Ikuti Blog ini

SAF KEPIMPINAN DPPP 2009-2011


Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.


Berikut merupakan senarai tersebut:


Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar


Ahli Jawatankuasa dipilih


1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub


Ahli Jawatankuasa dilantik


1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman


TAHNIAH kepada semua yang dipilih dan dilantik memikul amanah bagi meneruskan perjuangan suci ini,Dengan harapan yang begitu besar dan kepercayaan yang tinggi dan tidak berbelah bagi terhadap saf pimpinan yang baru ini......Wassallam.!!!!



Kabinet baru PAS Terengganu




Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini telah membentuk kabinet barunya bagi sesi 2009-2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya baru, Dato' Harun Taib telah melantik Dato' Abu Bakar Chik, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Ustaz Saiful Bahri Mamat sebagai Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya. Dato' Abu Bakar Chik adalah Timbalan Pesuruhjaya sesi lalu, manakala Haji Mohd Abdul Wahid dan Ustaz Saiful adalah muka baru yang dilantik ke jawatan itu.

Haji Yahaya Ali kekal sebagai Setiausaha. Sementara Ketua Penerangan sesi lalu, Haji Muhyidin Abdul Rashid dilantik sebagai Bendahari menggantikan tempat Haji Mohd Abdul Wahid. Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ustaz Ariffin Deraman pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya menggantikan tempat Haji Yahaya pada sesi lalu.

Turut dilantik ialah tiga orang Penolong Setiausaha yang terdiri daripada Ustaz Kamarudin Yunus, Haji Hanafiah Ramli dan Perantau.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa tambahan yang dilantik ialah Ustaz Mohd Harun Jusoh, Haji Abdul Haris Abd Malik, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Haji Hussin Ismail, Hajah Zarani Othman dan To' Puan Hajah Fatimah Ibrahim.

Anggota-anggota lain adalah terdiri daripada Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat negeri serta Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan.

PRK Manek Urai; Peluang PAS Amat Cerah

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/130620091.jpgHULU TERENGGANU – PAS mempunyai peluang yang cerah untuk mengulangi kejayaan dalam pilihan raya kecil Dun Manek Urai, Kelantan, sebagaiamana kejayaan yang dicapai dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata berdasarkan pencapaian masa lampau peluang PAS untuk mengekalkan kemenangan adalah lebih besar.

”Kita (PAS) yakin berdasarkan kepada ‘track rekod’ yang ada kita mempunyai harapan yang lebih besar untuk mencapai kejayaan itu,”katanya ketika ditemui di rumahnya, dekat sini.

Bagaimana pun, dengan pengundi Melayu melebihi 99 peratus beliau tidak menolak pertembungan yang sengit akan berlaku di antara PAS dan Barisan Nasional (BN) kerana kedua-dua parti akan cuba menawan hati para pengundi Melayu.


Katanya, PAS Terengganu akan membantu PAS Kelantan yang lebih mengetahui strategi dan tektik untuk memenangi pilihanraya tersebut.

”Tektik dan strategi kita (PAS) untuk menawan hati pengundi di Manek Urai, hanya orang Kelantan sahaja yang tahu dan lebih arif daripada kita,

”Kita (Terengganu) membantu mereka (Kelantan), segala pendekatan dan cara hendak mengambil hati pengundi orang Manek Urai akan diatur (oleh) orang Kelantan,

”mereka akan beri taklimat kepada kita, kita (PAS Terengganu) tidak boleh buat strategi sendiri,”jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, PAS Terengganu akan turun ke Manek Urai secara rasmi bermula pada 19hb Jun.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu (JPNT), Ariffin Deraman berkata para petugas PAS Terengganu akan dihantar mengikut kawasan masing-masing dari tarikh tersebut sehingga hari mengundi pada 14 Julai depan.

”Kita (petugas PAS Terengganu) akan turun bermula 19hb Jun sehingga hari mengundi (14 Julai) mengikut kawasan, kita diarahkan bertugas di Peti Undi Laloh (Lakloh) bersama kawasan pembantu Gua Musang,”katanya ketika dihubungi Buletin Online semalam.

Beliau yang telah pun membuat tinjauan pada 14 Jun, Ahad lalu, berkata ribuan petugas dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya dari PAS akan berada di Kelantan terutama pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

Ketika ditanya bagaimana sambutan jentera Peti Undi Laloh beliau berkata, “kami di terima baik oleh jentera Unit Peti Undi dan jentera operasi serta kawasa pembantu,”.

Turut hadir dalam tinjauan tersebut adalah Pengarah JPNT Hj Yahaya Ali, Pengerusi MTD Chujai, Hj Hanafiah Mat dan Bendahari Kawasan Kemaman Haji Johan


Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuatkuasa 23 Mei lalu ekoran penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Allahyarham yang mewakili Pas mula memenangi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985 dan pada pilihan raya umum tahun lalu, Ismail mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.



MB Nizar Sepatutnya Lulus Projek, Bukan Exco PKR

Mahkamah Sesyen Ipoh semalam diberitahu pembangunan tanah di Perak bawah portfolio menteri besar dan bukan portfolio dua bekas exco negeri, yang kini telah meninggalkan PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi.

Saksi pertama pendakwa Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Perak, Abdullah Antong Sabri berkata Mohd Osman sebelum ini adalah pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan Bukan Kerajaan, manakala Jamaluddin pula pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.

Katanya, oleh itu semua fail pembangunan tanah mesti dilihat oleh menteri besar - waktu itu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat mingguan exco untuk keputusan dan semua Exco terlibat untuk membuat keputusan bersama.

"Kertas MMK pembangunan tanah seperti perumahan, industri dan projek berbentuk pembangunan tanah mesti dibawa dan diputuskan dalam mesyuarat itu oleh semua ahli exco yang diwajibkan hadir dan terlibat secara bersama untuk membuat keputusan di dalam mesyuarat," katanya dalam perbicaraan hari pertama kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar membabitkan dua bekas ahli exco berkenaan dan empat yang lain.

Abdullah, juga setiausaha DUN Perak, berkata semakan beliau menunjukkan tidak ada kertas kerja pembangunan tanah di Seri Iskandar telah dibawa ke mesyuarat Exco untuk keputusan pada tahun lepas.

Beliau bersetuju dengan saranan peguam Abdul Roni Rahman yang mewakili Mohd Osman (Adun Bebas-Changkat Jering) dan Jamaluddin (Adub Bebas-Behrang) bahawa oleh kerana tidak ada kertas cadangan bagi pembangunan di kawasan tersebut, maka perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat mingguan exco atau di peringkat pentadbir tanah dan pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak.

Katanya, semua kertas kerja pembangunan tanah disediakan oleh pentadbir tanah di mana tanah tersebut berada dan disemak serta dikemaskan oleh PTG Perak untuk perhatian menteri besar sebelum dibawa ke mesyuarat mingguan tersebut.

Menjawab soalan balas timbalan pendakwa raya Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi mengenai apakah kertas kerja yang dibincangkan dalam mesyuarat mingguan exco, Abdullah berkata mesyuarat itu kebiasaannya akan membincangkan tiga komponen kertas kerja iaitu pembangunan tanah, kewangan dan urusan pentadbiran dengan 95 peratus daripada kerta kerja yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan melibatkan pembangunan tanah.

Sementara itu, saksi kedua pendakwa, pengurus sumber manusia Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Sabariah Abdul Manan ketika disoal Mohammad Jazamuddin berkata juruteknik perbadanan itu Ruslan Sahat bertugas memantau kerja-kerja di tapak pembinaan termasuk kerja-kerja infrastruktur, sistem pembentungan, kerja cerucuk dan konkrit, pemeriksaan bahan binaan dan mendokumentasi dokumen kontrak.

Sabariah, yang disoal balas oleh Abdul Roni, bersetuju bahawa sebagai juruteknik PKNP, Ruslan tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berhubung pembangunan tanah di Perak, lapor agensi berita itu lagi.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menangguhkan perbicaraan ke pagi ini selepas Sabariah selesai memberikan keterangannya.

Mohd Osman, Jamaluddin, Ruslan dan dua orang lagi iaitu bekas ADUN PKR bagi Bota Usaili Alias dan bekas ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lepas untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Ruslan diwakili peguam Surjan Singh dan Yunos Ali, Usaili diwakili Ting Chek Meng dan Ranjit Singh. Peguam S Muthu dan Mohd Asri Othman masing-masing mewakili Zul dan Fairul Azrim manakala Mohammad Jazamuddin dibantu oleh Nafhatun Mohd Pozi.





NIZAR TELAH LAKUKAN DUA SUMPAH






Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap MB Perak pilihan rakyat, YAB Ir Nizar Jamaludin hari ini telah mencatat sejarah mengangkat sumpah di Parlimen sebagai Ahli Parlimen. Sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau kepada rakyat Perak bahawa nasib rakyat Perak akan terus diperjuangkan di Parlimen sebaik sahaja beliau menjejakkan kakinya di Parlimen terlaksana sudah. Setelah beliau mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen, YAB Nizar seterusnya melaksanakan sumpahnya kepada rakyat Perak iaitu memperjuangkan hak-hak rakyat Perak iaitu pembubaran Dun Perak.

Tanpa membuang masa, tanpa mengira risiko yang bakal menimpanya, YAB Nizar terus melaungkan `Bubar Dun, Hidup Rakyat' di Parlimen serta diikuti oleh semua MP dari PR. Kini, suara lantang tokoh muda dari Pas itu akan menjadi teman buat DS Anwar di barisan hadapan yang pastinya akan `mengecutkan' perut MP dari Umno/Bn. Akhirnya, seperti biasa kuasa yang ada pada Speaker digunakan untuk menyelamatkan maruah Umno/Bn di dalam Parlimen. Bersuara `Bubar Dun dan Hidup Rakyat' kini lebih bahaya atau dikira kurang baik dari bersuara mencarut, lucah dan sebagainya. Itulah Parlimen Malaysia yang juga melahirkan spesis yang sama di Dun Perak.

Ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menganggap mereka yang bersuara serta memakai tanda `Bubar Dun' sebagai mereka yang `putus wayar' adalah satu ulasan yang dikira sebagai kehabisan modal untuk berhujah. Nazri Aziz dikenali sebagai `tukang kipas' paling hebat di era mana-mana PM pun. Dahulu, Tun Mahathir adalah mangsa kipas beliau hinggakan tidak kering tangan Tun dikucup oleh menteri yang tidak bijak ini. Apabila Tun tidak lagi memegang kuasa, beliau `meludah' Tun kemudiannya mengipas pula Pak Lah. Kini, Pak Lah pun hilang kuasanya, Nazri kini mencari sasaran baru untuk terus dikipas demi mengisi perutnya. Sebab itulah tidak hairan jika Tun kini baru sedar bahawa Nazri itu siapa dan Tun sendiri secara berterus terang bahawa beliau tidak senang dengan kehadiran orang yang pernah mengucup tangannya itu berada di dalam kabinet Najib.

Walau apa pun tindakan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap YAB Nizar serta rakan-rakan dari PR, yang penting mesej dari YAB Nizar telah disuarakan sebagaimana janji dan sumpah beliau kepada rakyat Perak. Apakah kita melihat tragedi yang berlaku di dalam Parlimen memberi isyarat bahawa rundingan, pakatan atau perbincangan tentang `Kerajaan Perpaduan' yang dicetuskan sekarang boleh dianggap FULL STOP? Biarlah pemimpin Pas yang menjawabnya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .