Ikuti Blog ini

UMNO Hanya Mampu Bertempik Di Atas Nama Bangsa - TG Nik Aziz

PAS tumpu usaha jadi pemerintah

Perjuangan parti dapat dilaksana jika berjaya pegang tampuk kuasa: TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menegaskan bahawa perjuangan PAS kini lebih mementingkan kepada usaha mendapatkan kuasa bagi membolehkan mereka berkuasa pada masa depan.

Beliau berkata, hanya melalui kuasa saja yang membolehkan PAS menjadi pemerintah, sekali gus membuka jalan untuk melaksanakan pelbagai agenda termasuk dasar syariat Islam.

“PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa kerana dengan kuasa itu saja keadilan dapat ditegakkan sebagaimana dilakukan di Kelantan, dapat melaksanakan dasar selari dengan syariat Islam.

“UMNO tidak pernah melakukan ini walaupun sudah lama berada di tampuk kuasa, namun tanpa Islam sebagai asas perjuangan, parti itu (UMNO) hanya mampu bertempik (melaung) di atas nama bangsa Melayu saja dan ini sudah tentu tidak akan memberi kepuasan kepada bangsa lain,” katanya dalam Facebooknya, semalam.

TG Nik Aziz yang juga Menteri Besar berkata, beliau optimis, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah sampai ke penghujung hayat dalam memimpin negara, umpama pohon yang reput akarnya walaupun pada zahirnya daun masih merimbun.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati untuk ‘berteduh’ di bawah UMNO kerana akan ditimpa bahaya pada masa depan kerana pertubuhan itu hanya menunggu masa untuk rebah.

“Saya nyatakan demikian kerana Ketuanan Melayu yang dibawa UMNO kini semakin tidak laku untuk dipasarkan kepada rakyat yang kini sudah semakin cerdik.

Melayu yang dibela UMNO kini hanya omong-omong kosong semata-mata.

“Saya sudah nyatakan, bahawa kononnya Melayu akan menghadapi bahaya jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum nanti hanyalah cerita dongeng UMNO saja,” katanya. -BH

Saman untuk pertahan kebenaran

PULAU PINANG, 21 Dis: Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad.

Dalam kenyataannya kepada media di sini malam tadi, beliau berkata saman itu adalah bagi mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh beliau sebagai seorang tokoh agama daripada terus diperlekehkan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu dalam membesarkan isu yang tidak benar lagi batil itu.

"Saman ini adalah bagi mengingatkan mereka yang jauh tersasar supaya tidak dengan sewenang-wenangnya menggunakan platform agama untuk mencari pengaruh.

"Saya bercakap atas dasar agama Islam yang sebenarnya. Mereka telah memfitnah saya melalui akhbar sehingga memberi satu impak yang negatif terhadap kepercayaan, kewibawaan dan reputasi masyarakat terhadap saya," tegasnya lagi.

Seperti mana dalam salinan saman yang diperolehi menyebut penyiaran dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos dengan perkataan fitnah oleh Shabudin 'tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau'.

Begitu juga dengan penyiaran berita mengenai unsur fitnah yang mengaitkan isu khutbah dalam Berita Harian bertarikh 23 dan 25 Ogos lalu.

"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan penyalahgunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah Jumaat di beberapa buah masjid di Pulau Pinang ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan di Tasek Gelugor.

Ekoran pendedahan tersebut Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang melalui Pemuda Umno bahagian telah membuat beberapa laporan polis supaya perkara itu disiasat.

Zakaria memfailkan saman itu Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar.

Katanya lagi, apa yang diharapkan ialah keadilan tertegak tanpa menidakkan kebenaran yang sepatutnya dijadikan asas dalam penyiaran oleh mana-mana media dalam negara ini.

Beliau juga turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu.

Namun begitu, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau setelah keterangan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria diadakan pada 24 Ogos lalu. -Hrkh

Demokrasi Kelam Barisan Nasional Kejam

1. Barisan Nasional bukan pendokong demokrasi ! bohong dan dustalah kiranya mereka mengaku bahawa mereka menegakkan amalan demokrasi dalam negara ini . Siri pencabulan demokrasi terutama hak kebebasan bersuara dan membela diri sering berlaku dalam negara ini. Barisan Nasionallah angkaranya.

2. Nyata mereka gagal berdepan dengan kekuatan hujjah yang dibawa oleh pihak Pakatan Rakyat dalam apa jua isu terutama dalam usaha mereka mematahkan sokongan masyarakat kepada Pakatan Rakyat .Akhirnya memaksa mereka menggunakan hujjah kekuatan dalam mendepani kemaraan Pakatan Rakyat.

3.Mereka menggunakan kekuatan gas pemedih mata , cota , gari , polis , penjara , akta dan kini gantung ahli parlimen selama 6 bulan dari menghadhiri sidang , sedang mereka adalah wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses demokrasi. Semata - mata kerana mereka gagal berdepan dengan hujjah sekalipun jumlah ahli parlimen mereka agak ramai di parlimen tetapi hanya seperti puppet yang mengangguk bila di iya kan dan menggeleng bila di tidakkan.

4. Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan - rakan yang lain menjadi mangsa episod demokrasi yang semakin kelam dan tindakan Barisan Nasional yang semakin kejam . Selain dari tidak memberi peluang Dato' Seri Anwar membela diri dan mempertahankan hujjah , mereka seperti berpesta dan seronok kerana berjaya mengurangkan jumlah ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen serentak itu melebarkan penguasaan mereka dari segi jumlah kerusi dan suara biarpun selamanya mereka dangkal berhujjah serta cetek berbahas.

5. Barisan Nasinal mungkin boleh mengukir senyuman kerana berjaya "menghalau" figure - figure Pakatan Rakyat ini keluar dewan namun Barisan Nasional terpaksa membayar"ganti rugi" akibat tindakan yang dilihat dunia sebagai mencabul demokrasi .

6. Selayaknya Parlimen menjadi gelanggang berhujjah dengan mengharapkan semua anggotanya mengemukakan hujjah yang bernas dan berfakta samaada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Bukannya Parlimen dijadikan tidak ubah seperti gelanggang gasing dengan masing - masing berusaha untuk memangkah antara satu sama lain agar terkeluar dari gelanggang dan dinafikan hak untuk bertarung.

7. Saya kesal dengan sikap tidak gentleman pemimpin Barisan Nasional yang cenderung menggunakan kekuatan , kekerasan dan tekanan serta sekatan sedemikian yang jelas dilihat bertentangan dengan spirit demokrasi yang dijulang oleh mereka selama ini.

8. Ini membuktikan Barisan Nasional ketandusan pemimpin yang pintar berhujjah dan hebat berbahas. Barisan Nasional kelihatan gersang pemimpin yang mampu menangkis hujjah lawan secara fakta dan nas . Apa yang Barisan Nasional miliki hari ini ialah pemimpin yang bijak menggunakan peraturan bagi mengenepikan lawannya secara taktikal bukan keupayaan skil dan skima beraksi [ berhujjah ] di tengah medan.

9. Negara menuju kejatuhan nilai kualiti modal insan dan keruntuhan tamadun ilmu yang parah apabila inilah pemimpin yang dilahirkan oleh Barisan Nasional hari ini. Lihatlah betapa lucunya seorang ahli Parlimen digantung 6 bulan atas kesalahan kerana beliau mengatakan 1 Malaysia adalah hasil nasihat APCO yang meniru 1 Israel. Sedang ahli - ahli parlimen mereka boleh berhujjah dengan 1001 hujjah dan fakta jika mereka benar dan tidak sebagaimana yang didakwa.

10. Kesimpulan mudah dibaca oleh rakyat ialah , dakwaan Dato' Seri Anwar bahawa 1 Malaysia adalah fotocopy dari 1 Israel melalui nasihat APCO adalah benar dan tepat sehingga kerajaan gagal menangkis hujjah beliau lalu menghalaunya keluar dari Parlimen melalui taktikal yang terancang. Semoga rakyat mampu menilai antara kaca dan permata apabila berlakunya insiden yang memalukan negara ini.

PR perlu tonjol kemampuan perintah negara - TG Hj. Hadi

KES SURAU: UMNO YANG BUAT KERJA, PR YANG DITUDUH!!!

KES SURAU: UMNO YANG BUAT KERJA, PR YANG DITUDUH!!!

DEMO NI SEBENARNYA MENDEDAHKAN KEBURUKAN UMNO
Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh dua buah syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usaha sama.

Sebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Faekah berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang “tuduhan liar”.

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah tersebut termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.

Kisah Rumahtangga Menteri Minyak dan Barangan

Dato Ismail Sabri dan Datin ada masaalah kesihatan lalu sama-sama pergi jumpa doktor.

Lepas doktor cek mereka berdua, dia dapati keadaan fizikal mereka tidak ada apa-apa.Doktor cadangkan, Ismail Sabri dan Datin mula tabiat baru menulis dalam kertas notepad mana-mana benda yang perlu di ingatkan.

Mereka setuju betul dengan cadangan doktor.

Waktu malam sedang mereka tengok TV di rumah dan anak-anak hilang masa musim cuti, Ismail rasa lapar. Dia mintak Datin buatkan makanan ringan di dapor.

"Awak nak apa?" tanya Datin.

"Buatkan saya cheese burger dengan air koko panas. Awak tak mahu tulis ke, yang?" Ismail Sabri mengingatkan.

Datin kata, "Takda masalah, cheese burger dengan koko panas. Tak payah tulis-tulis, saya boleh ingat."

Ismail Sabri menambah, "Ya, letak sedikit serbuk lada hitam pada burger dan air koko guna susu segar. Ikut cakap doktor. Tulislah yang."

Datin meyakinkan Ismail Sabri, "Saya boleh ingat, awak nak cheese burger dengan lada hitam dan air koko panas guna susu segar."

Ismail Sabri angguk sambil menyambung mata ke arah program TV.

Dalam 20 minit, Datin masuk membawa sandwich tuna dan telor, dan air kopi."

Ismail Sabri melihat pinggan dan tidak puas hati. Sambil merenong pada Datin, dia bertanya, "Mana cucoq kodok tadi?"

Dua-dua ada penyakit pelupa. Padanlah naik minyak Ron 95 dan Ron 97.

Dulu Pak Lah dan Shahrir pencen disebabkan naikkan harga minyak. Pendeklah masa depan....

karya pak husin lempoyang.

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc

Pluralisme: Mufti Perlis Libas Kenyataan Bekas Presiden ABIM

Pluralisme: Mufti Perlis tampil bela TG Nik Aziz

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya amat kecewa apabila tokoh agama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha.

"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya dalam satu kenyataan, sambli menegaskan beliau bukan ahli PAS dan mana-mana parti politik.

Dr Juanda mengulas laporan media online yang memetik kenyataan beberapa pembentang kertas kerja di satu seminar semalam berkaitan isu pluralisme, termasuk mengingatkan pemimpin Islam termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menghadiri perayaan agama lain.


Salah seorang pembentang kertas kerja itu - bekas presiden ABIM, Dr Yusri Mohamad (kanan) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah secara terbuka menyokong pluralisme dalam syarahannya di London School of Economic Mac lalu.

Dr Yusri dilaporkan mendakwa badan pemikir Anwar - Institut Kajian Dasar (IKD) yang diketuai oleh bekas setiausaha akhbarnya, Khalid Jaafar, juga telah menerbitkan buku-buku yang 'merbahaya' yang mempromosi persamaan agama.

Pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga turut mengkritik Nik Aziz kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha di Kelantan.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady (kiri), juga senada dengan Dr Yusri apabila menggesa umat Islam menentang mereka yang mempromosikan persamaan agama.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata: "Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecop beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

"Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati," tambahnya.

"Kita perlulah membezakan di antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme," tegasnya.

Tidak sepatutnya, tambah beliau, mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini.

"Dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka, manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam.

"Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme," katanya.

Dr Juanda bertanya bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi?

"Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu.

"Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya?

"Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity?

"Apakah Nabi SAW dan Omar RA ini juga penganut pluralisme? Sudah tentu tidak! Dan dengan itu formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat," katanya.

Dr Juanda berkata, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak dari kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

"(Mereka) juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka," katanya.

Hal ini, tegas beliau lagi, akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia.

"Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka," tegasnya.

Juga, kata Dr Juanda, formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan Persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia.

"Apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam, terutama ahli akademik, agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain.

"Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik," tambahnya.

Dr Juanda berkata rujuklah kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam mengeluarkan pandangan Islam.

"Bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam.

"Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini," tegasnya. -mk

BN gagal Lagi...

PAS mendakwa harapan pemimpin Umno dan BN melalui medianya mengadu domba supaya konvensyen Pakatan Rakyat gagal tidak berjaya.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, sebaliknya konvensyen BN 5 Disember lalu, parti komponen mereka bergaduh mengenai Ketuanan Melayu antara Umno, MCA dan Gerakan.

"Pemimpin Umno BN takut perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus," katanya hari ini.

Menurutnya, konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Katanya, cadangan konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR.

"PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada PR dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji PR palsu atau angan-angan," tambahnya.

Idris mendakwa, pemimpin BN akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat.

Katanya, inilah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat.

"Mereka hanya begitu kreatif macam mana untuk (mengisi) perut mereka dan keluarga mereka.

"PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir negara. PAS sudah buktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir.


" Negeri Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008," ujarnya.

Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukanya. Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insyaAllah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .