Ikuti Blog ini

Karpal Diserang Di Parlimen, Polis Berdiam Diri.

Pertengkaran yang berlaku di antara Pemuda Umno, menyebabkan ahli Parlimen, Segambut Lim Lip Eng ditarik bajunya.

Perompak, lanun dan kaki pukul juga berani. Tetapi keberanian itu tidak ada moral. Mereka berani kerana diupah dan diberi baksis sesen dua. Keberanian mereka bertongkatkan kepada perut. Mereka menggunakan keberanian untuk mengisi perut dan bukan menjaga agama, bangsa dan negara. Keberanian begitu bukan sejati. Keberanian kumpulan itu yang boleh membawa ketidakamanan kepada negara dan huru hara kaum. Ada kalanya keberanian itu membelakangkan undang-undang dan lebih bersifat bersultan di mata beraja di hati.

Di parlimen petang tadi sekumpulan pemuda telah menunjukkan keberanian menyerang ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh. Mereka mengepung Karpal yang duduk atas kerusi roda sewaktu hendak memasuki ke Parlimen bagi menjalankan tanggungjawabnya.

Kumpulan itu marah dengan Karpal Singh ekoran ahli parlimen itu mengatakan celaka kepada pemuda Umno di Parlimen semalam. Karpal berilusi bahawa pihak yang mengirimkan dua butir peluru hidup kepadanya baru-baru ini adalah pemuda Umno. Mungkin kumpulan pemuda seramai 10 hingga 20 orang itu kalangan Pemuda Umno sebab itulah mereka marah sangat dengan Karpal.

Walaupun Karpal sudah menarik balik kata-kata itu atas arahan timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar namun kumpulan berkenaan tidak berpuas hati sehingga mengepung Karpal. Adalah hak pemuda Umno untuk mempertahankan maruah mereka. Tetapi caranya bukan seperti kumpulan berkenaan lakukan.




SPRM perlu siasat pengerusi perhubungan Umno Perak - Nik Aziz

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu profesional. Mungkinkah peringatan Perdana Menteri itu menggambarkan badan tersebut belum mampu keluar dari dimensi lama.


Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan.


Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno.


Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN).


Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada menghadiri persidangan Dun.


Mengulas perkembangan tersebut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak berpaling tadah.


"Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ.


"Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya.


"Hilang ke mana.. tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar-benar mahu lebih profesional," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.


Beliau berkata, SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar-benar telus.


"Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis.


Habiskan duit rakyat


"Oleh itu, tubuh apa jenis badan sama ada polis atau badan pencegah rasuah, ia menjadi kerja sia-sia kalau dilihat terhadap apa yang berlaku sekarang. Habis masa dan wang rakyat," katanya.


Sebelum ini tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) hilang dan tiba-tiba muncul bersama Dato' Seri Najib Razak di Putrajaya.


"Tindakan itu tidak sah, tindakan yang tidak membawa ke syurga, bahkan tindakan yang boleh membawa ke neraka," kata Menteri Besar Kelantan.


Menurutnya tindakan pemimpin yang menjatuhkan kerajaan di luar normal biasa jelas tidak ada dalam diari perjuangan Islam.


Beliau juga mempersoalkan adakah kerana Dato' Seri Nizar Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah sehingga Pengerusi Perhubungan Umno Perak bertindak merampas kerajaan negeri dengan cara tidak halal.


"Yang menjadi persoalannya kenapa Pengerusi Umno bertindak demikian. Adakah Nizar melanggar peraturan Kerajaan atau menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan berlakunya rampasan kuasa di Perak.


"Jika tidak demikian bermakna tindakan dilakukan pihak berkenaan berasaskan semata-mata nafsu. Memuja nafsu dan bertindak seperti gengster," katanya.


Menurutnya segala yang berlaku kerana Umno membuang sifat taqwa kepada Allah menyerlahkan lagi amalan mereka memisahkan agama dan politik.


Beliau berkata, berdasar kepada tindak tanduk Umno itu membuat rakyat terutamanya golongan cerdik pandai semakin menjauhi parti tersebut.


Tindak tanduk Umno seperti gengstar.


"Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek, katanya.


Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic.


"Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai, katanya.


Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini," katanya.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu.


"Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu," katanya.



PARLIMEN 'DOUBLE STANDARD'

violent attack towards dap karpal singh and lim lip eng at parliament 260209 sequenceHari ini sekali lagi Parlimen Malaysia membuktikan bahawa ianya adalah sebuah parlimen 'double standard' apabila pihak keselematan Parlimen langsung tidak menghalang pemuda Umno yang bertindak bagaikan gangster menghalang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dari memasuki Dewan Rakyat.

Berlainan sekali jika pihak PR atau penyokong PR ingin melakukan demonstrasi atau penyerahan memo sudah tentu anggota keselamatan menghalangnya dari awal.

Inilah sikap 'double standard' parlimen Malaysia yang ternyata berat sebelah dan tidak professional.
Dalam insiden jam 2.30 petang tadi Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor and Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.


Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.


Ketika ditemui pemberita, kumpulan tersebut menunjukkan kad keahlian mereka dalam Pemuda Umno.

Ahli Parlimen DAP juga mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ.


Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng (right) juga mendakwa beliau telah dipukul oleh kumpulan anggot Pemuda Umno itu.


Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.


Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetapi saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak."






Sombongnya Hishammuddin !

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak perlu didebatkan lagi.

"Nak didebatkan apa lagi. Kalau di peringkat dasar masih boleh, tapi ia kini dalam proses ubahsuai dasar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas cabaran Pas kepadanya untuk berdebat isu berkenaan.

Sebaliknya, beliau menjemput semua pihak termasuk mereka yang tidak puas hati dengan pelaksanaan dasar itu supaya tampil memberikan pendapat dan cadangan untuk memperbaiki dasar itu.

"Lebih baik mereka beri cadangan dan pendapat. Jemputan untuk menyertai perbincangan meja bulat telah diberi supaya mereka boleh panjangkan pandangan masing-masing," katanya ketika ditemui selepas merasmikan PersidanganAntarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini hari ini.

Beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan persidangan itu.

Pelaksanaan PPSMI sejak 2003 mencetuskan kontroversi dan perdebatan dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya.

Isu itu menjadi bertambah hangat apabila ahli akademik serta sasterawan menyertai gabungan yang dipanggil Gerakan Mansuhkan Pendidikan dan pembelajaran sains dan Matametik dalam bahasa Inggeris (GMP).Mereka menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu dan satu himpunan raksasa 100,000 yang direncanakan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2009 di hadapan Istana negara.

Sasterawan Negara yang mengepalai gerakan ini menyifatkan pemimpin seperti Hisammuddin sebagai " bertelinga satu dan berlidah dua".



Renungan Kali Kedua: Pandangan Pakar Undang-Undang Negara…


aziz-bari-pakar

Pandangan Pakar Undang-Undang Dalam Menangani Kemelut Politik Di Perak




Hadiah BN Untukmu -Tol Naik 1 Mac 2009 !


Krajaan Barisan Nasional meneruskan Tradisi Menzalimi Rakyat dengan mengumumkan kenaikan harga Tol bermula Ahad ini (1 Mac).

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:


bullet button Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.


bullet buttonLebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).


bullet buttonLebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).


bullet button Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.


bullet buttonLebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).


bm version new toll price hikes 260209






Kereta peribadi, jariah lembu: Sultan Selangor tiada halangan. Tan Sri Khalid akan saman Pengerusi Gerak dan minta penjelasan SPRM




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi.

Beliau berkata, selain itu, dalam isu lembu korban yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Sultan tidak mempunyai halangan terhadap usaha sedekah malah menggalakkan segala usaha kebajikan seperti itu diteruskan.

"Saya telah memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah mematuhi segala proses undang-undang yang telah ditetapkan berhubung penyelenggaraan kereta tersebut. Dalam isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di pejabatnya di sini.

Khalid berkata demikian ketika mengulas hasil majlis menghadap beliau dengan Sultan Selangor semalam di Istana Mestika di sini yang antara lain membincangkan isu dakwaan penyalahgunaan wang rakyat oleh beliau bagi penyelenggaraan kereta persendirian dan 46 ekor lembu korban yang diderma di kawasan Parlimennya di Bandar Tun Razak pada Aidiladha tahun lalu.

Khalid berkata, beliau akan menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bagi meminta penjelasan berhubung kenyataan beliau sebelum ini bahawa suruhanjaya itu mempunyai bukti kukuh mengenai kedua-dua dakwaan tersebut.

"Dalam pada itu, salah satu proses undang-undang akan dibuat terhadap Pengerusi GERAK atas segala tohmahan salah guna kuasa seperti yang disiarkan media," katanya.

Gerak Malaysia sebelum ini membuat aduan kepada SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa yang dikatakan dilakukan oleh Khalid.



PRK Bukit Gantang - PAS Terengganu Pastikan Changkat Jering Kekal Menang

http://buletinonline.net/images/berita/pastrgchangkatjering.jpg

Setiu
– PAS Terengganu akan memastikan DUN Changkat Jering kekal menang dibawah PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil (PRK) parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan pada 7 April akan datang.


“InsyaAllah, petugas-petugas kita akan menjalankan tugas berkempen dan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam DUN Changkat Jering dengan undi meningkat,

“kita akan menyampaikan penerangan kepada seluruh pengundi kawasan tersebut untuk menolak pengkhianat yang melompat,”kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Hj Muhyidin Rashid selepas Majlis Penerangan di Kampung Darat Batu Rakit, dekat sini semalam.

Menurut beliau perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat peringkat negeri yang diadakan kelmarin.


Beliau berkata, bagi melaksanakan amanah itu, satu pasukan akan berlepas ke DUN Changkat Jering secepat mungkin untuk meninjau dan mengenalpasti keperluan sepanjang waktu kempen.

Katanya para petugas PAS Terengganu akan diletakkan sepenuh masa di kawasan enam peti undi dalam DUN terbabit.
http://buletinonline.net/images/berita/hjmuhyidin2502091.jpg
“Pasukan peninjau kita sudah bersedia dan akan berlepas bila-bila masa ke Changkat Jering,

“enam peti undi menjadi fokus kita, segala keperluan akan dikenalpasti selepas pasukan tersebut kembali minggu depan,”ujarnya kepada Buletinonline.

Katanya sekurang-kurangnya seramai 25 orang petugas akan ditempatkan disetiap peti undi dan membuat persiapan lebih awal di peti undi berkenaan bermula 6 Mac.

Oleh itu katanya seramai 150 petugas paling minima akan dihantar sepanjang sebulan sehingga hari mengundi pada 7 April nanti.

Beliau menyeru kepada semua petugas supaya bersedia untuk memberikan khidmat terbaik sebagaimana negeri-negeri dan kawasan lain memberikan sumbangan mereka dalam PRK Kuala Terengganu bulan lalu.

“Inilah masanya untuk petugas-petugas kita membalas budi para petugas dari negeri dan kawasan diseluruh negara yang membantu kita (dalam PRK KT),

“mereka bertungkus lumus, siang dan malam, menyumbang tenaga dan wang ringgit, begitu jugalah kita harus berkhidmat,”tegasnya.

Justeru katanya, semua petugas PAS Terengganu agar dapat menghubungi kawasan masing-masing supaya penyelarasan dapat dibuat segera.

Sebelum itu, dalam ceramah penerangannya beliau berkata kerajaan persekutuan dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini berjanji akan membayar wang royalti dalam bulan Mac depan.

Namun, katanya, sehingga kini belum nampak kepastian wang tersebut akan bnar-benar diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahi Jawatankuasa PAS Setiu, Hj Shamsudin Wahab dan penceramah jemputan Ustaz Shahril Long.



Speaker DUN Perak V.Sivakumar Amat Kecewa, Ternyata SPRM Memang Tidak Nampak Profesional Dalam Menjalankan Tugas Mereka !!

IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar berkata beliau berasa kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasatnya, walaupun segala tindakannya sebagai Speaker Dewan dibuat secara sah.


“Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi DUN dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai SPRM di Kediaman Rasmi Menteri Besar semalam.


Jumaat lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Excon kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuatkuasa serta merta.


Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata sebagai Speaker, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya “tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat”. Bagaimanapun menurutnya beliau yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM dari Ibupejabat di Putrajaya selama kirakira dua jam, bermula dari pukul 6 petang.


Sivakumar seterusnya berkata siasatan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.


[Dalam kes ini, ternyata nampak benar piahk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan berpandukan kepada arahan pemimpin UMNO itu sendiri. Mereka sebenarnya tidak layak untuk berbicara soal "profesional" jika segala tindakan yang dilakukan masih diragui oleh rakyat jelata. Justeru itu, SPRM janganlah terikut-ikut budaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kini telah menjadi parti komponen Barisan Nasional ke-12. Apakah SPRM juga mahu menjadi parti komponen BN yang ke-13 agaknya.

Semuanya ini bakal terjawab sekiranya tindakan mereka masih mengikut telunjuk puak-puak UMNO dan BN selepas ini. Jika mereka telus, kenapa tidak siasat segala dakwaan rasuah yang dilaporkan oleh rakyat terhadap pemimpin UMNO dan BN selama ini. Apakah masih tidak cukup bukti atau sengaja tidak mahu mendapatkan bukti untuk pendakwaan demi menjaga "periuk nasi" masing-masing sebenarnya].



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .