

Sebenarnya Khairy tidak mampu langsung untuk menyaingi kehebatan Husam dalam Suasana terbuka semalam,Mungkin khairy ingat macam dalam TV kot.Banyak isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Khairy akhirnya memakan khairy balik.Sampai ke satu tahap Khairy hanya tersengih-sengih dengan jawapan balas dari Husam.Sudahlah acap kali di boo oleh penonton ditambah pula yang sebelah kanannya turut sama menghentamnya.Khairy bukannya lawan untuk digandingkan secara terbuka bersama Husam dalam suasan bebas seperti semalam.Cuma yang kita kagumnya adalah keberanian Khairy datang ke lubuk Pas Dan berdepan pula dengan bukan lawannya.
Saya sempat merakam detik-detik awal , pertengahan dan penghujung forum atau perdebatan antara Saudara Khairy dan Dato Husam Musa semalam.Dan sempat juga merakam detik-detik yang dianggap agak cemas kalau kita menonton sebuah filem… Tapi sayangnya masalah line TM Streamyx yang amat mendukacitakan menyebabkan sehingga sekarang masih lagi belum berjaya untuk di uploadkan videonya yang hampir 1 jam itu.
Walau apapun pengunjung boleh melihat sendiri videonya di youtube atau mana-mana blog nanti yang pada anggapan saya boleh dianggap sebagai peristiwa yang amat penting dalam sejarah berforum secara terbuka dan bebas di Malaysia sepanjang saya mengikutinya semenjak di bangkul sekolah lagi.Amat rugi TV3 atau mana-mana stesen TV tidak menyiarkan secara langsung Majlis Forum Wacana Perdana semalam.Majlis Forum sebeginilah sebenarnya yang rakyat inginkan dan perlu didedahkan kepada rakyat supaya rakyat dapat menilai sendiri kebenarannya diantara kedua belah pihak.Terbuka,bebas dan ruang masa yang mencukupi.Penonton bebas untuk bertanyakan apa sahaja persoalan kepada ahli panel tanpa diganggu oleh pengerusi forum.Bilangan soalan tidak dihadkan sampai seorang tu kalau tak silap saya sampai empat soalan.
Forum sebegini patut diadakan lagi sekerap yang mungkin dan di tempat yang lebih luas lagi seperti di Stadium.Memandangkan keadaan yang bersesak-sesak semalam dengan kehadiran yang terlalu ramai sehingga penonton di luar dewan lebih ramai daripada penonton di dalam dewan.Apapun perincian tentang isi perbincangan dalam forum semalam bolehlah pengunjung2 menjenguk mana- mana blog yang mengulasnya.Sudah tentu…Saya rasa hari ini atau malam ini postingnya akan muncul di Blog pilihan ramai MSO.. Harap semua dapat membacanya.
| |
|
KOTA BHARU - Seorang ahli akademik menyifatkan hasrat kerajaan menyelesaikan kemelut institusi kehakiman dan rasuah dengan mewujudkan dua suruhanjaya baru-baru ini tidak lebih sebagai kosmetik.
Pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (SPH), sebenarnya tidak ke mana-mana.
"Ini kerana kuasa mutlak bagi menentukan pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri dan suhanjaya tersebut hanya berperanan mencari nama-nama hakim layak dipertimbang ke jawatan lebih kanan.
"Jangan harap perubahan kepada kedua-kedua suruhanjaya tersebut kerana soal pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri.
"Begitu pendakwaan kes rasuah masih ditentukan Peguam Negara," katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam, malam tadi.
Pihak kerajaan baru-baru ini membentang kedua rang-rang undang tersebut di Parlimen yang turut mendapat sokongan anggota parlimen Pakatan Rakyat.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kewujudan Suruhanjaya tersebut merupakan janji kerajaan ketika menghadapi pilihan raya umum tahun 2004.
Bagaimanapun ramai melihat pembentangan itu dibuat secara tergesa-gesa sebelum Perdana Menteri meninggalkan jawatan pada Mac depan.
Dr Abdul Aziz berkata, sepatutnya kerajaan melakukan pindaan kepada Perkara 122 B Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada suruhanjaya terbabit bertindak.
"Tidak guna banyak suruhanjaya diwujudkan kalau tidak kita tidak ikhlas. Kita perlu kepada sistem yang lebih kredibiliti," katanya.
Beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan hanya bergantung kepada Speaker dan pasukan polis bagi menghalang usul tidak percaya daripada Pakatan Rakyat sebagai tidak sepatutnya berlaku.
Katanya, peluang untuk mengemukakan undi tidak percaya sepatutnya tidak dihalang dari awal kerana negara-negara lain memberi ruang kepada pembangkang untuk menngemukakan usul termasuk di Jepun.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pula menyifatkan SPK seumpama Suruhanjaya Mencari Nama Hakim yang tidak memberi sebarang perubahan ke arah membaik pulih institusi kehakiman.
Bagaimanapun Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertahankan kewujudan suruhanjaya terbabit yang disifatkan sebagai pemulaan yang dilakukan kerajaan sekarang.