Ikuti Blog ini

Ribuan Penduduk Johor Membanjiri Jalan raya mendengan Ucapan Anwar Ibrahim.



Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jalan Sagu, Taman Daya, Johor Baharu, malam tadi membuktikan yang Johor sudah tidak boleh lagi dinobatkan sebagai negeri UMNO paling kuat gagah perkasa didalam dunia.





TERUK sungguh Ameno Melaka, ni BUKTINYA...

(Kad jemputan yang sebenar kad paksaan supaya datang)
Dahlah dipaksa datang, pakai baju BN pula

MELAKA: Semua kakitangan kerajaan khas guru-guru Melaka dipaksa datang ke Himpunan rakyat 1Malaysia gelombang biru negeri Melaka malam ini.

Yang lebih hebat lagi, kesemua mereka dipaksa memakai baju korporat BN yang berwarna biru.

Tujuannya untuk menunjukkan kebiruan majlis itu untuk dipanggil kemudiannya 'gelombang biru' rakyat Melaka.

Majlis itu akan diadakan mulai jam 7.45 malam ini di Kawasan Parkir Kompleks PKNM, Ayer Keroh, Melaka. Timbalan Pedana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Ketua Menteri Melka akan bersama-sama dalam program ini.

Setiap orang diberikan satu kad jemputan dengan di bawahnya tertera ruang untuk tulis nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang bakal digunakan sebagai kupon cabutan bertuah.

Ekoran itu, beberapa orang guru yang menghubungi Harakahdaily bertanya,
"Mengapa perlu ada paksaan dalam majlis anjuran Umno/BN?"
"Mengapa majlis para hadirin dipaksa pakai baju korporat BN?"
"Ini dinamakan sudahlah dipaksa hadir, dipaksa pula menyamar sebagai menyokong Umno dan BN pula," kata mereka.

[EDISI KANTOI] Lagi Kes Syaitan Dikenali Menyamar Sebagai Ahli PAS



Buletin Utama TV3 menyiarkan berita yang kononnya ahli PAS berdemo dan nembantah Azmin & Karpal...

Kot ye pun, butanglah baju tu dulu... kan dah kantoi... tak sabar sangat nak beraksi jadi "Pejuang Melayu"... rasa rasanya ahli PAS tak pakai Baju "JANJI DITEPATI". - manjada wajada

Calon bukan Islam guna lambang PAS


KUALA LUMPUR: PAS akan mencatat sejarah apabila buat pertama kali membenarkan calon bukan Islam bertanding di atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Majlis Syura telah membenarkan perkara tersebut dan PAS akan memilih calon yang sesuai untuk bertanding dari kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya dipetik BuletinOnline.

Beliau menyatakan pada sidang media selepas merasmikan program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Markas PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai semalam.

Beliau berkata, DHPP sebagai sayap parti PAS yang baru, mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Dalam PRU12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .