Ikuti Blog ini

ANALISIS: Muslihat Sebenar Najib Altantuya Mansuh ISA


Janji Perdana Menteri Najib Altantuya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta lain disambut dengan penuh waspada oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Walaupun dianggap sebagai "kemenangan rakyat" terhadap perjuangan menghapuskan akta drakonian yang sekian lama bersarang di kepala hotak peminpin Umno-APCO, ternyata kejutan yang dijanjikan Najib Altantuya hanya tinggal kejutan semata-mata.


Pertama, setelah ISA dan EO dimansuhkan, Najib Altantuya segera memperkenalkan dua akta baru yang masih kabur dari segi perinciannya.

Ini adalah muslihat Najib Altantuya paling ampuh untuk kembali memperoleh sokongan setelah dikecam teruk selepas perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Kedua, ia masih di peringkat cadangan. Apa saja boleh berlaku selagi kesemua akta dan ordinan belum dibentang di Parlimen dan Dewan Negara. Ia seharusnya boleh dianggap sebagai "permainan psikologi" Najib Altantuya sama ada pengumumannya benar-benar diterima atau sebaliknya.

Ketiga, masih banyak lagi akta yang mengongkong kebebasan rakyat masih berkuat kuasa. Contohnya Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan. Sekiranya Najib Altantuya benar-benar mahukan rakyat menerima pengumumannya, semestinya kesemuanya akan dihapuskan dan bukannya hanya akta terpilih saja.

ISA hanya secebis akta daripada beratus malah beribu akta warisan penjajah British yang masih diguna pakai KERAjaan Umno-APCO.

Menurut pengamal undang-undang Latheefa Koya, Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:

"Perdana Menteri dan kabinet boleh membuat akta kecemasan bila-bila masa sekiranya akta yang sedia ada tidak mencukupi".

Dan reaksi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut mempunyai nada yang sama walaupun beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pejuang yang berusaha supaya akta gila ini dimansuhkan.

Kesimpulannya, janganlah kita "bergembira" kerana yang paling pasti, Najib Altantuya sudah memalu gendang pilihanraya tanpa kita semua sedari.

Najib mansuhkan ISA.. Kumpulan bodoh ni apa macam sekarang?

Saksikan Video sekumpulan manusia bodoh yang mahukan ISA di akhir entry..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.


Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.

Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tambahnya.

Perdana menteri juga mengumumkan prinsip pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.

"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.

Gubal dua undang-undang baru

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya - Malaysiakini


Perutusan Presiden PAS Sempena Hari Malaysia

Adalah menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan.

Tidak akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya.

PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok timur atau barat.

PAS amat menghargai peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tokoh seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah serta Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lainnya (sekadar beberapa nama) yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini.

Mereka ini telah meletakkan asas negara kita, walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak bersetuju kerana wujud kelemahannya yang tersendiri.

Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista. Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT.

Apa pun, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala di sisi Allah SWT. Kelemahan dan kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara yang bernama Malaysia pula perlulah diperbaiki oleh kita yang hidup di zaman ini dan berterusan menjadi tanggungjawab generasi akan datang.

Alangkah baiknya kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud dalam negara kita ini mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara Malaysia yang benar-benar melindungi kebajikan rakyatnya.

Pada saat ini, kita sedang sama-sama melihat betapa kerajaan Umno BN yang ada ini sudah diberi amanah pemerintahan selama lebih 50 tahun dan semakin membawa negara kita kepada penyakit yang menyusahkan rakyat dengan daya saing negara yang makin merudum, kos hidup yang meningkat dan barang keperluan yang melambung harganya, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan beragama ditinggalkan dan seribu lagi macam kerosakan, maka tentulah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama melakukan perubahan.

Penipuan pilihan raya juga semakin berleluasa dan tidak lagi menjadi medan muhasabah sebenar kalangan rakyat terhadap kerajaan.

Jangan kita membiarkan Malaysia menjadi semakin lemah di bawah kerajaan Umno BN, kerana generasi anak cucu kitalah nanti yang akan menerima sengsaranya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Buku Jingga: Sana kutuk, sini tiru

KUALA LUMPUR, 15 Sept: PAS hari mendakwa tawaran Pakatan Rakyat seperti yang tercatat dalam Buku Jingga semakin ditiru Umno Barisan Nasional (BN), walaupun merekalah golongan yang mengkritiknya habis-habisan.

“Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu.

Tindakan ini membuktikan hipokrisi Umno BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat,” selar Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim memberikan reaksi sedemikian sebagai menjawab balas laporan media yang menjangkakan bahawa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat pengumuman penting untuk meminda atau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, kata Tuan Ibrahim, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia.

“PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh. Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran "jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka".

Demikian juga, Rasulullah juga bersabda " kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat."

PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan,” terang Tuan Ibrahim, sambil menambah ISA telah menyebabkan ratusan orang yang tidak bersalah dihumban ke Kamunting dan mereka tidak diberi peluang untuk membela diri.

PAS katanya akan mengalu-alukan pengumuman Najib sekiranya benar, dan pada masa yang sama percaya rakyat yang kini semakin matang boleh menilai segala tindakan beliau.

“Kilat ikan di air, kita tahu jantan betinanya" - berapa ramai dah diktator di dunia ini yang membuat perubahan peraturan dan menunjukkan kebaikan kepada rakyat pada saat-saat kuasanya meruncing dan menjunam turun, namun rakyat tetap menghukum mereka,” tambah beliau.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menggesa agar kerajaan menghapuskan juga beberapa akta lain yang sering disalahgunakan dan bertentangan dengan nilai tamadun manusia - seperti  Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Auku, Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya.

Namun katanya, sekiranya pemansuhan ini berlaku, tindakan Najib dan kerajaan BN kini terbukti semakin jelas meniru apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang dikritik mereka habis-habisan.
Tuan Ibrahim juga berkata bahawa PAS difahamkan kerajaan akan menaikkan gaji guru-guru sebanyak RM200 dan pelbagai kemudahan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Jingga dalam pembentangan Belanjawan 2012 nanti.

“Ini sekali lagi akan melondehkan hipokrisi Umno BN dan membuka mata rakyat bahawa lemahnya kerajaan yang ada kini, sehingga tidak mampu lagi berfikir kerana perut terlalu kenyang dan minda terlalu sibuk untuk menutup segala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kesombongan,” selar beliau.

Beliau turut menyeru rakyat untuk bangkit dengan azam untuk menukarkan kerajaan Barisan Nasional dengan sebuah kerajaan baru yang memberi harapan baru lebih adil dan amanah - sebuah negara berkebajikan yang akan betul-betul menjaga nasib mereka.

“Bukanlah nak kata Pakatan Rakyat ini sempurna dan baik sepenuhnya, tapi belum cuba belum tahu. Sudah cuba, anda pasti berkata, ‘Kalau tahu begitu nikmatnya bawah Pakatan Rakyat, dah lama kita buang Umno yang lemas ini, insya Allah,” tambah beliau. -Hrkh

Saman Ekor ?

Ini namanya 'saman ekor'

Tak pasti gambar nie pernah tayang di mana-mana ataupun tidak. Tapi gambar di atas di petik dari facebook wall Norazizi SAMM.

Barangkali inilah yang gambar yang paling tepat untuk mendefinasikan 'saman ekor'... kah kah kah...

Terpulang kepada sesiapa yang nak komen...

Inilah bezanya kerajaan UMNO dengan kerajaan PAS.



http://3.bp.blogspot.com/_jFHj11BWJn4/S5UV9OFfkqI/AAAAAAAAADg/SYyiWd3_sXQ/s400/Datuk+Sri+Azizan+Razak,+MB+Kedah.jpg


Kerajaan Pahang tak mampu bayar ganti rugi sebanyak RM70 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd. BERHUTANG LA TU.

Sedangkan Kerajaan Pahang berhutang dengan Kerajaan Pusat tiap-tiap tahun dan boleh tambah hutang lagi. Tapi setakat ini Kerajaan Pusat pun tak mampu nak tolong. Mungkin hutang dah terlalu banyak. PUNYA LA TERUK

TAK MAMPU BAYAR, maksudnya kerajaan UMNO Pahang dah tak ada duit nak bayar. Dah nak Bankrup . Sedangkan Kerajaan Kedah berhutang dengan Kerajaan Pusat pun tak perlu, sebaliknya terpaksa dok baik pulih anak syarikat Kerajaan Negeri yang rugi besar zaman UMNO perintah.

Rakyat cerdik akan dapat bezakan TERUKnya Kerajaan UMNO dengan BIJAKnya Keraaan PR mentadbir

Baca berita di bawah :

ALOR SETAR - Status kewangan negeri semakin kukuh dan diuruskan secara berhemah menyebabkan Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk mentadbir negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, segala perbelanjaan berjalan lancar kerana pihaknya telus dalam pentadbiran selain tidak berlaku salah guna kuasa oleh kepimpinan tertinggi kerajaan.

“Saya bangga selama mentadbir Kedah, kita tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan atau uruskan pentadbiran.

“Saya difahamkan, ada negeri terpaksa berhutang dengan Pusat hanya untuk membayar gaji pekerja. Ini menunjukkan pengurusan kewangan kita diurus dengan baik,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya membuat beberapa penambahbaikan dalam meningkatkan hasil untuk menjana sektor ekonomi, selain mengawal perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran.

“Walaupun tiada sumber baru dan masih tertakluk pada sumber sedia ada, namun atas usaha penambahbaikan dalam hasil negeri seperti hutan, cukai tanah dan sumber galian, kita mampu tingkatkan pendapatan,” katanya.

Azizan percaya berdasarkan prestasi cemerlang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah sejak tiga tahun lalu, rakyat akan bertambah yakin terhadap kepimpinan sedia ada.

“Tak semua kita bangunkan dengan menggunakan hasil negeri, namun saya bangga kerana dengan peruntukan negeri pun kita mampu tadbir.

“Kita juga memperolehi dana Pusat dalam aspek pembangunan kerana itu adalah tanggungjawabnya untuk salurkan peruntukan,” katanya. -SH

Khalid Ibrahim Buat Umno Selangor Makin Meroyan

Selangor Perkenal Gaji Minima RM1,500 Tahun Depan


SHAH ALAM 15 SEPT: Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

Tunku Bukan Pejuang, Tetapi "Penyambut" Kemerdekaan - A. Samad Said


Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan

Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen". Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama.

Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen.

Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.

Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI. -mr

*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

**Forum "Milik siapakah kemerdekaan ini?" ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Free Public Forum, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL& Selangor dan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI).

Kenapa tampal gambar Rosmah di kotak misi bantuan?

PELIK tapi benar, misi bantuan kelab putra 1 Malaysia anjuran United Malays No Otak, Umno baru-baru ini membawa kotak-kotak bantuan yang ditampal dengan wajah Rosmah Mansor.

Apa kaitan Rosmah dengan misi bantuan ini? Apakah ini usaha untuk mempopularkan Rosmah Mansor di Mogadishu Somalia? Kali pertama dalam sejarah Malaysia wajah isteri Perdana Menteri ditampal pada kotak bantuan [Bharian].


Sebelum ni, suami orang lain pun jadi perdana menteri juga, tapi tak adalah nak buat perangai pelik macam si Lady Gajah ni. Dari Tungku Abdul Rahman sampailah ke Tun Abdullah, tak ada isteri PM yang over macam Lady Gajah.

Tambah pelik bin hairan, siap ada ucapan khas Lady Gajah di televisyen sempena Hari Raya tahun ini. Nampaknya Najib semakin sukar mengawal tingkah laku Lady Gajah. Apa saja yang dilakukan oleh Lady Gajah, Najib terpaksa biarkan. Ini betul-betul Queen Control

ReJaM© "First Lady of Mogadishu, FLOM"

Kompleks Darul Anwar : "Sekarang siapa saja mampu berwakaf"



Mercu Tanda Kompleks Pendidikan Darul Anwar, sila klik gambar untuk imej besar dan lebih jelas

NAZRI ARCHITECT yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan mengenai lukisan pelan pembinaan Kompleks Pendidikan Darul Anwar sehingga kelmarin 14 Sept telah menyiapkan gambaran sebenar mengenai mercu tanda Kompleks iaitu sebuah Surau yang boleh memuatkan sekitar 500 orang jemaah dalam satu masa.

Gabaran seperti di atas adalah salah satu dari bentuk senibina Cina yang menjadi mercu tanda Kompleks disam mping kesemua bagunan lain yang akan dibangunkan dengan konsep yang sama.

Pihak berkenaan juga mengesahkan dengan Idham Care mengenai gambaran susun letak semua komponen kompleks akan siap dilukis pada 20 September akan datang sebagai persiapan untuk Majlis Pelancaran pada 25 September.

Idham Care mengucapkan berbanyak terima kasih kepada NAZRI ARCHITECT yang merusaha gigih dari awal gambaran diberikan mengenai senibina cina yang menjadi konsep utama kompleks ini sehingga ianya dapat direalisasikan dalam pelan pembangunan menyeluruh kompleks ini tidak berapa lama lagi.

Anggaran kos pembangunan Surau yang digambarkan diatas mencecah kos sekitar RM 1.5 Juta.

Harapan saya Projek yang pertama kali seumpamanya dalam bentuk Kompleks Pendidikan berseni bina Cina ini mendapat sokongan dari seluruh umat islam di mana mereka berada.

Dengan moto "Sekarang siapa saja mampu berwakaf" saya harapkan bantuan dari seluruh umat Islam mencurah-curah masuk ke Akaun Idham Care di MayBank No : 558417102650 bagi menjayakan terbina sehingga siap Kompleks Pendidikan Darul Anwar dengan kos anggaran keseluruhan sebanyak RM 5 Juta.

Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi Idham Care.

Fiqh Perbandingan Mazhab - Dr Abdul Basit Abdul Rahman(Video)

Fiqh Perbandingan; Pengenalan & Kepentingannya di zaman ini...
Dibincangkan 4 Isu terpilih dalam Bab Toharah:
1- Pembahagian Air.
2- Wanita hamil datang Haidh.
3- Darah yang keluar sebelum melahirkan anak.
4- Batal Wudhu’ menyentuh perempuan dan lain lain..
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .