Ikuti Blog ini

Hassan datang minta maaf, TG Nik Aziz buat kenduri kesyukuran


Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali telahpun membuat pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata: "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hasan."

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pertemuan ini dianjurkan oleh PAS pusat.

"Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia," tambahnya.

Menurut Nik Aziz, beliau juga telah membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di kediaman rasminya semalam sebagai tanda kesyukuran penyelesaian kes tersebut.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Amy Search & Karl Cromok - Petanda Terbaik..

Lirik yang terbaik ..
Ada makna tu..
 

Gerakan Mahasiswi Turut Kecam Tindakan LPF Mahu Lepas Tangan

LPF mahu lepas tangan

KUALA LUMPUR: Sinergi Gerakan Mahasiswi (Sigma) menyifatkan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan.

Gambar: Pengerusi & Timbalan Pengerusi SIGMA

Melalui satu kenyataan media hari ini, pengerusi Sigma Rohayu Rusli mendesak agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam minggu lalu berhubung dengan tiada lagi penapisan filem oleh LPF.

“Apatah lagi beliau (Mahmood Adam) juga menyebut bahawa segala urusan perfileman adalah di bawah tanggungjawab pengarah dan penerbit filem tersebut, termasuk masalah-masalah yang berbangkit di kemudian hari.

“Saya melihat tiada satu jaminan yang kukuh di peringkat Kementerian berhubung perkara ini dan mahasiswa sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat menilai filem-filem di Malaysia sekarang ini banyak berunsur negatif dan tidak membina,” tegas beliau.

Festa filem hantu, lucah

Menurut Rohayu, dalam tahun 2011 ini sahaja Malaysia seolah-olah meraikan festa filem hantu dan lucah kerana banyak cerita-cerita hantu dan lucah yang memenuhi pawagam sepanjang tahun.”

“Apabila melihat tujuan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia,” katanya.

Beliau menerangkan bahawa LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan untuk menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif.

“Dari sisi pandang masyarakat yang menilai, apabila sesebuah filem itu melalui LPF ianya sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.”

“Sigma juga meluahkan kebimbangan terhadap keputusan LPF dengan senario masyarakat kita yang mudah terpengaruh. Apatah lagi filem-filem tempatan dan barat banyak memberi pengaruh besar kepada perkembangan anggota masyarakat terutama golongan muda.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Sigma, Nur Syazwani Aziz berkata, beliau mendapati banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF, seperti Presiden Persatuan Pena Nasional, Saleeh Rahamat dan Presiden Persatuan Veteran RTM, Helan Adam.

“Keputusan LPF ini menimbulkan banyak kerisauan dan kami berharap LPF mengambil sikap bertanggungjawab dan tidak berlepas tangan,” katanya. -FMT

Ekslusif, Kondo mewah keluarga Shahrizat di Singapura




Oleh Milo Suam

LANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium
mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil, ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.

Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.

Gambar di atas ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.

Kami terpaksa melakukan beberapa muslihat supaya dibenarkan masuk. Namun kami dihalang untuk mengambil gambar dengan alasan ini merupakan kawasan persendirian. Hanya kamera Hp yang berjaya diseludup masuk.

Difahamkan, Orchad Scotts merupakan kondominium antara yang paling selesa dan luas di Singapura. Kawasan ini juga merupakan kawasan kediaman golongan elit di kota yang pernah dikenali sebagai Pulau Temasik itu.




Di bawah ini beberapa keping gambar yang berjaya diambil secara "curi-curi" di dalam kawasan kondominium Orchard Scotts. Mujur pihak pengawal tak nampak, kalau nampak mampos!


Salah sebuah unit kondo mewah di Orchard Scotts ini didaftarkan pembeliannya menggunakan nama suami Shahrizat dan dua orang anaknya secara milikan bersama. Duit rakyat RM250 juta untuk bela lembu diguna untuk kumpul kekayaan.



ReJaM© "Selepas ini kita dedahkan pula Restoran Makanan Mewah family Shahrizat di Singapura..!"

Apa helah Umno/BN dengan perubahan diumumkan SPR?

Rakyat wajib curiga dan merasa syak wasangka dengan tindak-tanduk Suruhanjaya Pilihanrayan Malaysia (SPR) selagi mana ia tidak diletakkan dibawah parlimen.

Dan selagi mana SPR dibawah kekuasaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) selagi itu SPR tdak boleh diakui dan dipercayai sebagai badan yang bebas.

Sebagai sebuah badan penggendali pilihanraya, SPR bukan sahaja perlu bebas dari campurtangan mana-mana parti politik atau pemerintah, tetapi perlu juga dilihat bebas dari pengaruh mana-mana pihak.

Apakah alasan kita tidak boleh membebaskan SPR, sedangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dulunya dkenal sebagai Badan Pencegah Rasuah sudah boleh bebas dari cengkaman Jabatan Perdana Menteri

Semua rakyat tahu dan sedar, walaupun berkali-kali dinafikan, SPR mash menjadi kuda tunggangan pemerintah Umno dan Barisan Nasonal.

Apabila ia diletakkan dbawah Jabatan Perdana Menteri, maka ia tertakluk kepada arahan dan peraturan yang dtetap dan dikeluarkan oleh 'tuannya', iaitu Perdana Menteri Malaysia.

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi SPR yang dilaporkan beberapa akhbar haran pada 20 Dsember lalu, beberapa perubahan akan dilakukan oleh SPR pada pilihanraya umum ke-13 seperti dibawah;

1. Menghapuskan masa bantahan selama sejam pada har penamaan calon.
2. Calon yang dinamakan tidak dibenarkan tarik diri
3. Membenarkan pengundi Orang Kelainan Upaya (OKU) dibantu oleh orang lain untuk mengundi
4. Mempamerkan daftar pemilih selama 14 hari.
5. Membersihkan daftar pemilih setiap hari
6. Mengubah tempat duduk wakil calon untuk memantau proses buang undi


Saya mengalu alukan perubahan yang akan dibuat oleh SPR didalam pilihan raya umum ke 13 akan datang. Cuma terdapat beberapa perkara yang masih boleh dipertikaikan.

1. Isu hapus masa bantahan.
Pegawai pengurus diberi kuasa sepenuhnya didalam menentukan calon calon yang mengisi borang diterima untuk bertanding. Macamana kalau pegawai Pengurus yang dilantik memang aktivis parti UMNO seperti yang berlaku di dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu Datuk Bandar Kuala Terengganu (ketika tu) Datuk Mat Razali Kassim telah dibuktikan berpihak kepada Umno/BN apabila mengugut kakitangan di bawahnya di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi memberi sokongan kepada calon BN. Setelah diber tekanan, akhirnya beliau menarik diri sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 14 Januari 2009.
Perubahan yang dilakukan oleh SPR ini tentulah memberikan kelebihan kepada calon BN. Petisyen pilihanraya bukanlah yang terbaik untuk menegakkan kebenaran kerana selalunya didalam kes kes petisyen pilihanraya pembangkang jarang sekali menang.

2. Calon tak dibenarkan tarik diri
Apabila SPR tidak lagi membenarkan calon yang bertanding menarik diri mengurangkan risiko calon yang bertanding hanya untuk menerima habuan dan menarik diri apabila selesai menerima habuan.

3. Pengundi OKU dibenarkan membawa orang lain selain dari saudara.
Dalam isu ini saya bimbang apabila pengundi yang uzur seperti orang buta dibenarkan orang lain membawanya atau mengundi bagi pihaknya yang bukan saudaranya akan berlaku penipuan. Ini kerana pembantu tersebut orang kuat BN tentulah adnya kempen sebelum mengundi atau yan lebih parahnya lagi apabila KTM membenarkan beliau mengundi bagi pihak OKU tersebut. Walaupun mungkin tugas membawa pengund ini diambil alih oleh petugas SPR yanga memakai warga serba kekuningan, adakah SPR dapat pastikan bahawa petugas tersebut bukan aktivis tegar BN.

4. Pameran daftar pemilih selama 14 hari.
Ini sememangnya tuntutan Pakatan Rakyat. Ini memberi peluang kepada Pengundi melalui PPS lantikan SPR membuat semakan tuntutan dan bantahan kepada senarai pemilih.

5. Bersih daftar pemilih setiap hari.

Saya mengharapkan pihak SPR mengambil kira senarai yang sudah berada dalam DPI -Daftar pemilih induk. Masih banyak terdapat pengundi yang diragukan didalam daftar pemilih selain pemotongan yang dicadangkan oleh SPR sebanyak 40 ribu orang.

6. Ubah tempat duduk wakil calon.

Perubahan tempat duduk polling agen yang mewakili calon dan wakil calon tidak memberi manafaat yang banyak. Walau bagaimanapun sekiranya perubahan ini bertujuan memudahkan poling agen mengenal pengundi sebenar yang mengundi da bukan pengundi hantu makawajardisokong. Tetapi sekiranya perubahan ini lebih menakutkan pengundi dan bersifat mengugut maka ia tidaksama sekali.

***Ulasan diatas adalah dtulis oleh Arffin Deraman, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu. Tulsan beliau boleh dcapa melalui laman blog ariffinderaman.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .