Ikuti Blog ini

DANA KOMPLEKS PAS DI PUTRAJAYA DILANCARKAN



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal .

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya suatu masa nanti.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

“Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli. -jiwokelate


Najib Altantuya: Mengapa Pura-pura Homati Mahkamah Yang Sedang Disalahguna?





Barisan Nasional (BN) akan menghormati proses mahkamah dalam menentukan keputusan muktamad berkaitan kedudukan kerajaan di Perak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Isu Perak ini dalam proses mahkamah. Oleh itu, kita mesti menghormati proses mahkamah malah pihak pembangkang pun telah bawa kes Perak melalui proses di mahkamah.

"Jadi kita akan menghormati proses mahkamah untuk menentukan keputusan muktamad berkenaan hal kedudukan kerajaan di Perak ini," kata Perdana Menteri dan Pengerusi BN selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Kata-kata Najib di atas lebih banyak menimbulkan kesangsian terhadap proses mahkamah yang oleh banyak pihak, terdapat campurtangan eksekutif terhadap judiciari apabila hakim Ramle Ali yang mendengar dan akan menghkimi kes-kes melibatkan Nizar dan Zambry di Mahkamah Rayuan.

Hal ini dikesani apabila Hakim Mahkamah Rayuan yang mendengan kes Zambry vs Nizar adalah seorang hakim yang namanya disebut di dalam kes rasuah VK Lingham beberapa bulan lalu iaitu Datuk Ramly Ali.

Chegu Bard mendedahkan mengikut perbualan VK Linggam, beliau telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.

Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan Umno melalui VK Linggam.

Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)

Penantian PR di Penanti tamat,pasai UMNO tak berani.






On the Perak impasse, Najib said BN will respect the process of law as the opposition had also brought the case to court to make the final decision on the status of the state government. Asked whether BN will engage the opposition to discuss the impasse as they had expressed willingness to talk, he said the coalition has yet to fix a time to meet.

"Both sides must respect the process of law so that we will not create any confusion which will affect the public order."

Baiklah UMNO dan Pakatan boleh respect process undang-undang. Katakanlah pada hari khamis ini Nizar menang kesnya, apakah Najib akan rayu kepada mahkamah Federal pula?

Nampaknya pelawaan Najib hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja.

Mahkamah Tinggi: Sultan tidak boleh pecat MB

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu, bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, lapor Bernama.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.
Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan menteri besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

NIZAR MOHON 5 HAKIM MENDENGAR KESNYA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang semalam.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.


Rekod Dunia: Umno Takut Pilihanraya Kerana Dah Tahu Akan Kalah Teruk




BN Tidak Bertanding Di Penanti

…………………………………………………………………………………………………………..

Lembu Jantan Hilang Telur Tergolek Kaku Di Penanti



Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menggariskan tiga sebab mengapa BN menolak untuk bertanding di kerusi DUN Penanti.


Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.


Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.


Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.


Sebab keempat, sebab yang paling penting mengapa BN tidak bertanding – BN takut tewas di kerusi tersebut tidak pula disebut!


Nampaknya Umno-BN yang dulu sentiasa kelihatan garang bagai lembu jantan (bull) yang setiap masa bersedia menghadapi matador, kini lebih mirip seperti lembu yang sudah hilang kejantanannya atau dengan bahasa yang paling tepat LEMBU YANG SUDAH HILANG TELURNYA, lembu yang tergolek tewas di luar gelanggang.


Kesian Umno-BN, kini Satu Malaysia sudah tahu BN umpama lembu jantan yang hilang telur. Kesian Umno-BN, mereka memberi kemenangan percuma kepada PR dengan rekod 5-1.

PAS UMNO : Tiada Politik Wang Dalam PAS



Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mengesahkan amalan politik wang tidak wujud dalam parti itu seperti yang digembar-gemburkan terutamanya menjelang pemilihan Jun depan.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jawatankuasa itu juga menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan parti itu dengan amalan rasuah dan politik wang.

"Saya telah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan beberapa pimpinan Pusat yang lain.

"Seteleh kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri-negeri, kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyurat itu berakhir.

Minggu lalu Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi mendedahkan bahawa perebutan kuasa dalam PAS semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan parti itu Jun depan.

Mohamed memberitahu, terdapat sesetengah calon yang telah membuat jamuan dan memberi baju kepada perwakilan untuk melobi supaya memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

Jawatankuasa Harian PAS Pusat juga mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan kepada Mohamed Daud dan beranggapan isu politik wang dalam PAS tidak timbul.

Abdul Hadi juga menyifatkan usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan PAS dengan amalan politik wang ternyata tidak berhasil.

"Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal.

"Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang," katanya.

Dalam pada itu Mohamed Daud ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata beliau telah memberi penjelasan secara menyeluruh kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sama beliau mengemukan sebarang bukti ataupun tidak berhubung dakwaannya sebelum ini.

"Tiada komen... Tiada komen, kalau saya cakap nanti banyak masalah.

"Saya serah kepada presiden parti," katanya ringkas.





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .