Ikuti Blog ini

JOM PI MUKTAMAR

Nostalgia Forum Perdana di Ipoh


Antara program menarik yang disediakan sempena sambutan Muktamar PAS ke-54 yang akan diadakan nanti ialah Nostalgia Forum Perdana.
Tentunya Forum Perdana tersebut akan mengimbau semula kenangan lama kita kembali ke era kegemilangan rangcangan tersebut yang sangat popular melalui siaran di kaca TV.

Ahli panel dengan berani dan tanpa berselindung membincangkan tajuk isu-isu semasa dan ini sangat membantu orang ramai celek minda.
Hinggalah pihak kerajaan bertindak meng-gam beberapa ahli panel yang lantang; antaranya itulah, Dato' Dr Haron Din , Dato' Dr Hasan Ali , Dato' Ismail Kamus dan lain-lain.

Kali ini kita akan dapat saksikan semula kehebatan mereka melalui penampilan Forum Perdana yang akan di persembahkan secara 'live' in person pada 15 ogos 2008 , Jam 9.00 malam( Jumaat malam Sabtu) bertempat di perkarangan Stadium Indera Mulia , Ipoh.

Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama bernostalgia!

PAS bantah forum anjuran Majlis Peguam Malaysia


Parti Islam Se Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam Malaysia untuk mengadakan forum bertajuk “Memeluk Islam” yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Ogos ini.

PAS mengakui bahawa hak kebebasan bersuara memberikan jaminan kepada semua pihak untuk berdailog dan berbincang berhubung isu-isu kepentingan umum, namun demikian isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan dipelihara oleh perlembagaan negeri-negeri.

Oleh itu PAS merasakan kiranya forum ini diteruskan ia nanti mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara. Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak.

Bagi PAS Islam adalah agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa (authority) kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.

Kerana itu PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.

Demi menjamin kestabilan dan hubungan antara agama dan kaum PAS menyeru pihak penganjur agar membatalkan sahaja forum berkenaan.

*Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang*

Anwar Persoal kenap Saiful Tak Didakwa Jika Suka Sama Suka


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.
"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil?" katanya kepada pemberita sambil menyifatkan dakwaan liwat terhadapnya hari ini adalah fitnah khianat yang bertujuan mencemar nama baiknya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Beliau dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Mohd Saiful, 23 tahun.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibela oleh pasukan sembilan peguam diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Mereka yang lain ialah R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Leela Jeyamani Jesuthasan, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd. Razlan Jelaludin.
Pasukan pendakwaan pula diketuai oleh Ketua Pendakwa Pejabat Peguam Negara, Mohd. Yusof Zainal Abiden; Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun; Mohamad Hanafiah Zakaria dan Shamsul Sulaiman.

Anwar mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.
Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.

Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Sementara itu, Peguam Anwar, Sankaran Nair, berkata tuduhan terhadap anak guamnya megikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu liwat dalam sukarela sebagai sesuatu yang pelik.

Katanya, sepatutnya pendakwa turut menuduh Saiful atas kesalahan sama apabila memilih seksyen berkenaan untuk melakukan pendakwaan terhadap Anwar.
Beliau juga berkata, Anwar mempunyai alibi kerana masa pada pertuduhan itu anak guamnnya itu bersama lima orang di Kondominium Desa Damansara, 26 Jun lalu.

Tidak mengaku bersalah, Anwar diikat jamin RM20 ribu


KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Edisi kemaskini! Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan oleh mahkamah pagi ini dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM20,000.

Beliau yang tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi disambut oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan kira-kira 300 penyokong. Anwar dilihat memasuki mahkamah kira-kira jam 9.57 pagi.

Wartawan Nyza Ayob, Salmiyah Harun dan Nuha Rahim yang berada di lokasi melaporkan antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang berada di mahkamah ialah Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pada masa yang sama suatu kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengedarkan kenyataan bersama kepada media dan orang ramai untuk menyokong Anwar.
Dalam kenyataan tersebut, Pakatan Rakyat sepakat menganggap pendakwaan yang dihadapkan ke atas Anwar merupakan suatu kezaliman politik yang bukan sahaja membicarakan Anwar, tetapi rakyat seluruh negara terheret sama.

Kenyataan yang ditandatangani Wan Azizah, Husam dan Karpal itu menegaskan, jika Anwar terus ditahan dan tidak dibenarkan diikat jamin, Wan Azizah akan menjadi penyelaras Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS, KeADILan dan DAP juga sepakat bersetuju bahawa dalam apa keadaan sekalipun, Anwar adalah calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sehubungan itu, ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat sepakat membentuk jawatankuasa bersama untuk mengembleng tenaga petugas sepenuhnya untuk membantu kemenangan Anwar.
Kenyataan itu turut mengesahkan, selepas kemenangan di Permatang Pauh, Anwar akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, mulai 28 Ogos depan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .