Ikuti Blog ini

[TERKINI] Kes Aziz Bari, UIA Tarik Balik Penggantungan, Diarah Lapor Diri Esok

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang tadi, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman kepada The Malaysian Insider.

“Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang,” kata Zulqarnain.

Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik.

Dalam laporan petang tadi, The Malaysian Insider memetik Zulqarnain berkata UIA memaklumkan akan mengumumkan keputusan hasil siasatannya ke atas Aziz esok.

Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi.

“Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya,”
kata Zulqarnain.

Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi.

Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akta Hasutan.

“Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian,” katanya.

Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

UIA telah memberi masa selama seminggu sehingga 4 petang esok kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.

Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus UIA.

Jumaat lalu, Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata Aziz perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIA untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.




Najib didesak hormati kebebasan akademik


KUALA LUMPUR, 24 Okt: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Perdana Menteri dan Kerajaan BN menghormati kebebasan akademik di negara ini yang kini amat tercalar dengan tindakan penggantungan terhadap Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh pihak pentadbiran UIA.


Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abdul Razak berkata, pihaknya amat berharap agar kejadian seperti yang terjadi ke atas Dr Aziz itu tidak akan berulang pada masa akan datang.


Menurutnya, namun dalam hubungan ini SMM amat kesal dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong prinsip kebebasan akademik.


Katanya, sebaliknya kenyataan Perdana Menteri dilihat senada dengan rektor UIA yang jelas gagal untuk menyokong prinsip kebebasan akademik di negara ini.


"SMM menuntut agar Datuk Seri Najib menyokong prinsip kebebasan akademik dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.


Rektor UIA, menurut beliau, masih lagi berdegil dan angkuh, apabila penggantungan terhadap Aziz masih belum ditarik balik yang seolah-olah memandang remeh tuntutan mahasiswa yang berdemonstrasi Jumaat lalu.


Katanya, oleh itu, SMM akan menganjurkan satu lagi demonstrasi di UIA Gombak esok bagi menyerahkan memorandum kepada Najib yang akan hadir ke universiti itu untuk merasmikan Debat Piala Perdana Menteri sekitar jam 8.00 malam.


Sehubungan itu SMM menyeru mahasiswa seluruh negara hadir menyertai demonstrasi itu dalam menuntut kebebasan berakademik di negara ini.


"SMM juga akan menganjurkan kempen menuntut kebebasan berakademik melalui roadshow, forum awam, ceramah dan seumpamanya dalam masa yang terdekat ini," katanya.


Turut hadir pada sidang media itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Safuan Anang, Presiden MPMUM, Syahid Zaini dan beberapa orang kepimpinan SMM lain.


Sebelum itu, Nasir Zakaria berkata, penggantungan Aziz Bari merupakan satu lagi titik hitam sejarah negara yang sekali gus menghitamkan lagi rekod Barisan Nasional memerintah negara kita.


Katanya, penggantungan terhadap Aziz selaku pensyarah kanan UIA yang sudah berkhidmat selama 22 tahun sangat mengejutkan dan menyedihkan warga Malaysia.


"Beliau adalah antara putera terbaik Melayu yang merupakan pakar undang-undang perlembagaan. Adakah hanya kerana memberi pandangan berdasarkan pengalaman akademik dan pengalaman beliau dan beberapa laporan polis sudah cukup untuk menamatkan riwayat akademik beliau," katanya.


Prof Dr Aziz Bari, katanya, terkenal berani dan kontroversi. Beliau bukan sekadar berkongsi ilmu di media perdana, wacana, kelas toturial malah menjangkau kepada media alternatif yang mesra pembangkang.


"Beliau bukan sekadar mengkritik kerajaan tetapi pernah mengkritik kepimpinan pembangkang. Beliau berani dan tegas terhadap pandangan beliau walaupun berdepan cemuhan," ujarnya.


Sebelum itu, Ahmad Syukri dan rakan-rakannya turut menyerahkan memorandum bagi mendesak perlaksanaan kebebasan akademik di negara ini kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah menerusi pegawai khasnya, Shahmi untuk dipanjangkan kepadanya di bangunan Parlimen hari ini. -Hrkh


MARA - tempat jembalang buat duit..!!!

 
Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
 
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

NONELaporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:
  • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  • Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  • NONEDapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

NONELaporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka - dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.
Laporan itu juga memberi komen bahawa Giatmara perlu menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.

Beli peralatan, bekalan eletrik tiada

Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.

Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut.

NONELaporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.

Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.

Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmata membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya.

Gambar Pelik Banjir di Thailand

Flood victim having to perform acrobatic walk on the high pole telephone wire lines.Along Phetkasem Road, Thailand

People pass the time next to a motorbike hanging from the beams of a bus stop above a flooded road in Pathum Thani province, on the outskirts of Bangkok, October 21, 2011

Stool shoes keeping your feet dry

Super Tuk Tuk

A mahout—or elephant keeper—stands on an elephant in Thailand's flooded Ayutthaya Province on October 13


"Doctors are patrolling the flooded areas in small boats and are making house calls to residents ... incapable of moving,"



People sit and eat in a flooded street of Ayutthaya, Thailand, on October 10,2011.

Panass Beb..Noh Akan Di Kuburkan..??

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan kenyatan Timbalan Pengerusi BN Selangor yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Begitupun, ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) menegaskan pihaknya mempastikan hajat Noh ingin mengembalikan semula negeri Selangor kepada pentadbiran yang korup dan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, keuntungan kekayaan negeri berlegar di sekeliling pemimpin Umno serta kerosakan-kerosakan yang lain akan ‘dikuburkan’ bersama beliau di dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan sokongan dan dokongan padu rakyat negeri Selangor yang bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan impian Noh Omar hanyalah angan-angan kosong kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setakat ini walaupun baru sepenggal memerintah negeri Selangor telah menunjukkan pemerintahan yang mempunyai sistem urus tadbir yang jauh lebih baik, telus, bebas rasuah, cakna kebajikan rakyat serta telah meningkatkan hasil kerajaan dan simpanan negeri Selangor,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, rakyat negeri Selangor kini telah dapat banyak manfaat daripada agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersama-sama kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat akan menjadikan impian Noh Omar sebagai ‘mimpi ngeri’ Barisan Nasional di negeri Selangor dengan izin Allah Taala, insya Allah,” katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, katanya melahirkan rasa kebimbangan di atas keyakinan Noh Omar menzahirkan hasrat BN merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat sudah pasti akan ada taktik dan teknik ‘kotor dan jahat’.

Katanya, Umno BN Selangor yang akan mengguna pakai cara jahat bagi mencapai maksud tersebut selain kemungkinan daripada kerja kotor yang dibuat oleh pemimpin Umno BN di peringkat Pusat dengan memberikan kerakyatan mudah kepada pemastautin tetap serta mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin seperti yang telah didedahkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia, baru-baru ini.

Menurutnya, dengan pertambahan pengundi baru yang cukup luar biasa untuk negeri Selangor bagi tahun ini kemungkinan berlaku penipuan adalah sangat besar seperti mana yang dilakukan oleh Umno BN semasa merampas negeri Terengganu dahulu.

Oleh itu, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat memperkasakan jentera pilihanraya di semua peringkat dengan memberikan khidmat terbaik dari segi penerangan terhadap kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran serta kerja-kerja kebajikan kepada rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama.

Selain itu, katanya perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap sebarang taktik kotor Umno BN yang sedang terdesak untuk merampas kembali negeri Selangor.

“Seluruh rakyat negeri Selangor juga dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kecurigaan dan salah laku pemimpin Umno BN yang cuba untuk memberikan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin, pemastatutin tetap ataupun kepada mereka yang tidak layak bagi menjadi pengundi di dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Isu Gantung: Aziz Bari Hantar Jawapan Petang Ini, ABIM Desak Selesaikan Secara Akademik

Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengemukakan respons kepada surat tunjuk sebab pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), yang menjadi kontroversi akhir minggu lalu, hari ini kata peguam beliau.

“Draf surat jawapan sudah siap, Prof Aziz pun sudah luluskan, dan beliau akan menandatangani pagi ini, dan saya akan menghantar kepada UIA petang ini,” kata Dr Zulqarnain Lukman ketika dihubungi lewat malam tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kandungan respons disediakan Aziz.

“Tunggu dulu, biar kami serahkan kandungan kepada UIA,” kata beliau.

Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz (gambar) berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

UIA memberi masa seminggu sehingga 4 petang esok kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.

Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus UIA.

Jumaat lalu, Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata Aziz perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIA untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.

Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abdul Manan berkata, sewajarnya segala persoalan akademik dilayan secara akademik, bukan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya kerana sebarang isu yang melibatkan pandangan, pendirian dan buah fikiran dalam bidang kepakaran seseorang adalah persoalan akademik.

“Seharusnya medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah. Tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Amidi berkata jika perkara ini terjadi, Abim percaya kredibiliti kedua-dua pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu.

Katanya, Abim juga khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu ini dan jika ia berlaku, ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia akademik di Malaysia.

“Abim menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak,” kata beliau lagi. -TMI


Abim: Selesaikan isu Aziz Bari secara akademik


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mahu kemelut penggantungan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari tidak diselesaikan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya tetapi sebaliknya persoalan akademik dilayan secara akademik juga.


Justeru, kata presidennya, Amidi Abdul Manan (kiri), seharusnya medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah bagi menangani isu itu.


“Tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan.


“Sekiranya perkara ini terjadi, Abim percaya kredibiliti kedua-dua belah pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu,” katanya dalam satu kenyataan media.


Menurut Amidi, Abim juga khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu ini.


“Jika perkara ini berlaku ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia akademia di Malaysia. Abim menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak,” katanya.


Beliau mengulas kenyataan Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi apabila pensyarah UIA itu mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.


Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.


Jejas reputasi


Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.


Amidi berkata dengan liputan media dan kenyataan oleh pelbagai kelompok, polemik itu boleh menjejaskan reputasi kedua belah pihak.


“Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai nama dan kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat di Malaysia.


“UIA telah berjasa melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada agama, bangsa dan negara. UIA juga mempunyai reputasi yang baik diperingkat antarabangsa,” katanya.


Menurutnya, begitu juga dengan Abdul Aziz yang merupakan seorang tokoh akademik dalam bidang perundangan yang begitu dihormati di negara ini.


“Beliau telah banyak menyumbangkan buah fikiran menerusi ceramah dan penulisan buku dan makalah dalam bidang kepakaran beliau iaitu perlembagaan,” katanya.


Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas solat bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan. -mk

Lawatan PM ke UIA esok bakal disambut demo


Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.

Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Dr Abdul Aziz Bari.

NONESMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (kanan sekali, duduk) lagi.

"Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas.

"(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik.

Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November.

azlanDemonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik," katanya lagi.

"Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Terdahulu beliau bersama berapa orang wakil pertubuhan pelajar menghantar satu memorandum kepada wakil menteri pengajian tinggi di bangunan sama.

Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM -- Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan juga Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia.

Pada 21 Oktober lalu, ratusan mahasiswa menyertai SMM berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat berhubung isu yang sama. -M'kini

'Gua Ikut Enta' - Part 1


Kekalahan besar MU, merupakan amaran kepada UMPORNO



TERKEJUT BEWAK...SIAPA SANGKA MU KALAH 1-6 MALAM TADI...KONONNYA AJAK RAKYAT TENGOK BOLA...NAK BAGITAHU PADA RAKYAT...YANG UMNO TU SEPERTI MU...HEBAT, KUAT DAN TAK BOLEH KALAH...kah kah kah...TAU TAK PRU-13 NANTI, UMNO AKAN RANAP YOU KNOW...kah kah kah ]

JIKA POLITIK ITU IBARAT BOLA...MALAM TADI UMNO PERLU AMBIL IKTIBAR


SEBELUM PERMAINAN BERMULA...SEMUA ORANG KATA MU BOLEH MENANG KE ATAS M.CITY..

KALAU TAK MENANG PUN SERI...KALAU NAK KALAH PUN DENGAN JARINGAN KECIL 1 ATAU 2 SAHAJA

TENGOK-TENGOK...KENA 6 BIJI...kah kah kah..kah kah

MULA-MULA 'PENIPU 1MALAYSIA' TU NAK TUNJUK EGO...NAK TUNJUK KONFIDEN PADA ORANG RAMAI...UMNO ITU ADALAH MU KONON...

BEZA ANTARA MU DENGAN UMNO...CUMA..

NAK TAHU KA...APA BEZANYA?

MU PANDAI TAKTIKAL & TIPU HELAH...TETAPI UMNO HANYA PANDAI MENIPU...kah kah kah...TAKTIKAL UMNO HANYA HARAP PADA SPR DAN JABATAN PENDAFTARAN SAHAJA...kah kah kah..kah kah

SAMPAI BILA NAK MENIPU...? 

MASALAHNYA...TIPU SIKIT TAK BOLEH MENANG

BILA TIPU BANYAK...ORANG BOLEH NAMPAK...ORANG DAPAT TAHU. BILA ORANG NAMPAK DAN ORANG TAHU...MATI AKAI...HABIS MODAL !

BILA HABIS MODAL...AKHIRNYA 'RANAP JUA'...kah kah kah..kah kah

KALAU SAYANG KETUA CAWANGAN, KETUA BAHAGIAN DAN ANAK2 CUCU...JANGAN LA BUAT LAGI PRU13 TU

KALAU BUAT PRU13...UMNO RANAP...HABIS ANAK2 CUCU KETUA CAWANGAN, KETUA BAHAGIAN NAK TELAN APA...kah kah kah

LAKI SUKA MU...PENYOKONG MU...MU LINGKOP

BINI PULAK...SUKA BADMINTON...PENYOKONG CHONG WEI...CHONG WEI PUN LINGKOP DITANGAN CHEN LONG MALAM TADI...kah kah kah

SEBENARNYA JAWAPAN DAH TERJAWAB...KENAPA CHONG WEI KALAH BADI DENGAN PEMAIN CHINA TERUTAMANYA LINDAN..

NAMANYA JER PEMAIN NO.1 DUNIA...TETAPI APA GUNA JADI PEMAIN NO.1 DUNIA...JIKA KEJOHANAN UTAMA DUNIA SENTIASA KALAH KEPADA LINDAN

NAK TAHU KA...KENAPA CHONG WEI KALAH BADI DENGAN LINDAN?

NI...TENGOK GAMBAR BAWAH NIH...NI LA PUNCA NYA...kah kah kah...SIAPA SURUH KAU PERGI TEMBAB MUKA PADA BUAH TEMBIKAI BERACUN TU...kah kah kah


Ayat-ayat seorang pendusta !!

Dulu semasa “BERSIH 2” nak buat perhimpunan besar,  Najib berjanji nak beri mana-mana stadium sebagai tempat perhimpunan. Rakyat pada ketika itu ada sedikit rasa gembira dan kemudian bertambah yakin dan sangat  berterima kasih kepada Yang diPertuan Agong Sultan Mizan kerana turut mencadangkan serta membenarkan perhimpunan “BERSIH 2” dibuat di Stadium.


Semasa berjanji, bibir,  lidah gusi dan gigi Najib cukup lembut !
Last-last Perdana Menteri yang bernama Najib ini menjadi flip-flop, Cabang lidahnya dah menjadi lebih dari dua !  Benarkan, dah jadi tak benarkan!  Najib dah jadi penipu !!  bapak penipu! Menipu penganjur BERSIH bermakna menipu rakyat.

Gaya menipu Najib cukup bersahaja, dan cukup tidak bermaruah !  Sebelum berjanji dulupun Najib sudah bermuka-muka,  selepas berjanji dan tidak menunaikan janji – Najib dilihat sepuluh kali lebih bermuka-muka !  Semalam dengan selambe dia berkata,…

 

Ini secebis dari kenyataan Najib…

"Perhimpunan semalam berlangsung secara aman dan terkawal, tidak ada sesiapa pun yang rasa terganggu, tertekan atau tidak selamat.  

"Itulah hasrat kerajaan apabila kita menawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan mereka dulu,"
katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.    

Najib dengan Mahathir 2x5 je,… Melayu mudah lupa !

 

“HIMPUN :  NAJIB BERMUKA-MUKA”  -   Baca seterusnya disini                               

Pakatan sertai piket MTUC 3 November

SHAH ALAM, 23 Okt: Pakatan Rakyat  akan bersama-sama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam piket besar-besaran serentak di seluruh negara, 3 November depan.

Piket tersebut bagi membantah Akta Kerja (Pindaan) 2000 yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

Akta ini membolehkan majikan mengambil pekerja secara kontrak melalui agensi yang dilantik sebagai orang tengah di antara majikan dan pekerja.

Agensi yang membekalkan pekerja secara kontrak akan dilembagakan dan dikitiraf kerajaan.

Bercakap pada sidang media di Pejabat PAS Selangor, dekat sini hari ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS menyokong penuh tindakan MTUC menganjurkan piket tersebut kerana nasib pekerja bawahan semakin tidak terbela apabila semakin banyak pekerja kontrak diambil.

"Penentangan MTUC  memang ada asas dan PAS sokong MTUC supaya hak dan kedudukan pekerja lebih terjamin pada masa hadapan.

"Majikan lebih suka ambil pekerja secara kontrak bagi mengelak tanggungjawab  dan pembekal kontrak dilembagakan dan diktiraf kerajaan," kata beliau.

Pengerusi Biro Pekerja PKR, Abdullah Sani pula berkata, kerajaan BN mahu menghidupkan kembali perhambaan pekerja seperti pada tahun 1955 dahulu.

"Isyaratnya pindaan akta ini akan membunuh generasi akan datang.

"Umno menghalalkan perhambaan moden yang akan menyaksikan pekerja terus menjadi hamba kepada syarikat korporat.

"Sebanyak 277 agensi yang bergerak secara bebas dalam negara dan 42 peratus mereka merupakan kontrak yang bukan digajikan oleh syarikat utama, hampir 5,000 pekerja terlibat.

"Dengan adanya agensi perjanjian di antara majikan dan pekerja tidak ada yang banyak mengabaikan nasib pekerja termasuk tiada pemotongan Socso," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Piket, beliau yang juga Ahli Majlis Am MTUC, berkata di Selangor piket akan diadakan di Seksyen 15 dan Teluk Panglima Garang.

Manakala di Wilayah Persekutuan kemungkinan akan diadakan di Jalan Raja Laut.

"Ini juga termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya yang juga Ahli Paelimen Kuala Langat.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, pihaknya akan memobilisasi ahli agar turun bersama-sama pekerja dalam piket ini.

Menurutnya juga, siri penerangan kepada masyarakat akan bermula malam ini dengan ceramah di Ipoh, Perak.

Di peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan ceramah di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuiszm), Taman Melewar pada 28 Oktober.

"Kita akan bagi sokongan penuh kepada MTUC seperti piket Nation White menuntut gaji minima tahun lalu.

"Pilihan raya umum akan datang, rakyat akan memilih samaada nak pilih pemimpin yang menghambakan pekerja atau memerdekakan pekerja," katanya. -Hrkh

Panass..Artis Nii Bikin "Kecoh" Dalam Program Pas..






lu orang tengok beb..kalau golongan muda boleh join program PAS,
maka tunggulah hari-hari "Kemangkatan" UmnoPorn dalam PRU13







Ini moto golongan muda beb..orang orang tua Umno naik Basikal..kuah3

Fuhh..sempoi Pak Long..kasi UmnoPOrn Melolonggg..ha3



Kecoh beb dengan sambutan penduduk tempatan terutamanya golongan muda
apabila diadakan program Artis bersama masyarakat yang telah dianjurkan
di tempat gua beb..Tahniah kepada Pemuda Pas Larut yang berjaya
menganjurkan program ini dengan sambutan yang cukup menggalakkan..
Terutamanya Ustaz Akmal..gua caya sama lu beb..Kawasan
lain pun kena follow you..biar Umno jadi terkayu..

Beginilah kalau Artis bersama Pas..Di bawa kearah keislaman,tapi kalau
Artis bersama Umno maka di bawa kearah kemaksiatan..!!Hancuss Umnoo!!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .