Ikuti Blog ini

Air Mata Pelastin

Kami mempertahankan al Quds, Al Quds bukan untuk rakayat Pelastin shaja. Al Aqsha lebih berharga dari diri kami aku tak sanggup nak tgk video camnie...sedih hati ku...aku hnya mmpu berdoa...semoga allah mngabulkan semua doa2 umat islam d seluruh dunia dan rakyat palestin...amin..

Pemimpin PAS Selayaknya Sederhana

Pemimpin PAS :
Ambillah Gaya Hidup
Yang Sederhana

1. Sebaik - baik perkara ialah pertengahannya [ sederhana ]
خير الأمور أوسطها.
Tidak melampau [ ifrat ] dan tidak terlalu bermudah - mudah . [ tafrit ] .

2. Sederhana adalah lambang keutuhan dan kemuliaan peribadi . Pemimpin yang hidup dalam kesederhanaan adalah pemimpin yang berjiwa besar justeru ia tidak dipengaruhi oleh nafsu tamak dan gelojoh .

3. Pemimpin yang mengambil gaya dan cara hidup secara sederhana juga merupakan pemimpin yang hebat justeru ia tidak terpedaya dengan bujukan nafsu dan syaithan untuk bermudah - mudah atau meringan - ringankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba terhadap tuhannya .

4. Kini rata - rata pemimpin PAS menang pilihanraya menjadi wakil rakyat samaada diperingkat DUN atau parlimen malah ada yang bergelar Menteri Besar dan exco kerajaan negeri . Alhamdulillah , ianya satu penghormatan dan kepercayaan rakyat kepada PAS . Namun berwaspadalah , agar lifestyle kalian masih kekal utuh dalam frame seorang pemimpin yang beriman , bertaqwa , berakhlak dan sederhana .

5. Usah terpedaya dan terpengaruh dengan cara hidup orang lain apatah lagi musuh . Sekalipun kalian memang layak dan memiliki kekayaan melalui cara yang benar dan halal , namun ambil lah hukum wara' atau zuhud dalam kepimpinan dan penampilan kalian . Usah bermewah dengan harta yang dimiliki tetapi tidaklah sampai kelihatan selekeh , lusuh dan tidak ceria . Sederhanalah dalam segalanya .

6. Wara' bukan bermaksud berjalan tunduk tanpa mendongak wajah dan zuhud pula bukan bermakna selekeh tanpa set pakaian yang baru dan kemas . Tetapi wara' dengan maksud tidak berlebih - lebih menggunakan nikmat kekayaan halal yang kita miliki sementara zuhud pula ialah menggunakan nikmat kekayaan yang dimiliki tanpa hati terpengaruh dan terpaut padanya.

7. Gerakan Islam seperti PAS selayaknya mendokong feqh wasatiah [ kesederhanaan ] ini dalam usaha mendapatkan tempat di sisi Allah swt dan menarik sokongan rakyat kepada perjuangan suci yang didokong . Rata -rata manusia tidak senang dan muak dengan manusia yang berlebih - lebihan dalam penampilan gaya hidup serta menunjuk kaya dan mewah mereka.

8. Feqh wasatiah bukan hanya dipakai dalam aliran pemikiran dan prinsip hidup tetapi juga dalam penampilan , cara dan gaya hidup [ lifestyle ] . Janganlah setahun dua jadi wakil rakyat , perubahan ketara dan mendadak berlaku dalam hidupnya seperti membina rumah besar , memiliki kenderaan baru dan mahal .

9. Bukanlah salah memiliki rumah luas dan kenderaan yang baik , tetapi bersederhanalah . Jika tidak , pemimpin PAS akan kehilangan haibah [ kehebatan ] dan quwwah [ kredebiliti ]. Sifat dan amalan sederhana mendekatkan pemimpin PAS dengan rakyat marhain. Mudahnya amalan bersederhana ini ialah mengambil sesuatu seperlunya . Jika ia perlukan rumah 5 bilik dengan jumlah keluarganya yang ramai maka milikilah , ia menepati keperluan . Demikianlah kenderaan , jika perlukan kenderaan yang baik kerana keperluannya berjalan jauh saban hari mengambil undangan amal islami yang diperjuangkan , maka ambillah justeru ia menepati keperluan . Apa yang tidak disenangi ialah berlebih - lebihan dari had keperluan dan bermewah - mewah .

10. Kita tidak mahu menjadi pemimpin parti yang petah mengungkap serta meriwayat contoh zuhud dan wara'nya Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz , Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Ust Azizan Razak , walau mereka dipuncak kuasa tetapi tetap :
  • tinggal di kediaman asal yang serba sederhana ,
  • nilai pakaian mereka seperti rakyat awam ,
  • mereka mengamalkan jimat cermat dalam kehidupan sehariannya ,
  • keraian mereka tidak mewah
  • elaun mereka dikembalikan kekantung pembendaharaan negeri
tetapi malang , jika kita sendiri gagal untuk mencontohinya .

Mesyuarat kecoh, Umno Kedah dukacita - video







Badan Perhubungan Umno Kedah dukacita dengan kekecohan yang berlaku sewaktu mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sungai Petani semalam.

Sehubungan itu, timbalan pengerusinya, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah berharap kejadian seumpama itu tidak berulang di tempat lain.

Katanya, Umno Kedah akan mendapatkan laporan penuh dari wakil pemantaunya mengenai kekecohan tersebut dan pihaknya tidak boleh mengambil tindakan atau membuat cadangan berdasarkan laporan akhbar.

"Perhubungan negeri akan menunggu laporan rasmi yang lengkap dan selepas itu akan membuat keputusan mengenainya," katanya apabila diminta mengulas kejadian tersebut.

Media hari ini melaporkan mesyuarat yang berlangsung di Sungai Petani Inn itu menjadi kecoh apabila sekumpulan perwakilan, termasuk Wanita, yang tidak berpuas hati dengan ketua bahagian, Ali Yahaya, bangun dan secara terbuka memintanya melepaskan jawatan dan menghalangnya daripada berucap.

Ketika ditemui pemberita selepas menutup majlis anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kampung Baru Jemerli, Merbau Pulas, hari ini Ahmad Bashah berkata beliau berkata Umno tidak akan terburu-buru membuat keputusan berdasarkan jawapan satu pihak sahaja.

Katanya laporan tersebut akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk membuat keputusan sama ada menggantung bahagian itu atau mengenakan tindakan disiplin kepada pihak terbabit.

- Bernama

SEKELIP MATA KAU BERUBAH...



SAMAN EKOR HENDAK WANG ATAU CEGAH KEMALANGAN...?



SAMAN EKOR HENDAK WANG ATAU CEGAH KEMALANGAN...?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merasa kesal, di atas sikap kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam pesalah trafik sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan. Dimaklumkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM.

PAS merasa kesal ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan tekanan hidup, dan indeks pengguna yang bertambah meningkat tiba-tiba pihak polis dan JPJ menyatakan bahawa mereka yang ada sama ekor tidak dibenarkan membaharui cukai jalan. PAS bukan menentang saman kepada mereka yang bersalah,tetapi biarlah dihukum mengikut proses yang betul. Kenapa tidak dibawa kepada pengadilan untuk dibicara.

PAS berpendapat ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut. Kerana ada yang tersalah saman, sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku. Tindakan saman ekor memang bertujuan untuk mendapat wang, bukan untuk hendak mengurangkan kemalangan jalanraya, ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam. Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya.

PAS berpandangan bahawa memang kerajaan kekurangan wang sekarang, setelah GST yang ditangguh pelaksanaan kerana mendapat penentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat. Mungkin kerajaan telah terlepas peluang kerana lesen judi bola yang tidak berani diluluskan kerana ditentang dengan hebat oleh rakyat. Sebab itu tidak hairanlah kepada kita kenapa Datuk Seri Najib menyokong tindakan polis dan JPJ. Maka satu lagi projek 1Malaysia rakyat didahulukan, saman diutamakan.

PAS mengharapkan pihak kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat. PAS menyeru supaya rakyat sedar inilah kerajaan yang ada pada hari ini hanya pandai menanam tebu dibibir konon membela rakyat, tetapi bertindak sebaliknya dan kita mesti bersatu untuk menolak BN dalam PRU 13.


Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sikap Najib Pertahan Singapura Timbulkan Tandatanya

Tindakan Najib pertahan Singapura timbul syak wasangka

Gesaan Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya rakyat Malaysia bersikap terbuka mengenai keputusan beliau membuat pertukaran tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dengan Singapura dan pelaburan di Iskandar Malaysia (IM) menimbulkan kritikan ahli-ahli parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar berkata, selagi Najib tidak menjelaskan sebab sebenar disebalik keputusannya menyerahkan tanah KTMB di Tanjung Pagar itu kepada Singapura dan persetujuan dalam rundingan dengan negara pulau itu berhubung pelaburan di IM, "maka akan sentiasa ada syak wasangka."

Beliau berkata, "Najib mahu kita (PAS) dan rakyat mengamal sikap dan pemikiran terbuka mengenai IM sedangkan beliau tidak mendedahkan kepada umum tujuannya bersekongkol dengan Singapura."

"Maka dengan itu, barulah adil apabila rakyat mempersoalkan tindakan beliau. Kenapa beliau begitu prihatian untuk memelihara kepentingan Singapura wilayah IM itu?" soal beliau.

"Jika anda melihat IM, apa jenis keuntungan rakyat boleh nikmati apabila tanah mereka dijual kepada orang asing? Kenapa Najib menggalakkan campur tangan Singapura di IM?" soal beliau lagi.

Firdaus yang juga Ketua Pemuda Jabatan Pilihan Raya PAS berkata, tindakan Najib, seperti kelihatan menjual kedaulatan negara telah menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat, terutama orang-orang Melayu.

Bulan lalu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa keputusan Najib untuk menyerahkan Tanjung Pagar kepada Singapura adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana isu ini tidak dibangkitkan di Parlimen dan dibawa kepada pengetahuan Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan sewenang-wenang

Firdaus berkata, berdasarkan tindakan sewenang-wenang pihak kerajaan ini maka tiba masanya rakyat mengenepikan perbezaan fahaman politik masing-masing dan menilai tindakan pemimpin-pemimpin secara rasional.

"Telah tiba masanya kita melupakan perbezaan politik dan mempertahankan kedaulatan negara. Kita tidak boleh membiarkan pemimpin-pemimpin tertentu melakukan pengkhianatan terhadap negara untuk tujuan kepentingan peribadi mereka.

"kita hendaklah bersatu, sama ada kita penyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, mengingatkan rakyat supaya mengundi untuk perubahan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Ketika berucap merasmikan konvensyen para perwakilan Bahagian Umno Pulai di Johor Bahru semalam, Najib menggesa rakyat Malaysia bersikap terbuka dalam menilai keputusan kerajaan persekutuan berhubung rundingan dengan Singapura.

Memetik laporan Bernama, Firdaus berkata, "Najib menyatakan jika kita mahu melihat Iskanda Malaysia dan Johor berjaya, maka kita mesti bersikap terbuka kepada semua jenis pelaburan."

Najib juga berkata, "pelaburan di wilayah komersial IM hendaklah bermotifkan keuntungan, tidak kira sama ada pelaburan itu datang dari Amerika Syarikat atau Singapura."

"Apa bezanya di antara pelaburan dari Amerika dan Singapura? Tidak ada beza…..selagi kedua-dua menguntungkan (kepada kita)," kata Najib. -FMT

Bala jumpa polis Perancis malam ini

PARIS, 12 Julai: Bekas pegawai polis dan juga penyiasat persendirian, P Balasubramaniam akan bertemu dengan Polis Perancis jam 8 malam ini (jam 2 petang waktu Paris) untuk memberikan keterangan berhubung pembelian Scorpean.

Bala (gambar) akan bertemu dengan pasukan penyiasat kes ini di Direction Centrale de la Police (DNIF) di Nanterre Prefecture, Paris dengan ditemani peguamnya, Manjit Singh Dillon.

Di sana, Bala yang merupakan bekas pengawal peribadi sahabat Perdana Menteri, Datuk Abdul Razak Baginda yang berpaling tadah, dijangka menceritakan apa yang beliau tahu tentang pembelian dua kapal selam Scorpean yang bernilai RM6.7 billion dari firma DCNS, Perancis.

Mahkamah Perancis telah mengarahkan kes ini disiasat ekoran permohohan dari Suaram, sebuah NGO Malaysia yang melaporkan kes itu kepada mahkamah negara itu.

“Polis Perancis amat berminat untuk mengetahui apa yang bala tahu tentang komisyen yang diberikan pada tahun 2002 dalam pembelian kapal selam ini. Inilah apa yang saya diberitahu oleh peguam Bala. Dia bersetuju bertemu dengan pihak berkuasa Perancis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya," kata Pengarah Strategik PKR, Tian Chua dalam satu blog.

Minggu lalu, sebuah akhbar Kanada, Vancouver Sun melaporkan, roh Altantuya Shariibuu yang mati dibunuh oleh dua anggota pasukan khas polis Malaysia enggan berdiam diri.

Selepas gagal mendapat keadilan di Malaysia, ia kini mencuba nasibnya di Perancis pula dan nampaknya ia bakal meletup di sini selepas gagal di Kuala Lumpur, tulis Jonathan Manthorpe dalam akhbar itu. (Lihat reprint dalam harakahdaily.net/en)

Bulan lalu, pihak pendakwa Perancis yang mengendalikan kes Malaysia ini telah mengarahkan polis menyerbu pejabat DCNS untuk menyiasat dakwaan ini khasnya siapa yang menerima rasuah yang dilaporkan itu.

DCNS mempunyai rekod yang buruk dalam merasuah ahli politik. Di samping kes Malaysia, syarikat itu juga sedang di siasat dalam urusan penjualan senjata kepada Taiwan dan Pakistan.

"Semasa saya di Paris bulan lalu, saya berjumpa dengan ramai peguam Perancis dan mereka berkata, pembayar cukai Malaysia mempunyai kes yang kuat. Mereka percaya, ahli politik terkenal dari Malaysia dan Perancis terlibat dalam kes ini," kata Tian Chua.

Perbicaraan kes ini dijangka akan mendedahkan banyak perkara. Sehubungan itu, Tian dan Suaram memohon pihak berkuasa Perancis agar mendedahkan perkara ini untuk membolehkan tindakan yang sama boleh diambil di Malaysia. Ini kerana, Perancis mungkin tidak berkuasa untuk mendakwa mana-mana individu Malaysia yang terlibat.

Pembelian kapal selam yang kini telah tiba di Malaysia dan dinamakan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shariibuu, wanita Monggolia. Ini kerana, Altantunya dikatakan menjadi jurubahasa kepada urusan pembelian ini. Namun, beliau dikatakan tidak dibayar sebagaimana yang sepatutnya.

Bekas teman lelaki beliau yang juga teman baik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda terlepas dari hukuman. Namun, dua anggota polis yang bertugas di unit keselamatan Najib telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana terlibat secara langsung membunuh wanita ini.

Kini, bapa Altantunya, Satev Shariibuu memfailkan saman kepada beberapa pihak yang terlibat dalam pembunuhan anaknya namun beliau dikejutkan dengan tindakan mahkamah yang meminta beliau meletakkan wang deposit yang banyak sebelum kes itu dimulakan.

Namun ia selesai apabila kerajaan Monggolia sendiri setuju menyiapkan wang deposit tersebut. -Hrkh

Wanita ini digeruni kafir barat

Dengan bersenjatakan rifel AK47 Kerana digeruni pantas saja dilabel 'pengganas'. Sedang pada hakikatnya ini pejuang fi sabilillah al-Qaeda. mujahideen muda dari kalangan wanita muda ini bangun bersiap menentang regim barat.


Jangan buat main-main dengan kumpulan ini, dalam lembutnya tersisip darah satria...jahanam Amerika !

Sesat: Presiden PAS ajak ulama Umno muzakarah

BANGI, 12 Julai: PAS mengajak biro agama dan mufti Umno bermuzakarah bagi menentukan perjuangan parti mana antara keduanya yang sewajarnya dilabel sebagai sesat.

"Dalam PAS ada Majlis Syura, ada Dewan Ulamak, dan dalam Umno ada biro agama dan ada mufti yang dilantik kerajaan, mari kita muzakarah untuk tentukan siapa yang sesat," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau ditemui pada majlis makan malam bagi mengutip dana RM1.7 juta bangunan PAS Kawasan Putrajaya di Dewan Sri Cempaka, Kompleks PKNS di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebagai parti ajaran sesat sewaktu berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya, Johor minggu lalu.

Menurut Tuan Guru lagi, yang menentukan sama ada sesebuah parti itu sesat atau tidak bukannya Umno, tetapi dasar dan prinsip parti tersebut.

"Yang menentukan sesat atau tidak, ini Al-Quran dan Hadis, kembali kepada Al-Quran dan Hadis. Kita sentiasa terbuka untuk muzakarah," ujarnya lagi.

Hadir sama pada majlis malam tadi, Yang Dipertua PAS Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Dalam pada itu, sewaktu berucap pada majlis tersebut, Tuan Guru berkata PAS perlu menyelamatkan rakyat di negara dari ajaran perkauman Umno dengan menyeru mereka kembali kepada ajaran Islam.

Pemimpin Umno, katanya telah menjadikan Islam di negara ini mengikut arahan mereka dan bukannya mereka yang mengikut ajaran Islam.

"Jika Islam ditegakkan Melayu akan selamat dan jika Melayu ditegakkan, Melayu tak selamat, Islam pun tak selamat.

"Orang bukan Islam pula jangan takut, Islam tidak memaksa mereka," katanya.

Menyentuh isu kerjasama PAS dengan bukan Islam khususnya DAP yang sering dimainkan Umno beliau menjelaskan, hubungan tersebut berbentuk kerjasama politik yang tidak menggadai prinsip Islam dan berbeza dengan hubungan Umno dengan komponen BN.

"Kerjasama Umno dengan MCA, MIC, Gerakan adalah secara wala’ (semua parti komponen kena patuh kepada Umno), menggadai konsep dan menggadai Islam.

"Kita bekerjasama dengan DAP secara tahaluf (kerjasama atas perkara yang sependapat) dan tidak gadai perinsip dan konsep kita," jelasnya. -Hrkh

Cubaan Mencuri Piala Dunia Gagal




Seorang lelaki tidak dikenal ditangkap petugas keselamatan setelah mencuba untuk mengambil trofi Piala Dunia dengan topinya sebelum pertandingan final Piala Dunia antara Belanda dan Spanyol di Soccer City di Johannesburg, Afrika Selatan, 11 Julai 2010.

Peristiwa ini adalah untuk kali keduanya, seorang peminat berjaya menyusup masuk ke final Piala Dunia 2010 antara Belanda menentang Sepanyol. Peminat itu juga mencuba mengambil trofi asli Piala Dunia. Insiden ini terjadi sebelum final Piala Dunia 2010 di Stadion Soccer City, Johannesburg. Sebelum perlawanan bermula, trofi asli Piala Dunia ditempatkan di tengah lapangan.

Tiba-tiba saja seorang peminat menyusup masuk ke padang. Sambil memakai topi berwarna merah, ia turut membawa kain berwarna merah dan berusaha menyentuh trofi asli Piala Dunia.

Tangan peminat itu sempat menyentuh trofi Piala Dunia, tapi petugas keselamatan bertindak cepat dan berhasil menggagalkan usahanya.

Insiden masuknya peminat ke tengah padang juga berlaku sebelum ini ketika perlawanan semifinal Jerman menentang Sepanyol. Seorang penyokong Itali sambil membawa Vuvuzela dan mengenakan pakaian 'Superman' masuk ke tengah padang untuk memprotes tersingkirnya pasukan Azzurri itu.

Lagi "keruntuhan" binaan di Negeri Terengganu.


http://buletinonline.net/images/stories/berita28/suraudewankonvensyenTTI7a.jpgKUALA TERENGGANU - Negeri Terengganu benar-benar telah terkena sumpahan apabila satu demi satu bangunan yang baru siap didirikan mengalami kerosakan dan 'keruntuhan'

Yang terbaru adalah syiling surau dewan konvensyen di Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man di sini.

Menurut laman blog Terengganukini, perkargambnarwan konvensyen Taman Tamadun Islam. Gambar di ambil Khamis 8 Julai 2010 tersebebut.

Kejadian syiling runtuh itu tidak disedari oleh orang awam kerana surau tersebut tidak menjadii tumpuan pengunjung TTI un tuk menunaikan solat.

Kebanyakkan pengunjung TTI akan menunaikan solat di masjid kristal yang terletak 50 meter dari dewan konvensyen tersebut.

Ia baru disedari apabila gambar-gambar yang diambil pada 8 Julai lalu, disiarkan dalam ruang sosial facebook blog tersebut tidak menjadi tumpuan untuk melalukan solat.

Sebelum ini, sebanyak 10 kejadian bangunan baru dibina telah runtuh di negeri Terengganu sebagaimana perincian dibawah;

Senarai Projek Rosak dan Runtuh di Terengganu
________________________________________

1.Dewan Sek Men Bukit Besi
Tarikh :
Harga :

2.Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta

3.Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : “Semua buat silap” – Ahmad Said

4.Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta

5.Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta

6.Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009

7.Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta

8.Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta

9.Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa

10.Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.


Lain-lain Senarai Rosak atau Bocor
______________________________

1. Bazaar Warisan

2. Masjid Kristal
Tarikh : 22 November, 2008

3. Masji Kg Lingai
Tarikh : 4 November 2009
Harga : RM3 juta

4. Masjid An Naim Dungun

5. Binjai Souq

-BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .