Ikuti Blog ini

Mana GENG LEMBU semasa rumah Allah disita dan diroboh dulu?




Di sini saya senaraikan beberapa masjid dan surau yang telah dirampas, di sita dan di roboh semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu.

• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
Saya ingin tahu, apa tindakan ahli-ahli geng kepala lembu ini buat semasa rumah Allah itu diperlakukan oleh pemerintah yang juga konon mengaku Islam?

Saya percaya, tindakan “geng lembu” ini tidak lain dan tidak bukan adalah pembawakan dan muslihat 1 Malaysia yang mahu membuat onar agar pentandiran negeri Selangor sekarang ini seperti tidak pandai memerintah.

Tidakkah geng lembu ini tidak terfikir bahawa lembu itu merupakan haiwan suci bagi agama Hindu? Apa perasaan mereka jikalau orang-orang Hindu pula keluar di jalanraya dan membakar Al-Quran?

Kenapa Umno dan Barisan Nasional yang kuat mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mahu menggunakan akta tersebut untuk menahan juak-juak yang cuma menimbulkan kekacauan kaum dan agama ini?

Adakah ISA itu hanya untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja?

Kenapa Kerajaan Takut Tubuh Suruhanjaya Siasat PKFZ?



ImageKeengganan pihak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat skandal zon bebas perlabuhan klang PKFZ akan membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk terus mengkritik pentadbiran negara.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengusulkan penubuhan jawatankuasa diraja bagi menyiasat skandal melibatkan wang rakyat berbilion ringgit ini pada persidangan parlimen penggal kedua jun lalu.

Namun ditolak speaker Pandikar Amin Mulia atas alasan usul itu tidak perlu disegarakan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyatakan beliau tidak yakin kepada jaminan kerajaan sebelum ini yang menjanjikan siasatan telus dan adil akan diadakan bagi menyelesaikan isu ini.


"Mengapa kerajaan tidak mahu menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu PKFZ yang berlarutan sehingga kini. Kita telah bagi cadangan didalam Parlimen dan diluar Parlimen sebab kita lihat badan- badan yang ada sukar untuk buat siasatan samaada SPRM ataupun PDRM. Tidak ada jaminan tindakan yang telus dan penuh integriti," kata Mahfuz.

Skandal PKFZ juga sudah dibawa ke mahkamah tetapi masih tidak ada sebarang tanda- tanda skandal ini akan menemui titik noktah.

Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM mendedahkan kontraktor utama Kuala Dimensi mengenakan bayaran terlampau sehingga projek ini menanggung bebas hutang dan kos yang tinggi. Kos operasi PKFZ melonjak naik daripada kos asal sebanyak RM 1.1 billion kepada RM7 bilion juta dan mungkin mencecah sehingga RM 12.5 billion.

Dalam perkembangan lain, Kuala Dimensi mendakwa Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat menggunakan pesawat khas milik Kuala Dimensi untuk kegunaan peribadi.

Ong bingkas menyaman syarikat berkenaan kononnya untuk membersihkan nama baiknya.

Mahfuz menyifatkan tindakan Ong adalah satu tindakan yang berani sekaligus mencerminkan menteri pengangkutan itu tidak berdiam diri tatkala didakwa menyalahguna kuasa.

Sifat ini jauh berbeza dengan ketuanya, Najib Razak yang sehingga kini masih berdiam diri walaupun menerima tomahan dari seluruh dunia berhubung kematian warga mongiolia, Altantuya Sharibbu.

"Isu ini sudah berlarutan. Kini sesi tuduh diantara Kuala Dimensi dan pihak menteri. Ong didakwa RM 5 juta dan menggunakan pesawat secara percuma kepnuyaan Kuala dimensi. Ong telah mendakwa syarikat itu sebagai usaha untuk membersihkan nama dia. Ini adalah satu tindakan yang berani berbanding ketuannya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang sehingga kini masih belum mengambil tindakan terhadap tuduhan liar terhadapnya, walaupun sudah dinasihatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan bekas Naib Presiden UMNO, Tengku Razaligh Hamzah," ujarnya lagi.

Kisah Antara Manusia Yang Kena Tangkap Dan Terlepas Oleh Polis Raja Di Malaysia.


Kita Lihat Sapa Yang Kenaaaaaa.....Tak Kena pun!

Kita Lihat Sapa Yang Kenaaaaa.....Pun Tak Kena Jugak!

Kita Lihat Sapa Yang Kenaaaaa...Lagi Tak Kena!


Ini pun tak kena...

Kita Lihat Sapa Yang Kenaaaa...
Ya!!!..Kenaaa..16 Orang ditangkap dalam
perhimpunan aman membawa lilin dan bunga
Ros di Dataran Merdeka,termasuk bekas
tahanan ISA P Uthayakumar.




Kerajaan setuju bayar RM50,000 gantirugi kepada Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.

Ekoran itu, mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.

Mustafa diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Tuan Rosli Ahmad.

Dalam insiden penangkapan itu, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis.

Image(Gambar: Inilah aksi ketika Mustafa ditahan dahulu. Kerajaan setuju bayar gantirugi kepada Mustafa kerana kejadian ini)

Mustafa dan beberapa orang pimpinan PAS serta aktivis Bersih berada di hadapan bangunan Parlimen ketika itu untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen mengenai tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.

Di samping beliau, turut ditahan adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.

Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen, telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah.

Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.

"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu.

Turut hadir segera mempertahankan Mustafa Ali ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Lim Kit Siang, Kunasegaran, Chong Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.

Namun perbincangan 'hangat' yang berlangsung selama 15 minit itu akhirnya menemui jalan buntu dan lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.

Turut menyaksikan situasi gawat itu ialah beberapa ahli parlimen BN dan puluhan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

"Don't touch me. Be gentlemen and be nice. Hormati Parlimen ini!" kata Mustafa yang bergelut dengan polis terbabit.

Mustafa bagaimana pun terus di bawa van polis dan seterusnya ke balai polis.

BADAR MODEN DIPERLUKAN - PESURUHJAYA PAS PERAK

IPOH - Semangat Badar Moden amat diperlukan sekarang demi merealisasikan ke arah pembubaran DUN Perak dan menegakkan syariat Allah di negara ini. Demikian yang telah dinyatakan oleh Ustaz Abu Bakar bin Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak semasa berceramah sempena Sambutan Badar al Kubra peringkat negeri Perak semalam.



"Kalau dahulu sewaktu Perang Badar, tentera Rasulullah bertembung dengan tentera Abu Jahal maka kini kita berhadapan tentera Abu Jahal yang sama. Biar apapun namanya, pewaris kepada kejahatan Abu Jahal tetap wujud dan kita akan sentiasa berhadapan dengannya, " tambah Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.


Sambutan Badar al Kubra peringkat negeri Perak tahun ini telah diadakan di Surau Al-Ikhlasiah, Manjoi, Ipoh. Turut hadir dalam ceramah ialah Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Haji Nizar Jamaluddin.

Program telah bermula sejak petang lagi dengan pertemuan antara Presiden PAS dengan Pemuda Perak dan pengisian sempena Liqaul Fikri selepas Asar.
Kemudian para pimpinan PAS turut bersama-sama para ahli dan penyokong berbuka puasa dan bersolat tarawih di surau tersebut. Kehadiran amat menggalakkan. Dianggarkan hampir seribu orang telah hadir ke program tersebut sehingga menyaksikan limpahan para jemaah solat tarawih sehingga ke perkarangan surau.

Turut menyampaikan ceramah ialah Dato' Seri haji Nizar dan Tuan Guru Haji Abdul Awang sebagai kemuncak kepada program sambutan. Ceramah telah dipengerusikan oleh Setiausaha PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki.



ar_rawa

2 ADUN BN, N40 Telok Bahang, N5 Sungai Dua bakal letak jawatan!



Gempaq oh gempaq...2 ADUN BN dah nak letak jawatan. Betul ka? Khabar angin bahawa Dato' Seri Haji Hilmi (N40, Telok Bahang) dan Dato' Haji Jasmin (N5, Sungai Dua) akan melepaskan jawatan mereka kerana masalah dalaman UMNO. Masalah apa belum diketahui. Jika benar, maka sekali lagi pilihan raya kecil akan berlaku di Pulau Pinang.

Dengar kata peruntukan pusat tak turun ke negeri-negeri pakatan rakyat jadinya YB-YB ni dah berjanji macam-macam dan satu tak dapat ditunaikan....lagi pun dah menyampah dengan slogan 1Malaysia tapi habuk pun tarak.

Umno dengan kepala lembu bolehlah nak tunjuk hero

Lembu pun tertekan dengan perangai orang umno...bukan kata orang aje








1. Program puteri umno (kena kejar dengan lembu)


2. Program korban Annuar Musa (lembu mengamuk)





Sultan Selangor Restui Tindakan Hassan Ali : Era Najib Altantuya



Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sedia menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakannya dalam mengukuhkan struktur pentadbiran Islam di negeri ini.

Beliau yang mengadap Baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang semalam, memberi penjelasan terhadap semua tindakan yang dilakukan, termasuk menguatkuasakan undang-undang syariah sedia ada.

Dr Hassan yang ditemui Tvselangor, petang tadi memberitahu, baginda sultan memahami semua tindakan yang dilakukan dan ia merupakan perjumpaan rasmi untuk melaporkan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor.

Beliau berkata, penjelasan tersebut meliputi larangan penjualan arak kepada masyarakat Islam dan penguatkuasaan yang harus dilakukan oleh pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.

“Soal arak tentang penguatkuasaan itu di mana pegawai masjid, ini ditimbulkan dan untuk saya melaporkan perkara sebenar yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan.

“Alhamdulilah baginda sangat faham apa yang berlaku dan sebab itu saya rasa hal ini bukan menjadi persoalan dan tidak menjadi masalah, cuma kita perlu mengupgrade dan meningkatkan mutu darjah pembangunan agama negeri Selangor,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan akhbar bahawa beliau dipanggil mengadap kerana tindakannya yang dianggap membelakangkan Sultan dalam hal ehwal islam di negeri ini.

“Apa yang dilaporkan oleh akhbar bukan itu kedudukannya, saya yang meminta ehsan tuanku untuk mengadap baginda, dan baginda menetapkan semalam sebagai tarikh untuk saya mengadap, sebagai exco kerajaan negeri Selangor berbagai-bagai perkara yang di laporkan sebagai rutin melaporkan kepada sultan tentang kemajuan dan masalah dihadapi untuk melonjakan Islam di negeri Selangor ini,” katanya.

Dr Hassan ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid Al-Munawarah, Shah Alam, petang tadi.

Katanya, banyak perkara tentang perkembangan agama Islam dimaklumkan kepada Baginda, meliputi pendidikan, dakwah, masjid, surau, zakat dan pentadbiran mahkamah syariah di Selangor.

Beliau turut melaporkan tentang lawatannya ke Timur Tengah untuk bertemu pelajar bagi meningkatkan kemajuan pelajar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sana.

“Kami melawat Syria, Mesir dan Jordan bertemu para pelajar, ini juga perlu diberitahu kepada tuanku, tentang keperluan-keperluan kepada pelajar, langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kemajuan kepada pelajar, dari segi akedemik, kehidupan, sahsiah peribadi dan sebagainya kerana sebahagian besar dari pelajar tersebut menerima bantuan terus daripada Lembaga Zakat Selangor,” katanya.




Krisis dalaman UMNO Terengganu Hanya Selesai Selepas PRU 13

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/iftarJabio.jpgSETIU - Krisis dalaman Umno diramal semakin parah berikutan perkembangan terbaru tindakan ADUN Umno/BN memboikot Majlis Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyidin Yassin di Hulu Terengganu baru-baru ini.

Oleh itu, ramai pihak yakin, Barisan Nasional (BN) akan menjadi pembangkang di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 sekiranya krisis kepimpinan melibatkan wakil rakyat BN berterusan dan tidak selesai.

”Dan kita ingat dia (BN) dapat selesai masalah dia selepas pilihanraya ke 13, InsyaAllah,” kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib ketika ditemui selepas menyampaikan tazkirah pada Majlis Iftar kawasan Setiu di Jabi, dekat sini petang semalam.


Walau Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada ADUN Umno yang melompat parti samada kepada PAS ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

”Setakat ini belum ada, mana-mana pihak yang melompat parti, kita pun tak tahu nak melompat ke mana, ada berita-berita sahaja,”ujarnya ketika ditanya berkaitan perkara tersebut.

Berkaitan persiapan PAS menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan, beliau berkata, PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat politik bagi membincangkan perkara itu esok 7 September di Kuala Lumpur.

”Esok mesyuarat politik di Kuala Lumpur, jadi, saya tidak mahu jawab lagi,”katanya ringkas.

Sebelum itu, beliau berkata, masalah dadah yang banyak dan mudah didapati dalam Negara kita adalah kerana adanya rasuah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/iftarJabi.jpgBeliau mengulas kisah seorang sahabat RasuluLlah SAW, Suhaib ArRumi yang dapat melepaskan diri keluar dari Mekah apabila disekat oleh orang-orang kafir Quraisy.

Katanya, Suhaib telah menyerahkan kunci tempat simpanan hartanya kepada orang-orang Quraist tersebut, lalu beliau dilepaskan untuk berhijrah ke Madinah.

”Yang kata banyak-banyak dadah ada dalam Malaysia ini pasal apa, dia masuk kut mana, nak kata jatuh darti atas langit tidak munasabah,

”sempadan negara ada belaka kastam, di darat ada, di udara ada, udara tu dia masuk ikut lapangan terbang, ada kastam, tapi yang terlepas pasal apa,

”takut ada lagi saki baki (seperti orang yang menyekat Suhaib ar-Rumi),”katanya.

Turut hadir dalam Majlis Iftar Peringkat Kawasan Setiu semalam adalah Yang Dipertua PAS Setiu Ustaz Mohd Pauzi Muda, Setiausaha Aminuddin Umat dan Ketua Penerangan Dr Azman Ibrahim.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .