banyak pokok tumbang dan menghempap bumbung rumah, kereta dan kabel elektrik di sepanjang jalan.
"Ribut ini antara yang terburuk dalam sejarah di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah mangsa ribut di beberapa buah kampung hari ini.
Rahin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, berkata, Kampung Kebur Air merupakan yang paling buruk apabila lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan.
Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan awal seperti atap dan peralatan bagi membolehkan rumah mangsa dibaiki. – Bernama
kredit foto: melayukini.net
YB Dato Husam menang saman difitnah akhbar watan , at 21.6.11,
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh keputusan taksiran ganti rugi saman fitnah yang dikemukakan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa bersama dua plaintif lain terhadap sebuah akhbar, tiga tahun lalu.
Timbalan Pendaftar Mahkamah, Nariman Badruddin membuat keputusan itu dalam kamar, selepas mahkamah membenarkan tuntutan plaintif kira-kira empat bulan lalu.
Kesemua plaintif termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah hadir mendengar keputusan itu.
Plaintif menamakan defendan dari akhbar Mingguan Watan, M Goenawan Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail@Baha Azuwan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Naluri Teratai Sdn Bhd dan Tristan Media Distributors.
Saman RM15 juta difailkan terhadap defendan yang didakwa menyebarkan fitnah menerusi artikel siaran akhbar Mingguan Watan bertajuk: ‘Siasat Pemimpin Pas Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK’, bilangan 17, 21 hingga 27 Disember 2008.
Menerusi artikel berkenaan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dikatakan rugi RM21 juta akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang juga ahli lembaga pengarah PKINK berkait satu projek anak syarikatnya.
Malah artikel itu juga menyebut: ‘Watan difahamkan pindaan perjanjian itu menyebabkan kerugian kepada PKINK kerana untuk melindungi kroni-kroni pemimpin Pas yang dipercayai menjadi ‘pelabur tempatan’ itu yang memegang 50 peratus ekuiti berkenaan.
Susulan itu, Husam menghantar notis supaya defendan-defendan memohon maaf secara terbuka namun mereka menerbitkan pula artikel 4-10 Januari 2009 menegaskan tidak akan meminta maaf.
Seterusnya, Husam menuntut defendan membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM5 juta kepadanya atas perbuatan fitnah yang dilemparkan dengan menuntut ganti rugi teladan, teruk, punitif, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi yang dibenarkan mahkamah.
Kata Husam, beliau bersyukur dengan kemenangan yang dapat mematahkan fitnah terhadap dirinya bersama dua plaintif lain itu.
“Saya sangat bersyukur kerana itu memang satu fitnah secara terang terangan dan Watan pun sudah ditutup serta tidak keluarkan sebarang penerbitan lagi.
“Defendan-defendan pula yang tidak hadir ke mahkamah hari ini (semalam) bagaimanapun kita minta ganti rugi itu paling kurang RM5 juta untuk setiap plaintif,” katanya.