Ikuti Blog ini

Saat yang paling sedih untuk Haji Rahman

KUALA LUMPUR : Saat paling sedih bagi Haji Abdul Rahman adalah apabila mengingatkan kembali saat dia terpaksa berehat sebentar dan menyerah stering kereta yang dipandunya kepada Ustaz Hasan Shukri di Kuala Krai dalam perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu Ahad lepas.

"Ketika itu saya terlalu mengantuk. Haji Subky tak boleh memandu kerana masalah matanya, jadi Ustaz Hassan yang mengambil stering dan memandu," kata Haji Rahman kepada Harakahdaily.

Beliau sangat bimbang kalau-kalau orang mempersalahkan beliau dengan apa yang berlaku.

Haji Rahman Sulaiman, 66 tahun, (gambar) bersama dengan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri, 71, dan Haji Subky Latif, 70, ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar PAS sejak Rabu, 9 Jun lagi. Tiga warga emas PAS ini telah naik kereta bersama dari Kuala Lumpur dan Haji Rahman menjadi pemandunya.

Ustaz Hassan menyertai Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang Rabu itu. Pada malamnya mereka bertiga di dewan besar Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) menyertai majlis perasmian muktamar ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat oleh Mursyidul Am.

Pada hari Khamis, ketiga-tiganya menyertai Muktamar Dewan Pemuda di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) namun tidak lama.

"Sejuk sangat kat dalam," kata Ustaz Hassan kepada Harakahdaily ketika ditanya kenapa tidak masuk dan duduk di atas kerusi dalam dewan KTC.

Selepas selesai muktamar, mereka bertiga bertolak pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang hari Ahad.

Namun, menurut Haji Rahman, kerana terlalu mengantuk selepas makan, Ustaz Hassan mula memandu apabila sampai ke Kuala Krai menjelang Gua Musang hinggalah ke Kuala Lipis.

Di Kuala Lipis, Ustaz Hassan mengadu sakit dada.

"Mereka ingat, Ustaz Hassan sakit dada kerana tersalah makan pajeri nenas dalam perjalanan tadi. Jadi Haji Rahman memandu semula sampai ke rumah," cerita Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky kepada Harakahdaily.

Namun, bagi Haji Rahman, itulah menjadi saat yang menyedihkan beliau kerana terpaksa memberikan stering kepada Ustaz Hassan kerana terlalu mengantuk.

Ustaz Hassan telah dibawa ke hospital Selayang jam 9 pagi keesokannya oleh isterinya Puan Hamidah Abdul Mutalib bersama anak lelakinya dan dimasukkan ke wad rawatan jantung (CCU) hospital itu.

Kira-kira jam 1 tengahari, Hamidah dan anaknya meminta izin untuk pulang dari Ustaz Hassan untuk mengambil barang-barang keperluan wad selepas disahkan Ustaz Hassan terpaksa dimasukkan ke wad.

"Ustaz masih bercakap elok dengan kami ketika itu. Namun, sampai kat Pasar Borong, Selayang, doktor telefon kami ustaz sudah tidak ada," beritahu Puan Hamidah kepada sahabat-sahabatnya yang menziarahi beliau di rumahnya semalam.

(Gambar: Haji Rahman dan Subky menceritakan saat-saat akhir mereka bersama Ustaz Hassan kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di perkarangan rumah Allahyarham Ustaz Hassan)

Menurut seorang jururawat yang merawat Ustaz Hassan, beliau telah jatuh dari katilnya ketika mahu pergi membuang air kecil. Tidak lama selepas itu, tanpa menyusahkan sesiapa, tokoh khutub khanah dan pakar perlembagaan PAS ini pergi menemui Tuhannya buat selama-lamanya. Beliau meninggalkan Puan Hamidah serta enam anak, lima perempuan dan satu lelaki.

Bagi peguam Mohamed Hanipa Maidin, Ustaz Hassan adalah pakar perlembagaan PAS dan beliau selaku peguam pun merujuk Ustaz Hassan sebelum memberikan apa-apa nasihat undang-undang tentang PAS.

"Masa kami mahu menyiapkan aturan dan peraturan untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) baru-baru ini, kami rujuk Ustaz Hassan. Kami ingat perlu pinda perlembagaan PAS untuk menubuhkan dewan ini tetapi Ustaz Hassan kata tidak perlu," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Lalu terbentuklah DHPP siap dengan aturan dan peraturannya tanpa perlu meminda perlembagaan yang menjadi undang-undang tubuh PAS. Ia telah selamat dilancarkan Mei lalu dan perwakilan DHPP menyertai Muktamar PAS ke 56 baru-baru ini.

Allahyarham Ustaz Hassan Shukri : Gambar-gambar sekitar Solat Jenazah.



Perjalanan terakhir seorang Hamba yang dicintai manusia, moga dicintai dan diredai oleh penciptaNya......kami kehilanganmu..namun Allah lebih menyayangimu...kita semua akan menyusul...buat masa ini kita teruskan perjuangannya....moga Islam tertegak di bumi yang kita cintai....baca kesahnya di sini.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Pintu Gerbang Markaz Tarbiyyah Taman Melewar


Tetamu dari luar negara

Tuan Subky Latif, seperti yang diceritakan oleh isteri beliau, Puan Naznah Taha, mereka bertiga bertolak dari Kota Bharu bertiga dan Allahyarham Ustaz Hassan Syukri memandu dari Kuala Krai hingga ke Kuala Lipis dan kemudiannya mengadu sakit dada.

Suasana di jalan hadapan Markaz sebaik jenazah dibawa pergi untuk dikebumikan.

Dr MAZA, YB Mahfuz dan Tuan Guru Presiden.

Orang ramai bergerak keluar sebaik selesai solat jenazah.

Dr Tan Seng Giaw Ahli Parlimen Kepong-DAP turut kelihatan hadir memberi penghormatan-ahli politik veteran. Semuanya kini merasakan keindahan bekerjasama dan bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat.

DS Ir Nizar menanti di hadapan pintu van Jenazah.

Tuan Guru berjalan keluar sebaik selesai solat jenazah. (pemandangan di bahagian tepi-pintu utama Markaz Taman Melewar dulunya-nampak gah kini)



Tuan Guru duduk sebentar sementara menanti solat Jenazah bermula.

Jenazah diusung beramai-ramai keluar dari rumah untuk disembahyangkan.

Bersiap sedia menanti jenazah diletakkan di tempatnya untuk disembahyangkan dengan diimamkan oleh Tuan Presiden PAS.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berjalan masuk menuju ke rumah Allahyarham. Terbaca di Tweeter Tuan Guru, semalam beliau masih punyai satu program pelancaran satu majlis di Kelantan, dan beberapa hari sebelumnya sebagaiamana ramai yang lain penuh dengan aktiviti di Muktamar PAS yang ke 5. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepadanya.

Kelihatan Markaz Taman Melewar yang dalam proses pengubahsuaian menjadi sebuah Kolej.

Di hadapan rumah Allahyarham Ustaz Hassan Syukri.

Memenuhi ruang jalan di sepanjang jalan masuk ke Markaz Taman Melewar dan ke rumah Allahyarham.


Dr Lo' Lo kelihatan bersama Muslimat dan teman Nisa' Izzah Halim...semua ni masih muka penat bertugas di Muktamar.

Dr MAZA tiba dan dibawa masuk ke dalam rumah untuk menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir. - Ummu Asiah

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik. -Hrkh


Tangisan 2 Tok Guru



Ni selepas solat jenazah... Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjalan seiring dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi... TGNA memang tak dapat nak tahan sebak, then TGHH cuba tenangkan TGNA...

Sebaik TGHH pegang bahu TGNA, airmata TGNA turun lagi, aku tengok TGHH pun tak dapat tahan sebak jugak... habisnya, 2-2 Tuan Guru kesayangan kita sama-sama menitiskan airmata...

Agaknya masing-masing terkenang jerit-perih sama-sama berjuang menegakkan agama suci Islam yang kita sayangi dengan Arwah sampai ke tahap yang kita ada sekarang...

Harap-harap, mereka-mereka yang cuba nak khianat perjuangan ni fikir balik pengorbanan orang-orang yang kita sayangi samada yang masih ada atau yang telah pergi mengadap Illahi...

Jangan sia-siakan perjuangan mereka-mereka ini selama ini... jangan khianat pada perjuangan, jangan khianat pada rakan-ralan seperjuangan...

Sabar itu sifat orang-orang yang beriman, tak hari ni, esok, tak esok lusa... masanya akan tiba untuk Islam tertegak di bumi Malaysia...

Jangan khianat, jangan khianat & jangan khianat...

topeng perak

Kontraktor Stadium Gong Badak bina istana baru

Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.

collapsed half of roof of the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium  in Kuala TerengganuPada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Syarikat yang dipertanggung-jawab membina laluan dari Jalan Duta ke istana baru itu pada kos RM130 juta adalah kontraktor yang sama membina stadium berkenaan.

Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.

new istana palaceSemalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.

Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.

KESAYUAN AKAN PEMERGIAN SAHABAT SEPERJUANGAN....










Setelah sekian lama berjuang bersama. Mengharungi cabaran, pahit dan getir. Mehnah dan fitnah. Akhirnya, sahabat perjuangan mendahului kita untuk menemui Khaliq.

Kadang-kadang, kesayuan tidak dapat dibendung hingga menitislah air mata. Hanya kesabaran dalam diri dan bingkisan doa dititipkan kepada Almarhum.

Perjalanan Terakhir Ustaz Hasan Shukeri - video

JENAZAH bekas Timbalan Presiden Pas, Hassan Shukeri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Taman Selasih, Gombak kira-kira jam 10:30 pagi ini. Hassan meninggal dunia semalam dalam usia 71 tahun di hospital Selayang akibat serangan jantung.



Ribuan orang mengiringi jenazah Hassaan ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah kira-kita jam 9:45 pagi. Solat jenazah diimani oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Semua pemimpin tertinggi Pas kelihatan hadir. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun tidak berapa sihat turut hadir sama.

Turut sama hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrum.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Hassan dan ditempatkan di makam para Arifbilah!
Jenazah dibawa dengan van untuk ke tanah perkuburan dengan diiringi ribuan orang.

Orang ramai penuh sesak yang dianggarkan lebih 3,000

Kelihatan Abdul Hadi Awang memperkatakan sesuatu kepada guru Hassan Shukeri sambil diperhatikan oleh Nasharudin Mat Isa.

Nik Aziz tidak dapat menahan sebab atas kehilangan Hassan Shukeri.

Sebatang gang yang yang panjangnya tak sampai 500 meter yang dinamakan dengan nama Haji Hassan adalah satu-satu peninggalan Hassan Shukeri.

foto ehsan MSO

Rombongan Yayasan Amal kini di Mesir

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Rombongan Yayasan Amal ke Gaza untuk menguruskan bantuan kemanusiaan kini sampai ke Mesir 13 Jun lalu jam 5 petang waktu tempatan.

Rombongan ini di sertai oleh 5 anggota Amal iaitu Dr Hj Abd Rani bin Osman (Naib Presiden AMAL), Dr Syed Ahmad bin Syed Mohd Ali (AJK AMAL Selangor), Hj Jamsari bin Marsom (AJK AMAL Pusat), Mohd Fauzi bin Abu Samah (Naib Pengerusi 1 AMAL N.Trengganu) dan Hj Mohd Aszmi bin Annuar (AJK AMAL Selangor).

(Gambar: Rombongan yang diketuai Dr Rani Osman bergambar dengan pegawai kedutaan Malaysia di Mesir)

Mereka berlima dalam misi untuk menyelaras bantuan bernilai RM1.5 juta kepada penduduk Palestin yang diserahkan Yayasan Amal sebelum ini.

Sesampai di sanma, mereka telah berkunjung ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Penerangan telah di berikan oleh Encik Iskandar Harman (SU 3 Kedutaan Besar Malaysia)

Daripada taklimat yang diberikan, kami difahamkan bahawa sehingga terkini pihak kerajaan Mesir telah mengeluarkan arahan baru sebanyak 7 perkara yang antaranya adalah:-

1. Penghantaran bantuan melalui konvoi daratan tidak di benarkan.

2. Penghantaran bantuan melalui kapal laut hanya di benarkan berlabuh di Pelabuhan El Arish. Hanya bahan bantuan berbentuk makanan, minuman dan perubatan yang di benarkan untuk di salurkan. Para sukarelawan tidak di izinkan untuk mengikuti rombongan tersebut.

3. Penghantaran hanya boleh di jalankan melalui Bulan Sabit Merah Mesir (Egyptian Red Crescent). Penderma terpaksa menanggung kos penyimpanan, penyusunan, pengangkutan dan pengendalian barang-barang bantuan.

4. Penderma mestilah mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak UNRWA (UN Relief & Work Agency) keatas barang-barang yang perlu di hantar ke Ghaza. Kebenaran ini hendaklah di kepilkan bersama permohonan yang di kemukakan kepada Pihak Berkuasa Mesir ( Egyptian Authority )

5. Kebenaran bertulis perlu di dapati dari pihak berkuasa Mesir sebelum apa-apa penghantaran di buat ke Gaza. -Hrkh

Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS



KUALA LUMPUR, 15 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.

“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, jenazah Ustaz Hassan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih 2, Gombak kira-kira jam 10.25 pagi ini.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di pekarangan Markas Tarbiah PAS Taman Melewar yang diimamkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang disertai pimpinan utama PAS termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama kira-kira 5,000 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut serta. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .