Ikuti Blog ini

P36 : Pelancaran Gerakerja Pilihanraya dan Bilik Gerakan Pemuda PAS









Jerit: Ketua Polis Selangor bohong.


Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), yang menganjurkan kempen "Rakyat Pengayuh Perpaduan" ke seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai isu-isu yang menjejaskan mereka, membidas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, kerana menuduh badan itu menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jerit mendakwa Khalid berbohong dan telah mengelirukan rakyat mengenai situasi sebenarnya.

Semalam, ekoran penahanan kira-kira 50 penunggang basikal di Rawang, Khalid memberitahu pihak media bahawa 28 daripada mereka didapati berusia di bawah 18 tahun.

Khalid dilaporkan berkata, polis bertindak menahan kumpulan berbasikal itu bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada dianiaya dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memberitahu media malam tadi, bahawa ketika memberi keterangan, "kanak-kanak tersebut memberitahu mereka tidak tahu menahu mengapa disuruh ikut serta dalam perarakan berbasikal tersebut."

Beberapa penunggang basikal dan penyelaras Jerit telah ditahan dan disoalsiasat di bawah Akta Polis kerana mengadakan perarakan awam tanpa permit dan di bawah Akta Kanak-kerana kerana didakwa menyalahgunakan kanak-kanak.

Sebaliknya, kata Jerit, kesemua penunggang basikal di bawah umur itu telah mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka untuk menyertai kempen tersebut.



Anak PR Bakal Lahir di PRK P036

Semalam penulis berkesempatan untuk bersama-sama lautan manusia di Kompleks PAS Kedah untuk mengikuti ceramah perdana YAB MB Kedah dan YAB MB Perak.

Sejak dilantik MB Perak, inilah kali pertama bagi YAB Dato' Seri (Ir) Mohammad Nizar Jamaludin bercakap dihadapan penyokong PAS dan PR di negeri utara semenanjung. Bagi penulis, sememangnya cukup beruntung rakyat Perak secara keseluruhannya kerana mendapat seorang tokoh yang petah berbicara (termasuk dalam berbagai bahasa) YANG BELUM ADA pada MB sebelumnya... Syabas dan tahniah..!

Sebelum itu YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (MB Kedah) dalam ucapan aluannya menceritakan bagaimana dalam usia 9 bulan pemerintahan PR di lima buah negeri (kecuali Kelantan) seumpama menunggu kandungan yang bakal lahir berhadapan banyak dugaan dan ujian.

Kerajaan PR sentiasa menangkis segala bentuk serangan dari segenap penjuru oleh media perdana yang rata-rata mahu menamatkan usia kandungan PR layaknya. Perkara ini memang berterusan dan belum ada penyudahan yang nampak bahawa BN sememangnya 'gila talak' dan sentiasa 'menyalak'.

Bagi penulis, BN terus menyalak tanpa rasa segan silu meskipun rakyat telah membuat isyarat untuk mereka dalam PRK Permatang Pauh. Rasanya dalam menanti saat kelahiran seperti lazim seorang ibu mengandung selama 9 bulan, apakah akan bakal lahir seorang putera PR di PRK K.Terengganu pada 17/01/2009 ?

Dalam menanti (over-due) pada tarikh tersebut, ujian PR semakin hebat dan kita tidak mahu kandungan gugur begitu sahaja. Apa yang penting ancaman BN untuk menggugurkan kandungan PR semestinya dihentikan sebaliknya memastikan kelahiran putera Pakatan Rakyat LAHIR DENGAN SELAMAT..!!


Seleweng kuasa: BPR bersihkan menantu MB Kelantan

KOTA BHARU - Percubaan pihak tertentu untuk mempalitkan isu rasuah terhadap pemimpin kerajaan negeri dan anggota keluarganya ternyata tersasar apabila tiada kes yang mampu diketengahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas siasatan dilakukan.

Begitu juga kes yang cuba dibabitkan menantu Menteri Besar, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman semalam disahkan BPR telah ditutup kerana tiada asas yang mampu diketengahkan.

Pengarah BPR Kelantan, Mohd Jaafar Hussen dilaporkan berkata dakwaan mengenai penyelewengan kuasa oleh Ariffahmi yang juga Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah ditutup setelah didapati dakwaan itu tidak berasas.

"Dari segi perundangan, kes berkenaan tidak ada kesalahan dan semua dakwaan itu tidak betul menyebabkan kes berkenaan ditutup," katanya.

Ariffahmi ketika dihubungi melahirkan rasa syukur kepada Allah swt kerana telah melindunginya daripada musibah dan membersihkan namanya dari tuduhan tidak berasas sebelum ini.

"Terima kasih di atas sokongan dan doa beterusan Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri serta kawan-kawan yang mengikuti kes ini.

"Saya memang menghadapi kes ini dengan tenang dan yakin ia akan selesai dengan baik.Terima kasih kepada pengarah dan pegawai BPR yang memberi layanan baik semasa siasatan dilakukan.Image

"Saya tetap komited dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri iaitu ubudiah, masuliah dan itqan yang mana ia memberi panduan manual kerja kepada saya untuk dunia dan akhirat," katanya.

Beliau juga memanjatkan doa supaya Allah swt memberikan hidayah, kemudahan, keberkatan dan kekuatan untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.

Menurut beliau dengan selesainya kes tersebut, membolehkannya bekerja dengan lebih gigih bagi menjayakan misi dan agenda PMBK.

Katanya juga beliau mengalu-alukan sebarang teguran bagi kebaikan PMBK yang diterajuinya sekarang.

Sebelum ini ada beberapa kes yang cuba dibabitkan pemimpin kerajaan negeri dan pegawai dengan membuat laporan kepada BPR serta polis, namun belum ada yang mampu diketengahkan ke peringkat pendakwaan.

Begitu juga dengan siasatan polis terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kenyataan pernah cuba dirasuah tauke balak ketika baru mengambilalih teraju pentadbiran kerajaan negeri, namun ia senyap sepi sehingga sekarang.


57 ditahan sertai kempen berbasikal Jerit

PENYOKONG kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menyalakan lilin selepas ahlinya ditahan di Balai Polis Rawang semalam.

RAWANG: Seramai 57 individu termasuk 28 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ditahan polis kerana menyertai kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di sekitar Sungai Choh di sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

Turut ditahan adalah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota Parlimen Sungai Siput, Dr D. Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata penahanan kumpulan berbasikal tersebut terpaksa dibuat bagi menghentikan dan mengelakkan kanak-kanak daripada dieksplotasi oleh pihak tertentu.

"Polis bertindak demikian bagi menyelamatkan kanak-kanak ini daripada dianiya dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sedangkan ketika kanak-kanak tersebut memberi keterangan, mereka memberitahu bahawa mereka tidak tahu menahu mengapa disuruh ikut serta dalam perarakan berbasikal tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Rawang di sini malam tadi.

Beliau berkata polis akan menghubungi ibu bapa kesemua kanak-kanak dan remaja berkenaan supaya meminta mereka membawa pulang anak masing-masing sekaligus menyiasat sama ada kesemua mereka telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing-masing atau tidak.

"Kita akan minta ibu bapa untuk membawa pulang kesemua anak-anak mereka yang menyertai kayuhan berbasikal itu untuk pulang semula ke utara," katanya.

Khalid turut memberi amaran keras agar tiada lagi mana-mana pihak selepas ini bertindak membelakangkan dan melanggar undang-undang dengan membuat perhimpunan secara haram.

Katanya pada sesi soal siasat itu juga, Dr. Jeyakumar mengaku sebagai penganjur kempen itu.

Khalid berkata mereka ditahan di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak dan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana membuat perhimpunan haram.

Tinjauan mendapati kira-kira empat trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di luar bangunan balai bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.


Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bakal Humbankan Pemimpin UMNO Selepas Ini !!

KUALA LUMPUR - Saudara mara yang terlibat atau bersubahat dengan penerima rasuah mungkin menerima tindakan yang sama dengan orang yang tertuduh berdasarkan peluasan tafsiran 'saudara' dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata berdasarkan rang undang-undang itu, tafsiran bagi 'saudara' telah diperluaskan untuk merangkumi isteri atau suami penerima rasuah, adik, kakak atau abang, adik, abang atau kakak isteri atau suami orang itu, bapa saudara, emak saudara, sepupu atau menantu penerima rasuah, berbanding tafsiran dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997. "Mentua, menantu, anak saudara, bapa saudara, emak saudara dan sepupu orang tertuduh tidak terangkum dalam tafsiran 'saudara' di bawah APR 1997 sedia ada dan implikasinya dari ketiadaan itu, tindakan tidak dapat diambil sekiranya terdapat kes yang merujuk kepada kumpulan tersebut," katanya. Mohamed Nazri, yang membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua hari ini, berkata kekurangan itu akan diatasi dengan memperkenalkan tafsiran baru di bawah undang-undang baru itu supaya skop pemakaiannya bagi kesalahan di bawah Fasal 23 dan 36 turut melibatkan golongan tersebut. Penalti bagi kesalahan di bawah fasal berkenaan ialah penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Penalti sama boleh juga dikenakan terhadap manamana pegawai awam asing yang melakukan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk menerima suapan. Mohamed Nazri berkata peruntukan di bawah Fasal 22 merupakan satu kesalahan baru yang digubal di bawah SPRM sebagai memenuhi obligasi di bawah Artikel 16 Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Menentang Rasuah yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak September lepas. Mohamed Nazri berkata berbanding APR 1997, rang undang-undang SPRM juga mencadang untuk memansuhkan hukuman penjara minimum iaitu 'dipenjarakan selama tempoh tidak kurang empat belas hari'. Bagaimanapun hukuman penjara maksimum 'tidak lebih dua puluh tahun' dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi masih dikekalkan. Penalti yang dicadangkan dalam SPRM itu merupakan antara cadangan penambahbaikan kepada APR 1997 tetapi sebahagian besar peruntukan yang terdapat di dalam APR 1997 masih dikekalkan memandangkan ia masih relevan dalam konteks pencegahan rasuah di negara ini, kata Mohamed Nazri. Beliau juga berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan tambahan keanggotaan bagi pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) seramai 500 orang untuk 2008 dan seramai 900 orang lagi untuk tahun hadapan. Kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan keupayaan BPR sedia ada dengan menambah keanggotaan seramai 5,000 orang dalam tempoh lima tahun. Mohamed Nazri berkata langkah itu akan dapat membantu BPR mempercepatkan proses penyiasatan dan memberi perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik kepada masyarakat.

[Nampaknya SPRM ini amat baik dan semakin telus gamaknya. Maka semakin gentarlah pemimpin-pemimpin UMNO Pahang untuk membaham duit rakyat selepas ini. Kami tidak akan berkompromi dan gentar dengan tindakan saman yang mahu dikenakan atas segala pendedahan yang dilakukan ini. Tambahan pula maklumat yang kami dapati ini adalah daripada puak-puak UMNO sendiri, malahan ada sesetengahnya yang mempunyai jawatan penting dalam parti itu di Pahang sekarang. Justeru itu, harapan besar untuk kita menghumbankan pemimpin UMNO yang selama ini jelas mengamalkan rasuah dan penyelewengan semakin ternyata. Tambahan pula apa yang kami dedahkan sebelum ini adalah berkaitan dengan isu yang melibatkan adik beradik pemimpin tertinggi UMNO Pahang. Maka itu usahlah cuba untuk menghambat kami dari melarikan diri agar keluar dari kenyataan yang sebenarnya].


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .