Ikuti Blog ini

VIDEO: TG Nik Aziz terharu ngan Polis Kelantan



Rakaman sidang media oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan selepas mempengerusikan mesyuarat exco di bilik mesyuarat utama AMMK di mana beliau mengucapkan ucapan terharu dan tahniah di atas kecekapan polis negeri Kelantan membanteras jenayah.


15 Zulhijjah 1433H/ 31 Oktober 2012M


Tahniah PDRM... penjenayah ditembak di Machang berkaitan kes tembakan angota Polis di Paloh Gua Musang. Kelantan.

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada polis berikutan kejayaan pasukan itu membanteras kegiatan jenayah di negeri ini.
Rakaman ucapan tahniah itu disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada sidang media khas selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.

Beliau juga turut melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan anggota berkenaan menjaga keamanan di negeri ini sehingga terpaksa mengorbankan diri demi keamanan rakyat.

“Kebetulan tadi saya ada menghubungi Ketua Polis Kelantan untuk bertanya khabar tentang kejadian tembakan semalam, kebetulan Ketua Polis berada di luar Kelantan,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sekiranya rakyat berpuas hati dengan kecekapan anggota polis menembak mati penjenayah, kenapa ada umat Islam sendiri yang tidak senang dengan hukum hudud.

Lagipun, tambahnya hukum hudud yang dikenakan pesalah tidak sampai mati bagi yang mencuri hanya memotong tangan sahaja.

Sementara itu, Tuan Guru turut meluangkan masa menziarahi anggota polis Koperal Mat Ridwan Mat Hassan, 50 dan Lans Koperal, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan tengah hari tadi.

Kedua mereka kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll.

Shamsul ditembak oleh salah seorang penjenayah ketika menyertai sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang, pagi semalam.

Ridwan pula ditembak sewaktu berbalas tembakan dengan penjenayah yang dipercayai ada kaitan dengan kes tembakan yang melibatkan anggota polis, Shamsul di Gua Musang.

Kejadian berlaku di Cabang Tiga Kemuning, Machang. Penjenayah tersebut bagaimanapun mati ditembak. -Hrkh

[BERGAMBAR & VIDEO] Taufan Sandy: New York Hampir Tenggelam






New York – Pertembungan dua lagi aliran cuaca yang bertukar menjadi taufan hampir menenggelamkan kotaraya New York dan Sandy adalah taufan yang paling digeruni dalam sejarah Amerika Syarikat.

Sandy yang mulai membadai telah menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah di Manhattan dilanda banjir sehingga menyebabkan bandaraya itu terputus bekalan elektrik.

Kira-kira 400,000 rumah terputus bekalan elektrik di kesemua lima kawasan pilihan raya bandaran iaitu dari selatan Pulau Manhattan sehingga ke kawasan 39th Street.

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di sebuah kompleks apartmen di 38th Street, yang terletak di tengah pulau itu dan bersebelahan dengan East River, memaklumkan air hujan memasuki kediamannya sekitar pukul 2 petang, Isnin, akibat hujan lebat dan tiupan angin yang sangat kuat.

“Air hujan masuk melalui celah-celah tingkap rumah, walaupun tingkap sudah ditutup, angin yang sangat kuat menyebabkan tingkap rumah saya bergegar dengan itu kunci terbuka dengan sendirinya,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Dilla ketika dihubungi Bernama lewat malam Isnin.

Beliau, yang menetap di tingkat 25 kompleks apartmen setinggi 54 tingkat dengan 840 unit itu, berkata air hujan juga membolosi kediamannya menerusi penyaman udara sehingga membasahi bilik dan ruang tamu rumahnya.

Beliau yang tinggal seorang diri dan baru berpindah ke kota raya itu setelah dihantar bertugas dengan sebuah jabatan kerajaan di sini turut terputus bekalan elektrik.

“Selepas tidak ada elektrik, saya kunci rumah dan turun ke tingkat 11, menumpang rumah rakan sekerja, yang turut tinggal di kompleks yang sama,” katanya.

Katanya, sekitar pukul 2 dan 3 petang, langit menjadi sangat gelap dan aliran air sungai East River bergelombang sangat kuat.

Kebanyakan mereka yang tinggal di bangunan kompleks itu bekerja dengan jabatan dan agenci kerajaan Malaysia yang berpejabat di New York.

Kawasan tengah pulau Manhattan itu tidak berada dalam zon yang terjejas teruk dan wajib pindah.

Beberapa rakyat Malaysia yang menetap di Brooklyn pula, antara lain, menggunakan laman sosial Facebook memaklumkan mengenai kejadian angin kencang serta merasai bangunan pangsapuri mereka seakan bergegar.

Beberapa rakyat Malaysia di Connecticut melaporkan turut mengalami putus bekalan elektrik dan seorang daripada mereka pernah berpengalaman terputus bekalan elektrik sehingga sepuluh hari semasa berlakunya taufan Irene pada tahun lepas.

Dalam komunikasi menerusi laman Facebook, beliau melahirkan kebimbangan memandangkan stok makanan sejuknya terutamanya daging halal akan rosak sekiranya gangguan bekalan elektrik berpanjangan.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang tinggal di negeri-negeri yang terlibat dengan taufan Sandy seperti di Maryland, Virgina, Delaware, New Jersey, New York, Connecticut, memaklumkan mengenai keadaan mereka pada status laman Facebook mereka.

Antaranya memaklumkan mengenai angin yang sangat kencang dan maklumat terkini mengenai kawasan mereka.

Sementara itu, penulis sendiri menerima beberapa amaran kecemasan melalui telefon bimbit daripada Pengurusan Kecemasan sejak petang semalam sehingga malam Isnin.

Antara amaran yang dikeluarkan ialah “Emergency Alert in this area until 8 am, Take Shelter Now,NYC-OEM”.

Bagaimanapun, penulis dan keluarga tidak terjejas teruk dengan taufan Sandy, kerana kedudukan kediaman penulis di kompleks apartmen yang berbentuk U selain unit rumah yang terletak di tingkat paling bawah.

Kawasan tempat tinggal yang berada di kawasan tinggi dan dikelilingi bangunan-bangunan kompleks apartmen yang lain, turut menyelamatkan keadaan. – BERNAMA








TGNA antara pemimpin yang paling sihat



Tok Guru Nik Aziz (TGNA) berkata di Kelantan semalam yang beliau tidak akan meletakkan jawatan dan berundur kerana desakan dari pihak-pihak yang tidak kena mengena dengan PAS. Beliau akan berundur jika desakan itu datangnya dari PAS.
TGNA mengulas desakan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, yang meminta TGNA berundur kerana kesihatan beliau tidak membolehkan beliau mentadbir negeri Kelantan.

TGNA berkata beliau akan hanya mempertimbangkan untuk berundur jika PAS mendesak beliau untuk meletakkan jawatan dan jawapan TGNA ini kepada saya adalah jawapan yang tepat dan benar.
Di Kelantan yang menentukan siapa yang menjadi MB itu adalah PAS kerana rakyat Kelantan telah memandatkan PAS untuk mentadbir negeri Kelantan sejak tahun 1990 dahulu dan parti-parti serta pihak-pihak yang lain tidak ada hak untuk menuntut beliau meletakkan jawatan itu.

TGNA adalah seorang MB dan Ketua yang diberikan tugas untuk memantau kerja-kerja dan tanggungjawab pelaksana, iaitu pegawai-pegawai kerajaan negeri dilaksanakan dengan baik dan telus. Bagi saya TGNA adalah benar-benar seorang MB yang difahami dalam erti kata yang sebenarnya.
Beliau tidak masuk campur di dalam pelaksanaan tanggungjawab kerajaan tetapi ‘accountable’ terhadap apa yang dilakukan oleh pihak pelaksana iaitu pegawai-pegawai dan penjawat awam di negeri itu.

Beliau tidak bersekongkol dengan pelaksana yang rasuah seperti yang dilakukan oleh MB-MB di negeri-negeri tadbiran UMNO. Banyak negeri-negeri tadbiran UMNO pelaksana dan penggubal dasar termasuk Menteri-Menteri Besar nya mengarah dan masuk campur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan ia telah membawa kepada kegiatan korupsi yang meluas.

Jika penggubal dasar terutamanya MB hanya mengambil tugas sebagai pemantau kepada perlaksanaan dasar-dasar yang telah di gubal dengan baik,  maka budaya rasuah tidak akan berlaku dengan mudah.
Rasuah berlaku di Kementerian-Kementerian Persekutuan di sebabkan penggubal dasar yang di ketuai oleh Menteri-Menteri dalam kementerian-kementerian itu tidak melaksanakan tugas dengan betul, iaitu untuk memantau segala tugas perlaksanaan kementerian itu dilaksanakan mengikut apa yang telah di gubal.

Sebaliknya menteri-menteri menyalahgunakan kedudukan mereka dengan bersekongkol untuk melakukan kerja yang bertentangan dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka iaitu untuk mempastikan pelaksana tidak melakukan rasuah dan sebagainya.
Jika menteri-menteri melaksanakan tugas yang sepatutnya dilakukan tidak mungkin rasuah berlaku dalam kadar yang sangat membimbangkan sehinggakan rakyat sudah hilang  kepercayaan mereka kepada penggubal dasar yang diberi mandat oleh mereka.

Bagi TGNA beliau telah memberikan jawapan dengan betul. Yang penting ialah kesihatan pemikiran bukan setakat sihat tubuh badan. Jika pemikiran seorang MB seperti TGNA itu masih sihat,  tidak ada apa masalah untuk terus menjadi MB dan pihak UMNO, Perkasa  atau pihak-pihak lain tidak berhak untuk membuat tuntutan untuk beliau berundur.

Ramai pemimpin di dalam UMNO itu masih sihat tubuh badan mereka tetapi pemikiran mereka telah uzur. Jika mereka masih mempunyai pemikiran yang tidak uzur, segala rasuah dan salah guna kuasa tidak akan berlaku. Pemimpin yang rasuah itu melambangkan pemikiran yang tidak sihat.
Jika pemikiran mereka sihat mereka akan tahu yang rasuah itu salah dan pemikiran yang sihat akan memberitahu mereka yang rasuah itu amat bersalahan dengan syariat agama dan satu dosa yang amat besar di sisi Tuhan.  Itu sebabnya saya berulangkali mengingatkan semua yang pemakan rasuah itu sama lah seperti orang yang memakan daging saudaranya sendiri.

Bagi saya TGNA adalah seorang pemimpin yang paling sihat kerana beliau masih mempunyai pemikiran yang kuat untuk memberitahu beliau dan kepimpinan beliau itu yang rasuah itu adalah kesalahan besar. Sesungguhnya pemimpin-pemimpin UMNO lah yang sudah uzur kerana tidak dapat menahan dari melakukan rasuah besar-besaran.

Pemikiran TGNA masih terlalu sihat kerana beliau tidak mahu tunduk kepada desakan untuk membuat kekayaan dan duduk di rumah-rumah yang besar dan berglamor. TGNA masih sihat pemikiran beliau kerana beliau tidak membelikan isteri beliau cincin yang puluhan juta harganya.

TGNA tidak menggunakan wang rakyat untuk membayar bil kenduri perkahwinan anak beliau dan tidak berbelanjakan wang rakyat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi beliau. TGNA tidak terlibat dalam isu ber‘dating’ dengan teman wanita dengan membayar wang sejumlah ratusan ribu ringgit setiap kali ber’dating’ seperti yang dilakukan oleh seorang Menteri Persekutuan. Setakat yang kita semua tahu TGNA tidak ada teman wanita di luar rumah.

Pemikiran TGNA masih sihat kerana beliau tidak pergi berpeleseran di pusat-pusat karaoke dan membayar GRO-GRO dengan menggunakan wang rakyat dan beliau tidak pernah pun pergi bersukaria di pusat-pusat hiburan tempatan atau antarabangsa.

TGNA tidak seperti seorang MB yang kurang sihat pemikirannya yang terlibat dengan jenayah menghantar wang sebanyak RM10 juta ke-London melalui sebuah pengurup wang yang begitu ‘dubious’ kedudukannya.

Jika kita timbang-timbang dengan secebis tulisan saya ini kita boleh membuat andaian yang ‘conclusive’ yang TGNA adalah seorang pemimpin yang paling sihat dan belum uzur lagi. Disebaliknya pimpinan BN dan UMNO lah kumpulan pemimpin yang telah uzur kerana mereka tidak dapat menggunakan pemikiran mereka untuk menentukan yang mana satu yang tidak baik dan yang mana satu yang baik untuk dilakukan atau untuk tidak dilakukan.

Oleh kerana keuzuran pemikiran pimpinan BN dan UMNO inilah yang menyebabkan kerajaan pada hari ini menjadi persoalan besar oleh rakyat jelata.

Bagi saya, secara peribadi TGNA perlu terus bertanding dalam PRU ini kerana tidak ramai lagi pemimpin yang masih sihat seperti TGNA dan Tok Guru Hadi Awang dan beberapa orang pimpinan besar dalam DAP dan parti-parti yang lain. Mereka ini masih sihat kerana tahu yang mana baik dan yang mana buruk.

Pendeknya kalau kita hendak tahu mana satu pemimpin yang masih sihat ialah mereka yang belum terlibat dengan banyak dosa dan noda yang memercukan syariat agama dengan sesungguhnya.

Sesiapa yang tidak memercukan syariat yang diperintah Tuhan itu adalah mereka yang tidak sihat dan perlu direhatkan untuk membina kembali kesihatan mereka mengikut sudut agama dan syariat agama yang kita anuti.

Salah satu dari sebab PAS mendapat sokongan ramai hari ini ialah kerana kesihatan kepimpinan dan pemikiran pemimpin mereka. Kerana kesihatan pemikiran mereka itulah rakyat sedang berlumba-lumba untuk menyokong pemimpin-pemimpin yang sihat sekarang ini. Aspanalias

MB Selangor dimaki hamun dan dihalau dengan parang di tangan

KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan.

Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.

Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di bawah ini.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.

Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.

Lihat bagaimana Tan Sri Khalid datang bertemu rakyat. Tak perlu majlis sambutan, tak perlu paluan kompang, tak perlu polis pengiring seperti amalan Menteri Besar Barisan Nasional. Beliau sanggup datang beramah mesra bersama rakyat meskipun hanya melalui jemputan spontan.

Namun beberapa orang samseng ini sengaja cuba membuat kecoh kononnya mahu menunjukkan Tan Sri Khalid dibenci oleh rakyat Selangor. Ini namanya "over react" atau "over kill", kalau nak buat propaganda murahan jangan terlebih sangat, nampak benar terdesak.

Sembur nyamuk dengan racun serangga, sembur jangan terlebih-lebih nanti terkena diri sendiri, diri sendiri yang mabuk, silap hari bulan boleh pensan atau mampos terus.

ReJaM© "Orang Melayu jadi bodoh kerana menyokong Umno... "

Rupanya Sebab Ni Restoran Amy Search Bungkus..


Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, dia memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu. 

Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah.

Namun Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Cheng Ho sebelum ini, oleh itu tiada pihak lain yang boleh menggunakan nama tersebut.

Dalam pada itu, Amy memberitahu bahawa kini dia sedang mencari pelabur baru untuk membuka kembali restoran itu di lokasi lain.

Terdahulu, pada tahun 2010 pihak Mahkamah Seksyen Sivil telah memerintahkan Amy untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada Nik Zahir Nik Mohd Idris yang menfailkan saman bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran itu ~kosmo

Addin :

Ataupun... perniagaan Amy senasib dengan restoran sekinchan setelah beliau isytihar masuk umno? Mungkinkah restoran cheng ho diboikot sepertimana sekinchan ikan bakar? Mungkinkah apa sahaja yang dikaitkan dengan Umno rakyat akan tolak akibat kebencian yang meluap-luap?  Anda semua mungkin ada jawapannya?

Akar Umbi Pertahan TG Nik Aziz Sebagai MB


KOTA BHARU - Pas Kelantan masih memerlukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui Kerajaan Negeri terutama dalam pilihan raya biarpun wujud tanggapan beliau sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Abdul Aziz merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

“Kami yang minta Tok Guru (Gelaran kepada Nik Abdul Aziz) untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau meluangkan masa selama tiga jam melawat Kampus Limkokwing Akademik Kelantan di sini, yang turut dihadiri oleh Ketua Akademiknya, Dr Zainal Abidin.

Katanya mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang seolah-olah bermati-matian mahukan Nik Abdul Aziz berundur, Mohd Amar menjelaskan hanya Pas yang lebih tahu siapa yang layak untuk memastikan Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan Pas.

“Biar kami (orang Pas) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut.

“Pengekalan Tok Guru juga tiada kaitan dengan masalah dalaman tetapi kami sendiri mahukan beliau,” katanya.

Sementara itu, menjawab tuduhan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai makan gaji buta, Mohd Amar menafikan dakwaan itu sebaliknya beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua sebaiknya.

Dalam kenyataan itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz perlu berundur kerana beliau tidak boleh berfungsi mentadbir dan menjadi ketua kerajaan yang efektif, beliau tidak boleh jadi ketua pentadbir berkesan kerana keadaan yang uzur.

Mohd Amar berkata, sebagai menteri besar tanggungjawabnya hanyalah memberikan idea dan arahan manakala yang melaksanakan serta melakukannya adalah kerja exco.

“Jadi di sini tiada istilah makan gaji buta dan walaupun beliau uzur tetapi pemikiran dan pendapatnya masih diperlukan,” katanya. -SH


Saya tak layan desakan ‘Umno buangan’ - TG Nik Aziz.

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak khususnya pihak lawan supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan tunduk kepada sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi PAS.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan ketika mengulas desakan pihak tertentu supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana pihak khususnya pihak yang disifatkannya sebagai ‘Umno buangan’ yang tidak putus-putus mahu beliau melepaskan jawatan.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau berundur atas alasan sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun menerajui pemerintahan negeri itu.

Mengulas lanjut, Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk berlawan dengan Umno tidak perlu tubuh yang sihat, sebaliknya kekuatan minda.

Katanya, sekiranya seorang pemimpin itu berkerusi roda sekalipun sebaliknya tidak bermasaalah dengan idea atau pemikiran, ianya tidak mempunyai sebarang masaalah.

Menurutnya lagi, tugas menjaga negeri bukan hanya tertumpu pada Menteri Besar, sebaliknya turut menjadi tanggungjawab anggota-anggota exco kerajaan negeri juga.

“Bila Menteri Besar, bererti ada dia ni adalah ketua dan bila ketua pula tentu ada pegawai di bawahnya, bila orang gelarkan saya ni Menteri Besar, bererti ada menteri kecil,”ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru untuk terus menerajui pentadbiran negeri.

Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, Tok Guru adalah merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

“Kami yang minta Tok Guru untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

“Biar kami (PAS) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, turut lantang membuat desakan agar Tuan Guru berundur termasuk Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali -HD
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .