Ikuti Blog ini
Pemimpin PKR dikepung penyokong Umno ,Rabu, Mac 18, 2009 at 18.3.09,
Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi.
Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Malaysiakini, beliau sewaktu kejadian berada di dalam sebuah kereta, ingin pulang selepas lebih sejam di pejabat SPRM mengadu kes politik wang ketua menteri Melaka.
Keretanya dikepung oleh penyokong-penyokong Umno itu dalam kawasan ibu pejabat SPRM, tambahnya.
Mohd Ali, juga seorang naib presiden Umno, semalam didapati bersalah mengamalkan sogokan politik oleh lembaga disiplin parti itu dan dilarang bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan, hujung bulan ini.
Shamsul Iskandar, yang berasal dari Melaka, berkata berlaku pertengkaran lebih kurang 15 minit di situ antara kira-kira 20 penyokongnya dengan kumpulan tersebut, yang dipercayai penyokong Mohd Ali.
Kumpulan itu, tambahnya, mula berkumpul sekitar kompleks itu mulai jam 12.30 tengah hari dengan membawa bendera Umno dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap ketua menteri itu.
Identiti sebenar kumpulan itu tidak dapat dikenal pasti, kata Shamsul Iskandar lagi.
Beliau berkata, kumpulan yang menghalangnya itu mempersoalkan tindakan beliau membuat laporan kepada SPRM serta memberi amaran kepadanya supaya "jangan jaga tepi kain orang lain".
Akibat tindakan itu, berlaku perang mulut antara kedua-dua pihak menyebabkan suasana riuh-rendah.
Sepasukan 40 anggota polis datang meleraikan pertengkaran tersebut dan kedua-dua kumpulan itu kemudian bersurai.
Shamsul Iskandar berkata, sewaktu kekecohan itu, keretanya dibaling seketul batu yang menyebabkan cermin depannya retak.
Beliau bercadang membuat aduan polis berhubung kerosakan tersebut.
Shamsul Iskandar juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu sebagai reaksi terhadap keputusan lembaga disiplin Umno semalam.
"Kalau lembaga disiplin Umno sendiri sudah putuskan perkara itu, takkan SPRM tidak boleh siasat?" katanya.
Dalam aduannya, pemimpin muda itu turut melampirkan laporan pelbagai akhbar hari ini yang menyiarkan keputusan lembaga berkenaan.
Beliau ditemani ketua Angkatan Muda PKR Melaka, Hairis Nordin dan ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek ketika membuat aduan itu.
Anwar Ibrahim bimbang keselamatan Pak Lah , at 18.3.09,
Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.
Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.
Malaysiakini : Kertas jampi di bawah meja Pak Lah?
Pantun berbalas kepada ali! , at 18.3.09,
Hajat di hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai
Dari semalam duduk termenung
Tiada lagi ketawa dan hilai
Cita-cita nak jadi TPM
Kempen di buat serata negeri
Jangan-jangan dicekup SPRM
Malu muka pucat gigi
Malunya muka kena tindakan
Tamak kuasa dan juga kedudukan
Ali Rustam letak jawatan
Itulah langkah mesti dilakukan
Buka tak malu muka tembok
Diri sendiri tiada maruah
Tiap hari buat-buat sibuk
Rupanya terlibat dengan rasuah
Rakyat segan ketua rasuah
Sudah rasuah tidak mengaku
Pemimpin kita tiada maruah
Tebalkan muka hendak merayu
Makan lada makan cili
Terasa pedas makan gula
Ketua Menteri tiada integriti
Lebih baik berhenti bertaubat segera
(muttaligat)
Ali dan penyokongnya sila la jawab...projek tak dapat dah...duit rasa dah bagi... aku syorkan ali kutip semula wang yang dah dibahagi!
Bakal PM: Zaid mahu Yang di-Pertuan Agong pilih "calon rakyat" , at 18.3.09,
KUALA LUMPUR Ketika tinggal beberapa hari sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berharap Yang di-Pertuan Agong akan melantik pengganti yang benar-benar dapat memenuhi kehendak rakyat jelata.
"Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
"Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Berucap pada majlis anjuran Rotary Club di sini, Zaid yang meletakkan jawatan ekoran isu syor pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun lalu memberitahu, tidak pernah dalam sejarah negara Yang di-Pertuan Agong diletakkan dengan tugas amat berat bagi Seri Paduka membuat keputusan berani dan yang tepat.
Tiada peruntukan perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Presiden Umno sebagai Perdana Menteri, kata beliau.
"Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas," kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen.
Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.
"Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa," katanya.
"Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.
"Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah," kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.
Zaid telah dipecat dari Umno tahun lalu memberitahu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal menggantikan Abdullah akan memecahbelahkan rakyat negara ini.
Sebelum itu beliau melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Senat.
Beberapa Keistimewaan Era Rasuah Sebelum Beralih Ke Era Najib Altantuya , at 18.3.09,
UMNO menutup usia politiknya dengan mencipta Era Rasuah dalam politik Malaysia. Tidak perlu bercerita panjang tentang kehebatan UMNO dalam rasuah politik, yang menjadi kebanggaan para pemimpin dan ahli UMNO sendiri. Kata mereka, rasuah dalam parti-parti lain tidak diketahui, atau tidak dibincang secara terbuka, kerana parti-parti itu tidak telus dan tidak malu menutup rasuah dalam parti mereka.
UMNO lain, kata ketua-ketua UMNO dan ahli-ahlinya dengan bangga. UMNO telus dan jujur kepada rakyat, dengan mendedahkan keburukan di dalam UMNO supaya diketahui rakyat bahawa para pemimpin UMNO jujur dan tidak takut mendedahkan perangai rasuah mereka.
Inilah keistimewaan pertama UMNO pada saat-saat terhapusnya parti Melayu ini. Memang istimewa, kerana selama ini UMNOlah yang paling berapi-api menafikan adanya rasuah di kalangan mereka. Tidak ada politik wang, kata mereka dengan bangga.
Sekarang pula, mereka berkata dengan bangga: “Kita mengaku terdapat politik wang, tapi bukan rasuah. Kita telus dan jujur memberitahu rakyat kita pun sama dengan orang lain sukakan wang yang mudah diperoleh dengan adanya kuasa memerintah negara. Siapa boleh cabar kita? Kita boleh tumbangkan mana-mana kerajaan pembangkang yang tidak rasuah.”
Inilah keistimewaan UMNO yang patut dibanggakan: Tidak saja UMNO melaksanakan pembangunan negara, malah lebih istimewa lagi UMNO juga kini mengaku mereka melaksakan rasuah dalam negara dengan teratur dan menurut undang-undang. UMNO sangat tegas dalam melaksanakan undang-undang ini.
Satu sejarah baru telah dimulai oleh UMNO untuk mengugut lawan politiknya. Inilah keistimewaan kedua Era Rasuah UMNO. Seorang Ahli Parlimen digantung satu tahun tanpa gaji dan elaun kerana menuduh Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak terbabit dalam isu Siti Altantuya yang malang itu, yang datang dari Monggolia mencari kekasihnya dan wang sagu hati kerana telah melaksanakan tugas dengan baik dan memuaskan.
Penggantungan ini istimewa kerana motifnya untuk melampiaskan kemarahan UMNO terhadap Ahli Parlimen berkenaan dan bapanya yang tidak mengikut undang-undang walaupun beliau dan bapanya seorang peguam.
Tidak perlu mengikut peraturan biasa dalam melaksanakan penggantungan itu, kata Menteri yang membawa usul penggantungan itu dalam Dewan Rakyat. Peraturan dan undang-undang hanya melambatkan tindakan yang perlu disegerakan demi kebaikan rakyat dan demi menjaga maruah ketua UMNO yang difitnahkan. Inilah kehebatan Era Rasuah UMNO, yang menguasai Dewan Rakyat sejak Malaysia merdeka.
Yang paling istimewa di atas segala-galanya ialah usaha gigih UMNO menjadikan bahasa Inggeris bahasa glokal (?) Malaysia melalui pelaksanaan PPSMI, walaupun projek ini bertentangan dengan undang-undang yang diluluskan oleh UMNO sendiri (kata orang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan menyalahi Akta Pelajaran).
Kata Dr. Mahathir Mohamed, hero UMNO yang melaksanakan PPSMI itu, bangsa Melayu mesti maju dalam ilmu sains dan teknologi dan matematik, yang hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris. Rugi besar orang Melayu jika tidak tahu bahasa Inggeris, malah tidak cukup patriotik dan tidak nasionalistik sepertinya jika hanya tahu bahasa Melayu. Bahasa Inggeris kepunyaan semua manusia, termasuk orang Melayu.
Itu bahasa dunia. Zaman dulu, kata hero Melayu UMNO ini, orang putih dari Eropah belajar bahasa Arab kerana nak tahu ilmu-ilmu yang maju ketika itu yang tertulis dalam bahasa Arab. Ketika itu orang Eropah pandai berbahasa Arab dan semua mereka dapat memahami ilmu matematik, aljibra, ilmu perubatan kerana mereka belajar bahasa Arab.
Ketika itu sudah ada PPSMA dilaksanakan oleh kerajaan Eropah. Tidak ada yang membantah kerana yang betul-betul mendalami bahasa Arab hanya beberapa kerat ilmuan mereka, bukan semua rakyat Eropah seperti kini semua orang Melayu mesti tahu cakap Inggeris. Itulah keistimewaan Melayu yang dipimpin oleh UMNO.
Dalam Era Rasuah UMNO yang serba mungkin ini, hero Melayu yang istimewa ini (yang pernah dipanggil superman oleh Subki Latif dalam majalah Mastika lama dulu) adalah satu-satunya pemimpin UMNO yang tidak rasuah sedikit pun, malah dengan penuh jujur dia melepaskan jawatannya (sambil menangis terisak-isak dalam perhimpunan UMNO yang bersejarah itu) kepada penggantinya Mr. Clean yang kemudiannya dikutuknya sebagai Raja Rasuah yang mencipta Era Rasuah UMNO. Sungguh istimewa para pemimpin UMNO ini, kerana mengikut hero Melayu ini, seorang pemimpin UMNO boleh berubah sekelip mata dari Mr. Clean kepada Raja Rasuah.
Maka berwasiatlah hero Melayu ini kepada pengganti Mr. Clean alias Raja Rasuah supaya jangan ambil ketua-ketua UMNO yang rasuah yang semua orang tahu memang rasuah menjadi menteri dalam Kabinetnya, supaya UMNO tidak kalah besar dalam pilihan raya dan hapus dari arena politik Malaysia.
Ini satu keistimewaan yang sangat pelik: biasanya orang dari jahat menjadi baik, tetapi UMNO terbalik, dari “baik” menjadi jahat. Tidakkah rasuah itu jahat? Baiknya UMNO ialah para pemimpinnya mengaku mereka rasuah. Itulah kutukan terbesar yang boleh menimpa manusia apabila mereka dengan sedar mengaku kejahatan mereka dan meneruskannya dengan bangga kerana sangka mereka itulah kejujuran paling agung yang perlu dikekalkan. MashaAllah!
Tuan Guru Dato' Nik Aziz ke dunia blogger politik tanah air. , at 18.3.09,
Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu.
Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa.
"Beliau (Dato' Nik Abdul Aziz) akan cuba menyampaikan pandangannya berhubung isu-isu semasa kepada masyarakat dan penyokong parti dengan lebih pantas dan jelas," ujarnya.
Anual Bakhri memberitahu Utusan Malaysia, ia juga akan memberi ruang kepada Dato' Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selaku pemilik blog untuk menyeimbangkan informasi daripada segenap pihak terutama media.
"Kegiatan-kegiatannya dalam kerajaan dan parti serta ceramah-ceramahnya akan turut dipaparkan untuk rujukan masyarakat, para pengkaji atau mereka yang ingin membuat analisis," katanya.
Beliau memberitahu, melalui blog berkenaan, ia akan turut memudahkan pihak media mendapatkan ulasan Dato' Nik Abdul Aziz dalam pelbagai isu semasa yang berbangkit.
"Ia akan menjadi satu alternatif kepada pihak media sendiri bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan mengelak daripada berlakunya kekeliruan, salah faham dan juga pentafsiran," ujarnya.
Katanya, blog itu buat permulaan tidak dibuka kepada pihak yang menjenguk laman untuk membuat sebarangan ulasan atau mengemukakan pandangan.
"Ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan pada masa depan, pandangan Dato' Nik Abdul Aziz juga akan turut diterjemahkan dalam bahasa Inggeris di samping penggunaan tulisan jawi.
"Ia selaras dengan dasar langit terbuka kini apabila masyarakat dunia boleh turut memahami dan mengetahui apa yang berlaku," ujarnya.
Katanya, blog ini akan dilancarkan oleh Dato' Nik Abdul Aziz serentak dengan pelancaran WiFi Aptus Net yang dikendalikan oleh syarikat Aptus Net Comunity.
Aptus Net Comunity merupakan sebuah anak syarikat Infra Quest milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Ulangtahun kelahiran MB Nizar di bawah pokok istimewa... , at 18.3.09,
Masa aku sampai, majlis dah jalan. MSK pun dah sampai. Dugong drop aku tepi kemah, tapi tetap basah jugak.
Nak cakap ramai tu tak dak la. ada la dalam 30 orang yang datang. aku tengok Sivakumar pun ada. mana sekuriti guard dia yang depa dok kecoh ada sampai 20 orang tu? ceh... berita sewel.
Hampeh... Siva datang naik keretaa Perodua Kelisa je... ceh... koman punya Speaker... macam mana nak lawan UMNO/BN ni..? lenkali pakai la Porsche Cayenne Turbo, baru la ada class..! hahaha...!!!
Oi..! boleh muat ke Siva dengan 20 orang bodyguard dia dalam Perodua Kelisa tu? ntah... hat tu kena tanya orang UMNO/BN...
Ingat geng... tak dak pokok, tak dak oksijen.
Halatuju PAS, Hamas sama , at 18.3.09,
Kuala Terengganu – Al- Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyah atau Hamas yang wujud di Palestin hari ini mempunyai halatuju yang sama dengan gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negara ini.
Tekanan, halangan serta ancaman yang dihadapi oleh gerakan Islam Hamas di Palestin oleh tentera zionis Israel kerana mempertahankan Islam sama seperti yang dialami oleh PAS di Malaysia.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata Hamas boleh bertahan dari serangan Israel meski pun tanpa persenjataan berat kerana Islam.
Katanya, Hamas telah meletakkan asas perjuangan Islam dilandasan yang betul dengan mengharapkan kemenangan atau mati syahid.
“Kenapa Hamas boleh bertahan daripada serangan Israel walau pun Hamas tidak mempunyai senjata berat seperti kereta kebal, helikopter dan lain-lain.
“Kita (PAS) telah diberitahu oleh pemimpin Hamas bahawa mereka meletakkan perjuangan Islam dilandasan yang betul.
“Mereka (Hamas) berjuang menentang Israel sama ada akan mencapai kemenangan atau mati syahid di Palestin,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Penutup Kempen Rayuan Gaza Air Mata Palestin, anjuran Yayasan Amal Malaysia (Amal) di Kampung Gelung Bilal, dekat sini, baru-baru ini.
Menurutnya, asas perjuangan Hamas di Palestin adalah sama dengan dasar dan gerakan PAS di negara ini yang sama sekali menentang kezaliman Israel.
Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok secara terbuka berkata PAS menyokong serta mengiktiraf perjuangan Hamas di Gaza, Palestin.
Ini kerana, katanya gerakan Islam Hamas merupakan tunggak bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa di Palestin.
Hadir sama pada majlis tersebut Naib Presiden PAS Pusat, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Buletinonline di maklumkan sumbangan serta kutipan derma yang dilancarkan selama sebulan bagi mengumpul dana Rayuan Gaza, Palestin tersebut mencecah angka melebihi RM350,000 serta melepasi sasaran awal RM250,000 di negeri ini.
Projek 'Mee Jenis Lain' Rancak di Bkt Selambau , at 18.3.09,
TERKINI SUASANA PEKAN BUKIT SELAMBAU
oleh N25 Bkt Selambau
Beginilah keadaan jalan menuju ke pekan BUKIT SELAMBAU. Mungkin ini bukan projek 'mee segera' tetapi 'mee yang jenis lain'. Jalan sudah di turap dengan kemas hanya menanti petugas PARTI POLITIK BERKEMPEN DI BUKIT SELAMBAU.
Sudah ada pondok polis didirikan di dalam PEKAN BUKIT SELAMBAU.Ini semestinya menjadi tanda tanya kehadiran pihak polis yang begitu awal.Jika di imbau apa yang berlaku di PRK KUALA TERENGGANU melihatkan kehadiran anggota POLIS yang luar biasa sehinggakan mencecah 10 ribu orang anggota.Adakah BUKIT SELAMBAU akan menerima nasib yang sama?menerima kehadiran ANGGOTA POLIS yang begitu ramai.