Ikuti Blog ini

Himpunan BERSIH, Tahniah Abang Mat Sabu.


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH). bersih rally 271207 05

Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.

[Imbas foto kejadian] "Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun. Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu. Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

Takbir, ciuman gembira
Kesemua mereka ditahan ketika berarak bersama 40,000 orang lagi daripada beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Selepas saja Jagjit mengumumkan keputusan itu, mahkamah bergema dengan suara takbir daripada orang ramai yang hadir. Gobalakrishnan kelihatan terlalu gembira dengan keputusan itu dan lantas mencium pipi peguam Jason Tay.

Mereka yang lain: Mohd Salim Yeslam, 25, Ahmad Razali Abd Rahman, 53, Razali Abdul, 37, Mohd Asri Ahmad, 37, Muhd Harith Fatillah Shahabudin, 27, Saleh Mohamad Tahir, 50, Azahar Yusop, 46, Sulaiman Ahmad, 60, Taib Abdullah, 36, Mohd Abi Salam Ariffin, 28, Ishak Othman, 36, dan Mohd Zad Abdullah, 42. Dua lagi merupaka tertuduh juvana dari Kedah. Kesemua mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan haram di beberapa tempat, merangkumi laman Masjid Negara, Jalan Istana, Jalan Raja Laut dan sekitar pusat membeli-belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman Rahman antara jam 1 hingga 4 petang pada 10 November 2007.

Tren Mekah Atasi Kesesakan


Kereta api Mashair atasi kesesakan

MAKKAH: Perkhidmatan kereta api Mashair berharga 6.5 bilion Riyal Saudi (RM5.4 bilion) yang beroperasi dari Arafah, Muzdalifah dan Mina di Makkah, mampu mengurangkan kesesakan di jalan raya pada musim haji ini, berbanding jika menggunakan 3,000 bas.

Ketua Jawatankuasa Dewan Perusahaan dan Perindustrian Jeddah (JCCI) Abdul Gadier Al-Jabarti berkata, perkhidmatan kereta api laju itu sangat berkesan untuk menangani masalah kesesakan jalan raya yang teruk di tanah suci ketika musim haji.

Projek kereta api Mashair akan mengurangkan kesesakan jalan raya kerana 3,000 bas tidak lagi digunakan apabila keseluruhan projek itu siap sepenuhnya pada tahun depan, katanya yang dilaporkan dalam akhbar Saudi Gazette.

Beliau berkata, operasi kereta api itu yang kini 35 peratus dan hanya dibuka untuk kegunaan jemaah haji tahun ini dari Arab Saudi dan negara Teluk lain, apabila siap, ia mampu mengangkut 70,000 jemaah haji sejam.

Katanya, projek kereta api itu menyumbang kepada pembangunan Muzdalifah dan juga membolehkan beberapa jemaah bermalam di sana. - Bernama

>_embedded&version=3"am name="allowScriptAccess" value="always">

Majlis Syura hargai pengorbanan Ustaz Hassan

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Majlis Syura Ulama PAS menghargai pengorbanan dan jasa Almarhum Ustaz Hassan Shukri yang menggangotai majlis itu selama 20 tahun.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mewakili Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh jawatankuasa menyampaikan surat penghargaan dan plak kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib di rumahnya di Taman Melewar, pagi ini.

Menurut Dr Haron, Jawatankuasa Majlis Syura pada mesyuaratnya telah memutuskan untuk memberi penghargaan kepada Almarhum Ustaz Hassan dalam bentuk sesuatu yang dapat dilihat untuk dijadikan kenangan kepada anak-anak dan cucu beliau.

“Kami datang untuk berziarah dan menyampaikan penghargaan secara rasmi Majlis Syura sebagai menghargai bakti Almarhum Ustaz Hassan yang menjadi Ahli Majlis Syura sejak sesi 1990 hingga 2010,” ujar beliau yang turut disertai isterinya, Datin Khadijah Mohd Salleh.

Beliau juga menyatakan kesyukuran kerana Almarhum Ustaz Hassan telah dipanggil oleh Allah dalam keadaan yang cukup baik (husnul khatimah) yang telah menyumbang bakti kepada perjuangan Islam.

Menurutnya, Almarhum telah memberikan pandangan yang bernas berhubung dengan tahaluf siasi dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

“Almarhum telah memberikan fikiran yang berguna dan sentiasa konsisten hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama,” ujarnya.

Beliau yang menyimpan banyak kenangan pahit manis bersama Ustaz Hassan menyifatkan Almarhum sebagai pakar perlembagaan PAS.

Katanya, jika tiada buku peraturan PAS dibawa pada sesuatu mesyuarat, maka Almarhum Ustaz Hassan dijadikan sebagai rujuk mengenai perlembagaan PAS.

Selain pakar perlembagaan, ujarnya Almarhum Ustaz Hassan juga amat mengambil berat tentang organisasi PAS di semua peringkat.

Sementara itu, Ustazah Hamidah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Majlis Syura Ulama PAS yang telah menyampaikan penghargaan tersebut.

Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia pada 14 Jun bersamaan 1 Rejab lepas di Hospital Selayang. -Hrkh

PAS anjur majlis 25 tahun Memali

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yang akan mewarnai sambutan majlis memperingati 25 Tahun Memali, lapor HarakahDaily.

pas muktamar 130610 abdul hadi awangSetiausaha Pemuda PAS Kedah, Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis itu akan disempurnakan Abdul Hadi, hari ni, jam 9 malam. Turut dijadualkan berucap adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Anwar pula akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, pada 20 November ini bersama timbalan pesuruhjaya dan ketua penerangan PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Pelbagai acara akan dilangsungkan sepanjang majlis tiga hari itu antaranya konvoi pemuda, persembahan nasyid dan pentomen, tahlil perdana, acara pasti, klinik 'smart' solat, ijtimak ulama dan guru-guru pondok serta ijtimak pelajar Memali.

Turut diadakan juga adalah pameran Memali dan Pendidikan Islam Kedah, kaunter pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma, kaunter daftar pemilih, kaunter keahlian PAS dan sukarelawan pemuda PAS Kedah serta gerai-gerai jualan.

NONESehubungan itu, PAS menjemput orang ramai hadir ke program tersebut yang akan dilangsungkan di Madrasah Islahiah Diniah dan perkarangan rumah Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya di kampung Memali.

Tragedi Memali pada 1982 menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 pengikutnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Mereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.

Menurut kerajaan, semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing.

Pihak polis telah menyeru mereka supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman tetapi didakwa tidak diendahkan dan demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis mendakwa terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan.

Peristiwa tersebut, telah mengorbankan empat anggota polis dan 14 orang awam termasuk Ibrahim manakala 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.

Selepas tragedi berdarah kira-kira 25 tahun lalu itu, kerajaan BN sentiasa dikaitkan dengan arahan menembak penduduk kampung tersebut. M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .