Ikuti Blog ini

ANALISIS: Muslihat Sebenar Najib Altantuya Mansuh ISA


Janji Perdana Menteri Najib Altantuya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta lain disambut dengan penuh waspada oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Walaupun dianggap sebagai "kemenangan rakyat" terhadap perjuangan menghapuskan akta drakonian yang sekian lama bersarang di kepala hotak peminpin Umno-APCO, ternyata kejutan yang dijanjikan Najib Altantuya hanya tinggal kejutan semata-mata.


Pertama, setelah ISA dan EO dimansuhkan, Najib Altantuya segera memperkenalkan dua akta baru yang masih kabur dari segi perinciannya.

Ini adalah muslihat Najib Altantuya paling ampuh untuk kembali memperoleh sokongan setelah dikecam teruk selepas perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Kedua, ia masih di peringkat cadangan. Apa saja boleh berlaku selagi kesemua akta dan ordinan belum dibentang di Parlimen dan Dewan Negara. Ia seharusnya boleh dianggap sebagai "permainan psikologi" Najib Altantuya sama ada pengumumannya benar-benar diterima atau sebaliknya.

Ketiga, masih banyak lagi akta yang mengongkong kebebasan rakyat masih berkuat kuasa. Contohnya Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan. Sekiranya Najib Altantuya benar-benar mahukan rakyat menerima pengumumannya, semestinya kesemuanya akan dihapuskan dan bukannya hanya akta terpilih saja.

ISA hanya secebis akta daripada beratus malah beribu akta warisan penjajah British yang masih diguna pakai KERAjaan Umno-APCO.

Menurut pengamal undang-undang Latheefa Koya, Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:

"Perdana Menteri dan kabinet boleh membuat akta kecemasan bila-bila masa sekiranya akta yang sedia ada tidak mencukupi".

Dan reaksi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut mempunyai nada yang sama walaupun beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pejuang yang berusaha supaya akta gila ini dimansuhkan.

Kesimpulannya, janganlah kita "bergembira" kerana yang paling pasti, Najib Altantuya sudah memalu gendang pilihanraya tanpa kita semua sedari.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .