Ikuti Blog ini

ISA: Anwar mahu jumpa Pak Lah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang membuat temujanji untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri secepat mungkin bagi membincangkan tentang penahanan ISA dan masa depan politik Malaysia.

Beliau yang juga penasihat PKR memberitahu satu sidang media di ibupejabat PKR bahawa beliau berharap dapat bertemu dengan Abdullah secepat mungkin.

pakatan meeting isa arrests 130908 anwarDalam sidang media itu, Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk berjumpa dengan perdana menteri telah dipersetujui secara bersama oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini.

Beliau mendakwa penahanan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok adalah salah satu cara untuk menakut-nakutkan ahli parlimen dan rakyat dan jelas ia melanggar hak asasi seseorang.

Penahanan Teresa dan dua orang lagi - Blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng - dibuat menjelang tarikh Anwar merancang mengambil alih kuasa pada 16 September depan. Tan dibebaskan hari ini.

Anwar mendakwa sejumlah ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan - cukup untuk menubuhkan kerajaan baru.

Ditanya cadangan pertemuan dengan Anwar itu ada kaitan dengan peralihan kuasa, Anwar menjawab, ianya mengenai masa depan negara tanpa bercakap khusus mengenai peralihan kuasa.

Katanya, kepimpinan Pakatan mendesak kerajaan supaya membebaskan Teresa dan Raja Petra.

Menjawab soalan, Anwar tidak menolak kemungkinan penahanan lebih ramai pemimpin Pakatan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh kesal dengan Umno yang didakwanya memainkan isu perkauman dan jelas mereka berada dalam keadaan terdesak.

Rakyat gelisah

Sehubungan itu, penasihat PKR itu menyatakan komitmennya bersama pimpinan Pakatan untuk tidak membenarkan kerajaan mewujudkan sesuatu yang boleh menimbulkan rasa kegelisahan di kalangan rakyat.

pakatan meeting isa arrests 130908 anwar guan engKatanya, beliau bersama pimpinan yang lain akan sentiasa mengadakan perbincangan mengatur langkah seterusnya sekiranya Raja Petra dan Teresa tidak dibebaskan.

Dalam sidang media yang sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaafar menyifatkan penahanan Raja Petra dan Teresa di bawah ISA sebagai satu tindakan yang kejam dan zalim.

Beliau kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menahan mereka dalam bulan Ramadan yang sepatutnya beliau menjaga kemuliaan bulan tersebut.

"Tetapi Ramadan tahun ini perdana menteri menahan orang yang tidak bersalah," kata Kamarudin.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dengan nada kesal dan sedih menyalahkan kerajaan yang tidak menghormati keselamatan awam dan tidak menghormati wartawan.

Desak bebas tanpa syarat

Beliau juga berasa sedih kerana kerajaan tidak membebaskan Teresa yang telah dipilih oleh rakyat sebagai ahli parlimen dan sebagai exco kerajaan negeri Selangor.

Ekoran itu, beliau menyifatkan penahanan Raja Petra dan Teresa sebagai penghinaan terhadap demokrasi di Malaysia dan sebagai tindakan membalas dendam kepada Pakatan yang berhasrat untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Oleh yang demikian, dalam satu kenyataan akhbar bersama yang diedarkan semasa sidang media itu, kepimpinan Pakatan mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tanpa syarat.

"Sekiranya terdapat sebarang bukti mengenai sebarang kesalahan jenayah, ia harus dibicarakan di mahkamah terbuka," jelas kenyataan itu yang ditandatangani bersama oleh Anwar, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, antara langkah lain yang diaturkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat ialah mereka akan mengadakan himpunan secara aman bersama kerajaan Selangor di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September ini bagi merayakan Hari Malaysia.


Penahanan Raja Petra, Teresa dan Tan memburukkan lagi rekod kerajaan


PAS memandang serius beberapa siri tangkapan di bawah akta zalim ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dilakukan oleh pihak polis sepanjang hari semalam.

Dalam suasana negara baru sahaja meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51, PAS merasakan sepatutnya pihak kerajaan sudah mula bergerak ke arah melupuskan sama-sekali akta zalim warisan penjajah ini.

Penahanan penulis dan pengkritik masyarakat Raja Petra Raja Kamarudin di bawah ISA hanya akan memburukkan lagi rekod kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

PAS merasakan sekiranya Raja Petra didapati telah melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang maka tindakan yang sewajarnya terhadap beliau adalah mendakwanya di mahkamah yang terbuka bagi mana-mana kesalahan yang dilakukannya dan tidak dengan menggunakan ISA.

Dalam waktu yang sama PAS turut mengutuk mana-mana pihak samada dari kerajaan atau pembangkang yang mengambil kesempatan mengapi-apikan isu perkauman dan keagamaan sehingga mencetuskan keresahan dan pecah-belah di kalangan masyarakat.

Mereka ini seharusnya diambil tindakan berdasarkan mana-mana peraturan dan undang-undang yang ada dan diberikan peluang membela diri di mahkamah.

PAS menyeru semua pihak agar bertenang dan tidak mencetuskan kekeruhan dikalangan masyarakat. PAS turut ingin menasihatkan pihak polis dan kerajaan agar memastikan yang kestabilan negara dan keharmonian masyarakat terus kekal dalam negara kita yang tercinta ini.

PAS turut merakamkan simpati kepada keluarga Raja Putra, wartawan Sin Chew Daily News Cik Tan Hoon Cheng dan ahli Parlimen Seputeh/ ahli EXCO Selangor YB Teresa Kok, semoga mereka dan ahli keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi situasi yang mencabar ini./wann

Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
(13 September 2008)_




KEMASUKAN SEMULA DR M: ABDULLAH TERKEJUT?


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan krisis terbaru yang melanda Umno apabila presidennya, Abdullah Badawi melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak peralihan kuasa pada 2010. DPP Pusat percaya kenyataan Muhyiddin ini mempunyai kaitan dengan kejayaan beliau membawa semula Tun Dr Mahathir menyertai Umno setelah bekas Perdana Menteri itu keluar parti kerana menolak kepemimpinan Abdullah Badawi. Berkemungkinan besar Dr Mahathir telah memberi syarat kepada Muhyiddin supaya mendesak Abdullah Badawi berhenti sebagai syarat penyertaan semula beliau dalam Umno.

Umno sekarang ini amat terdesak kerana tersepit oleh dua keadaan. Pertama, kerana gerakan pembangkang yang begitu agresif ke arah pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini. Kedua, pergolakan dalaman BN yang begitu ketara sehingga percakaran antara parti berlaku secara terbuka dan beberapa parti sudah mula mengugut untuk meninggalkan pakatan perkauman itu. Lebih-lebih lagi keadaan politik dalaman Umno hari ini yang amat bercelaru apabila persaingan kuasa telah berlaku dalam mesyuarat agung peringkat cawangan. Beberapa keadaan ini telah mendorong Umno bertindak apa sahaja termasuk menggantung keahlian Ketua Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail dan berusaha membawa semula Dr Mahathir ke dalam parti itu sebagai langkah pengukuhan.

DPP Pusat sangat percaya bahawa Muhyiddin sebagai proksi Dr Mahathir dalam perebutan jawatan tertinggi Umno Disember ini akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa tersebut. Rata-rata ahli Umno telah meluat dengan Abdullah Badawi dan mereka juga melihat Najib Razak sebagai terlalu penakut. Ditambah lagi dengan isu Altantuya. Setelah Umno kalah teruk di Permatang Pauh, mereka tidak ada pilihan melainkan memerlukan seorang pemimpin yang berani dan mampu membuat perubahan. Muhyiddin dilihat lebih vokal dalam soal ini berbanding Najib Razak yang ’malu-malu’ kerana telah terpalit oleh isu wanita Mongolia itu. Apabila Dr Mahathir menyokong Muhyiddin secara terbuka, bermakna pelan peralihan 2010 yang dipersetujui oleh Abdullah Badawi dan Najib Razak telah tergugat.

Ternyata kemasukan semula Dr Mahathir bukannya untuk memperkukuhkan Umno, tetapi untuk memperkukuhkan cengkaman Muhyiddin dalam power game ini. Dr Mahathir sejak awal-awal lagi mengkritik dan menolak kepemimpinan Abdullah Badawi yang dikatakan dikuasai oleh Tingkat Empat JPM. Dan ini adalah peluang terbaik bagi Muhyiddin jika beliau berminat untuk menjadi orang nombor satu. Dr Mahathir telah berjaya dipujuk oleh beliau, tetapi Dr Mahathir berjaya pula memaksa beliau mendesak Abdullah Badawi berhenti lebih awal. Nampaknya strategi Dr Mahathir kali ini lebih berkesan daripada strategi beliau memberi tekanan dengan cara keluar parti. Kini Abdullah Badawi hanya mempunyai dua pilihan, menerima Dr Mahathir semula tetapi akan menggugat kedudukannya, atau membiarkan Dr Mahathir mati di luar Umno tetapi mungkin Umno mati lebih dahulu daripada Dr Mahathir!

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat




BULAN KEMERDEKAAN


“Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golongan (yang mendokong agama) Allah itulah yang pasti menang”.........

(al-Maidah: 55)



PAS Kecam Tindakan Kerajaan UMNO/BN Terus Guna ISA

http://buletinonline.net/images/berita11/bukapuasamadsabu1.jpg
Kuala Terengganu - Tindakan kerajaan menahan penulis blog Raja Petra Kamarudin menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibantah oleh pelbagai pihak. (Gambar - Majlis Berbuka Puasa PAS Kuala Terengganu)


Naib Presiden PAS, Muhammad Sabu (Gambar kanan) menentang tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap mana-mana pihak termasuk keatas Raja Petra atau pun Datuk Ahmad Ismail.
http://buletinonline.net/images/berita11/bukapuasamadsabu2.jpg


“Prinsip kita ialah menentang penyalahguanaan ISA, saya sendiri tidak baca lagi secara detail artikel yang ditulis oleh Raja Petra, tetapi kalau dia didapati ada unsur-unsur menghina Islam boleh didakwa dimana-mana mahkamah syariah, khasnya mahkamah Wilayah Persekutuan,

“menahan beliau dibawah ISA itu satu perkara yang saya tidak setuju, prinsip PAS tidak setuju seseorang yang ditahan tanpa bicara,” kata beliau yang ditemui selepas majlis berbuka puasa di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu lewat petang semalam.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas berkaitan penahanan Raja Petra Kamarudin pada jam 1.10 petang semalam.

Beliau turut menentang sekirannya akta yang sama digunakan terhadap Bekas Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail walaupun Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum.

”Tidak setuju, Ahmad Ismail boleh didakwa dibawah akta hasutan, kalau kita tidak setuju ISA kepada kita, begitu juga kepada musuh kita,

“saya tidak mahu mengulas panjang, kalau ada bukti dia menghasut, dia boleh didakwa dibawah akta hasutan, akta hasutan terlalu luas untuk digunakan,”tegas Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Beliau juga berpendapat tindakan penggantungan ahli yang dikenakan oleh Ahmad itu adalah tindakan UMNO kepada ahlinya, tetapi bagi kesalahan yang dilakukan kepada rakyat Malaysia, Ahmad patut didakwa dibawah akta hasutan.


Menurut Mohamad, telah dua kali peristiwa berdarah berlaku di Malaysia pada tahun 1967 dan tahun 1969 dan kedua-dua peristiwa itu bermula di Pulau Pinang.

Justeru menurut beliau, memang mudah berlaku perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti kaum di Pulau Pinang kerana keadaan orang Melayu terutamanya di sebelah pulau berada dalam keadaan minoriti, sebarang api perkauman memang mudah ditiupkan.

Namun beliau curiga kepada isu yang berlaku kebelakangan ini, kerana kebiasaannya UMNO/BN akan menggunakan isu perkauman apabila ia tersepit.

“Kita ada kebimbangan bahawa perkauman ini sengaja ditumbulkan selalunya apabila UMNO dalam keadaan lemah,

“untuk menyelamatkan UMNO kembali tidak ada isu lain melainkan isu perkauman seperti yang berlaku (ketika) penolakan orang terhadap UMNO/Perikatan pada tahun 1969 (dimana) memulihkan kedudukan UMNO itu ialah dengan isu perkauman,”Ujarnya.

Beliau bimbang siaran itu akan berulang sekarang dan isu perkauman ini akan ditaja di besar-besarkan untuk dilihat bahawa, mahu tidak mahu (rakyat dipaksa menerima) UMNO dan BN adalah penyelemat di Malaysia.

Sebelum itu Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) telah mengedarkan siaran akhbar mengecam tindakan pemerintah UMNO/BN menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Raja Petra.

AMK percaya bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik sepenuhnya dalam keadaan Umno-BN terdesak akibat dihimpit pelbagai kemelut dalaman mutakhir ini.

Ketuanya, Shamsul Iskandar berkata, tanpa mengira sesiapa saja, penahanan Raja Petra kali ini juga adalah jelas sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi manusia yang menggariskan hak seseorang individu tidak ditahan tanpa bicara.

Manakala The Star Online melaporkan, Majlis Peguam turut menggesa kerajaan membebaskan semua yang ditahan di bawah ISA.

Pengerusinya Datuk Ambi Sreenevasan mengatakan Majlis Peguam Malaysia konsisten menyatakan bahawa penggunaan ISA adalah tidak demokratik dan ia adalah sebuah undang-undang zalim (draconian law)



Gerakan ISA ketika pembangkang mahu ambil alih kuasa


Polis telah menahan seorang ahli politik pembangkang, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan dalam satu operasi mengejut ketika pihak pembangkang merancang untuk mengambil alih kuasa.

Ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, yang turut digunakan sebelum ini, ke atas mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

raja petra to police station on burma doctor sd 040908 04Para pemerhati politik berkata, mereka bimbang Barisan Nasional - yang dimalukan dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu dan kini diancam pula dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kuasa - merancang untuk melancarkan gerakan penahanan sepertimana pada tahun 1987.

"Apakah Malaysia kini dicengkam satu lagi kegilaan ISA, sepertimana Operasi Lalang 21 tahun lalu apabila ramai yang ditahan di bawah ISA dan tiga akhbar ditutup?" kata ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang turut ditahan dalam operasi tahun 1987 itu.

Blogger terkemuka Malaysia dan editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merupakan yang pertama ditahan di bawah ISA tengahari semalam.

Kemudian, Tan Hoon Cheng, wartawan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ditahan malam tadi selepas melaporkan kenyataan seorang pemimpin Umno yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.

Laporan Tan telah mencetuskan pertikaian yang hebat dalam gabungan Barisan Nasional yang dianggotai parti-parti komponen yang berasaskan kaum. Umno - selaku tulang belakang BN - terpaksa bertindak menghukum pemimpin berkenaan.

tan hoon cheng 04 120908"Rakan-rakannya (Tan) dari Sin Chew Daily terperanjat dengan penahanannya," kata akhbar tersebut dalam satu kenyataan.

"Sin Chew Daily akan berpegang teguh kepada pendirian editorial kami," tambahnya.

Sementara itu, Teresa Kok, seorang ahli Parlimen dari DAP - sebuah parti dalam barisan pembangkang - Pakatan Rakyat - juga turut ditahan di bawah ISA.

Sementara tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenainyha, Teresa berdepan dengan dakwaan yang beliau telah mengadu bunyi bising pembesar suara dari sebuah masjid di Puchong.

teresa kok modern pig farm 150408 talkingTeresa telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tuduhan terhadapnya itu "tidak masuk akal".

ISA yang ditentang oleh badan-badan hak asasi manusia supaya dimansuhkan, membolehkan seseorang itu ditahan selama dua tahun tanpa bicara dan boleh dilanjutkan tempohnya setiap dua tahun berikutnya. Ia biasanya digunakan untuk menahan suspek keganasan.

Pembangkang yang diketui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merancang untuk mengambil kuasa minggu depan, mengecam tindakan menggunakan ISA sebagai "kejam dan tiada justifikasinya".

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai melancarkan operasi penahanan tersebut untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam Umno.

Beliau semakin berdepan dengan desakan dari pemimpin-pemimpin parti tersebut supaya melepaskan jawatannya lebih awal daripada yang dijanjikannya - untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada pertengahan tahun 2010.

Surat tunjuk sebab

Sementara itu, Pusat Wartawan Bebas (CIJ) berkata operasi penahanan tersebut "mempunyai persamaan yang membimbangkan dengan Operasi Lalang pada 1987" di mana berpuluh-puluh aktivis, artis, ali akademik dan ahli politik telah ditahan.

"Kedua-dua insiden itu adalah sama kerana ianya ada kaitan dengan krisis politik yang melanda Umno, tetapi dimanifestasikan oleh kerajaan sebagai dakwaan ketegangan kaum," katanya dalam satu kenyataan.

Tiga akhbar - Sin Chew Daily; akhbar berbahasa Inggeris, The Sun dan akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan - juga telah diberi surat tunjuk sebab berhubung laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Ketiga-tiganya mendapat surat tunjuk sebab itu dari kementerian dalam negeri, yang meminta mereka menjelaskan tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka atau berdepan dengan tindakan digantung penerbitan.


ISA: Teresa Kok turut ditahan


Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

federal territory round table retrieat 170408 teresa kokDifahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam tadi.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa.

Menurutnya, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu.

Tan ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam pukul 8.30 malam tadi.

Jurucakap Sin Chew ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan dia ditahan di bawah ISA tetapi enggan mengulas lanjut.

Turut mengesahkan penahanan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .