Ikuti Blog ini

UMNO: Versi Pak Belalang


Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan semasa kita.... Hahahahaha...!!!!

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'

Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik
ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai
terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,

Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!!
Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,
Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol
dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO
nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,
Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!'


Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada
di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..'

'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'

Sekian... Semoga Terhibur... Wassalam...

Syed Hamid Pembohong Besar - Shamsul Iskandar


http://buletinonline.net/images/berita11/syedhamidjoke.jpg

Lawak Syed Hamid - Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam kelmarin kerana pihak polis mahu melindungi keselamatannya yang terancam ??!!
KUALA LUMPUR, 14 SEPT - Ketua Angkatan Muda keADILan, Shamsul Iskandar menyifatkan Menteri Keselamatan Dalam negeri, Syed Hamid Albar adalah seorang pembohong dengan menggunakan alasan keselamatan individu bagi menahan seorang wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jumaat lalu, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Chen ditahan dirumahnya dibawah akta ISA dan dibebaskan 18 jam kemudianya. Dalam sidang media, Syed Hamid memberikan alasan bahawa Tan ditahan pihak polis bagi melindungi keselamatan dirinya.

“Jika faktor keselamatan, Polis boleh digerakkan untuk mengawal keselamatan wartawan ini. Sebab itu saya kata Syed Hamid ini sebagai pembohong besar,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Menurutnya, Syed Hamid berbohong bagi menutup kesilapan yang dilakukan olehnya, oleh yang demikian beliau terpaksa mengeluarkan alasan tidak munasabah.

“Sebab itu dia cuba menutup kesilapan yang telah dilakukan dengan memberikan alasan yang tidak munasabah” tegas beliau.

Sekiranya mengenai keselamatan, Shamsul mempersoalkan untuk keselamatan siapa Tan ditahan dibawah ISA.

” Atas faktor keselamatan siapa? kerana tahanan ISA ini dilakukan oleh kerajaan atas faktor menjaga keselamatan negara, bukan sebab menjaga keselamatan individu.” soal beliau ketika dihubungi Suara KeADILan pada 14 September ini.

Beliau turut menambah bahawa Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa ISA tidak boleh digunakan untuk menahan seseorang tanpa bicara kerana ia bertentangan dengan hak asasi dan kebebasan manusia.



PRU – 13 , 8 Mac 2009 - R Sivarasa , Naib Presiden PKR


“……Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakanpilihanraya umum awal jika ia mengambil alih kuasa untuk mengikis kebimbangan ianya tidak demokratik dan tidak beretika….”

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang, kecuali masalah tarikh 16hb sahaja.

Apa – apa pun, matlamat dan sasaran sebenar untuk mengambilalih pemerintahan di Putrajaya, sudah tidak dapat dihalang lagi dan Pakatan Rakyat yakin membentuk kerajaan Pusat dalam masa terdekat tindakan – tindakan kerajaan umno/bn , yang terakhirnya dengan menghantar 49 MP nya , dengan belanja sendiri, bagi mempelajari teknik – teknik dan teknologi terkini bidang pertanian, gagal mengubah matlamat sebenarnya.

Soal tarikh bukan lah perkara pokok.

Adalah sangat dialu – alukan kenyataan Naib Presiden PKR , R Sivarasa , iaitu pilihanraya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh 6 – 12 bulan selepas pengambilalihan Putrajaya.

Sekiranya berlaku perubahan tampuk pemerintahan September ini jug , tak kisah lah 16hb atau tunggu MP balik dari Taiwan , bermakna 6 bulan dari oktober ialah mac 2009

Sangat elok , mengambil sempena PRU-12 yang lalu diadakan pada 8 Mac 2008 , maka tarikh PRU-13 diadakan pada 8 Mac 2009 , Ahad.

Sekurang – kurangnya tarikh ni akan memperingatkan rakyat , satu sejarah , kejatuhan satu kerajaan zalim , yang memerintah Negara Malaysia , selama 51 tahun , pada 8 Mac

Kata R Sivarasa , mungkin dia sudah ‘rasa’ perlu kepada cadangan pembetulan kepadaa beberapa institusi penting , iaitu SPR , JPN dan POLIS , serta lain – lainnya , sebelum PRU-13 diadakan.




Nik Aziz sangkal bentuk kerajaan 16/9 perbuatan tidak bermaruah


KOTA BHARU : “Soal maruah sudah tidak timbul lagi di negara kita, Malaysia sudah tidak ada maruah,” kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September adalah suatu perbuatan yang tidak bermaruah kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional akan lompat ke pakatan tersebut.

"Waktu BN kempen memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar dengan isu liwat menunjukkan mereka sendiri tidak ada maruah. Hari-hari televisyen, radio, suratkhabar melaporkan, mana mereka ada maruah,

“Maruah Malaysia akan musnah kalau biar UMNO jaga (tadbir), Malaysia dah tak ada maruah. Ini sangat bahaya,” kata Nik Aziz pada satu sidang media di pejabatnya, pagi tadi.


Kerana Exco Nak Guna Mercedes, Pemilik Bengkel DiSeret Ke Mahkamah

http://buletinonline.net/images/berita11/kereta_terengganu.jpg
Kerajaan UMNO/BN Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said Julai lepas telah memutuskan membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor dengan kos RM3.43 juta.
(Gambar - Exco Terengganu terus menggunakan Mercedes walaupun Kabinet Pak Lah memutuskan Terengganu mesti guna Proton)

Kereta tersebut dibeli semata-mata untuk digunakan oleh exco dan pegawai kanan kerajaan negeri bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang dibeli semasa zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Ternyata keputusan tersebut disambut negatif oleh seluruh rakyat, bukan sahaja di Terengganu, malah seluruh Malaysia tidak bersetuju dan terkejut dengan keputusan tersebut.

Justeru kerana terus mahu menggunakan Mercedes baru, beberapa justifikasi telah dibuat oleh kerajaan negeri antaranya mendedahkan kos penyenggaraan yang tinggi yang telah ditanggung oleh kerajaan negeri kerana menggunakan Perdana V6 Excutive pada sesi lalu.
http://buletinonline.net/images/berita11/gambar_796.jpg

Dakwaan Menteri Besar dan juga Setiausaha kerajaan negeri berkenaan kualiti Proton Perdana dan kos penyenggaraan tersebut telah dibidas.

Penafian datang antaranya dari Kelab Pemilik Proton Perdana V6, V-Sixers.(Gambar kanan - Ahmad Said mendedahkan kos penyenggaraan Proton yang tinggi)

Pengerusinya Alex Yu menegaskan kelab tersebut telah melakukan kaji selidik dan mendapati sekitar 70% ahli kami tidak ada masalah dengan kotak ‘gear’ walaupun mereka telah miliki kereta antara 5 hingga 7 tahun.


Walaupun bantahan dibuat oleh pelbagai pihak dan cabinet memutuskan kerajaan Terengganu tetap tidak boleh menggunakan Mercedes, Ahmad Said telah menolak saranan Perdana Menteri supaya Mercedes tersebut hanya digunakan untuk tetamu VVIP.(Gambar kiri - seorang lagi Exco bergaya gunakan kereta Mercedes)


Akhirnya, dua pemilik bengkel akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini (14/9) berhubung kes penyenggaraan Proton
Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu yang mencecah jumlah RM1.07 juta.

http://buletinonline.net/images/berita11/n_01razif.jpg
Bernama melaporkan Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Sharuddin Sapian berkata kedua-dua mereka dijangka dibawa ke mahkamah untuk didakwa kira-kira pukul 9 pagi melibatkan lima pertuduhan(Gambar kiri - seorang lagi Exco bergaya gunakan kereta Mercedes).

"Seorang daripada pemilik bengkel itu akan menghadapi empat pertuduhan berhubung kes berkenaan," katanya.

Namun apakah tuduhan yang akan dihadapi oleh pemilik bengkel tersebut tidak dinyatakan.

Pendedahan mengenai kos penyenggaraan kereta Proton bukan sahaja membongkar ‘keborosan’ kerajaan negeri menggunakan wang rakyat, malah ia turut mengheret Idris Jusoh serta projek-projek mewah yang dilaksanakan semasa beliau menjadi Menteri Besar.

Antaranya, Ahmad Said berkata kepada pemberita supaya pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak meilih-milih dalam membuat penyiasatan dan meminta badan tersebut menyiasat penganjuran Piala Monsun dan juga pembinaan Taman Tamadun Islam.

Oleh kerana Exco dan pegawai kanan negeri Terengganu tetap mahu menggunakan Mercedes, pendapat seluruh rakyat ditolak, dan dua pemilik bengkel menjadi mangsa.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .