Ikuti Blog ini

Nyanyian Iqwal, Rosmah dan Najib

(Najib menari bersama isteri dan rakan-rakan di Aidilfitri)

KUALA LUMPUR: Video klip yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datik Seri Rosmah Mansor menari dan menyanyi di majlis Aidilditri beliau kini mula mendapat tarikan ramai.

Video klip yang turut memaparkan Datuk Seri Rais Yatim dan isteri mula disebarkan melalui Youtube tetapi dengan link yang terhad.

"This video is unlisted. Only those with the link can see i".

Ia memaparkan bagaimana seorang penyanyi baru, Iqwal Hafiz menyanyi lagu "Anak Kampung" dengan diiringi tarian oleh Najib, isteri dan rakan-rakannya.


Keganasan Terhadap Pakatan Rakyat “Dihalalkan”, Hina Umno-BN “Diharamkan”


Keganasan samseng Umno-BN terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dibiarkan oleh agensi penguatkuasa bukti jelas undang-undang negara ini tidak lagi dihormati.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada tindakan yang diambil terhadap samseng Umno-BN walaupun terdapat bukti gambar dan video yang jelas tentang tindak-tanduk mereka.

“Kita boleh tengok gangster Umno pecahkan kereta, ‘kencing’ gambar (Menteri Besar Kelantan Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), baling batu kepada bas, terang-terang ada bukti video dan gambar, tetapi ada satu tindakan diambil kepada mereka? … Tiada” katanya.

Dakwanya, undang-undang di bawah Kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersifat berat sebelah kerana membela tindakan yang secara jelas melanggar undang-undang.

Akan tetapi, mereka yang didakwa menghina pemimpin Umno-BN ditahan dan dihukum seperti pemuda yang memijak gambar Najib dalam satu himpunan pada 30 Ogos.

“Bila pijak gambar Najib, ini merupakan dosa besar. Tetapi bila baling kasut di masjid, tiada salah, ini merupakan ‘law of the jungle’,” ujar Anwar.

Terbaru, jelajah bas Merdeka Rakyat yang dinaiki Anwar dan pimpinan PKR ke Jasin, Melaka dibaling batu dan disimbah cat merah oleh sekumpulan samseng yang didakwa didalangi Pemuda Umno kawasan tersebut.

Sebelum itu, seorang seorang lelaki yang dipercayai dari pertubuhan extremis Melayu Perkasa, cuba menghampiri Anwar semasa beliau berada di dalam satu majlis di sebuah masjid di Alor Star, Kedah.

Malah, gambar muka samseng daripada kedua-dua insiden tersebut
telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook namun tiada tindakan diambil walaupun laporan polis telah dibuat.

Kejadian di Melaka merupakan kedua selepas minggu lalu bas tersebut dibaling batu di bahagian cermin hadapan serta disimbah cat merah di Kota Bharu, Kelantan.

Selain itu, Anwar turut menempelak media tradisional seperti surat khabar dan televisyen yang berat sebelah dan secara berterusan menyebarkan fitnah untuk memburukkan pimpinan PR.

“Mereka mensensasikan pegawai peribadi saya membawa pistol tetapi saya dibaling batu dan keganasan gangster-gangster Umno ini tidak disiarkan,” tegasnya.

Ketika mengulas perkara itu, Anwar berkata, pegawai peribadinya mempunyai lesen senjata api dan bertindak mengikut prosedur yang dibenarkan (SOP) bagi mengawal keadaan tegang ketika kejadian di Jasin semalam.

“Saya pergi kemana-mana ada samseng Umno, bila diancam dengan tindakan ganas mereka, pegawai saya keluarkan pistol tetapi mengikut SOP,” katanya. -selangorku


PANAS!!! ABBY DITUDUH JUAL BADAN



MASIH teguh dalam usaha mendekatkan diri dengan ilmu agama, penghijrahan Abby Abadi dalam dunia politik (Pas) mengundang pelbagai reaksi.

Abby bukan saja semakin pandai berkata-kata mengenai ilmu agama, bahkan juga semakin berani mengkritik orang di sekelilingnya.

Selepas isunya mempertikaikan kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai hukum hudud, Abby kembali memanaskan 'alam maya' apabila membuat pengakuan ada individu menuduhnya menjual badan dan muka semata-mata untuk parti.

Abby menerusi Twitternya bagaimanapun pantas mempertahankan dirinya; "Saya tidak pernah terlintas untuk berbuat sedemikian. Fitnah bertebaran, dosa berpanjangan," katanya ringkas.

SH

PROJEK 'IC MAHATHIR' MELUKAI RAKYAT SABAH


Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH

TUN Dr Mahathir Mohamad, seorang negarawan agong dan pemimpin dunia yang dihormati, serta seorang pejuang Islam tulen. Seluruh dunia menghormati Tun Mahathir kerana Tun telah memerintah Malaysia selama hampir 22 tahun.
Semasa pemerintahan kerajaan PBS, Tun Mahathir adalah duri dalam daging di tubuh Datuk Joselp Pairin Kitingan (Tan Sri). PBS menghadapi pelbagai rintangan setelah menarik diri dari BN, dua hari menjelang pilihanraya umum.

Akibat tindakan salah perhitungan Datuk Pairin yang terjun bersama Tengku Razaleigh Hamzah ke kolam yang penuh buaya, akhirnya cedera parah diterkam Sang Buaya.

Kemurkaan Tun Mahathir akibat tindakan tikam belakang Pairin yang menjadi kepantangan bagi orang Melayu, maka PBS dan Pairin menjadi Musuh Nombor 1 Mahathir.

Dalam keadaan marah, Tun Mahathir telah mengarahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba pergi ke Sabah untuk menyatukan Bumiputera Islam untuk menentang PBS yang dianggap Parti Kristian itu. Di sinilah bermulanya dan nista pertama Tun Mahathir. Maka bermulalah satu sejarah kerana parti tempatan di Sabah dipecah kecilkan sebelum dijatuhkan dari persada politik Sabah.

Pada perkiraan Tun Mahathir, PBS mesti ditumbangkan pada masa itu juga, dengan apa cara sekali pun demi servival orang Islam di Sabah; maka 'PROJEK IC MAHATHIR' telah diinstitusikan dan jentera kerajaan (JPN) digunakan untuk memberi kerakyatan songsang secara automatik dengan syarat mengundi UMNO/BN.

Jika bukan kerana pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Mutalib M.D dan Dr Chong Eng Leong; termasuk penglibatan langsung mereka dalam Petisen Pilihanraya Likas; mungkin keadaan Sabah lebih teruk daripada sekarang.

Dua tokoh (Mutalib dan Chong Eng Leong) ini kita anggap sebagai 'Wira' yang yang diutuskan Tuhan untuk menjadi 'Pembersih Warga Penyu'. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan keberanian mereka berdua yang pastinya akan terus dikenang sehingga beberapa dekad akan datang.

Di sini persoalan kita ialah, kenapa Tun Mahathir tergamak untuk melukai rakyat Sabah dengan membenarkan, 'PROJEK IC MAHATHIR'? Adakah Tun Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri dan orang kepercayaannya, Allahyarham Datuk Megat Junit Megat Ayub sebagai Timbalan Menteri langsung tidak tahu menahu Projek ini?

Mustahil dan tidak boleh diterima akal kerana bukan rahsia lagi dan rakyat Sabah tahu terdapat satu komplot tertinggi di pihak kerajaan pada masa itu, memberikan kerakyatan songsang kepada pendatang asing Filipina, Indonesia, Pakistan, India dan sebagainya.

Menjelang lawatan Najib ke Sabah baru-baru ini, Mahathir menggaku yang warganegara asing boleh mendapat kewarganegaraan Malaysia asalkan mereka telah bermastautin di sini dalam tempot tertentu dan boleh berbahasa Melayu.

Adakah ini satu peruntukan yang longgar dalam Perlembagaan Malaysia kerana di Australia dan England, undang-undang imgirisen adalah terlalu ketat dan tegas. Jika orang luar ingin memohon kewarganegara di kedua-dua negara ini, syarat utama mestilah boleh bertutur bahasa Inggeris dan membawa masuk wang modal asing sekurang-kurangnya 500,000 US dolar.

Tetapi anehnya di Sabah, Kad Pengenalan Projek (IC) diberikan pada Warga Penyu seperti membeli tikek loteri; malah banyak yang diberikan secara percuma kerana yang penting ialh memastikan UMNO mencapai kemenangan besar dan BN memenangi pilihanraya.

Saya berpendapat inilah pengkhianatan yang terburuk dalam sejarah dan pastinya dosa ini tidak akan diampunkan oleh Generasi Baru Sabah sekurang-kurangnya dalam tempoh seratus tahun akan datang!
 

ISU NASHA : TIADA SEBARANG MASALAH


Ramai pihak menjangkakan bahawa PAS akan mengambil tindakan keras terhadap bekas Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang membuat kenyataan terbuka meminta PAS mengkaji semula hubungannya dengan DAP.

Namun semua telahan dan ramalan penganalisis politik meleset di mana bukan sahaja Nasharuddin tidak diambil tindakan malah isunya langsung tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS malam tadi.

Ramai berpendapat Nasharuddin akan dipecat atau sekurang-kurangnya diberi amaran keras kerana sikapnya yang akhir-akhir ini dilihat tidak selari dengan pendirian parti. Namun itu uniknya PAS yang sentiasa mengambilkira pandangan yang berbeza, asalkan ianya tidak menjejaskan keutuhan dan perpaduan parti dan yang lebih penting tindakan itu tidak berlawanan dengan syariat Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditanya wartawan sebaik keluar dari dewan mesyuarat menyatakan bahawa mesyuarat itu hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

 Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" Kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, malam tadi.

Dengan perkembangan ini diharapkan semua pihak tidak lagi membangkitkan isu ini kerana ianya sudah tentu memberikan peluru kepada musuh jika ianya terus menjadi polemik yang tidak berkesudahan.

Ustaz Nasharuddin juga dilaporkan hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS malam tadi yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Beliau adalah ahli Majlis Syura Ulama sejak sekian lama.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .