Ikuti Blog ini

Gambar : Sultan Kelantan Hadiri Majlis Tahlil Wira Negara Yang Terkorban Di Lahad Datu

















Sultan Kelantan DYMM Sultan Muhammad V berangkat menghadiri Majlis Tahlil Arwah, Wira Negara Allahyarham Ahmad Hurairah Bin Ismail Di Kg Bayu Lalang,Dun Meranti ~ Lagi Gambar Dan Sumber FB

PAS Bidas Muhyiddin: Pembangkang Mahu Cetus Huru-hara, Bohong Kata Mat Sabu


Dakwaan bahawa pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan porak peranda hanya omongan bohong. kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, Mohamad atau Mat Sabu, sebaliknya berkata, pihak yang satu lagi mencetuskan kacau bilau ke atas ceramah-ceramah diadakan Pakatan Rakyat selama ini.

(Pihak yang satu lagi dipercayai merujuk kepada Barisan Nasional atau Umno).

Menurut Mat Sabu dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu tidak memberi sebarang nilai.

“Kita (pihak Pakatan) patuh kepada undang-undang. Mereka mengacau ceramah, buat sekatan, baling batu dan telur selama ini.

‘Depa (mereka) pembohong (merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin). Dia (pihak satu lagi) yang datang buat kacau segala ceramah kita. Apa yang beliau cakap tiada nilai dan membohong tentang dokumen yang kata kami akan mengagalkan pilihan raya umum nanti,” katanya ketika dihubungi FMT.

Muhyiddin dakwa ada maklumat

Semalam Muhyiddin mendakwa mempunyai maklumat dan beberapa dokumen yang boleh dipercayai bahawa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum dengan mewujudkan keadaaan porak peranda.

Muhyiddin mendakwa pembangkang gementar dengan sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional yang sudah mula meningkat.

“Macam (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat,” dakwa Muhyiddin.

Mat Sabu menggesa Muhyiddin agar mendedahkan dokumen yang dipercayai pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum.

Sambil mengulangi dakwaan Muhyiddin itu sebagai bohong, Mat Sabu percaya ia hanya kenyataan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada BN semata-mata. -FMT



Seolah-olah 'ada pihak' mahu huru-hara – Dr Hatta

Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan satu dakwaan yang tidak berasas.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata bagaimana Pakatan Rakyat yang berkeyakinan untuk menawan Putrajaya boleh bercadang untuk menimbulkan huru-hara.

"Untuk apa huru-hara itu? Siapa yang untung jika kita bercadang untuk timbulkan huru-hara? Dalam suasana kita (Pakatan Rakyat) bersedia menjadi kerajaan baru, sudah tentulah kita mengharapkan satu suasana yang lebih aman supaya transisi ke arah itu lebih baik," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Selain menyifatkan dakwaan Muhyidin itu sebagai sangat prejudis, ia juga menampakkan seolah-olah 'ada pihak' yang mahukan huru-hara berlaku.

Dakwaan itu juga, kata Dr. Hatta seolah-olah cubaan untuk mengaitkan Pakatan Rakyat dengan krisis yng melanda negara di Lahad Datu.

"Jika Naib Presiden PKR, Tian Chua boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, apa bezanya dengan Muhyiddin?" soal beliau.

Justeru, beliau berharap Muhyiddin tidak mengeluarkan kenyataan yang memberikan gambaran bahawa ada pihak yang ingin keadaan huru-hara berlaku.

Timbalan Presiden Umno itu mendakwa bahawa dari maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
-HD
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .