Ikuti Blog ini

Wacana Perdana : "Bolehkah Melayu Bersatu".

Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim di Terengganu (video)





http://lpdn28.blogspot.com/

Pak Samad Cadangkan Tubuh Gerakan Macam GMJ

Pak Samad Cadangkan Gerakan Mansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak

Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said menegaskan sudah sampai masanya rakyat bangun menuntut agar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang diguna pakai di negara ini dihapuskan kerana, ia jelas mengongkong kebebasan bersuara.

Mengulas tindakan kerajaan tidak memperbaharui dan memberhentikan pemberian permit penerbitan kepada lidah rasmi KeADILan, Suara Keadilan, awal bulan ini, beliau menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu berat sebelah dan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat yang berlainan dengan pihak pemerintah.

Tegasnya, jika negara dan kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem demokrasi, tidak timbul soal penarikan atau pembatalan permit untuk menerbitkan apa jua bahan kerana jika terdapat kesalahan seperti fitnah atau hasutan ia boleh dibicarakan mengikut undang-undang sedia ada di mahkamah terbuka.

Pak Samad yang ditemui Harakah Isnin lalu, mahu ada gerakan rakyat seperti Gerakan Mansuh ISA (GMI); Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan terkini Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) diwujudkan segera bagi mengerakkan kempen menghapuskan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, yang jelas menguntungkan parti pemerintah sahaja.

"Dalam kes Suara Keadilan, sepatutnya mereka diberi peluang untuk membela diri. Bukannya matikan permit lidah rasmi parti itu. Kalau ada yang tak kena dengan laporan tentang Felda, menjadi tanggungjawab Felda menjelaskan kekeliruan yang timbul.

"Jika ada fakta yang salah, dianggap fitnah, seret sahaja ke mahkamah. Kenapa tak beri dia permit penerbitan? Ini namanya berlawan atas padang yang tak sama rata... Kenapa permit ditarik balik kerana sepatutnya Felda menafikan dakwaan Suara Keadilan supaya rakyat mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar. Ini bererti Felda tidak mahu menjelaskan apa-apa atau mahu melindungi kebenaran daripada pandangan rakyat," tegas beliau dalam satu wawancara eksklusif Tarmizi Mohd Jam dan Intan Abdullah mewakili Harakah di KL Sentral.

Tokoh wartawan dan sasterawan itu menyifatkan, kesedaran rakyat yang kian meningkat akan membolehkan demokrasi di negara ini berjalan sempurna jika trend ini berterusan setelah melihat kejayaan rakyat menundukkan kerajaan Umno-BN dalam isu memansuhkan PPSMI dan membatalkan kelulusan lesen judi bola sepak baru-baru ini.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyokong penuh saranan Pak Samad agar Akta Penerbitan Mesin Cetak ini dihapuskan dan ditentang habis-habisan kerana ia tidak memberi peluang penerbit membela diri atau mempersoalkan keputusan penarikan balik sesuatu permit.

Katanya, isu permit untuk penerbitan sudah tidak relevan lagi dan rakyat patut menggerakkan massa untuk memansuhkan akta draconian itu secara lebih tersusun dan efektif. Ini kerana, permit penerbitan itu menjadi hak eksklusif kerajaan yang boleh diperlakukan apa sahaja tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Sementara itu, KDN bersedia menyita pejabat operasi Suara Keadilan dan kilang pencetaknya jika akhbar itu terus diterbitkan tanpa permit. "Sudah tentu boleh (ditutup)," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika ditanya mengenai kenyataan KeADILan bahawa Suara Keadilan akan terus diterbitkan.

Terdahulu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Zaitun Ab Samad berkata, kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan.

Hishamuddin dan Zaitun memberi reaksi terhadap kenyataan balas Pengarah Strategi KeADILan, Tian Chua bahawa penerbitan akhbar itu akan diteruskan walaupun permohonan untuk memperbaharui permit akhbar belum mendapat jawapan KDN.

Saya bersetuju dengan Pak Samad. Kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara. Akta zalim ini berikan lesen buat BN untuk tindas suara parti pembangkang. Bahkan KDN bertindak seperti hakim dalam tentukan akhbar ini boleh atau tak.

Memang betul kata Pak Samad, kalau ada fitnah dan hasutan, dakwa di mahkamah terbuka. Bukannya KDN hentam kromo gantung akhbar milik pembangkang. Rasanya saya dah ulangi beberapa fakta ini. Iaitu Utusan selalu je disaman bahkan Berita Hariah pernah diarah makamah bayar 50 ribu kepada Mahfuz Omar kerana fitnahnya. Tapi 2 akhbar ini tak pernah pun digantung.

Apapun buat rakyat, tubuhkan segera gerakan rakyat bagi membebaskan kebebasan bersuara di negara ini.
Justice4all

Pejuang 'Sukhoi T-50' di Gong Kedak Pula Tidak Boleh Terbang..!

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita28/sukhoi.jpgKuala Berang, HULU TERENGGANU - Selepas kapal selam jenis Scorpene yang di beli dengan harga RM6.7 bilion dari Perancis 'berpenyakit' tidak boleh menyelam, didedahkan pula, beberapa pesawat jet Pejuang jenis Sukhoi yang dibeli dari Rusia pula tidak boleh terbang.

Ahli Parlimen Macang, Saifudin Nasution Ismail berkata, beliau telah diberitahu tentang perkara tersebut oleh beberapa pegawai yang berkhidmat dipengkalan di Kem Gong Kedak, Besut.

"Semasa jet tersebut pertama kali mendarat, lapangan terbang tidak menepati 'spesifikasi', pasir telah naik dan masuk ke dalam enjin jet itu,

"sebab itu, jet tersebut tidak boleh terbang,"terangnya dalam ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan disini semalam,sempena lawatan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke negeri Terengganu.

Pesawat jet tempur Rusia itu telah menjadi isu sebelum ini apabila bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Adib Adam didakwa mendapat komisen RM400 juta atas pembeliannya.

Ahli Parlimen Macang, Saifudin Nasution Ismail berkata, beliau telah diberitahu tentang perkara tersebut oleh beberapa pegawai yang berkhidmat dipengkalan di Kem Gong Kedak, Besut.

"Semasa jet tersebut pertama kali mendarat, lapangan terbang tidak menepati 'spesifikasi', pasir telah naik dan masuk ke dalam enjin jet itu,

"sebab itu, jet tersebut tidak boleh terbang,"terangnya dalam ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan disini semalam,sempena lawatan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke negeri Terengganu.

Malaysia membeli hanya 18 buah pesawat Sukhoi menggunakan teknologi Thales dari Perancis manakala India membeli 180 buah pesawat jenis itu dengan 140 buah dibina di India menggunakan teknologi avionik Israel.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berkata demikian ketika mempertahankan diri apabila Sukhoi yang dibeli oleh kerajaan Malaysia lebih mahal berbanding yang dibeli India.

Malaysia telah membeli Sukhoi yang berharga RM40 juta sebuah itu dengan harga RM50juta

Manakala, kapal selam scorpene yang pertama, KD Rahman, masih mengalami sakit 'air laut tropika', sebagaimana alasan yang diberikan kerajaan atas sebab mengapa ia tidak boleh menyelam.

Saifudin yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, KD Rahman sehingga kini masih tersadai di pengkalan Teluk Sepanggar tanpa sebarang pembaikian.

Katanya, perkara tersebut telah didedahkan oleh Malay Mail, sebuah akhbar yang diedarkan di kawasan lembah Kelang. -BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .