Ikuti Blog ini

Pengerusi SYABAS Sepatutnya Sudah Lama Dipecat


Selangor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS

Kerajaan Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya.

Keputusan itu diambil ekoran kedua-dua pihak itu didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.

"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun," kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berikut kenyataan penuh Khalid:

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.

Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.

Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:

1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;
2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang;
3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS;
4. Maklumat mengenai paras kolam utama(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir);
5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ;
6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW;
7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air;
8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan
9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS.


Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat. - mk

RM1 juta untuk program Ihya' Ramadhan di Kelantan



(Takiyuddin menyampaikan amanat kepada anggota Aamilin dan Aamilat sempena Ihya Ramadhan)

KOTA BHARU: Program Ihya’ Ramadhan 1433 Hijriah bersamaan 2012 dijangka berlangsung lebih meriah berbanding tahun lepas di Kelantan.

Ini kerana pada program yang memakan perbelanjaan dianggarkan RM1 juta itu akan diisi dengan program  ‘mantap’ termasuk Ijtimak Ulama Nusantara yang menghimpunkan ulama Pondok dari Pondok-Pondok di Nusantara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata sambutan Ihya’ Ramadhan tahun ini juga dikemaskinikan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Bahkan pengisianya dimeriahkan dengan pakej ‘Qiam With Me’ yang dijangka pada ‘upacara hadapan’ turut berangkat Sultan Muhammad V,  Tengku Mahkota Kelantan, Kerabat D’Raja dan kakitangan kerajaan.

Program bermula 10.00 malam hingga waktu Subuh itu diadakan pada 20 Ramadhan bersamaan 9 Ogos di Istana Kubang Kerian dekat sini.  Dijangka disertai 5,000 orang.

Selain itu, program Akademi Tarannum Al-Quran yang ‘berkonsepkan’ Akademi Fantasia diadakan, disertai pelajar tahfiz Al-Quran yang sudah pun mengikuti program Al-Quran.

“Pada 26 Ramadhan akan diadakan ‘Sejuta Selawat Zikir Munajat Lailatul Qadar diketuai tokoh ulama dari dalam dan luar negara.

“Tidak ketingalan program Imam Muda, program Bersama Selebriti disertai selebriti termasuk Bob Lokman dan Abby Abadi (untuk peserta muslimat)," katanya.

Dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini, Takiyuddin berkata bagi menjayakan program Solat Terawih sepanjang Ramadhan tahun ini,  diimamkan syeikh tersohor dari tanah Arab.

Mereka ialah Sheikh Ramadhan, Ayub Musa dan Sheikh Hisham Abdul Bari.

Sementara program Ustaz Azhar Bersama Remaja akan diadakan pada 14 Ramadhan, mulai 5.00 petang.

Terdahulu pada hari sama (mulai 3.00 petang) diadakan program Jejak Kasih Remaja Ramadhan di mana menerusi program itu remaja bermotorsikal akan membawa bahan-bahan makanan dan akan mengagihkannya kepada golongan miskin sepanjang penjelahannya ke kawasan tertentu di Kota Bharu.

“Alhamdulillah, pada tahun ini Tahun Melawat Kelantan, dan keadaan ini menambah rezeki baru kepada pengusaha hotel di Kota Bharu khasnya dan di negeri ini amnya.

“Biasanya pada bulan Ramadhan, hotel kurang pelanggan, namun pada tahun ini lebih meriah, bahkan ada antara hotel berkenaan memberi diskaun khas istimewa sempena Ramadhan kepada pengunjungnya," katanya.

Program Ihya’ Ramadhan yang diadakan setiap tahun itu merupakan produk pelancongan Kelantan, bahkan prodak pelancongan agama dengan menarik ramai pelancong dalam bulan Ramdhan sama ada dari dalam dan luar negara.

Takiyuddin berkata tahun ini seperti juga tahun lepas, pelancong luar negara itu  menghubungi penganjur Ihya Ramadhan memaklumkan mereka akan memabawa rakan-rakan mereka ke negeri ini bagi menyaksikan persembahan program Ihya Ramadhan, ini kerana bagi mereka unik dan tidak ada di tempat lain. -Hrkh

Aisyah: Saya Pilih Pas Kerana Islam



Aishah bersama barisan panel dan Azua (kiri)
di Dataran Al-Ikhwan, Air Mawang, kelmarin.
 

JOHOL- “Saya memilih Pas kerana Islam. Saya ingin berdakwah melalui Pas kerana parti ini mempertahankan agama Islam dan saya selesa bersama barisan kepimpinan Pas.”

Itu pengakuan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin yang diundang menjayakan ceramah ‘Bilo Selebriti Dah Join Pas’ di Dataran Al- Ikhwan di Air Mawang, petang kelmarin.

Aishah berkata, walaupun baru dua bulan menyertai Pas, dia yakin dan bersemangat untuk terus berjihad di jalan ALLAH SWT.

“Ini bukan bermakna semasa saya menjadi penyanyi, saya tidak mendekati ALLAH SWT tetapi selepas memilih Pas, saya lebih bersemangat ingin berjuang dan berdakwah ke jalan yang diredhai. Lagipun kita sudah sedia maklum, perjuangan Pas salah satunya adalah Islam.

“Bukan hanya seorang ulama sahaja yang boleh berdakwah, seorang penyanyi juga mampu melakukannya,” katanya.

Menurutnya, asas pertama dia memilih Pas kerana Islam itu sendiri dan kerana kesucian agama Islam.

“Saya hanya nampak Pas sahaja yang mampu pertahankan agama Islam.

“Walaupun saya tidak belajar tinggi hingga ke Universiti Al-Azhar tetapi saya tidak jahil agama Islam, malah selepas masuk Pas, mereka banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat terutama peminat saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah turut memuji keterbukaan Pas menerima golongan artis sebagai ahli.

Sementara itu, bekas kumpulan XPDC, Azua Md Tasi berkata, dia memilih Pas kerana mahu berhijrah.

“Dulu saya lalai dengan duniawi semata-mata tetapi sejak awal 90-an, saya sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti keagamaan.

“Saya sering bertemu imam dan pendakwah. Dari situlah, hati saya mula terbuka untuk memilih Pas. Kita mestilah berhijrah daripada tidak baik kepada baik, daripada kurang baik kepada lebih baik,” katanya.

Menurutnya, jika mahu berubah, ia bermula dari diri sendiri.

“Jangan salahkan bidang nyanyian jika kita lalai, sebaliknya diri sendiri perlu berpendirian teguh.

“Bila waktu solat, kita solat. Jadi tiada masalah untuk kita meneruskan profesion dalam dunia nyanyian,” katanya.

@HishammuddinH2O takut senjata makan tuan?



Semalam bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Julai — Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin, berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

“Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana. - TMI.    

Tiba-tiba hari ni Bharian melaporkan:

SHAH ALAM: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata setakat ini beliau tidak menerima maklumat wujudnya pengaruh pengganas dan bekas komunis meresapi mana-mana parti politik di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan melakukan risikan bagi mengesan sekiranya wujud perkara seperti itu. "Setakat ini saya tiada terima maklumat hubung kait dengannya...jadi saya tidak boleh menyatakan ia benar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. - Bharian.
Tak logik langsung menteri Dalam negeri tak dimaklumkan kalau betul macam yang dikatakan Risikan Cawangan Khas tu.

Tara tema Hari Kebangsaan pun Umno sanggup politikkan inikan pulak isu macam ni punya cantik untuk  kempen pilihanraya, takkan la Cawangan Khas tak bagitau dekat Menteri Dalam Negeri. tak logik langsung. Sejak bila pulak Risik Cawangan Khas ni berani buat kenyataan yang sensitif tapi berunsur politik macam ni kalau tak dapat lampu hijau dari Menteri Dalam Negeri.

Mungkin lepas dibuat perkiraan semula tak berapa nak untung kalau dimainkan isu ni terutama sekali isu komunis. Takut senjata makan tuan kut.

Harakahdaily sebelum ni melaporkan:

[Sumber: Hrkh]
Kalau yang tu tak cukup menarik, mungkin apa yang dilaporkan utusan ni lagi menarik:

Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan yang ke-62 diadakan dan ia berlangsung bermula 29 November hingga 3 Disember dengan dihadiri seramai 2,711 perwakilan UMNO dari 191 bahagian di seluruh negara.

Turut hadir dua bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain itu, perhimpunan juga turut dihadiri wakil serta delegasi dari luar negara termasuk parti politik, antaranya Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Parti Liberal Filipina serta Parti Demokrat Thailand.

Wakil parti politik asing yang turut hadir pada perhimpunan agung tersebut ialah Fatah, Palestin; Parti Mama Fiso, Madagascar; Parti Komunis Cuba, Parti Komunis China serta Parti Buruh, Korea Selatan. - Utusan.

Terbaik [Gambar] Abby Abadi Ziarah Rumah TG Nik Aziz


Abby Abadi bergambar kenangan dengan ahli keluarga Tuan Guru


Abby Menyerahkan borang kepada tuan guru
Abby dan anak anak di rumah Tuan Guru Nik Aziz

 Bergambar Dihadapan rumah Tuan Guru 
 Abby dan sekeluarga bergambar kenangan

Abby Bergambar dengan Isteri  dan Nik Abduh 
Singgah ke rumah TGNA tadi tp beliau tiada (ke KL utk rawatan jantung) Ustaz Nik Abdul, Isteri & ank2 yg sambut suntingan dari ABu Luqman
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .