Ikuti Blog ini

Najib perdaya artis tarik sokongan kepada Umno


KUALA LUMPUR: Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman (gambar) atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.

“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan,” tempelaknya.

Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.

Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.

“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal.

“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,” tegasnya ketika dihubungi.

Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.

Selain Bob Lokman, terdapat beberapa artis lain yang menyertai Pakatan Rakyat antaranya pelakon Hairie Othman, penyanyi Dayangku Intan, Noryn Aziz dan Yatt Hamzah.

Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau Dayangku Intan (kanan) menyifatkan tindakan terdesak Najib itu kerana sedar beliau akan kalah dalam PRU 13 sehingga terpaksa bergantung kepada artis.

“Ini semua kerana mereka takut kalah PRU 13, baru mereka tahu bagaimana artis boleh mempengaruhi rakyat dengan hasil seni mereka.

“Kalau mahu bercakap mengenai royalti, perlindungan kepada artis, ini bukan perkara baru. Sudah bertahun kita perjuangkan. Kenapa baru sekarang mahu jaga artis,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang.

Kata artis veteran itu lagi, Umno sebenarnya ketandusan idea kerana terpaksa meniru apa yang dibuat Pakatan Rakyat.

“Kalau mahu tarik sokongan artis, Umno sebenarnya sudah terlambat kerana Pakatan lebih dahulu memahami artis.

“Semuanya ditiru, dari (jelajah) bas, sehinggalah beri peluang kepada artis ke pentas ceramah (Umno). Sudut ini pun kita boleh tengok Pakatan lebih dekat dengan artis,” ujarnya. -Hrkh

Saham FGVH Jatuh Bawah Harga Senarai, Isa Samad Didesak Letak Jawatan



SSaham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) merosot ke paras paling rendah sejak disenaraikan pada 28 Jun lalu.

Saham itu didagangkan pada harga penutup RM4.60 pada 9 November, hanya 5 sen lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham.

Pagi ini, saham FGVH terus merosot ketika diniagakan pada pukul 10.46 di paras terendah RM4.53 sebelum kembali naik pada sesi penutup tengah hari.

Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebim Birham mendakwa kejatuhan saham FGVH telah dijangka sejak awal berdasarkan penyenaraian yang tidak telus serta menggunakan secara ‘paksa’ tanah-tanah peneroka sebagai modal.

“Pihak pelabur melihat penyenaraian FGVH ini lebih kepada tindakan politik dan bertujuan meraih untung jangka pendek untuk individu atau golongan tertentu. Pihak yang berkepentingan menjual saham sebaik sahaja harga naik.

“Oleh itu, pelabur jangka panjang enggan terus melabur atau menambah pelaburan. Pelabur antarabangsa yang dijangka akan masuk pula tidak berminat apabila mendapati senario politik tidak lagi menyebelahi BN.

“Bagi menyekat kejatuhan berterusan ini, kita desak Pengerusi Felda Isa Samad yang bertanggungjawab ke atas penyenaraian meletak jawatan segera agar tempatnya boleh diisi oleh orang lain yang lebih berkelayakan,” kata Rebin ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula berkata kepada Harakah Daily, kejatuhan berterusan saham FGVH menambah penderitaan peneroka yang sebelum itu telah diperdaya membeli saham tersebut.

“Jika harga saham RM4.78 pun dikira peneroka sudah rugi setelah ditolak interest dan bayaran kepada bank. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif,” katanya.

Tambahnya, apabila rugi pemegang saham tidak dapat menjual saham, akhirnya mereka bukan menikmati durian runtuh tetapi menghadapi malapetaka.

Tengok neh !! orang cina dah tak malu bersama Pas ..



Bila jumpa dengan dengan orang cina atau india pemimpin Umno akan mainkan isu Hudud Pas dan apa bila pemimpin Umno bejumpa dengan orang melayu mereka akan memainkan sentimen melayu.

Pemimpin Umno akan kata Pas hanyalah boneka cina dan yang paling glamer ayat mereka ialah melayu akan hilang kuasa jika Umno tewas..

Inilah cara dan perangai jahat pemimpin umno yang selalu kita dengar setiap kali mereka bertemu dengan rakyat mengikut posisi kaum di ceramah ceramah Umno.

Umno cukup bijak menabur janji serta bergitu licik dalam bermuka muka dengan semua pengundi, janji mereka mahu mengekalkan kuasa walaupun terpaksa menipu dengan cara berpura pura.

Dengan taktik ini umno mengharap pengundi melayu atau bukan melayu akan terpedaya.Namum semua tipu daya umno dapat dihidu oleh rakyat terutama masyarakat cina.Pada PRU 12 parti Umno/BN telah dihukum oleh pengundi cina dengan menolak parti BN dan hampir 80% calon cina dari MCA.GERAKAN serta PPP kecundang .

Menjelang pilihan raya yang ke 13 ini sentimen benci orang cina terhadap BN semakin mengelisahkan Najib. Pelbagai tawaran serta intensif di beri namum semua itu tidak menjadi halangan kaum cina atau india untuk menyokong Pakatan Rakyat .

Suatu masa dulu kaum cina atau india bergitu fhobia dengan parti Pas, bila sebut Pas mereka akan mengatakan Pas parti ektremist .Tapi kini masa dan keadaan telah berubah lagi kuat umNO putar belit isu hudud lagi kuat kaum Cina dan india akan membenci dan menjauhkan diri dari Parti umNO/BN.Umno silap besar dan Umno telah tersalah percaturan.

Taktik umno memecahbelah orang cina atau india dalam isu agama[hudud] sudah tidak relevan lagi . Mereka [pengundi cina/india] kini lebih matang dan sudah memahami apa itu hudud dan islam semenjak Pas Dap dan Pkr bersatu di bawah Pakatan Rakyat.

Hasil tarbiah serta penerangan oleh Pas mengenai islam telah menyebabkan golongan ini memahami akan perjuangan parti Pas dan kini orang cina dan india semakin berani mendekati dan berkerja sama dengan Pas ,golongan ini semakin menjauhkan diri mereka dari parti Umno/Bn yang selama ini cukup mereka sanjung dan setia didalam kem Barisan Nasional kerana sifat kepura puraan Umno dalam banyak isu.

Lagi dikutuk PAS oleh umNO lagi kuat masyarakat cina dan india kuat menyokong perjuangan Pas. Dan lagi Pas di caci dan di cerca bertambah ramai mereka mendekati PAS. Sifat bermuka muka umNo dan sedikit hemburan berbau perkauman menyebabkan Umno sudah ti dak relevan serta dibenci oleh sesetengah maysarakat cina ataubangsa lain.

Maka slogan PAS FOR ALLL & PAS GANTI UMNO akan menjadi relevan dengan sokongan dari pengundi ini selain dari pengundi melayu insha Allah.- [batuvskayu]

INGAT UMNO INGAT RASIS



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .