Ikuti Blog ini

Rasuah Bermaharajalela, PDRM Paling Tinggi Berasuah

Hampir 50% rakyat percaya gejala rasuah berleluasa

Hampir separuh daripada rakyat di negara ini yang dibanci dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa berpendapat gejala rasuah semakin berleluasa di negara ini.

Mengikut Barometer Antarabangsa Rasuah 2010 oleh Transparency International, 46 peratus percaya amalan rasuah tahun ini adalah lebih tinggi daripada tahun lalu manakala 19 peratus berpendapat ia telah berkurangan dan 35 peratus lagi pula berkata keadaan tidak berubah.

Namun daripada 1000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam wawancara secara langsung daripada 28 Jun hingga 26 Julai tahun ini, hanya 9 peratus atau 90 orang mengakui telah memberikan rasuah sepanjang 12 bulan lalu.

Mereka mendakwa telah memberi rasuah kepada anggota polis atau mereka yang bekerja di tempat pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh daripada 22 negara Asia Pasifik yang dikaji dengan Korea Selatan mendahului senarai itu - hanya dua peratus rakyatnya yang diwawancara mengakui pernah memberi rasuah sepanjang setahun lalu.

Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata pasukan polis paling terjejas dengan gejala rasuah dan diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan parlimen.

Mereka mencatatkan mata 4.1, 4.0 dan 3.4 masing-masing pada skala 1 hingga 5, dengan 5 sebagai yang paling terjejas akibat rasuah. -mk


PDRM dipandang paling tinggi berasuah atasi parti politik, dedah TI

Low berkata persepsi terhadap amalan rasuah besar telah meningkat. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 10 Dis — Rakyat Malaysia melihat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai entiti paling tinggi terlibat dalam amalan rasuah — mengatasi parti-parti politik, kakitangan awam lain, sektor perniagaan dan kehakiman — demikian menurut laporan Global Corruption Barometer 2010 dikeluarkan hari ini.

Kajian dikendalikan oleh Transparency International (TI) Malaysia ini membabitkan 1,000 responden — berusia 16 tahun dan ke atas dengan 57 peratus daripada mereka adalah kalangan tinggal di kawasan bandar.

Kajian itu yang dijalankan Julai lalu merupakan laporan tahunan edisi yang ketujuh, kecuali bagi tahun 2008.

Datuk Paul Low, Presiden TI Malaysia berkata, penemuaan itu adalah sesuatu yang luar biaasa berbanding kajian-kajian yang dijalankan di banyak negara lain, di mana parti politik berada di atas sekali dan disusuli oleh perkhidmatan awam dan bidang kehakiman.

Bagaimanapun katanya, peratusan membabitkan kes-kes rasuah kecil-kecilan mengalami penurunan.

Katanya, persepsi mengenai amalan rasuah besar mengalami peningkatan. -TMI

Gembleng blogger Pakatan jadi media alternatif

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pakatan Rakyat harus memberikan perhatian serius terhadap peranan blogger pro Pakatan dalam menyebarkan maklumat yang tepat berhubung Pakatan dan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan Rakyat harus mempersiapkan pasukan blogger agar lebih berstrategi dalam menyampaikan maklumat dan menjawab segala serangan BN terhadap Pakatan.

Persiapan ini juga, katanya harus dilakukan segera memandangkan terdapat jangkaan PRU akan diadakan tahun hadapan.

Blogger pro Pakatan mestilah digembleng tenaga untuk menjadi media alternatif bagi menjawab serangan BN kepada Pakatan.

"Disebabkan gendang pilihan raya telah dipalu oleh BN, usaha tersebut mestilah disegerakan," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa kedudukan 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa ranking menunjukkan senarai blogger pro kerajaan mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pelayar internet.

Senarai ini menggambarkan blogger pro kerajaan kini berjaya mendominasi media baru dalam melancarkan serangan siber.

Khalil juga berkata, tidak dinafikan blogger pro kerajaan melancarkan serangan terhadap Pakatan secara tersusun dan berstrategi.

Justeru ujarnya, blogger pro Pakatan juga harus dibentuk dan disusun secara lebih teratur dan kukuh untuk membalas serangan itu.

"Saya dapati serangan blogger BN agak berstrategi dan semacam ada kesatuan dan perancangan yang rapi yang dilakukan oleh mereka.

"Kerana itu saya berpandangan usaha dari blogger pro Pakatan juga perlu dengan perencanaan dan strategi secara terancang bagi menawan BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Tambahnya juga, peranan blogger juga jelas membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas terutamanya menarik minat golongan muda.

Ini juga kerana blogger Pakatan lebih beretika dalam membuat sebarang pendedahan dengan memberikan bukti dan fakta yang jelas, bukan hanya memfitnah.

"Saya melihat semasa PRU ke 12 media pro pembangkang berjaya menarik minat golongan pengundi muda untuk mendapatkan maklumat

"Apalagi segala pendedahan dari blogger Pakatan adalah dengan fakta dan bukan niat untuk memfitnah serta menjaga akhlak Islam.

Katanya lagi, jika Pakatan mengambil ringan usaha ini, tidak mustahil golongan muda beralih kepada BN.

"Jika kita lambat dan silap percaturan mungkin mengakibatkan pengundi yang datang dari kelompok yang mempercayai media ini akan memilih BN," katanya. -Hrkh

Protes naik harga, 3 pemimpin siswa ditahan




Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

student protest arrestMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai. students protest against price hike in putrajaya another arrestSeorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap. Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka. Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Diarahkan bersurai

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.

students protest against price hike in putrajaya pm's department

Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditangkap di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam. Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat. Mstudents protest against price hike in putrajaya policeemorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM. Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Jaminan polis Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

students protest against price hike in putrajaya crowdPada jam 6.15 petang tadi, peguam ketiga-tiga mahasiswa yang ditangkap itu, Puspawati Rosman memberitahu Malaysiakini, semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis setelah disoal-siasat hampir empat jam. “Mereka diminta melaporkan diri semula ke IPD Putrajaya pada 23 Disember ini,” katanya.

Puspawati berkata setakat ini belum ada dakwaan khusus dikenakan ke atas ketiga-tiga anak guamannya.

Selain Puspawati, ketiga-tiga mahasiswa itu juga diwakili oleh seorang lagi peguam mereka, Haijan Omar.

-M'kini

Anwar Akan Digantung Enam Bulan?























SHAH ALAM 10 DIS - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan digantung selama enam bulan daripada menghadiri Parlimen berhubung isu syarikat perunding imej kerajaan Umno-Barisan Nasional, Apco Worldwide yang dibangkitkannya awal tahun ini, lapor The Malaysian Insider.

Nazri yang bertanggungjawab menjaga urusan Parlimen turut menegaskan surat Apco kepada Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan pada 19 Ogos lalu sudah cukup untuk mengenakan tindakan tersebut tanpa perlu Anwar hadir memberikan penjelasan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, tindakan penggantungan itu akan dikenakan terhadap Anwar selepas jawatankuasa itu mengemukakan laporannya pada hari terakhir sesi persidangan, yang mana telah dilanjutkan sehari iaitu pada 16 Disember, Khamis depan.

Nazri dalam kenyataan turut menegaskan tindakan itu bagi menunjukkan kepada pihak pembangkang bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berkenaan isu tersebut.

"Kami ingin menunjukkan kepada mereka bahawa kita tidak takut untuk menunjukkan kekuatan ketika perlu. Pasti yang diputuskan oleh jawatankuasa itu merupakan keputusan yang terbaik dan sudah tentunya adil, " katanya.

Tambah Nazri, menurut pendapat peribadinya, Anwar seharusnya dihukum dengan sekurang-kurangnya penggantungan selama enam bulan bagi mengajar Ahli Permatang Pauh itu bahawa mana-mana wakil rakyat yang dipilih tidak patut melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

"Jika anda gagal untuk membuktikan tuduhan anda, anda perlu membayar harga untuk itu, "katanya.

Pada 17 Mac lalu, Anwar mendakwa syarikat perunding imej, Apco Worldwide yang memperkenalkan konsep 1 Malaysia di bawah pentadbiran Najib mempunyai persamaan dengan 1 Israel, ketika kempen bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Syarikat perunding itu turut menerima bayaran lumayan sebanyak RM77 juta setahun daripada kerajaan Umno-Barisan Nasional bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, desas-desus turut tersebar bahawa Ahli Parlimen Gelugor Karpal Singh dan Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa yang menganggotai jawatankuasa itu turut akan dihukum kerana mendedahkan maklumat tentang keputusan tersebut sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

Minggu lalu, kedua-dua ahli parlimen itu mengadakan sidang media kerana tidak bersetuju dengan keputusan jawatankuasa yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk tidak memberikan peluang kepada Anwar dipanggil memberikan keterangannya.

Ketika ditanya mengenai khabar angin itu, Nazri berkata beliau tidak pula diberitahu tentang hal tersebut.

(Mohd Fazli Othman)

APCO uruskan Najib, Rosmah dan Zahid ke AS

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin mendedahkan bahawa syarikat perunding imej kerajaan, APCO Worldwide telah terlibat penuh dalam penyusunan jadual lawatan untuk Perdana Menteri, isterinya dan Menteri Pertahanan ke Amerika Syarikat (AS) awal tahun ini.

Dalam satu dokumen yang merupakan pendedahan wajib kepada Jabatan Kehakiman AS, Petra telah mendedahkan bahawa APCO telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur program mereka.

APCO yang berpusat di Washington, Amerika Syarikat dilantik sebagai perunding citra kerajaan pada Julai tahun lepas, untuk memberikan nasihat tentang konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada tahun ini, APCO menerima tamparan hebat kerana diheret dalam pertarungan politik negara apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa lembaga pengarah syarikat tersebut dianggotai oleh beberapa kerat pemimpin Israel di Parlimen. Syarikat juga didakwa pernah melakukan kempen "One Israel" untuk Tel Aviv sebelum ini.

Ekoran pendedahan itu, Anwar dikatakan akan digantung selama enam bulan dari Dewan Rakyat. Para pemimpin PAS juga telah menghantar memorandum kepada Majlis Raja-raja bagi membantah penglibatan APCO ini.

Ogos lepas, ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail turut mendedahkan bahawa Malaysia menjadi pelanggan negara terbesar APCO, dengan bayaran RM 77 juta setahun.

Berdasarkan dokumen yang diledakkan oleh Petra, APCO mendakwa bahawa mereka terlibat dengan penggambaran dan rakaman video program Datin Seri Rosmah Mansor, yang disebut sebagai ‘Wanita Pertama’ di AS untuk kegunaan kerajaan Malaysia.

Syarikat tersebut juga mendakwa bahawa mereka terlibat penuh dalam membantu dalam merancang rundingan pakar-pakar pemikir dan majlis makan malam yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Dalam dokumen itu juga turut didedahkan bahawa semasa lawatan Najib ke AS September lepas, APCO telah memainkan peranan penting dalam mengatur pertemuan Perdana Menteri dengan pelbagai wakil akhbar, lembaga-lembaga akademik, kerajaan AS dan organisasi dasar, serta pelbagai pertemuan dengan media.

“Selama kunjungan Perdana Menteri Najib ke Amerika Syarikat pada akhir September 2010, pendaftar (APCO) memberikan sokongan logistik untuk pertemuan dan wawancara antara Perdana Menteri bersama editorial New York Times, wakil-wakil dari CNN, Wall Street Journal dan Dewan Hubungan Luar Negeri.

"Pendaftar juga menghadiri ceramah Perdana Menteri di Dewan Hubungan Luar Negeri pada September 28, 2010,” tambah surat pendedahan itu. -Hrkh

Kenaikan Tarif Elektrik: Petanda BN Akan Ditumbangkan Rakyat

Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan...

Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.- Bernama

Anwar Dedah Ahli Umno Dapat Projek RM2 Bilion




KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya. 'Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang.

"Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno itu berkenaan dengan sewenang-sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindeft.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 Juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan Punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks Tuan Punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Datuk Seri anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," terangnya.

Sebelum ini pada Mac tahun lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu kenyataan akhbar mendedahkan penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara.

Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli Umno (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.

Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90 peratus projek-projek pembekalan bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit.- tvs.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .