![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvL554hNzRyr5EU9FhRDgnHNErt1i3ym2K5wK6YjeTsASPw4y2Zc_gBHGeAiSEV20yROz095TskkA31pH1gTUlfuezqXZQWimkGBZThJPyVPbNCWRAxKzHNFmVixdUwAAWi_IQD4sEeiU/s400/dsai+lewat2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7r7WuLhp94M-m6szTF5_gby1vgdRHfjx2Yi8Cx3SHx9dJqZ411oNVmVhtSIZWeS8cVsmdVyuMMaWO3qWkXCed74P7e0tQp3Uv_3sZMr2myX_fj6qgPE6Jai2twCQ4ZfPOfoUnpspBS8Y/s400/open_haus11Okt.jpg)
UMNO, sebuah parti perkauman yang ditunjungi oleh para pemimpin yang bergelumang dengan berbagai skandal akan bersidang untuk memilih pemimpin tertinggi mereka pada bulan Mac 2009 nanti.
Parti yang dilihat menggekalkan kekuasaannya melalui segala jenis penipuan, pendustaan dan penindasan terhadap kawan dan lawan telah semakin menuju zaman kehancurannya.
Menjelang perhimpunan agong parti tersebut, saya dengan rendah diri mohon para pemimpin UMNO yang menawarkan diri bertanding untuk menafikan segala pertuduhan dan gambaran buruk masyarakat terhadap mereka.
::::
Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak
- Calon presiden UMNO.
Dituduh dengan segaja, sedar dan rela menerima rasuah berjumlah Lima Ratus Juta Ringgit (yang diubah tafsirkan sebagai komisyen) hasil pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta dari Perancis oleh kerajaan Malaysia dalam perjanjian bernilai RM4.6 bilion.
Kerugian KOBENA RM80 juta
Kes khalwat di P.D. dengan artis Ziana Zain
Semasa kes khalwat Najib dgn Ziana kebetulan adik saya jadi pendaftar Mahkamah Syariah di Seremban… baru lepas grad UIA pada masa tu.
Dia pun tahu kes tersebut… semua diarah off record oleh Isa Samad pada masa tu…
Bila jumpa dia… saya cuba korek-korek, dia pun takut nak beritau sbb baru keja kat Mahkamah Syariah… akhirnya pecah rahsia jugak.
Kes Najib dan Ziana ditangkap khalwat adalah benar, cuma nak tuduh lebih dari tu saya tak berani sbb tak nampak.
Cuma, bila berdua-duaan dlm bilik oleh bukan mahram faham-faham ajelah… ia sesuatu memalukan kpd seorang pemimpin tertinggi negara. Apatah sekali-sekala bercerita bab moral dan bab Islam, malah pernah perlekehkan ulamak…
(Inilah senjata Rosmah Mansor untuk memicit buah Najib)
Datuk Seri Mohd Ali Rustam
- Calon Timbalan Presiden UMNO
Ali Rustam telah merasuah ahli UMNO dengan membawa
rombongan 600 orang ke Indonesia menggunakan wang rakyat.
::::
Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib
- Calon Timbalan Presiden UMNO
Kahwin lari di Siam, cerai di Malaysia. Bayar wang mut’ah RM16 juta 1993
Bawa duit RM2juta di Australia
::::
Kepada tiga orang pemimpin UMNO di atas sila perjelaskan dan nafikan jika benar kalian tidak melakukan perkara tersebut. Kepada Datuk Seri Najib, jika kamu hendak bersumpah seperti Saiful liwat, silakan.
Mulai sekarang sehingga perhimpunan agung umno Mac 2009 kerajaan rakyat akan membongkar secara bersiri segala skandal dan penyelewengan yang dilakukan oleh perakus kuasa bani umno.
:::: Lagi berita di sini
Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.
Di banner ini pula tertulis,
“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?
Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan. 2008
Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan isteri orang.
Membeli isteri orang untuk dikahwini.
Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
Misteri pembunuhan Altantuya.
http://antinajib.blogspot.com Selamatkan Melayu”
Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.
Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon lain yang berani.
Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.
Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.
Dalam mendepani kemelut politik negara yang kalut dan tidak menentu kebelakangan ini, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kenyataan berani dan terbuka oleh bekas Menteri Kewangan yang juga bekas Naib Presiden Umno iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, ahli Parlimen Gua Musang. Ku Li satu-satunya ahli parlimen veteran di Dewan Rakyat telah mencadangkan gagasan politik baru buat negara. Ku Li mencadangkan agar segera ditubuhkan sebuah "unity government" ataupun kerajaan perpaduan. Semua parti-parti politik di Malaysia menurut beliau seharunya bangkit dengan serba keinsafan dan rendah diri, melampaui sempadan politik kepartian, bagi duduk berbincang dengan jujur dan hati terbuka bagi menyelamatkan negara dan rakyat kita dari pelbagai krisis khasnya krisis politik dan ekonomi yang melanda negara. Pastilah Ku Li merujuk kepada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu yang seharusnya menjadi indikator bagi menyedarkan semua pihak betapa perlunya kita bermuhasabah dan mengambil kira realiti politik semasa untuk sama-sama membentuk satu perubahan mengikut citarasa dan "climate" politik masakini yang sama-sama kita rasai. Malaysia pasca PRU ke-12 menuntut satu lanskap politik baru. Dan lanskap ini hanya akan berjaya diterjemahkan kiranya semua pihak bangkit dengan berani meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan politik mahupun cita-cita peribadi. Hanya negarawan yang ulung, berjiwa besar dan bermaruah sahaja mampu menobatkan tuntutan baru ini sehingga mampu melahirkan Malaysia baru yang kuat, selamat dan sejahtera buat semua warganegaranya. Sesungguhnya apa yang dilontarkan oleh Ku Li ini bukannya sesuatu yang baru. Pada tanggal 31 Mac yang lalu, beberapa minggu setelah selesai PRU ke-12, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam majlis Himpunan Rakyat dan Munajat Perdana anjuran PAS Selangor bertempat di Stadium Malawati Shah Alam telahpun mempelopori idea ini. Di hadapan puluhan ribu rakyat yang berada di stadium tertutup itu, Tuan Guru Presiden PAS telah mencadangkan agar Umno bergabung bersama-sama dengan PAS, KeADILan dan DAP bukan lagi atas nama Barisan Nasional tetapi suatu Pakatan baru untuk sama-sama bersatu dan bekerja secara ikhlas demi menyelamatkan negara Malaysia yang dicintai. Kata Tuan Guru, beliau yakin rakan-rakan dari KeADILan dan DAP akan dapat menerima gagasan baru ini (ketika itu antara pimpinan KeADILan dan DAP yang hadir adalah Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu) dengan syarat Umno dan sekutunya perlulah membuang sifat ego mereka dalam berpolitik selama ini disamping sama-sama menghapuskan undang-undang zalim yang dibenci oleh rakyat termasuklah ISA, OSA, AUKU dan lain-lain. Penyatuan dan perpaduan politik seperti ini sudah pasti bersifat "win-win" tanpa mana-mana pihak berasa terpinggir atau iri hati sehingga boleh pula mencacat atau mebantutkan proses pembangunan masyarakat dan negara. Biarlah semua pihak berasa dihargai, biarlah kita ketepikan apa sahaja sengketa demi agama, nagsa dan negara yang tercinta. Yakinlah bahawa PRU ke-12 merupakan iktibar terbesar buat kita semua untuk sama-sama memikirkan hala tuju baru masa depan negara dalam dunia yang serba mencabar ini Mungkin masanya sudah tiba untuk kita sama-sama meneroka secara serius gagasan baru ini. Yang penting kita dapat menyatupadukan kembali semua lapisan rakyat Malaysia, mengikis sifat dan perangai buruk yang dibenci semua dan atas kesepakatan bersama itu, kita bina satu negara Malaysia yang baru yang rakyatnya saling hormat-menghormati berlandaskan Perlembagaan Negara dan kontrak sosial yang telah sama-sama disepakati. Ia bukan suatu tugas yang mudah tetapi sebagaimana dicetuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS dan Ku Li itu, ianya sesuatu yang perlu difikirkan secara serius oleh semua pihak kiranya kita mahu melihat negara ini stabil dalam semua aspek dan berjaya melalui segala cabaran ekonomi yang sedang dihadapi negara dan dunia. Roslan Shahir bin Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS |
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan arahan untuk menegenepikan permohonan pendakwaan bagi menghalang pihak media menyiarkan eksibit yang terkandung dalam afidavit peguam Anwar ditarik balik.
Afidavit tersebut mengandungi laporan Polis yang dibuat oleh Anwar terhadap Peguam Negara, Gani Patail terhadap dakwaan terlibat mereka bukti dan keterangan kes beliau di pukul ketika dalam tahanan Polis 1998.
Selain itu, eksibit 7 perkara dalam afidavit itu juga mengandungi keratan akhbar yang disiarkan oleh Bernama, International Herald Tribune dan New Strait Times yang melaporkan Perdana Menteri menyatakan pihak peguam negara tidak akan terlibat dengan pertuduhan terhadap Anwar.
Hakim S.M Komathy membuat keputusan tersebut berdasarkan peruntukan 41 peraturan 5 (2) peraturan dari mahkamah Tinggi yang menyatakan afidavit dibenarkan dibacakan dalam perbicaraan interlocutari yang bukan merupakan perbicaraan penuh.
Komathy merujuk keputusan hakim dalam kes perbicaraan Wasli Mohd Said melawan Sulong Matjeraie yang dibuat di mahkamah TInggi Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, Komathy membuat keputusan penghujahan kedua-dua pihak pembela dan pendakwa terhadap permohonan pendakwa bagi memindahkan kes berkenaan ke mahkamah Tinggi disambung pada 31 Oktober ini.
Penangguhan tersebuat bagi membolehkan tertuduh, Anwar Ibrahim menghadiri sidang parlimen yang akan bermula 13 Oktober depan.
Kuala Terengganu – Perubahan keadaan politik negara yang tidak menentu sekarang ini mestilah dilakukan kerana pimpinan UMNO/BN tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam mentadbir negara ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib menyatakan demikian ketika diminta mengulas berkenaan senario politik Negara dewasa ini.
”perubahan itu mesti dan kini sudah berjuang lama untuk membuat perubahan, tapi perubahan itu kepada suatu yang jelas halatujunya, destinasi yang kita hendak tuju adalah Islam,”kata beliau ketika sesi temubualnya semalam.
“Rakyat sememangnya menuntut perubahan dan pembaharuan menyeluruh untuk kebaikan dan ketelusan dalam pelbagai aspek,”ujar beliau
Menyentuh tentang persoalan dalaman PAS, beliau berpendapatan tidak akan berlaku petembungan diantara kombinasi antara ulama’ dan professional dalam PAS.
Menurut beliau gabung jalin diantara ulama’ dan kumpulan professional sangat mantap dari dahulu hingga sekarang.
”Saya tidak nampak akan berlaku perembungan, sebab PAS dari dahulu hingga sekarang ia adalah satu gabungan antara ulama’ dan profesional’
“contohnya zaman Asri, zaman Dr. Hj Abbas Alias, zaman Yusuf Rawa, zaman Ustaz Fadzil dan zaman Ustaz Hadi sekarang ini, gabungan antara professional dan ulama’ sangat mantap,
“itu sebenarnya rahsia kekuatan parti PAS yang boleh menghadapi sebarang cabaran berbanding dengan parti-parti lain,”jelas beliau.
Namun demikian katanya kalau ada sikit-sikit (pergeseran) ia adalah perkara biasa kerana kemungkinan kebanjiran orang-orang baru dalam PAS yang belum biasa dengan budaya PAS, mereka berasa cemas dan merasa lambat sangat dan sebagainya.
”Kepimpinan ulama’ adalah sesuai sebab dalam perlembagaan PAS undang-undang tertinggi adalah al-Quran, sunnah, Ijam’ dan Qias,
“tertakluk kepada perkara tersebut (undang-undang tertinggi PAS) maka dirujuk kepada kuasa-kuasa muktamar, kuasa-kuasa Jawatankuasa PAS Pusat, Majlis Syura dan sebagainya
”pemimpin adalah ibarat pemandu, pemandu mesti tahu jalan, perjalanan akan menjadi licin sekiranya pemandu tahu jalan,