Ikuti Blog ini

145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar

Inter-Parliamentary Union (IPU) 122nd Assembly Adopted Resolutions On Anwar Ibrahim’s Second Sodomy Case

Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.

Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.

Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai.

"Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas.

"IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU.

Badan itu juga meminbta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang.

IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010.

Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.
IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889.

Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi.SK

P94 Hulu Selangor : Kalau macam ni bukan kempen ka???

Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru.

Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.
azlanDalam ucapan 30 minitnya itu, Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran berkata guru berperanan membawa tahap pendidikan negara ke tahap antarabangsa.

Beliau juga menggunakan sessi soal jawab selama 15 minit untuk mengulangi janji kerajaan mengkaji keperluan guru dan pelajar.

Bagaimanapun sebelum mengakhiri ucapannya, timbalan perdana menteri mengingatakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Hulu Selangor telah diumumkan.

"Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada masa yang lain.

"17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah Barisan Nasional," katanya sambil berseloroh.

Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung Sentosa di batang Kali.

Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.

Sehubungan itu, timbalan presiden Umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.

Beliau bagaimanapun enggan berjumpa dengan wartawan.

Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka memulakan lawatannya pula untuk bermesra dan berjumpa dengan rakyat.

Tawar MB: Zambry cuba alih isu krisis Umno Perak


KUALA LUMPUR, 2 April: Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bahawa beliau ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12 hanyalah satu pembohongan dan usaha mengalihkan perhatian umum terhadap krisis dalaman Umno negeri itu.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, 'pendedahan' itu juga merupakan cara Zambry menggambarkan kepada umum bahawa beliau merupakan calon paling layak memegang jawatan Menteri Besar.

"Ini satu daripada taktik pembohongan Zambry. Kami sendiri telah mengesahkan dengan Datuk Seri Anwar (Ibrahim), memang tidak betul. Kalau ada sekali pun, ramai lagi calon yang lebih hebat dan lebih layak daripada beliau.

"Umno Perak ada krisis dalaman dan ramai yang tidak bersetuju dengan Zambry. Jadi dia sebut perkara itu sekaligus mahu menunjukkan seolah-olah beliaulah calon yang paling baik sekali untuk menduduki jawatan Menteri Besar," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang juga berkata, tindakan Zambry itu juga hanyalah sandiwaranya untuk menutup kegagalan beliau serta Speaker Dun, S. Ganesan yang gagal mengendalikan sidang Dun dengan baik meskipun mendapat bantuan daripada pelbagai pihak khususnya kawalan ketat polis.

"Itu adalah cara dia untuk alihkan krisis di Perak semalam yang mana dia sebagai MB yang diisytihar oleh Mahkamah Persekutuan, speaker-speaker mereka, polis ada dalam dewan dan di luar dewan tapi masih tidak boleh mengendalikan sidang Dun. Jadi ini menunjukkan satu sikap pengecut Zambry,” ujarnya.

Zambry mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan sidang Dun Perak, Rabu lepas.

Mengulas lanjut mengenai sidang Dun yang berlangsung dua hari lepas, Nizar berkata, sidang Dun itu dijadikan sebagai alat untuk Umno/BN menunjukkan kuasa mereka sedangkan tiada apa yang dapat dicapai daripada persidangan tidak sampai lima jam itu.

"Persidangan bukan dua hari. Hari pertama perasmian, habis perasmian balik. Hari kedua pukul 10 selepas bacaan doa, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming bangun membacakan beberapa perkara 3, 4 dan 6 dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri.

"Tapi Ganesan tidak langsung beri hak untuk beliau bangun bahkan Ganesan terus berleter bahkan mikrofon kami semuanya dipadam. Suara kami tidak dapat didengar, dewan tidak dapat dimasuki oleh mana-mana media kecuali media Umno bahkan media alternatif dihantar ke galeri bersama polis. Orang awam tidak boleh masuk, yang ramai cumalah polis. Anggota polis dalam dewan pakai baju biasa yang di luar pakai uniform," ceritanya.

Tegasnya, itulah sebab kenapa semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan selain mereka tidak diberi peluang untuk berbahas.

"Kenapa kami keluar dewan? Pertamanya perintah tetap telah diketepikan, tidak dipatuhi dan tidak dihormati. Yang kedua dalam agenda semalam tidak dinyatakan agenda untuk membahaskan titah ucapan Tuanku.

"Kita tanya adakah perbahasan hendak diadakan tapi Ganesan dan Zambry tidak jawab. Jadi ini satu perkara yang mesti dijelaskan. Kalau ada perbahasan kita akan sediakan dan memang kita sediakan.

"Yang ketiga kami mahu persidangan ini dilanjutkan sampai lima hari. Oleh kerana belum pernah lagi sejak rampasan kuasa di Perak, persidangan berlanjutan cuma yang ada sebelum ini pun tidak sampai dua tiga jam. Jadi kita minta supaya lebih adil dan kami boleh bersuara berkenaan tuntutan rakyat. Tapi ini pun tidak dijawab maka kami tidak ada pilihan lain kecuali keluar dewan," katanya.-Hrkh

DUN Perak : Persidangan orang-orang pekak dan bisu


Gambar ehsan Merdekareview

DS Nizar menyatakan bahawa ADUN Pakatan Rakyat ternyata lebih peka dan telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan keadaan yang telah mereka jangkakan.

“Kami sudah jangka, mereka akan tutup mulut kami, sebab itu kami bersiap dengan banner-banner kecil untuk menyuarakan protes kami terhadap layanan tidak adil mereka keatas kami,” terang Nizar.

“Jangkaan kami tepat sekali bilamana semua pembesar suara 28 orang ADUN Pakatan Rakyat Perak telah ditutup sepanjang masa persidangan supaya kami tidak tidak boleh berucap , tidak dapat mengemukakan soalan tambahan, tidak boleh membahas titah Ucapan Tuanku, tidak boleh baca peraturan dan tidak boleh mengemukakan usul,” rungut Nizar yang menampakan rasa keciwanya.

“ Kami seolah-olah mahu dibisukan oleh Umno/BN didalam dewan dan Umno/BN sendiri bertindak seperti orang pekak (baca pekak badak), sampuk Dato’ Ngeh Khoo Ham yang duduk disebelsh Nizar.

Ngeh menyifatkan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung pada 31 Mac itu umpama persidangan antara orang-orang bisu dan orang-orang pekak.

YB Pantai Remis, Nga Kor Meng turut membidas pihak pentadbiran Barisan Nasional kerana mengurung pihak media di galeri orang awam di tingkat tiga dan mengakibatkan pihak media tidak dapat membuat laporan liputan media dengan telus dan tepat.Hanya media pro BN sahaja yang bebas membuat liputan.

Beliau berkata, "kebanyakan media dikurung di bilik atas dengan pembesar suara ADUN Pakatan semua ditutup supaya pihak media tidak dapat dengar hujah ADUN Pakatan Rakyat. Sila tepuk dada, tanya iman, adakah ini adil dan saksama?"

“Dan apa guna kami duduk dalam Dewan kuku besi sebegini?" soalnya sekali gus menjelaskan kenapa ADUN Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk keluar dewan.


Pilihan raya kecil Hulu S'gor - 25 April ini

TERKINI Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April manakala penamaan calon ditetapkan pada 17 April. M'kini

Timbalan YDP PAS Kuala Kangsar meninggal dunia

17 Rabiulakhir 1431H.
Harakahdaily

KUALA KANGSAR, 2 April: Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar, Ahmad Mokhtar bin Mutalib(gambar) meninggal dunia pada jam 2.53 pagi tadi di hospital Taiping akibat kencing manis dan darah tinggi.

Ahmad Mokhtar, 57 meninggalkan seorang balu, Nabishah Mutalif dan empat orang anak, Noraini, Ahmad Muzair, Muhammad Izzat dan Norshira.

Allahyarham sebelum ini sudah beberapa minggu terlantar di hospital akibat penyakit itu.

Jenazahnya akan disolatkan di Surau Taman seri Mercu, Kuala Kangsar kira-kira jam 11.00 pagi ini, dan akan dikembumikan di Tanah Perkiuburan Jalan Baru, K.Kangsar.

Ahllahyarham semasa hayatnya merupakan seorang yang aktif dalam PAS Kawasan sejak sekian lama dan menjawat jawatan Timbalan YDP Kuala Kangsar sejak 2007 sehinggalah sekarang.

Dalam masyarakat, beliau juga dikenali sebagai seorang yang mudah mesra dan senang bergaul dengan orang ramai walaupun berbeza fahaman politik.

Selain itu Allahyarham juga sangat tegas dalam menyatakan pendirian dan polisi perjuangan.

Pada 21 Mac lalu Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempat menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Kenari, Jalan Baru.

Mangsa tembakan polis kesal kerajaan enggan bertindak




Mangsa tembakan polis Norizan Salleh menyerah memorandum kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen hari ini.


Memorandum yang sama telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Februari dan juga Suhakam pada 11 Februari yang lepas tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil.

Mangsa yang sebelum ini berusaha untuk menyerahkan memorandum di pejabat Hishammuddin pada 25 Februari lalu tetapi menteri itu hanya menghantar wakilnya bagi menerima memorandum tersebut.

Norizan yang ditemani ibunya, Siti Halimah Abu dan peguam N. Surendran menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin pada pukul 12.15 tengahari di pejabatnya.

Hishammuddin berjanji akan mengambil tindakan dan menyiasat kes seberapa segera.

Sebelum itu pada sidang media di perkarangan lobi Parlimen Norizan memberitahu ingin mengetahui sebab sebenar beliau ditembak selain menuntut bayaran pampasan ke atas kecederaan kekal yang ditanggung.

"Saya datang ini sebab ingin mengetahui apa tujuan sebenar polis tembak saya, sehingga sekarang saya tidak tahu sebabnya. Selain itu berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan segera," jelas beliau.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kes tersebut akan di bahaskan di dalam Dewan petang ini dan berharap kementerian terbabit akan memberi penjelasan yang sewajarnya.

"Saya akan bahaskan isu tersebut pada petang ini dan berharap kementerian terbabit dapat memberi jawapan selain memberitahu apa tindakan yang akan diambil," kata Tian.

Pada awal pagi 30 Oktober 2009, Norizan telah ditembak polis ketika berada dalam kereta dan ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta.

Daripada lima das tembakan yang ditujukan kepadanya, dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, dan dua tembakan lagi terlepas tetapi meninggalkan kesan luka. -SK

Najib Bayar A$420,000 Kepada APCO Untuk Khidmat Nasihat 6 Bulan


Kerajaan Umno-Barisan Nasional didakwa telah membayar A$420,000 (RM1.6 juta) kepada firma antarabangsa APCO Worldwide yang dikaitkan dengan rejim Zionis Israel untuk khidmat runding selama enam bulan.

Dalam surat yang bertarikh 15 Julai 2009 dengan menggunakan kepala surat rasmi Jabatan Perdana Menteri dan dialamatkan kepada Paul Stadlen, kerajaan Malaysia mengesahkan terma yang dipersetujui pada mesyuarat yang diadakan bersama APCO pada 10 Julai 2009.

Salinan surat tersebut yang dimuatnaikkan dalam blog dan internet didakwa telah ditandatangani oleh Samsuri Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan di Jabatan Perdana Menteri.Surat Penerimaan setebal lima mukasurat itu menggariskan bidang kerja APCO kepada kerajaan Malaysia di bawah tajuk 'Public Affairs and Goverment Affairs Services' atau Perkhidmatan Perhubungan Awam dan Kerajaan.

"Dengan penerimaan kerajaan terhadap tender yang dikemukakan oleh pihak tuan, adalah dimaklumkan bahawa kini wujud ikatan kontrak antara kerajaan dan pihak tuan.

"Satu perjanjian yang lebih lengkap yang memasukkan semua terma dalam tender akan ditandatangani. Pihak tuan akan dimaklumkan apabila dokumen kontrak siap untuk ditandatangani," kata surat tersebut.

Surat itu yang juga ditandatangani oleh Paul Stadlen yang mewakili Mind Teams Sdn Bhd dan APCO Worldwide sebagai kontraktor serta Ronald Barnetto dari England sebagai saksi antara lain menggariskan empat bidang kerja utama berkaitan hubungan awam yang menjadi sasaran khidmat runding APCO kepada kerajaan Malaysia.

Mereka menandatangani surat penerimaan itu pada 21 Julai 2009.

Stadlen kini adalah Pengarah Urusan APCP Worldwide cawangan Malaysia.

Ini termasuk penyelidikan, pembangunan strategi dan mesej utama, pencapaian serta perundangan dan pematuhan.

Di bawah bidang penyelidikan, APCO dikehendaki mengenalpasti bidang kerjasama antara kerajaan Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat yang signifikan dan selari, membangunkan mesej komunikasi dengan pembuat dasar Amerika Syarikat dan tokoh penting masyarakat sivil serta mengenalpasti pegawai kerajaan, 'think tank', wartawan, NGO yang relevan kepada hubungan Malaysia-Amerika Syarikat.

Dalam sektor pembangunan strategi dan mesej utama pula, APCO akan memberi khidmat sokongan kepada Kedutaan Malaysia di Washington dan kerajaan Malaysia dalam melaksanakan program bagi mengukuhkan hubungan dan persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Bagi khidmat pencapaian pula APCO akan membantu mengeratkan hubungan dengan 'think tank', melaksanakan kempen mempromosi Amerika Syarikat bersama sektor perniagaan penting di Malaysia dan melaksanakan kempen media bebas Amerika Syarikat. -SK

Al-Fatihah - Din Beramboi Meninggal Dunia


Afdhlin Shauki : Inalillah..... Pada 12.30 malam, kawan kita Din Beramboi telah meninggalkan kita dan pulang ke rahmatullah

Shahriza Mahmud : Innalillah...Takziah buat isteri,anak-anak dan keluarga Allahyarham abang Din..Isteri dan anak-anak sebenarnya sudah dimaklumkan seawal petang semalam mengenai situasinya.Mereka tabah dan sedar semuanya ketentuan Illahi.Walaupun payah,mereka terpaksa pasrah dengan berita yang disampaikan doktor sebelum pemergiannya.

Begitu juga rakan-rakan yang sudah bersedia sejak petang semalam. Itu yang tidak dapat kami sampaikan kepada semua kerana masih mengharap. Sekitar jam 12.30 pagi Jumaat dia telah kembali menemuiNYA..Al-Fatihah..




UPDATE BERITA RASMI

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.

Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
-Love Perak.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .