KUALA NERUS –
PAS menyifatkan Kejadian bangunan dan binaan runtuh yang berlaku di
negeri Terengganu adalah peringatan yang ditunjukkan oleh Allah kepada
rakyat negeri Terengganu, ekoran tindakan kerajaan Umno dan Barisan
Nasional (BN) merobohkan institusi pendidikan dan masjid yang dibina
oleh rakyat.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut,
pada tahun 1991 kerajaan Umno/BN telah merobohkan Institut Berakan,
sebuah sekolah swasta Islam yang mendidik pelajar tercicir.
“Allah
nak tunjuk depan mata kita pasal apa, ia bermula pada tahun 1991 zaman
Tan Sri Wan Mokhtar, dia (Umno/BN) runtuhkan Institut Berakan,
“sekolah
kita dan rakan-rakan tubuhkan untuk membantu melahirkan (mencapai
kejayaan) anak-anak muda anak-anak Terengganu yang tercicir dari sekolah
biasa,”ujarnya.
Selepas itu kata beliau, sewaktu Dato’ Ahmad
Said menjadi Exco di Kemaman pada tahun 2005, beliau telah meruntuhkan
masjid Bujal di Kijal.
“Kita kata masjid, dia kata markaz, Umno
tidak kenal antara masjid dan markaz, tempat kita sembahayang tempat
kita kita mengaajar, dia buat pelbagai alas an (untuk) dia peruntuh
masjid hasil sumbangan orang ramai,”jelasnya.
Beliau berkata
demikian ketika berucap dihadapan 5,000 orang khalayak yang hadir pada
program ‘Himpun dan Ingat’ yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan
Mizan Zainal Abidin di Ging Badak dekat sini pada Jumaat 8hb Jun
Menurutnya,
program ‘Himpun dan Ingat’ akan diteruskan bagi memberi peringatan
kepada rakyat Terengganu tentang tindakan pembaziran, rasuah, salah
guna kuasa dan kerakusan pemimpin Umno negeri Terengganu.
Beliau
menyebut senarai panjang, selain stadium tersebut yang runtuh bumbungnya
pada tahun 2009, terdapat lebih enam bangunan dan binaan yang runtuh
dan punah serta rosak sejak Umno mengambil alih pemerintahan kerajaan
daripada PAS pada tahun 2004.

Sebelum
itu, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu Dr Alias Razak menegaskan
kejadian yang menimpa stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah satu
sejarah pembaziran Umno/BN yang nyata.
Menurutnya, stadium yang yang dbina dengan belanja sebanyak RM300 juta itu hanya dapat digunakan selama setahun sahaja.
Katanya
dengan wang sebanyak itu, kerajaan boleh memberikan biasiswa kepada
15,000 orang mahasiswa anak Terengganu sehingga tamat peringkat ijazah
pertama.
“buat stadium RM300 juta, setahun pakai (digunakan)
habis runtuh, tahu tak banyak mana RM300 juta? (Wang sebanyak) RM300
juta boleh beri biasiswa kepada 15,000 orang anak Terengganu boleh
belajar (secara) percuma untuk dapat ijazah (pertama),”ujarnya.
Beliau menyifatkan Umno/BN tidak lagi boleh diberi kepercayaan kerana telah ‘nyanyuk’, setelah memerintah negara terlalu lama.
Justeru beliau mengajak seluruh rakyat menolak Umno/BN pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.
Turut
menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan aman ‘Himpun dan Ingat’ adalah
Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Dato’ ustaz Abu Bakar Chik, Setiausaha Dewan
Ulamak PAS Pusat Dr. Khairuddin Aman Razali, Penolong Setiausaha PAS
Terengganu Zakaria Dagang, Ketua Pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah dan
Pengarah Perhimpunan Ustaz Ridhuan Hashim
Tetamu kehormat
program tersebut, Sasterawan Negara Datuk A.Samad said telah
mendeklamasikan puisi khas ‘Luka Riaadah’, sebuah sajak kritis mengenai
kejadian runtuhnya bumbung Stadium yang tidak diperbaiki sejak tiga
tahun yang lalu. -
BO