Ikuti Blog ini
PAK LAWAK MINGGU INI..... ,Selasa, Januari 18, 2011 at 18.1.11,
RapidKL Tambah 8 Laluan Untuk Bas Wanita , at 18.1.11,
Bas Rapid khas untuk wanita dilancar dengan lapan laluan tambahan
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpilih.
Ia meliputi lapan laluan baru di mana tujuh laluan telah diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lalu.
Bas itu yang tertera perkataan Bas Wanita akan beroperasi sepenuhnya mulai esok dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang.
Lapan laluan tambahan ialah bagi yang bernombor U6 dari Taman Jasa Utama ke Medan Pasar, U31 (Pandan Indah ke Maybank Puduraya), U46 (Damai Perdana ke Bukit Bintang), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (Taman Sentosa ke Pasar Seni), U82 (Bandar Utama ke KL Sentral), U224 (Taman Dato' Senu ke Pasar Seni) dan U623 (Stesen LRT Kelana Jaya ke Subang Parade, melalui Sunway Pyramid).
Laluan terdahulu ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves ke Medan pasar, U8 (Hab Damansara Damai ke Medan Pasar), U22 (Hab Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Terminal Kajang ke Pasar Seni), U60 (Hab Puchong Utama ke Hab Pasar Seni), U80 (Hab UiTM Shah Alam ke Pasar Seni) dan U81(Hab Subang Suria ke Hab Pasar Seni).
Bagi perjalanan di sebelah pagi untuk penumpang wanita ke tempat kerja, ia akan berlepas pada pukul 6.45 pagi dan 7.30 pagi manakala di sebelah petang untuk penumpang pulang selepas bekerja, ia akan berlepas pada pukul 6 petang dan 6.45 petang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bas seumpama itu merupakan pilihan terbaik untuk golongan wanita ketika menggunakan pengangkutan awam.
"Ini adalah penambahbaikan kerana bas untuk wanita ini akan memberi ruang kepada lebih ramai wanita yang mungkin rasa kurang selesa menggunakan bas terutama di waktu puncak.
"Tapi mereka ada pilihan untuk naik bas yang mana, wanita saja atau campur dengan yang lain (lelaki dan wanita)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Pengarah Kumpulan Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, peluasan perkhidmatan Bas Wanita dilakukan setelah mendapat sokongan sebanyak 92 peratus daripada 1,400 responden yang disoal selidik semasa tempoh percubaan perkhidmatan.
Prasarana akan turut melancarkan bas dan van khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak lama lagi. - BERNAMA
‘Rosmah semakin Angkuh’ Istana akan dimohon campurtangan.. , at 18.1.11,
Mohon campur tangan istana untuk tegur Rosmah
Nazli Ibrahim January 18, 2011
PETALING JAYA: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan.
Seorang jurucakap memberitahu bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini.
Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu.
Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah.
“Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung.
Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini.
‘Rosmah semakin angkuh’
“Rosmah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya.
“Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri,” menurutnya lagi.
Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Rosmah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar.
“Memandangkan situasi sekarang seolah-olah menggambarkan tiada apa yang dapat dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno lain, maka kerana itulah kami berharap pihak istana campur tangan dalam hal ini.
Lebih-lebih lagi isu wanita pertama ini memang melibatkan pihak istana secara langsung,” ujar beliau.
Perkasa tidak bersuara
Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini.
“Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun.
“Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa.
Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu.
“Selain saya dan dua rakan dari Perkasa, rakan kami yang lain ialah dari Umno, PKR dan PAS. Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing.
“Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti,” katanya lagi.
Menyeru parti politik dan NGO turut bertindak
Jurucakap kumpulan ini juga menyeru agar mana-mana pihak tanpa mengira parti politik yang mampu mengatur gerakan penyerahan memorandum ini turut berbuat demikian.
“Saya menyeru kepada mana-mana pemimpin tak kira parti politik atau NGO, agar turut mengatur satu rancangan untuk menyerahkan memorandum ini kepada Seri Paduka seperti yang telah dibuat dalam isu air negeri Selangor.
Mungkin jika mereka yang mengaturnya ia lebih mendapat sambutan rakyat, ada pengalaman untuk menyusun dan merancang strategi berbanding kami dan boleh beri kesan yang lebih baik,” ujar beliau.
Manakala, memorandum yang dirancang untuk diserahkan kepada PM pula akan menyentuh penglibatan Rosmah dalam urusan rasmi kerajaan termasuk membantah kewujudan Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya.
Menurut mereka penglibatan Rosmah dianggap semakin serius sehingga membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian seperti Kementeriaan Pelajaran dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Rosmah mencampuri urusan negara
“Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada,” menurut sumber itu lagi.
Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu.
“Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?” soal beliau.
“Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM?
“Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini,” tambah beliau.
Free Malaysia Today
Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia , at 18.1.11,
Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.
Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.
Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.
"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.
"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.
"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.
"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.
Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.
Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.
"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.
MK
Buat malu bangsa Sedangkan dosa neraka pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh , at 18.1.11,
|
|
Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.
Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor , at 18.1.11,
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.
Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.
Bersih 2.0 Minta SPR Hentikan 'Permainan Silap Mata' , at 18.1.11,
Kota Bharu - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kesal dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan badan itu sedang mengkaji sistem undi proksi.
Pengerusi Jawatankuasa Forum Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof berkata, sistem yang membolehkan seseorang pemilih diwakili mana-mana individu yang layak pada hari pengundian itu menambahkan ketidaktelusan dan ketidakadilan dalam proses pilihan raya.
Menurutnya, SPR memekakkan telinga dan memejamkan mata terhadap tuntutan yang sememangnya menjadi standard antarabangsa.
“Rakyat menolak undi pos, menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda dan kini kami menolak sistem undi proksi.
“Sudah sampai masanya SPR berhenti bermain silap mata dan memperbodoh rakyat,” katanya pada sidang media sempena Forum Roadshow Bersih 2.0, di sini, semalam.
Forum tersebut akan diadakan pada 21 Januari ini di Balai Islam, Lundang, di sini, dan menampilkan tiga tokoh sebagai ahli panel iaitu Dr Toh Kin Woon, Dr Abdul Aziz Bari dan Datuk Husam Musa.
Bersih dilancarkan pada 10 November lalu, sebelum dilancarkan semula menjadi Bersih 2.0 serta dianggotai aktivis-aktivis organisasi masyarakat sivil (CSO) yang bebas daripada pengaruh politik.
Abdul Halim berkata, pilihan raya sepatutnya menjadi proses demokrasi yang mengiktiraf hak mengundi rakyat untuk memilih wakil mereka.
“Kami sekali lagi ingin menekankan tuntutan terdahulu seperti melakukan pembersihan dan penyemakan semula daftar pemilih bagi memastikan kesalahan dapat dihapuskan.
“Akses media mesti adil kepada semua pihak dalam pilihan raya dengan memberi peluang semua parti menjelaskan dasar dan manifesto masing-masing,” katanya.
Selain itu, katanya, bersih 2.0 turut menuntut pendaftaran automatik untuk semua pengundi yang layak, perubahan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan secara profesional serta mengubah semula urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan politik wang. -SH
Dato' Seri Najib, di mana kejantanan kamu? , at 18.1.11,
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Momokan BN "Barang Naik" tepat , at 18.1.11,
Tidak lama dahulu, Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mengalakkan orang ramai menanam kangkung dan sayur-sayuran untuk membendung kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran.
Galakan itu mendapat ejekan dari orang ramai, walaupun surat khabar arus perdana tidak memberikan fokus khas mengenainya, kerana inilah satu kenyataan yang paling dangkal terpancut dari mulut seorang yang bergelar menteri.
DD
Hotel konsep ala "Kapal Nabi Noh" , at 18.1.11,
Arkitek Russia membina hotel terapung yang meniru konsep ‘kapal Nabi Noh’ yang dinamakan “ The Ark“. Perancangan hotel ini dipersembahkan kepada umum pada Hari Isnin (10/1/2011) lalu, dibangunkan untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan pemukaan air laut.
Ketika bencana banjir terjadi, hotel ini boleh terapung di air laut sehingga mampu menyelamatkan manusia yang ada di dalamnya. Dalam keadaan tersebut, hotel yang didesign berbentuk cengkerang ini juga boleh menyediakan oksigen bagi penghuninya sebab bahagian dalamnya ditanam pokok.
Selain mengatasi banjir, hotel ini dikatakan juga tahan gempa bumi. Para arkitek yang membangunkannya mengatakan, rangka dan design hotel mampu menyebarkan berat secara rata sehingga boleh tahan gegaran dari bencana gempa bumi yang mungkin terjadi.
Hotel ini juga memiliki panel solar dan menampung air hujan yang akan memberikan tenaga dan air secara semulajadi. Bahagian dalam hotel dilengkapkan dengan tumbuh-tumbuhan yang selain memberi kualiti udara yang baik juga boleh menjadi sumber bahan sementara.
Bahagian luar hotel dibuat dari bahan yang transparen untuk memastikan cahaya cukup masuk ke dalam. Kawalan cahaya dilakukan dengan adanya filter di bahagian dalam ruangan. Sementara, sebuah lapisan khas juga digunakan untuk memastikan kualiti cahaya yang masuk ke dalam.
Hotel ini dibangun oleh firma arsitek Remistudio Russia dan International Union of Architect. Alexander Remizow dari Remistudio mengatakan, “Hotel ini dibangun untuk mendukung sistem kehidupan yang independen.”
Ia di atas permintaan untuk dan perlindungan dari kesan perubahan iklim serta keadaan alam sekitar yang ekstrem akibat dari aktiviti manusia yang merosakkan alam sekitar.
Untuk membangun sistem kehidupan yang independen, Remistudio mengatakan, “Semua tanaman telah dipilih berdasarkan kesesuaian, efisiens dalam mengatur pencahayaan dan kemampuan dalam mengeluarkan oksigen. Bumbung yang transparen mebuat tanaman boleh mendapatkan cahaya yang cukup.”
Berapa agaknya harga semalam bilik hotel tersebut. Rosmah pernah tidur di Hotel Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,000 dirham atau kira-kira RM100,000 untuk satu malam. Hotel "The Ark" ini pasti lebih canggih dan mahal. Rosmah dah tempah agaknya..apa nak susah rakyat 1 Malaysia bayar..hahaha..
Perbincangan Terbuka Depan Khalayak , at 18.1.11,
KEMAMAN - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta perbincangan terbuka depan khalayak ramai atau pendedahan terbuka menerusi media mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat dapat dilakukan jika cabaran debat terbuka mengenai isu ekonomi berhubung pelan itu ditolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Jika tidak diadakan debatpun, sebaiknya diadakan perbincangan terbuka di khalayak ramai atau pendedahan terbuka mengenainya di media.
“Saya lihat tidak ada sebab untuk beliau (Najib) bimbang (terhadap jemputan debat atau perbincangan mengenai isu ekonomi berhubung Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat itu) kerana beliau mempunyai ratusan pakar ekonomi untuk membantu beliau,” katanya pada sidang media sempena Majlis Himpunan Rakyat; Pas Ganti UMNO yang diadakan di Dataran Tok Guru Kampung Geliga, dekat sini, Sabtu 15 Januari.
Anwar berkata demikian ketika mengulas berhubung cabaran debat terhadap Najib yang sehingga sekarang masih belum mendapat maklum balas seperti mana dikehendaki.
Cabaran debat itu dikemukakan Anwar selepas Najib membidas Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat sebagai pelan populis serta tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menawar diri untuk berdepan dengan Anwar bagi menggantikan Najib dalam pendebatan terbuka mengenai cara kendalian ekonomi negara berkenaan tetapi tawaran itu ditolak Anwar.
“Setakat ini beliau (Najib) memberi respons supaya rakyat membaca dan menilai dahulu Buku Jingga yang mengandungi Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara.
“Namun, ruang untuk rakyat membaca dan menilai Buku Jingga itu sangat terbatas,” katanya.
Sehubungan itu, kata Anwar, seiring dengan amalan demokrasi di negara ini dan sekiranya Najib yakin terhadap dasar kerajaan sedia ada, sebaiknya perbincangan terbuka mahupun pendedahan melalui melalui media mengenai pelan itu wajar diadakan.
Katanya, perdebatan mahupun perbincangan terbuka mengenai pelan yang dibidas Najib itu sangat penting kepada rakyat.
“Jika cadangan ini dipersetujui, saya juga sentiasa bersedia pada bila-bila masa,” katanya.
Anwar sebelum ini turut menegaskan tuduhan mengatakan Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang akan memufliskan negara adalah tidak benar kerana negara ini sememangnya menuju ke arah muflis jika kerajaan UMNO-Barisan Nasional terus berhutang sewenang-wenangnya - SH
Apa barang? Orang lain semua koman! , at 18.1.11,
Pilihan raya mungkin sudah hampir atau mungkin lambat lagi. Terpulang kepada Najib untuk mengambil keputusannya; nak diadakan sekarang atau setahun lagi atau bila-bila. Nampaknya pilihan raya sudah menjadi isu yang diminati oleh orang ramai dan kali ini penantiannya lebih dirasakan oleh rakyat jika dibandingkan penentian pilihan raya semasa Pak Lah dahulu.
Jika dilihat secara terperinci rakyat sedang tertunggu-tunggu untuk memasuki bilik mengundi untuk membuang undi bagi menggunakan hak mereka sebagai pemilih untuk menentukan masa depan negara.
Pihak kerajaan (BN) sedang bersedia dengan pengumuman berbagai-bagai projek pembangunan bagi menambat hati rakyat tetapi hati rakyat rasanya belum lagi tertambat kerana kekaburan yang mereka lihat tentang faedah secara ‘direct’ kepada mereka.
Pilihan raya kali ini akan berhadapan dengan isu kenaikan harga barang keperluan yang melambung begitu tinggi yang diiringi oleh keputusan kerajaan untuk menarik balek subsidi banyak barang keperluan dan perkhidmatan. Rakyat diajak bersama-sama berkorban dengan hidup tanpa subsidi dan sebenarnya rakyat bukanlah tidak mahu berkorban.
Tetapi rakyat juga kecewa kerana banyak pihak yang tidak mahu berkorban bersama mereka untuk membantu kerajaan dalam menempuh zaman kegagalan mentadbir negara dengan sempurna. Rakyat amat sedih melihat pengorbanan mereka tidak disertai oleh ‘concessionaire’ lebuhraya-lebuhraya misalnya untuk menurunkan harga toll sedangkan traffic yang menggunakan lebuhraya-lebuhraya itu bertambah. Mereka (concessionaire’) ini tetap dengan perjanjian berat sebelah yang dimeterai oleh mereka dengan kerajaan dahulu.
Rakyat juga kecewa dengan kerajaan kerana membelanjakan wang mereka dengan projek-projek raksaksa yang kos yang terlalu tinggi dan rakyat sentiasa merasa curiga dengan kos yang terlibat kerana wang yang akan dibelanjakan itu adalah wang mereka dan mereka jugalah yang akan membayar perkhidmatan yang tinggi itu. Projek MRT yang akan menelan belanja sebanyak RM36 billion yang belum termasuk kos pengambilan alih tanah dan lain-lain.
Yang memandu kenderaan pula sedang dibebani dengan saman ekor yang belum tentu salah dan benar mereka terpaksa membayar dengan ratusan ringgit di balai-balai polis di mana-mana. Ibu bapa pula mundar mandir untuk mencari pembiayaan pelajaran anak-anak mereka kerana kos pelajaran sangat tinggi. Semakin kaya kerajaan semakin tinggi kos untuk menghantar anak-anak mereka keluar negara.
Pemimpin kita berkata negara kita sudah maju tetapi kita dibawah ini masih dalam keadaan yang sama sahaja malahan lebih susah dari dahulu kerana kenaikan harga barang dan penarikan balek semua jenis subsidi dari kita. Hendak kritik kerajaan pula hanya akan membinasakan peluang kita untuk maju kerana kerajaan tidak suka dikritik walaupun mereka berkata mereka adalah pemimpin-pemimpin yang terbuka untuk ditegur.
Kepada mereka yang sudah berusia kos perkhidmatan perubatan walaupun nampaknya masih rendah di hospital-hospital kerajaan tetapi bagi penyakit-penyakit yang memerlukan perkhidmatan yang specialized seperti kos mendapatkan perkhdmatan dialysis buah pinggang masih terlau berkurangan dan pada mereka yang tidak berpencen terpaksa membayar dengan harga ratusan ringgit setiap kali mendapatkan perkhidmatan itu.
Anak-anak muda yang masih muda yang baru menerima segulung ijazah pula dibebani dengan hutang yang besar untuk membayar kembali pinjaman PTPTN semasa belajar diUniversiti dahulu. Dalam pada itu gaji yang masih kecil itu terpaksa digunakan untuk membantu ibu bapa yang sudah tua yang rata-rata miskin dikampong. Akhirnya mereka terjebak dengan hutang kad kredit pula dan ribuan anak-anak muda sedang menghadapi kemungkinan muflis.
Mereka terpaksa memohon kad kredit untuk menyambung kehidupan mereka kerana kebanyakan pendapatan dan gaji mereka yang tidak seberapa itu digunakan untuk membantu ibu bapa dan membayar balek hutang dengan PTPN.
Akhirnya anak-anak yang masih muda ini terkial kial untuk meneruskan hidup dan dalam pada itu mereka membaca kenyataan-kenyataan pemimpin kita yang mengatakan kita adalah sebuah negara maju dan akan menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Pertembungan diantara kenyataan pemimpin-pemimpin dan keadaan sebenar yang mereka hadapi membuatkan mereka merasa keliru.
Saya yang sentiasa berada bersama dengan mereka yang susah-susah ini menerima banyak aduan dari mereka ini yang sedang menhadapi apa yang telah saya sebutkan tadi. Tetapi saya hanya setakat mendengar dan memberi mereka semangat supaya jangan berputus asa dan berdoa sentiasa kepada Tuhan kerana dalam keadaan kesusahan san keresah mereka sekarang ini, mereka hanya boleh dibantu oleh syufaat Rasul dan Rahmat Tuhan semata-mata.
Keadaan ini tidak dirasai oleh mereka yang bergelar pemimpin kerana mereka yang di atas itu terlalu sibuk dengan cita-cita masing-masing dan tidak ada masa untuk memikir dan melakukan apa-apa untuk membantu rakyat seperti ini. Mereka ini mungkin dapat sedikit sebanyak bantuan jika sampai pilihan raya sahaja. Tetapi pilihan raya akan tiba lambat lagi dan jika bergantung untuk mendapat bantuan hanya semasa piliha raya sahaja maka bantuan itu akan hanya datang 5 tahun sekali.
Saya terlalu sensitive terhadap isu pelajaran dan kesihatan yang dihadapi oleh mereka ini. Kadang-kadang saya berfikir dari ketirisan ratusan billion selama ini kenapalah tidak tiris sedikit untuk merperumpukkan untuk pelajaran anak-anak kita. Rakyat nampak keitirisan ini. Tidak bolehkah asingkan 3 atau 4 billion ringgit dari jumlah puluhan billion yang dicuri ini untuk mereka yang hendak melanjutkan pelajaran mereka.
Apa faedahnya bangunan yang gagah seperti Pusat Pentadbiran Kerajaan yang gah di Putrajaya jika rakyat masih ‘menyelapu’ untuk mendapatkan pembiayaan pelajaran anak-anak mereka atau untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang baik bagi mereka?
10 Downing Street di London hanya diletakan di penghujung Jalan Downing di sana yang berkampir dengan rumah kedai tetapi di situlah kuasa dunia terbesar ditadbir. Pejabat dan kediaman PM Britain terletak di situ sejak dari dulu sehinggalah sekarang. Mereka tidak bina pusat pentadbiran yang melibatkan wang rakyat sebegitu banyak kerana yang penting bagi kerajaan Britain ialah ‘efficiency’ pentadbiran kerajaan untuk mengelolakan rakyat.
Apabila kerajaan sudah kurang effektif rakyat akan tukar kerajaan dan tidak payah menjadikan isu-isu besar dalam menukar pimpinan negara itu. Gordan Brown meletakan jawatan dalam tempoh 5 jam sahaja apabila parti buruh tidak berjaya mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan dan dalam tempoh 5 jam jugalah dimasyorkan PM yang baru mengambil alih.
Tetapi kita tidak dapat membayangkan betapa tingginya kos menguruskan bagunan yang begitu besar di Putrajaya itu. Kalaulah jumlah itu dipergunakan untuk menghantar anak-anak bangsa kita untuk melanjutkan pelaran ke luar negara sehingga peringkat yang tertinggi tidak salah jika dikatakan jumlah dana yang digunakan untuk membangunkan Putrjaya itu boleh menghantar sejuta anak-anak kita kel;uar negara bagi mendapatkan pelajaran. Jika tidak jumlah itu boleh digunakan untuk membina banyak lagi pusat pengajian iktsad dan separa iktisad untuk jutaan rakyat.
Tetapi apa nak buat. Pemimpin kita lebih hendak menunjuk-nujuk. Bagi mereka lebih besar bangunan lebih besarlah kejayaan kita. Kita hanya mahu nama. Kita bangga dengan tiang bendera yang tertinggi didunia, jabatan yang ketiga terpanjang didunia, Gong yang terbesar di dunia yang pernah diletakan di Angkasapuri seta bangunan berkembar yang tertinggi di dunia dan semuanya yang nombor satu dalam dunia.
Akhirnya kita juga yang berhadapan dengan kegiatan rasuah diantara yang terhebat didunia. Kita juga terjebak dengan perbelanjaan kepada perkara yang tidak perlu yang keterlaluan. Dinagara ini jugalah kos untuk perbelanjaan kegiatan isteri PM yang tertinggi didunia. Saya rasakan wanita pertama kita berbalanja lebih tinggi dari Michelle Obama atau Imelda Marcos dari Filipina dahulu.
Entah apa yang disibukannya kita pun tidak faham. Semuanya itu rakyat yang tanggung. Tetapi apabila rakyat marah-marah, rakyat pula ditempelak akhirnya. Kepada pemimpin-pemimpin kita ingin bertanya; tuan-tuan semua nak jadikan rakyat ini sebagai apa? Jadi lembu? Atau kerbau untuk membajak? Atau apa?
Sampai bila keadaan ini akan berterusan? jawab setengah anak muda sekarang, "lu pikirlah sendiri"
Tengku Razaleigh Hamzah Disiasat Polis , at 18.1.11,
Satu berita panas baru sampai ke pengetahuan saya sebentar tadi.
Difahamkan pihak polis kini sedang menjalankan satu siasatan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah berhubung kenyataannya yang dikatakan mempertikaikan kesahihan Sultan Kelantan.
Kenyataannya itu dikatakan disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa cina.
Difahamkan juga pihak polis akan ke rumahnya di Jalan Langgak Golf KL pada 19.01.2011 (rabu) untuk merakam keterangannya.
Sumber di sini
Pelik Bila Nazri Aziz Beria Pertahan Ummi Hafilda Anak Derhaka , at 18.1.11,
Masaalahnya disini, nampak sangat benarnya bahawa Ummi Hafilda ni memang ayam denak ciptaan Umno menjelang PRU ke 13 nanti. Bagai benar apa yang dimomokkan selama ini, Ummi Hafilda adalah umpan ciptaan Umno untuk menggoyahkan pakatan pembangkang dalam menawan Putra Jaya.
Apa yang dihairankan ialah bagaiman parti sebesar dan kononnya segagah Umno boleh mempercayai Ummi Hafilda untuk memporak perandakan pakatan pembangkang? Apa kah sudah ketandusan idea kah mereka sehingga sanggup mempergunakan umpan yang sudah lupus hayat dimakan zaman sebagai senjata sulit menekan pembangkang? Haha... Umno pasti akan kalah lebih teruk lagi sekiranya Ummi Hafilda diangkat sebagai pembantu BN dalam menghalang perjalanan Pakatan Rakyat ke Putra Jaya.
Dalam laporan Bernama disini, Nazri telah membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh dengan menempelak Pengerusi Kebangsaan DAP itu sebagai "bukan hakim" untuk memutuskan samaada saman Ummi Hafilda terhadap Karpal, Anwar dan lain lain boleh diteruskan atau tidak.
"Itu Karpal yang kata, Karpal bukan hakim," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berhubung isu saman RM700 juta yang ingin difailkan Ummi Hafida Ali termasuk terhadap Karpal Singh.
Nazri berkata, kenyataan Karpal yang mempertikai kelayakan Ummi Hafilda memfailkan saman berkenaan kerana faktor masa membayangkan seolah-olah Pengerusi Kebangsaan DAP mengharapkan saman itu tidak diteruskan.
"Karpal bukan hakim untuk buat keputusan itu. Macam sudah tak ada alasan lain.
Shalehudin
Tuanku Sultan Puji Pembaharuan Yang Dibuat Menteri Besar , at 18.1.11,
“Kerajaan beta sentiasa memberi kerjasama yang erat kepada semua pihak di dalam menjayakan projek pembangunan demi faedah rakyat negeri ini,” titahnya.
Baginda bertitah demikian di Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulangtahun Hari Keputeraan baginda yang ke 83 di Istana Anak Bukit, hari ini.
Suasana ini, menurut baginda, telah memberi keyakinan kepada pelabur dan masyarakat perniagaan dengan kemasukan pelaburan asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan. Selain itu Langkawi Permata Kedah turut menjadi pilihan pelabur untuk memajukan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.
“Kerajaan beta telah memberi perhatian khas bagi mempercepatkan dan membantu para pelabur menjayakan projek masing-masing. Beta berharap inisiatif seperti ini dapat mempercepatkan kelulusan dan melancarkan segala urusan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan yang bakal memberi faedah kepada rakyat negeri ini,” titah baginda.
Dalam titah ucapan itu baginda turut menyentuh mengenai kerenah birokrasi yang sering dikaitkan dengan kelewatan menyiapkan sesuatu projek, hendaklah diatasi segera.
Baginda percaya dengan kaedah 5 Bintang seperti yang dikejar tidak akan memberi makna jika perubahan sikap dan minda tidak berlaku di dalam proses pentadbiran dan perurusan dengan para pelabur dan pedagang.
“Beta yakin kestabilan politik dan kemantapan jentera kerajaan akan berjaya menarik lebih ramai pelabur memilih negeri ini sebagai lokasi pelaburan yang menguntungkan,” titahnya.
Baginda memuji langkah kerajaan memberi bantuan sara hidup, membina rumah kepada rakyat ikut kemampuan kepada lebih 6,000 keluarga berpendapatan rendah mendapat faedah program ini.
Baginda juga melahirkan rasa bangga dengan peningkatan bidang pendidikan dalam peperiksaan UPSR dan PMR serta pencapaian pelajar Maktab Mahmud dalam dua peperiksaan itu yang meletakkan Maktab Mahmud dalam kumpulan 45 buah sekolah yang mencatat keputusan cemerlang di Kedah.
Selain itu baginda memuji kejayaan Kontinjen Kedah dalam Sukma yang menduduki tempat ke lima daripada 15 kontinjen dengan meraih 39 emas, 20 perak dan 31 gangsa selain 72 atlet Kedah yang terpilih mewakili negara dalam acara sukan peringkat antarabangsa.
UO
Waktu Solat Malaysia – Untuk Handphone (free download) , at 18.1.11,
Software ni, akan automatik start bila masuk waktu dan akan bunyi azan (kalau kita setkan untuk penggera azan).
Software ni sesuai untuk handphone yang boleh guna java punya application, kebanyakkan handphone memang boleh guna java, kecuali la kalau handphone sezaman tigatigasekupang.
Yang bestnya, software versi 2011 ni ada lagi banyak senarai bandar dimasukkan. Kalau untuk versi 2010 tak banyak bandar, macam untuk negeri Perak cuma ada 9 bandar dan Parit buntar takdak dalam senarai tapi untuk versi 2011 ada 27 bandar termasuk Parit Buntar.
Berbanding versi 2010, versi 2011 ni paparkan jugak tarikh hijrah, memang satu keperluan untuk orang macam aku yang payah nak ingat tarikh hijrah.
Lagi satu dan yang paling penting sekali, software ni punya masuk waktu sama macam yang Jakim punya (kalau tak silap aku, depa memang guna data dari jakim.) Kalau guna software lain macam yang IslamicFinder atau yang Searchtruth keluarkan, masuk waktunya ada sikit lari dari yang jakim keluarkan, mungkin pasai kaedah pengiraan ada sikit lain.
Dan lagi satu dan yang terlebih-lebih penting lagi, software ni feeware, PERCUMA.
Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada Mohamad Asrul Mustafar, Tg Afrizal Tg Ali, Mohd Azwan Abbas. dari Jabatan Sains Ukur & Geomatik, Universiti Teknologi MARA Perlis yang buat software ni. Semoga kehidupan hangpa sentiasa dirahmati.
Software tu boleh download kat sini
Sumber gambar: chromosome
Mintak maaf tidak cukup, BN dan UMNO mestilah disungkurkan , at 18.1.11,
Hari ini, 17 Januari 2011 ada hari yang dihiasi dengan permohonan maaf dari pihak tertentu atas ketelanjuran mereka sehingga menimbulkan sedikit kecelaruan dalam masyarakat dan negara Malaysia yang kita sayangi.
Namun begitu perlulah diingat bahawa permohonan maaf itu hanya boleh menyelesaikan perkara tersebut buat sementara waktu sekiranya BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara. Oleh itu untuk memastikan permohonan maaf dibawah ada jaminan untuk tidak berulang lagi, BN dan UMNO mestilah disungkurkan dalam PRK Tenang dan PRU ke 13 tidak berapa lama lagi..
Mohon maaf (1).
Peguam yang mengadu mengenai bunyi azan di Masjid Al-Ikhalasiah di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur, hari ini memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi tersebut.
Ng Kiam Nam, seorang ahli MCA, berkata dia keliru mengenai ceramah dan laungan azan dalam aduannya kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai bunyi pembesar suara dari masjid tersebut.
Surat aduannya itu telah mencetuskan bantahan oleh beberapa NGO Islam yang diketuai oleh Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan Jumaat lalu.
Mereka mendakwa tindakan Ng itu telah menghina Islam.
Ng membuat permohonan maaf itu dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.
Sidang akhbar itu diadakan di pejabat Umno bahagian Lembah Pantai, yang diketuai oleh Raja Nong Chik.
Sebelum itu, Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan Ng dan wakil-wakil kumpulan yang terlibat dalam protes tersebut.
Raja Nong Chik mendesak masyarakat menerima permohonan maaf itu, sambil menekankan ia berpunca daripada salah faham.
Mohon maaf (2)
Seorang pengetua wanita yang dikatakan telah membuat ucapan yang menghina masyarakat India di Malaysia, telah memohon maaf kepada para pelajarnya.
Menurut pengadu, AP Raja Retinam, yang juga ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia, pengetua tersebut memohon maaf pada jam 12.30 hari ini.
"Beliau membuat permohonan maaf kepada pelajar India hari ini, jadi
perkara itu ditutup," katanya.
Pengetua Zaini Mohd Zin dari SMK Taman Tasik Ampang di Selangor, dilaporkan telah menyebut perkataan 'paria' dalam ucapannya.
Beliau bagaimanapun kemudiannya memberitahu media bahawa ucapannya diambil dari luar kontak kerana beliau menyebut perkataan itu ketika merujuk pada novel 'Interlok' yang menarik banyak kontroversi.
"Beliau (kata) telah menggunakan buku itu sebagai rujukan. Inilah yang kami tidak mahu dan inilah sebabnya kami mahu buku itu diharamkan," kata Raja Retinam.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah , at 18.1.11,
Najib perlu tegur belanja boros rosmah
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diseru supaya menegur tabiat isteri kesayangannya, Datin Seri Rosmah Mansor yang boros dan gemar berbelanja besar.
Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun.
Dalam pada masa sama, katanya, Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.
“Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Badrul berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Rosmah membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai.
Menurutnya lagi, bukti betapa rakyat Malaysia muak dengan perangai Rosmah tidak dapat dibendung apabila mereka menanyakan soalan bertalu-talu mengenai cara Rosmah ketika Perdana membuka segmen #TanyaNajib di laman Twitternya pada 11 Januari lalu.
“Hampir 90 peratus dari soalan yang ditanyakan rakyat dalam Twitter berkaitan perangai Rosmah. Sudah tiba Najib memberanikan diri menegur perangai isteri kesayangannya itu,” ujarnya.
Turut dikemukakan oleh rakyat kepada Najib di lama sosial itu berkaitan peningkatan kos sara hidup di negara ini serta kematian tragis wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitan dengan Presiden Umno itu.Secara sinis, Badrul berkata cara hidup Rosmah yang boros berbelanja hanya boleh diubati sekiranya suaminya itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum akan datang.
“Sebab itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menilai secara adil kepimpinan Najib ini. Sejak beliau menjadi menteri sehinggalah bergelar PM, dasar Najib lebih kepada perbelanjaan bermewah-mewah tanpa mengambil kira kesengsaraan rakyat. Rakyat menderita tidak mengapa, yang penting Rosmah berbelanja mewah,” katanya sinis.
Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.
Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.
Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.
Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam. -GB